Jump to content
tot31

Panduan Bermain Game Ps2 Melalui Hard Disk

Recommended Posts

Ok aku bukannya pandai nak bercerita harap korang boleh paham.BM aku rasanya agak berterabur.

PANDUAN BERMAIN PERMAINAN PS2 DARI CAKERA KERAS (HARD DISK) HDD.

Bahagian 1

Panduan ini hanya berguna untuk PS2 versi lama iaitu yg mempunyai "Bay Type" ada ruang untuk letak HDD di belakang.PS2 versi 1.0 no model SCPH 10000, SCPH 15000 dan SCPH 18000 tak boleh pakai sebab tiada ruang untuk letak HDD.Begitu juga dengan PSTwo yg baru.Untuk menggunakan HDD ke dalam PS2 "Network Adapter (NA)" diperlukan.Ada dua jenis NA.Satu yang mempunyai modem dan Ethernet Port (RJ45) dan satu lagi hanya mempunyai Ethernet Port sahaja.Lihat gambar di bawah

user posted image

Kedua - dua jenis NA ini boleh digunakan.Jenis HDD yang boleh digunakan sama dengan HDD komputer iaitu IDE bukan SATA.SATA adalah jenis HDD yg menggunakan perantara terbaru.Saiz minimum yang digalakkan ialah 40Gbyte dan jenama Maxtor yang biasa digunakan.Jenama Seagate juga boleh digunakan.Jenama Western Digital tidak digalakkan sebab ada masalah untuk penyambungan ke NA.

Pastikan HDD diletakkan pada keadaan MASTER.Rujuk pada HDD anda cara untuk menjadikan HDD itu MASTER.Lihat contoh dibawah.Ini hanyalah contoh.Setiap HDD ada dicetak di atasnya panduan untuknya.

user posted image

Penyambungan NA dan HDD dibuat dengan memastikan IDE HDD dan Power Connector HDD selari dengan NA.Lihat gambar di bawah.

user posted image

user posted image

Selepas HDD dipasangkan ke NA, masukkan dibelakang PS2.Lihat gambar

user posted image

Sekarang PS2 and bersedia untuk dipindahkan Permainan (Games) ke dalam HDD.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bahagian 2.

Setelah NA dan HDD dimasukkan ke dalam PS2, tibalah masa untuk memasukkan permainan ke dalam HDD.Applikasi yang diperlukan adalah HDLoader atau HDAdvance.Kedua - dua applikasi ini adalah sama walaupun nama berbeza, ada sejarahnya tetapi tak perlu diceritakan di dalam panduan ini.HDLoader yang paling popular.

Bagaimana nak mendapatkan applikasi ini?

Ada beberapa cara nak mendapatkannya.Sama ada dibeli atau dimuat turun dari internet.Gunakan Google untuk mencari.Di sini DIINGATKAN, tidak semua permainan yang serasi.Maksudnya tak semua permainan boleh dimainkan melalui HDD.Untuk rujukan keserasian sila ke laman web

http://www.ps2hd.com

http://www.hdloader.net

http://www.hdadvance.com

Namun demikian,kebanyakan permainan yang terbaru boleh dimainkan dari HDD ini.Sesetengah permainan perlu dipatchkan untuk ia berfungsi dengan baik apabila dimainkan dari HDD.Seperti God Of War.HDLoader juga perlu dipatchkan untuk mendapatkan keserasian sesetengah permainan seperti GT4,God Of War,Gradius dan lain - lain lagi.

Edited by tot31

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bahagian 3

Cara Hendak Memindahkan Permainan Ke HDD.

Sekarang setelah HDLoader atau HDAdvance diperolehi, masukkan cakera applikasi itu ke dalam PS2 dan hidupkan PS2.Satu paparan akan keluar menyatakan HDD anda perlu diformat.Ikut arahan di paparan.Masa format HDD bergantung kepada saiz HDD.40Gbyte HDD tidak mengambil masa yg lama.Selepas HDD diformat, satu paparan baru akan keluar.Di sebelah kanan adalah ruang senarai permainan yg telah dipindahkan.Memandangkan HDD ini baru sahaja diformatkan, senarai tersebut kosong.Ruang di sebelah kiri adalah arahan - arahan yang terdapat pada HDL/HDA.Contoh gambar di bawah adalah untuk HDA.

