Jump to content
iruganiisan

Anime Preview & Review

Recommended Posts

STEAMBOY - Sunrise Inc. 2004

Masa cuti Krismas semalam... rancangan kat TV sempena Krismas, langsung takde yg menarik perhatian aku... so... aku pun layan filem anime bertaraf "masterpiece" iaitu STEAMBOY. Memandangkan aku dah terlayan filem anime tu... aku nak wat skit rebiu la~ pula... sbb aku teruja teramat sangat ngan cite dan cara persembahan animasinya.

Rasanyer... ada gak segelintir korang yg dah layan tapi ada juga majoriti lagi tak layan. Mungkin tajuknya kureng menarik kot. Well~ kalo tak kenal maka tak cinta la -kan? Korang pernah tengok filem Wild Wild West? Ala~ yg guna kuasa stim utk hidupkan segala jenis mekanikal tu. Pastu... pernah tengok aksi2 dlm Indiana Jones, minat? Kalo mcm tu... filem anime STEAMBOY sangat sesuai ngan citarasa korang.

stb001-1.jpg

Sinopsis :

Ray Steam adalah seorg budak yg juga pencipta genius dlm teknologi tenaga stim spt ayah dan datuknya sekitar kurun ke-19 di England. Pada suatu hari, Ray menerima satu bungkusan yg mengandungi stim istimewa yg ditemui oleh datuk dan ayahnya ketika di U.S dan disimpan di dlm bekas khas iaitu "Steam Ball". Steam Ball adalah sebuah bebola besi yg menyimpan kuasa tenaga stim istimewa yg dimampatkan dan berupaya menjadi senjata berbahaya jika disalahgunakan. Ketika Ray menerima Steam Ball itu, Pihak O'Hara Foundation telah menghantar beberapa org utk mengambil semula Steam Ball tersebut. Bagaimanapun, datuknya berpesan supaya tidak memberikan kpd sesiapa pun termasuklah pihak O'Hara Foundation sendiri. Bermula dengan kedatangan wakil O'Hara Foundation ke rumahnya, babak2 aksi yg mendebarkan terus tercetus sekaligus bermulalah pengembaraan Ray utk menyelamatkan kota London dari ancaman pihak2 yg tidak bertanggujawab.

stb001-5.jpg

Filem anime ni diarahkan oleh seorang pengarah dan artis manga terkenal suatu ketika dulu iaitu sensei Katsuhiro Otomo. Filem dan karya beliau yg terkenal, Akira (1980-an) yg menjadi salah satu filem yg berjaya menarik perhatian jutaan penonton dari barat spt US dan England. Tidak hairanlah kalo filem2nya banyak berasaskan gabungan ciri-ciri barat dan timur. Idea karya utk pembikinan filem Steamboy telah dimulakan sejak 10 tahun dulu dan kini filem Steamboy berjaya menarik minat beberapa negara utk ditayangkan di tempat mereka malahan hampir pelbagai bahasa alihsuara digunakan spt Inggeris, Brazil, Belanda, Sepanyol, Jerman, Itali, Portugis dsb. Tu blom kira lagi upah artis Hollywood wat alihsuara.

stb001-3.jpg

Kekuatan populariti Steamboy terletak cara persembahan animasi dan kualiti kekemasan animasi. Menurut laman web... hampir ratusan ribu keping lukisan dilukis, ratusan ribu keping cel animasi digunakan termasuklah ratusan teknik CGI diolah utk menghidupkan suasana filem Steamboy yg tampak klasik dan sesuai dgn babak2 tertentu. Dengan sejumlah kerja2 yg leceh itu jugalah telah menelan belanja lebih $20 juta dikorbankan dan juga merupakan filem animasi termahal pada tahun itu.

stb001-2.jpg

Akhir kata, meh~ layan filem anime ni kalo korang blom layan lagi. Kalo terpaksa beli DVD pun takpe... tak rugi... berbaloi mmg berbaloi sbb filem ni sesuai dan sasaran penonton utk tontonan seisi keluarga. Kalah filem animasi Walt Disney ngan Warner Bros. Kalo korang nak dengar suara2 pelakon Hollywood... dengarlah versi BI... suasana anime pun latar tempat kat England ngan US. Korang rasa cam tak perasan filem tu buatan Japan.

Steamboy 2 ...ada ke tak?

Entahlah... tu berita/cite lama yg pernah kuar kat laman web diaorg dan dari mulut produser Steamboy tu sendri... samada nak wat versi Movie atau OVA. "...I talked with Otomo about what Ray does afterwards and the story of Scarlet becoming a "Steamgirl". We will try to realize this within 2 years..." Kalo korang tengok ending Steamboy... seolah2 cam ada sequel baru. Well~ masih dlm perancangan lagi kot.

