Jump to content
Sign in to follow this  
abixpert

Multi Level Marketing

Recommended Posts

banyak cerita yang aku dengar pasal MLM

ada yang berjaya

ada yang tidak berjaya

jom kita bincang kat sini

Share this post


Link to post
Share on other sites

SENARAI SYARIKAT YANG TIDAK MENGHANTAR BORANG MAKLUMAT SYARIKAT TAHUN 2003

BERBILANG TINGKAT

AYURVEDIC HERBAL SDN BHD

Nombor telefon tiada dalam perkhidmatan

BESTMILLENIUM SDN BHD

BIODREAM NETWORK (M) SDN BHD

CLIQUE OPTION TWO THOUSAND (M) SDN BHD

COMM.TECHNOLOGY INNOVATION SDN BHD

CUBIC CONCEPT SDN BHD

DE CLASSIC LIFE (M) SDN BHD

DIMAZ INDUSTRIES SDN BHD

DIRECT CIRCLE CORPORATION SDN BHD

Tamat lesen pada 10/1/2004 dan tidak memperbaharui

DSW SOLUTION SDN BHD

E2W UNITED SDN BHD

EDU.2U PORTAL SDN BHD

E-HOTZ DOT COM SDN BHD

EMINENT TYCOON SDN BHD

EPISODE LAGENDA SDN BHD

FIDELITY HIGHTS SDN BHD

Tamat lesen pada 15/1/2004 dan tidak memperbaharui

FORTUNE CORPORATION SDN BHD

FUTURE BEST SDN BHD

GENESIS WORLD SDN BHD

GMX WORLDWIDE SDN BHD

HAMDARD MARKETING SDN BHD

Tamat lesen pada 24/3/2004 dan tidak memperbaharui

HEAL TH & HEAL TH MARKETING SDN BHD

HERITAGE GRAND VACATION CLUB BERHAD

HURLEY MARKETING SDN BHD

INFINITY 2 (M) SDN BHD

INMAL CORPORATION SDN BHD

JAMIN EDAR SDN BHD

JOYSTYLE MARKETING SDN BHD

KATZEKAWA SDN BHD

KONSORTIUM PENIAGA-PENIAGA BANDARAYA S/B

KUBTRUS SDN BHD

MELIA SUMMIT SDN BHD

Nombor telefon merupakan nombor telefon Jabatan Belia dan Sukan

MINGTAI INTERNATIONAL (M) SDN BHD

Tamat lesen pada23/3/2004 dan tidak memperbaharui

MUTUAL RELIANCE SDN BHD

Tamat lesen pada 23/3/2004dan tidak memperbaharui

NAICO INT SDN BHD

NSA (M) SDN BHD

PESONA INTENTIVE NETWORK SDN BHD

PRIDE MARKETING SDN BHD

PRIDEWAY NETWORK SDN BHD

PRISMA NETWORK SDN BHD

PROMINENT ADVANTAGE SDN BHD

RICOMAL INDUSTRIES SDN BHD

ROYALE MILLENIUM (M) SDN BHD

RZ CORPORATION SDN BHD

SABIRA MARKETING SDN BHD

SCM FREE ENTERPRISE SDN BHD

SIGNATURE HERITAGE SDN BHD

SINAR BARU SISTEM SDN BHD

SMART NACO SDN BHD

STAR ADVANTAGE SDN BHD

STEADFAST SUCCES SDN BHD

THE MINDS CREATION SDN BHD

THOROUGHBRED IT MARKETING & SERVICES SDN BHD

TROPIKAL FOODS & BAVERAGE SDN BHD

TRUEHEART ENTERPRISE SDN BHD

TUNG PAO SDN BHD

UNICITY MARKETING SDN BHD

WELLNESS CONCEPT (M) SDN BHD

WONDER LIVING DISTRIBUTORS SDN BHD

WORLD CLASS MARKETING (M) SDN BHD

ZENITH ONE VISION (M) SDN BHD

SATU TINGKAT

APPCO SDN BHD

AWANA ABADI SDN BHD

CHIMEGOLD SDN BHD

COSMO OPTION SDN BHD

COUNTRY HEIGHTS MEDICAL TOURISM SDN BHD

COURT MAMMOTH SDN BHD

HEALTH 47 RESOURCES SDN BHD

HEALTHY HOMES MARKETING (M) SDN BHD

INSCARD SDN BHD

INTER SIERRA SDN BHD

INVERICH SDN BHD

KARCHER CLEANING SYSTEMS SDN BHD

MEDIWISE SDN BHD

PURE ACTION SDN BHD

Nombor telefon tiada dalam perkhidmatan

PURELIFE LIVING PRODUCTS (M) SDN BHD

SKY DISCOVERY SDN BHD

Tamat lesen pada 11/3/2004 dan tidak memperbaharui

SWISS GARDEN INT VACATION CLUB SDN BHD

TAKAHASI SDN BHD

SATU TINGKAT DAN PESANAN POS

KOMENA NIAGA SDN BHD

Tamat lesen dan telah kemukakan pembaharuan lesen

PACIFIC & ORIENT DISTRIBUTORS SDN BHD

Nombor tiada dalam perkhidmatan

PUNCAMIRI SDN BHD

STP DISTRIBUTORS (M) SDN BHD

TIME TELECOMMUNICATIONS SDN BHD

source: http://www.kpdnhep.gov.my/index.php?ch=27&pg=247&ac=852

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cara Mengenal Skim Penipuan

Kita sering berhadapan dengan pelbagi skim-skim baru, yang menawarkan ganjaran menarik dengan modal yang rendah. Seringkali ramai yang tertarik dan menyertainya. Namun akhirnya apa yang dijanjikan itu tidak kesampaian dan modal yang dikeluarkan itu lesap begitu sahaja. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, demi mengelakkan diri daripada tertipu, sentiasa ingat petua-petua perlindungan yang berikut :