user posted image

Dengan menggunakan HDL/HDA semua permainan boleh dipindahkan ke HDD, tetapi tidak digalakkan menggunakan applikasi ini.Antara sebabnya ialah

1. Masa yg panjang diambil, lebih kurang 30 minit ke 45 minit.

2. Penggunaan lens yg berpanjangan boleh membuatkan lens rosak dalam jangka masa panjang.

Jadi applikasi apakah yang sesuai?WinHIIP satu applikasi yg ditulis khas untuk WinXP, yang boleh memindahkan permainan ke PS2 HDD.PS HDD hendaklah disambungkan ke computer dan WinHIIP digunakan untuk memindahkan sebarang permainan.WinHIIP boleh mengecam HDD yang diformat oleh HDL/HDA. Lihat gambar di bawah.

user posted image

Masa yang diambil oleh WinHIIP untuk memindahkan permainan adalah lebih pantas daripada HDL/HDA (lebih kurang 5 – 15minit).

Edited by tot31

Share this post


Link to post
Share on other sites

network adapter tuh mmg disediakan asing² or mmg dah ada skali ngan PS2 erm..wakakaka sorry la tanya soalan bodo nih~ laugh.gif

jadi maksud ko x yah pakai ler HDA/HDL tuh erm..pakai WinHiip tuh la ek..erm..ok bebeh

Edited by HeaVen X

Share this post


Link to post
Share on other sites

cayalah tot31..lame dah aku tunggu ps2 user lame buat guide ni..akhirnya ade gak member yg berbesarhati tlg buat kan..trimakasih bebanyak..

~hands down..

Share this post


Link to post
Share on other sites

network adapter tuh mmg disediakan asing² or mmg dah ada skali ngan PS2 erm..wakakaka sorry la tanya soalan bodo nih~ laugh.gif

jadi maksud ko x yah pakai ler HDA/HDL tuh erm..pakai WinHiip tuh la ek..erm..ok bebeh

Network Adapter tu kena beli asing tak dtg sekali ngan PS2.HDL/HDA kena pakai utk run games yg dah install kat hdd.Cuma tak digalakkan utk install game pakai HDA/HDL.

Akan menyusul Bahagian 4 cam mana nak buat fail - fail ELF boot dari cd dan cara nak pakai LaunchELF.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok..thanks nanti aku tanya lagi..hehehehe~ erm pasal HDA/HDL tuh d/load free ker?? ker beli je cd lanun utk install benda tuh.. biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

bile nak sambung citer hdd ps2 nih...erm kasik sticky la ini thread.. laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

ala releks la..si tot31 sibuk gak nye tu..

aku dah letak pautan guide ni kat pinned topik- koleksi panduan-

segala pautan panduan aku kumpul kat sana..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bahagian 4

Apa itu fail ELF?

ELF bermaksud "Executable and Linking File", ia adalah seperti EXE fail untuk Windows.Fail ELF ini biasanya untuk sistem Unix atau Linux.Kesemua applikasi PS2 menggunakan format ELF untuk menjalankan sesebuah applikasi atau program juga untuk permainan.Jika kita lihat kandungan disc permainan PS2, kita akan perasan nama fail SLXX_YY.ZZ.Ini juga adalah sejenis fail ELF.Fail ELF ini boleh dijalankan melalui cd atau kad memori dan juga USB thumbdrive.

Bagaimana hendak membuat fail ELF dijalankan daripada CD?

Di dalam format CD PS2, satu bernama SYSTEM.CNF diperlukan bersama dengan fail ELF di dalam kandungan supaya fail ELF itu boleh dijalankan.Di bawah ini contoh isi kandungan SYSTEM.CNF (Fail ini boleh dibuat dengan menggunakan Notepad di Windows).

BOOT2 = cdrom0:\HDLOADER.ELF;1

VER = 1.00

VMODE = PAL/NTSC

Sekarang ini kita sudah ada 2 fail yang akan dimuatkan ke CDR iaitu fail HDLOADER.ELF dan juga fail SYSTEM.CNF.