Laman web rasmi BI -----[ SONY Picture : Steamboy ]

*try tengok trailernyerrr...

Steamboy is MASTERPIECE!

Selamat Menonton~ ...desu~ ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Minat gak .. tapi ingat nak tunggu sampai episod last .. takut tetiba tengah jalan .. licensed lak .. isk isk .. :(

P/s: Sedey bila School Rumble Season 2 dihentikan oleh fansub sebab .. licensed

Share this post


Link to post
Share on other sites

P/s: Sedey bila School Rumble Season 2 dihentikan oleh fansub sebab .. licensed

lorh ..abis tu ko tak sambung ar ?? ade la fansub yg buat ..carik your-mom fansub

Share this post


Link to post
Share on other sites

STEAMBOY - Sunrise Inc. 2004

Masa cuti Krismas semalam... rancangan kat TV sempena Krismas, langsung takde yg menarik perhatian aku... so... aku pun layan filem anime bertaraf "masterpiece" iaitu STEAMBOY. Memandangkan aku dah terlayan filem anime tu... aku nak wat skit rebiu la~ pula... sbb aku teruja teramat sangat ngan cite dan cara persembahan animasinya.

Rasanyer... ada gak segelintir korang yg dah layan tapi ada juga majoriti lagi tak layan. Mungkin tajuknya kureng menarik kot. Well~ kalo tak kenal maka tak cinta la -kan? Korang pernah tengok filem Wild Wild West? Ala~ yg guna kuasa stim utk hidupkan segala jenis mekanikal tu. Pastu... pernah tengok aksi2 dlm Indiana Jones, minat? Kalo mcm tu... filem anime STEAMBOY sangat sesuai ngan citarasa korang.

IPB Image

Sinopsis :

Ray Steam adalah seorg budak yg juga pencipta genius dlm teknologi tenaga stim spt ayah dan datuknya sekitar kurun ke-19 di England. Pada suatu hari, Ray menerima satu bungkusan yg mengandungi stim istimewa yg ditemui oleh datuk dan ayahnya ketika di U.S dan disimpan di dlm bekas khas iaitu "Steam Ball". Steam Ball adalah sebuah bebola besi yg menyimpan kuasa tenaga stim istimewa yg dimampatkan dan berupaya menjadi senjata berbahaya jika disalahgunakan. Ketika Ray menerima Steam Ball itu, Pihak O'Hara Foundation telah menghantar beberapa org utk mengambil semula Steam Ball tersebut. Bagaimanapun, datuknya berpesan supaya tidak memberikan kpd sesiapa pun termasuklah pihak O'Hara Foundation sendiri. Bermula dengan kedatangan wakil O'Hara Foundation ke rumahnya, babak2 aksi yg mendebarkan terus tercetus sekaligus bermulalah pengembaraan Ray utk menyelamatkan kota London dari ancaman pihak2 yg tidak bertanggujawab.

IPB Image

Filem anime ni diarahkan oleh seorang pengarah dan artis manga terkenal suatu ketika dulu iaitu sensei Katsuhiro Otomo. Filem dan karya beliau yg terkenal, Akira (1980-an) yg menjadi salah satu filem yg berjaya menarik perhatian jutaan penonton dari barat spt US dan England. Tidak hairanlah kalo filem2nya banyak berasaskan gabungan ciri-ciri barat dan timur. Idea karya utk pembikinan filem Steamboy telah dimulakan sejak 10 tahun dulu dan kini filem Steamboy berjaya menarik minat beberapa negara utk ditayangkan di tempat mereka malahan hampir pelbagai bahasa alihsuara digunakan spt Inggeris, Brazil, Belanda, Sepanyol, Jerman, Itali, Portugis dsb. Tu blom kira lagi upah artis Hollywood wat alihsuara.

IPB Image

Kekuatan populariti Steamboy terletak cara persembahan animasi dan kualiti kekemasan animasi. Menurut laman web... hampir ratusan ribu keping lukisan dilukis, ratusan ribu keping cel animasi digunakan termasuklah ratusan teknik CGI diolah utk menghidupkan suasana filem Steamboy yg tampak klasik dan sesuai dgn babak2 tertentu. Dengan sejumlah kerja2 yg leceh itu jugalah telah menelan belanja lebih $20 juta dikorbankan dan juga merupakan filem animasi termahal pada tahun itu.

