Jump to content
Sign in to follow this  
ahmades

Posting Benda Yang Bukan Kehendak Pembuka Thread

Recommended Posts

Saya mengetahui kewujudan Putera.com sebagai satu forum diskusi IT pada tahun 2005. Kewujudan putera.com (yang sudah lama bertapak) merupakan satu rahmat besar kepada keseluruhan peminat seni modifikasi komputer tanahair dan merupakan persaing hebat dengan lowyat.net. Ini kerana forum yang terdapat didalam Putera.com dikedalikan didalam bahasa melayu. Seteru itu saya dengan penuh prihatin membuka thread ini dengan harapan putera.com sentiasa dapat mencapai matlamatnya sebagai Pusat Rujukan Ilmu Teknologi Maklumat.

Ahli putera yang prihatin sentiasa menghantar post yang mengandungi maklumat yang berguna sebagai penyelesaian masalah terhadap "tuan rumah" (pembuka thread). Dan hasil posting itu juga digunakan oleh ahli putera yang lain senagai penyelesaian masalah mereka dan dijadikan panduan masa hadapan. Masalahnya sekarang ini ialah ada segelintir ahli yang menghantar post yang tiada kena mengena langsung dengan tajuk thread. Lalinlah kalau si pembuka thread tu meminta penyelesaianya yang tidak munasabah seperti bagi rosak komputer ka, dll.

Bila saya membaca satu thread ke satu thread yang lain, banyak benda "annoying" daripada benda yang diperlukan yang saya jumpa kat thread-thread yang saya lawati. Seperti segelintir yang menghantar posting pendek macam "mahalah!" dan pelbagai posting yang lain yang sepatutnya tidak ada didalam thread.

Bagaimana hendak kita selesaikan masalah ini? Sebenarnya banyak lagi geng OC yang berminat menyertai Putera.com tetapi apabila mereka melihat kandungan thread sahaja, mereka mengatakan "Kenapa budak forum ini banyak posting benda yang mengarut?,ada yang lari daripada tajuk?" Saya sangat malu kerana mereka mengatakan komen begitu kepada saya. Walaubagaimanapun saya bertegas supaya mereka melihat keseluruhan thread yang terdapat didalam putera.com. Saya tak tahu bagaimana hendak menjawab. Mungkin anda semua ada jawapannya.

Edited by ahmades

Share this post


Link to post
Share on other sites

1. terdapat sesetengah user di dalam ini yang sekadar posting smile, sokong dan seumpanya untuk menaikkan mata posting.

2. jika terdapat thread yang sudah lari tajuk atau merapu sila ringankan tangan untuk klik !REPORT kepada moderator. Ini adalah kerana moderator pun manusia biasa, bukannya sepenuh masa untuk tumpukan pada forum sahaja, mereka ada banyak kerja lain yang mahu dibuat so tidak mustahil terdapat sesetengah thread merapu yang "lepas" daripada pemantauan moderator.

Apabila anda pergi memancing ikan di laut, pernahkah anda dapat tangkap semua ikan di laut itu? Mesti mustahilkan?

3. bersembanglah seperti orang IT sembang (teknologi masa kini, bertukar-tukar pendapat, menegakkan pendapat diri sendiri jika ada yang bangkang dan seumpamanya)

    * Jangan buat posting berganda(flood)..yg ni aku rase dah takleh buat sbb kena

      tunggu 60 sec utk post yg seterusnye...

    * Jangan buat topic baru yg telah sediaada

    * Jangan menimbulkan/memulakan pergaduhan/pertengkaran

    * Jangan mengaibkan mana-mana kaum/agama

    * Jangan post emotion sahaja

    * No request for illegal software([biskut tawar])

    * Jangan guna avatar yg kurang menyenangkan/sensitif bg sesetengah pihak

    * Jangan post artikel yg panjang lebar... postkan link saja kalau nak bg org bace.

    * Sila post/buat topic ditempat yg sepatutnya.

    * Jangan mengutuk/menghina admin/moderator

    * No word such su*k..fu*k..bit*h...mot*erfu*ker.. etc..

credit to moderator Anarchy99

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bolehkah kalau saya buat laporan kalau moderator sendiri yang menghantar posting yang x munasabah?

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau anda tidak berpuas hati terhadap seseorang moderator, sila PM kepada Administrator putera.com iaitu encik Shanai. Dan jika anda fikir diri anda itu layak menjadi moderator silalah calokan diri dengan PM kepada Administrator putera.com. Moderator adalah tanggungjawab dan bukannya kuasa. Tugas moderator adalah untuk menolong Administrator memantau keadaan di forum. harap maklum.

p/s: kenapa anda hanya nak katakan mod sahaja yang buat posting yang tidak munasabah? terdapat ramai lagi user yang membuat posting tidak membuat posting yang munasabah juga, so silalah PM nama-nama yang membuat posting merapu kepada Administrator.

Edited by civ3

Share this post


Link to post
Share on other sites

p/s: kenapa anda hanya nak katakan mod sahaja yang buat posting yang tidak munasabah? terdapat ramai lagi user yang membuat posting tidak membuat posting yang munasabah juga, so silalah PM nama-nama yang membuat posting merapu kepada  Administrator.