Perhatian : Kedua - dua fail ini mesti BERHURUF BESAR.Lihat gambar di bawah.

user posted image

Applikasi yg diperlukan untuk membuat imej file :-

CDGENPS2 v3.0

DummyFIle

Kedua - dua fail ini boleh di muat turun dari http://www.exploitstation.com/index.php?page=downloads.

Cara Membuat Fail Palsu Menggunakan DummyFile.Jalankan dummyfile.exe.Pilih "Pick Location", pilih lokasi elf fail tersebut kemudian letakkan angka 30 dan tekan Build.Lihat gambar di bawah.

user posted image

user posted image

Sekarang ini di dalam folder HDLOADER mempunyai 3 fail iaitu SYSTEM.CNF,HDLOADER.ELF dan juga dummy.bin.Lihat gambar di bawah.

user posted image

Sekarang jalankan CDGENPS2.Tarik fail SYSTEM.CNF dahulu dari folder HDLOADER tadi ke dalam CDGENPS2.Tekan butang kanan tetikus dan pilih Edit.Lihat gambar

user posted image

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pilih Fix LBA dan masukkan nilai 12231 di dalam kotak LBA dan tekan OK.Rujuk gambar di bawah.

user posted image

Kemudian tarik fail dummy.bin dahulu, selepas itu tarik pula fail HDLOADER.ELF tadi ke CDGENPS2.Sekarang ini kesemua fail sudah berada di dalam CDGENPS2.Rujuk gambar.

user posted image

Kita sudah bersedia untuk membuat fail imej yang boleh diburn ke Nero.Tekan butang IMG dan pilih lokasi untuk disimpankan fail imej ini dan juga berikan nama untuknya.Di dalam contoh ini HDLOADER dan tekan butang SAVE.

user posted image

Proses membuat imej akan berjalan dan satu mesej akan keluar apabila proses ini tamat.Rujuk gambar

user posted image

Kita akan dapati dua imej fail baru iaitu HDLOADER.bin dan juga HDLOADER.cue.

user posted image

Imej fail ini boleh diburnkan menggunakan applikasi Nero atau Alcohol 120 ke CDR.

Ambil CDR tersebut dan masukkan ke PS2 dan HDLOADER akan dijalankan.

Edited by tot31

Share this post


Link to post
Share on other sites

tot aku nak tanya, aku pakai winhip yg o.7 tuh... aku nak install game dalam hdd, dia kata tak cukup space, dia nampak cuma sampai 32 gb jer, padahal kalo aku pakai hdloader dia nampak sampai 38 gb...so bila aku masuk balik hdd tuh dalam ps2 ada lagik 6 gig kosong..kenapa winhipp tuh tak nampak space koaong tuh ah?? atau aku punya version winhip tuh ,lama? aku try buat gt4 jadik...GOW pon jadik..naper erk?

Share this post


Link to post
Share on other sites

tot..kat ps2 scene ada org kata winhiip nih tak stable.. QUOTE :

#3 06-18-2005, 10:58 AM

DrGast

Registered User Join Date: Oct 2004

Posts: 139

Agreed. As soon as you mentioned "WinHIIP" in this post, I knew it was the culprit yet again. I don't mean to offend the author, but let's face the facts: WinHIIP is a lot less stable and a lot more likely to [maaf ye] up than HDL_Dump/b.

I'd love to see the authors of WinHIIP and HDL_Dump cooperate on bringing the best tool to the scene, because in this state, it only messes up people's harddrives on a frequent basis.

UNQUOTE

betul ke tot? so apa personal rekemendation ko?? dump ker winhip??

Share this post


Link to post
Share on other sites

So far aku pakai WinHIIP mmg tak ada masalah. Masalah dier pakai campur aduk WinHIIP ngan HDL Dump. So aku nasihatkan kalau nak pakai WinHIIP pakai WinHIIP jer jgn campur aduk.

Share this post


Link to post
Share on other sites

tot..semalam aku dah donlod winhip paling baru....aku siap format balik hdd aku..tapi dia tetap nampak 32gb jer.aku install game sampai penuh..lepas tuh aku tgk dlm ps2 ada lagik 10 gig tak pakai...aku install pakai ps2....bila pakai winhip dia kata partition error...naper erk?? kalo hdd 48 bit ada patch kan utk problem mcm nih...24 bit ader kerr???

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...