IPB Image

Akhir kata, meh~ layan filem anime ni kalo korang blom layan lagi. Kalo terpaksa beli DVD pun takpe... tak rugi... berbaloi mmg berbaloi sbb filem ni sesuai dan sasaran penonton utk tontonan seisi keluarga. Kalah filem animasi Walt Disney ngan Warner Bros. Kalo korang nak dengar suara2 pelakon Hollywood... dengarlah versi BI... suasana anime pun latar tempat kat England ngan US. Korang rasa cam tak perasan filem tu buatan Japan.

Steamboy 2 ...ada ke tak?

Entahlah... tu berita/cite lama yg pernah kuar kat laman web diaorg dan dari mulut produser Steamboy tu sendri... samada nak wat versi Movie atau OVA. "...I talked with Otomo about what Ray does afterwards and the story of Scarlet becoming a "Steamgirl". We will try to realize this within 2 years..." Kalo korang tengok ending Steamboy... seolah2 cam ada sequel baru. Well~ masih dlm perancangan lagi kot.

Laman web rasmi BI -----[ SONY Picture : Steamboy ]

*try tengok trailernyerrr...

Steamboy is MASTERPIECE!

Selamat Menonton~ ...desu~ ;)

best ooo steamboy... aku paling minat basikal steam ngan rocket steam yg ray buat... mmg smart...

kualiti filem ni... superb!!! walaupon korang tgk VCD.... B)

Share this post


Link to post
Share on other sites

TENCHI MUYO! THE MOVIE - COLLECTION

Aku mula menonton/mengenali segala jenis siri-siri Tenchi Muyo! dan siri2 seangkatan (TM! francais) sejak aku menonton filem Tenchi Muyo! In Love dlm tahun 2001 buat pertama kali. Ketika tu... aku masih lagi belajar kat universiti. So... aku kongsi skit rebiu pasal filem2 yg dibikin khas utk Tenchi Muyo!

Nota :

Rebiu ringkas di bawah ni aku ambik/guna dari rebiu yg akan aku masukkan dlm slot e-Majalah P-HQ. Rebiu tentang siri2 OVA dan TV... bleh la d/load bila dah siap nanti OK. Selamat Membaca -desu. ;)

----------------------------

TENCHI MUYO! IN LOVE

- A.I.C 1996

TMiL-puteranime.jpg

Babak filem bermula apabila seorang penjenayah kelas A-1 iaitu Kain telah melepaskan dirinya dari ruang tahanan pelbagai dimensi dan sekaligus berjaya memusnahkan seluruh Ibupejabat Polis Galaksi (G.P). Bagaimanapun sebelum ibupejabat itu musnah sama sekali, mereka sempat menghantar pesanan kecemasan untuk memberi amaran kepada pegawai GP yang lain tentang Kain. Bermula dari peristiwa itu, suasana menjadi tidak menentu. Tenchi Masaki mula menunjukkan tanda-tanda dirinya akan lenyap dari dunia realiti termasuklah rumah dan tempat tinggal datuknya mula bertukar rupa seperti rumah yang sudah lama terbiar.

Washu yang telah mengesan gangguan ruang dimensi itu bertindak memasang sistem pertahanan sementara di sekeliling Tenchi. Bagaimanapun, sistem yang dipasang masih tidak mampu bertahan lama untuk melindungi Tenchi dari terus lenyap. Oleh itu, Tenchi dan rakan-rakannya perlu menyiasat kejadian sebenar dengan berjumpa ibu (Achika) dan ayahnya (Nobuyuki). Dengan bantuan mesin masa ciptaan Washu, Tenchi dan rakannya Ryoko, Sasami, Ayeka, Mihoshi, Kiyone dan Ryo-ohki dihantar kembali ke masa sebelum kejadian tersebut berlaku iaitu 26 tahun dahulu semasa ibu dan ayah Tenchi masih lagi dibangku persekolahan demi menyelamatkan masa depan Tenchi dan keluarganya.

Filem animasi TENCHI MUYO! In LOVE merupakan filem pertama dari 3 buah filem TM! yang ditayangkan. TM! in Love merupakan kesinambungan cerita dari siri Tenchi Muyo! Universe. Filem tersebut juga merupakan filem yang paling berjaya ketika itu yang juga telah mengatasi filem Titanic sebagai filem terlaris tahun 1997 di Jepun.