Sebab moderator adalah orang yang diberi kuasa dan tangungjawab, ahli biasa adalah ahli yang boleh memberikan pendapat sahaja. Proriti saya adalah kepada moderator ialah tinggi kerana mereka adalah imej putera. Ahli biasa mungkin ada yang terrer atau adanya memang ingin menerrerkan diri didalam IT ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

pendapat anda itu salah, semua ahli sama sahaja tidak kira mod atau ahli biasa. setiap ahli bertanggungjawab mencerminkan imej putera.com ini. setitik nila mampu merosakkan susu sebelanga. kalau ahli biasa hanya boleh beri pendapat sahaja, kenapa moderator pun tidak boleh memberikan pendapatnya? setiap user mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri maka tidak ada sesiapa pun yang boleh dianggap expert.

Edited by civ3

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ya, betul pendapat En civ3. Semua ahli adalah imej putera.com. Dengan sebab itulah saya membuka thread ini. Impian setiap pembuka thread adalah untuk melihat buah penyelesaian terhadap masalah mereka yang dikemukakan oleh ahli forum, bukannya posting smile, kutukan atau "annoying" post yang hanya meningkatkan mata posting sahaja. Saya setuju dengan pendapat En civ3

Share this post


Link to post
Share on other sites

mungkin korang dok pikir moderator tu adalah super duper perfect agent.

ko silap. diorang pun manusia biasa, perlukan hiburan.

kena pulak sebilangan pengguna dalamni yang menyebabkan mereka terhibur (mereka dalam konteks ni termasuk jugak diri aku sekali). sebabtu moderator tetiba rasa nak join sekaki.

bukan ko orang pertama yang wujudkan isu macamni. dah banyak dah. siap ada puak lagi. dan siap ada "pejuang tegar" lagi. tapi ko kena ingat. kami manusia biasa. dan jika ko menganggap bahawa moderator mesti lurus bendul, mesti macam malaikat, dan jika ada 3-4 atau 10-13 atau 21-24 moderator yang ada sifat sifat yang "in english they called devil", maknanya admin dan pihak admin salah buat pertimbangan. macamtu la kot? macam civ3 kata, kalau ko beranggapan bahawa ko layak jadi moderator dan ko mampu pikul apa yang ko bayangkan selama ni, anda dipersilakan untuk mencalonkan diri anda kepada admin, dan anda dipersilakan untuk menyertai pasukan moderator. seperti ada sorang mamat dalamni yang kami anggap macam bakteria, "ada satu jawatan kosong, jadi moderator dalamni buat keje percuma tanpa bayaran", dan itulah kami, buat keje tak dapat satu sen pun. (bakteria tidak boleh dianggap menyusahkan sebab dia juga berguna). kalau pakai internet kat rumah, kena bayar bil, bukannya putera.com bayarkan pun. dan kalau ko rasa sesetengah forum tu moderator tak sepatutnya join semangkuk dengan reply post nonsense/tak berfaedah/lari topik, dan sebagainya, sila ajukan kepada pihak admin. jangan cerita kat public sebab yang akan baca bukan admin, tapi orang lain yang tunggu masa dan peluang untuk join sekaki menghentam moderator. PM sahaja admin, dan kalau admin tak respon, jangan salahkan dia sebab dia juga manusia biasa yang ada kehidupan realiti, dan ko tak bayar dia satu sen pun untuk mengharapkan dia respon dengan cepat.

kalau ko diberi peluang untuk lihat "recycle bin" putera.com, ko akan tepuk dahi sampai lebam bila tengok jumlah post&topik yang telah dipadamkan berbanding dengan beberapa puluh topik/reply yang dibuat oleh pihak moderator sendiri.

moderator tu manusia biasa.

dan tolong jangan beri kenyataan kosong bahawa "geng OC" yang ko dambakan tu kononnya mengatakan bahawa putera.com ni serupa macam budak budak yang suka buat posting junk/tak berfaedah. dalam dunia internet, sesiapa boleh jadi sesiapa. budak darjah satu boleh berlakon jadi dewasa berumur 30, malah yang beragama lain pun boleh mengaku dia beragama lain. tak mustahil dewasa nampak macam bebudak dengan cara dia reply post, malah kalau ko bijak, ko boleh cam ada beberapa posting yang sebenarnya dibuat oleh budak sekolah menengah, tapi cara dia buat posting seolah2 dia dahpun berumur 25 tahun keatas. jadi janganla peduli sangat dengan apa yang orang lain reply, sebab aku berani jamin "team team OC hebat" yang ko pernah jumpa tu, setidak tidaknya pernah membaca dalam forum ni, dan ada beberapa idea yang diambil dari dalam ni.

akhir kata, kongsilah pengetahuan anda. walaupun betul apa yang ko kata, dalam 30 reply untuk topik yang spesifik, mungkin 15 dari reply tu lari terus dari topik yang diwujudkan. tapi siapa moderator nak menilai samada tu sesuai atau tak? tu sebab wujud perkataan "budi bicara". sama macam ko bekerja untuk sesuatu organisasi, dalam 20 tindakan dari majikan ko, berapa yang ko setuju? 8? dan kalau ko rasa ada benda yang tak betul, ada butang report. tekan sahaja (benda ni dah diulang berkali kali pada topik yang lebih kurang bunyinya macam topik sekarang ni) dan isikan ketidakpuashatian anda terhadap topic/thread tersebut.

akhir kata, selamat menggunakan putera.com

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya berpuas hati dengan jawapan En Azuan. Baiklah, saya akan berusaha untuk berkongsi pengetahuan yang saya bersama-sama dengan ahli putera. Dan satu lagi, "team OC" tu bukan sembang kosong.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...