TENCHI MUYO! MANATSU NO EVE (Daughter of Darkness)

- A.I.C 1997

TM_MnE-puteranime.jpg

Pada 700 tahun dahulu, seorang putera muda iaitu, Putera Pertama di Raja Jurai, Yosho Masaki Jurai telah bertemu seorang gadis sebelum sambutan perayaan Startica (semacam perayaan Krismas) yang diadakan di planet Jurai. Bagaimanapun, pertemuannya itu menjadi satu kejutan besar kepadanya apabila gadis yang dikenalinya itu sebenarnya adalah “demon†(makhluk jahat) bernama Yuzuha yang berjaya dihalau keluar oleh pengawal-pengawal istana.

Selepas 700 tahun kemudian, Yuzuha dapat tahu Yosho kini tinggal di planet bumi dan mempunyai seorang cucu lelaki iaitu Tenchi Masaki yang dikelilingi ramai gadis pelik dan pelbagai ragam. Demi untuk membalas dendam, Yuzuha mencuri sedikit rambut kepunyaan Tenchi kemudian digabungkan bersama dengan rambutnya lalu mencipta seorang gadis iaitu Mayuka. Mayuka akan ditemukan dengan Tenchi sekaligus sebagai usaha mengumpannya untuk masuk ke dalam perangkap Yuzuha.

Filem animasi TENCHI MUYO! Manatsu no Eve (Daughter of Darkness) merupakan filem ke-2 dari 3 buah filem TM! yang ditayangkan. Tidak seperti filem pertamanya yang mengunakan latar cerita dari Tenchi Muyo! Universe. Filem ini diadaptasi dari novel TM! karya Naoko Hasagawa (penulis skrip asal OVA TM!) yang ke-10 dan juga mengambil latar cerita selepas OVA TM! pertama (Vol. 1) tamat.

TENCHI MUYO! IN LOVE 2 (Tenchi Forever)

- A.I.C 1999

TmiL2-puteranime.jpg

Filem TENCHI FOREVER dimulakan dengan babak seperti kebiasaan dipertontonkan kepada peminat-peminat siri Tenchi Muyo! iaitu pergaduhan di antara Ryoko dan Ayeka. Kali ini, pergaduhan berlaku hanya kerana sebatang penyapu. Tenchi cuba meleraikan pergaduhan mereka, namun tidak berjaya sebaliknya Tenchi pula diheret sekali dan terpaksa menjawab pertanyaan mereka untuk memilih samada Ryoko atau Ayeka sebagai pasangan hidup.

Fikiran Tenchi ketika itu kucar-kacir, lalu dia cuba melarikan diri dari suasana yang begitu tegang itu sehinggalah Tenchi sampai ke sepohon pokok besar yang misteri. Kerana terdengarkan suara yang memanggil namanya, Tenchi menghampiri pokok itu dan terus lenyap dari dunianya yang sebenar. Ryoko, Ayeka, Washu, Sasami, Kiyone, datuknya Katsuhito/Yosho dan ayahnya Nobuyuki sedang cuba sedaya mereka untuk mencari Tenchi yang telah menghilang selama 6 bulan dengan apa jua cara sekalipun.

Tenchi Forever! dikenali di Jepun sebagai “Tenchi Muyo in Love 2 : Distant Memories†yang ditayangkan pada tahun 1999 dan merupakan filem ke-3 dan terakhir untuk siri-siri Tenchi Muyo! iaitu untuk versi TV Tenchi Muyo! Universe. Dalam filem ke-3 ini, jalan ceritanya agak serius dan lebih ke arah elemen filem romantik berbanding filem dan siri-siri Tenchi Muyo! yang terdahulu.

TM! Screenshot --->[ ENTER ]

TM! Official Website --->[ ENTER ]

----------------------------

Dikesempatan ini (sblom aku tak bleh guna internet)

aku nak ucapkan... SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI dan...

SELAMAT TAHUN BARU 2007 kepada...

...seluruh warga PUTERA.com dan khas kpd rakan2 komuniti anime yg

masih setia dan membaca kandungan topik ini...

phq-new-year.jpg

Terima Kasih -desu.

Akhir kata,

SELAMAT MONONTON -su B)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Minat gak .. tapi ingat nak tunggu sampai episod last .. takut tetiba tengah jalan .. licensed lak .. isk isk .. :(

P/s: Sedey bila School Rumble Season 2 dihentikan oleh fansub sebab .. licensed

bukan season 2 dia dah abis ker??

Share this post


Link to post
Share on other sites

yes sebab tu la diorang ambik masa 9 tahun nak siapkan citer steam boy nie..

aku tak tau plak citer nih ambik 9 thn nk siapkan ... aku penah tgk citer nih kt animax best wooo .. tp aku tgk gitu2 aje ... walopon tgk gitu2 je aura dier mmg hebat , aku penah tgk behind the scene mase seiyu ( suara watak )dier tgh memainkan watak ray best giler thp cipan .. b'semangat !!! .. kagum aku walaupon watak ray tuh lelaki seiyu dier pompuan :unsure::blink::D:lol::P

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku penah tgk behind the scene mase seiyu ( suara watak )dier tgh memainkan watak ray best giler thp cipan .. b'semangat !!! .. kagum aku walaupon watak ray tuh lelaki seiyu dier pompuan

Cuba try yg english punya pulak. Filemnya lambat bikin alasannya nak sesuatu yg terbaik... mcm Lucas punya filem Star War baru tu ah lebih kurang.

Sesape nak tonton "BLEACH" versi TV... yg lagi clear mengalahkan DVD tak pun yg fansub version... jgn lupa layan esok... hari AHAD jam 11 MLM di TV3... dan "TRINITY BLOOD" setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat jam 12.15 MLM di NTV7.

Share this post


Link to post
Share on other sites

btol ke Iruga ...bleach masuk Tv3 ...itu ade sub ke di dub melayu ha ...mintak2 sub je la..bior dub jepan ..hahahaa ....anyway Black Lagoon dah abis ar ...mmg puas hati tgk citer tuh ..agak2 ade smbgn x utk black lagoon ...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku nampak iklan kat TV pagi tadi... pastu aku usha list rancangan TV3 utk esok... mmg ada dlm jadual. Kalo pukul 11 PM tu... agaknya sub BM kot... iklan pun dub JP je.

Black Lagoon abis~ harap2 ada lagi. Aku nak tengok Revi tu mampus je... baru puas hati aku... hohohoh :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

hahaah ..line anime berat2 sume letak dkt2 nak mlm ..pas2 iklan kurang ..hahhaha ...aku x lyn lagi trinity blood ..so lyn kat ntv7 je ah ...hmm ..lagi satu aku cek , PHQ pasal samurai afro ..dah kuar eh ..skang nie aku ngah menorrent ...seb bek seeder dr mesia rmi ..so laju gak la ...hahahah

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko donlod samurai afro sape yg subbed kan ? aku try donlod tak lebih 1kBps pun .. :(:(

Share this post


Link to post
Share on other sites

aiseh aku donlod cam tu gak asang tapi tracker edward k tu kate torrent not authorized lak .. tracker lagi satu timed out ..sedey tul ..

Share this post


Link to post
Share on other sites

isk ...aku nye tadi pun camtu gak ..tapi jln jek ....aku pki utorrent n dah port forward skali ..x tau la ...mngkn ptg td kot ..mase org ngah bnyk seed ..majority yg aku dpt ptg td sumer seeder dr mesia je ..kalo dpt connect keluar pun dpt sikit je ....anyway citer nie mmg best la ..full blood n action ...yg no 2 x tau bile kuar lak ...

Share this post


Link to post
Share on other sites

huhu ko nyer dah siap donlod ke ? terpaksa la aku carik direct donlod nyer :(

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo sesapa dah abis menorront samurai afro tuh sila2 la jadi SEEDER utk Malaysia jgn la jadi LEECHER lak..tulun la member2 yg nak layan sekali OK!!~ :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

ces..aku banyak dapat seeder & peer luar negara , memang sbulan pun tak abis ler mendonlod

edit : habis gak aku donlod .. :D:)

Edited by hampeh

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku nampak iklan kat TV pagi tadi... pastu aku usha list rancangan TV3 utk esok... mmg ada dlm jadual. Kalo pukul 11 PM tu... agaknya sub BM kot... iklan pun dub JP je.

dub JP nyer ek..ngan sub BM..tp aku ader terbaca kat forum lain..yg Bleach nih mungkin ditayangkan dlm dub BI nyer..sbb diorang dgr lain masa iklan tuh.. :blink:

Share this post


Link to post
Share on other sites

tunggu jela mlm nih tgk mcm mana...kalo dia dub BM pastu diorank dub mantap kite layan la kalo dub mcm t**i baik aku layan fansub je hehehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites

wah .. x sangka plak bleach masuk tv t'buka jugak warga tv3 siar anime bleach mintak2 suara ori x nak dialih bhs .. x sabar aku nk tunggu mlm nih , mujur laa aku bukak topic nih .. hooohohooh :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

layan beb bleach TV3 dub Original sub Malay

mcm TV3 fansub la pulak hahahaha :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...