Tawarkan keuntungan tetap Hindari sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan tetap atau tinggi bagi satu pelaburan kecil. Berhati-hatilah terhadap syarikat yang menjanjikan keuntungan besar atau menunjukkan prestasi cemerlang dalam satu tempoh masa yang pendek.

Perlu menaja orang lain Berhati-hati dengan pelan yang menumpukan kepada membayar anda untuk melatih orang lain dan bukannya membayar anda kerana menjual produk atau perkhidmatan. Perkataan yang menjadi kunci utama untuk mengingatkan anda supaya bethati-hati ialah 'downline' atau 'piramid'.

Tempoh tawaran terhad Jangan sekali-kali bersetuju menyertai apa-apa 'peluang' dalam keadaan mendesak, umpamanya 'tempoh untuk anda menyertai skim ini amat terhad' atau 'beli sekarang, jika tidak, anda akan menyesal'.

Kenakan bayaran pendahuluan Memang mustahil untuk anda memenangi sebarang hadiah atau wang yang banyak jika anda tidak masuk sebarang pertandingan atau membeli loteri. Begitu juga, mustahil bagi sesuatu pertandingan yang sa di sisi undang-undang untuk meminta bayaran wang pendahuluan sebelum menyerahkan hadiah wang.

Panggilan tidak diduga Anda perlu bersikap ragu-ragu mengenai sebarang panggilan telefon yang tidak dijangka mengenai pelaburan daripada jurujual atau syarikat luar pesisir yang anda tidak kenali. Jika pemanggil itu mengaku sebagai wakil peniaga syarikat broker saham atau penasihat pelaburan yang dilesenkan oleh pihak berkuasa di luar negara, minta nama pihak kawal selia asing berkaitan yang melesenkan syarikat itu dan layari tapak webnya yang biasanya mempunyai senarai mereka yang berdaftar dan dilesenkan.

Ketahui maklumat syarikat Pastikan anda memperoleh rekod prestasi syarikat tersebut. Juga, mintalah maklumat bertulis mengenai produk pelaburan dan perniagaan itu, serta risiko yang terbabit dalam pelaburan tersebut. Baca dengan teliti prospektus atau laporan tahunan syarikat itu sebelum membuat pelaburan.

Jangan dedahkan maklumat peribadi Jangan berikan sebarang maklumat kewangan atau peribadi sebelum anda memastikan kesahihan syarikat itu.

Dapatkan maklumat lanjut Jangan takut bertanya soalan. Malah, lebih banyak soalan yang anda tanyakan, lebih baik lagi. Minta penjelasan mengenai apa-apa perkara yang anda tidak benar-benar fahami. Walau bagaimanapun, jangan menerima bulat-bulat semua maklumat yang diberikan. Siasat sendiri. Jika anda memerlukan bantuan untuk membuat penilaian terhadap pelaburan tersebut, pergilah kepada mereka yang boleh memberikan nasihat secara bebas dan profesional, contohnya wakil peniaga berlesen, penasihat pelaburan, peguam atau akauntan.

Semakan dengan pihak berkuasa Sentiasa periksa tapak web pihak pengawal selia, contohnya, tapak web Suruhanjaya Sekuriti (www.sc.com.my), untuk mendapatkan maklumat mengenai amaran untuk pelabur, atau senarai syarikat-syarikat perantara berlesen.

Jangan melabur jika ragu-ragu Jika ragu-ragu, jangan melabur. Mengapa anda mesti meletakkan wang anda dalam risiko jika anda tidak mendapat maklumat sepenuhnya mengenai syarikat, jurujual/esen, atau pelaburan tersebut? Ingatlah, jika sesuatu janji itu nampak macam mustahil boleh dilaksanakan, kemungkinan besar memang mustahil boleh berlaku!

source: http://www.kpdnhep.gov.my/index.php?ch=18&pg=93&ac=932

Share this post


Link to post
Share on other sites

BARANG APA YANG PALING MUDAH DI JUAL? TENTULAH KAD TAMBAH NILAI

Salam sejahtera,

Jemputan khas terbaru!-Lebih 10 juta rakyat Malaysia!

Jangan lakukan kesilapan besar! Lebih 10 juta rakyat Malaysia yang menggunakan prepaid atau yang tidak menggunakan prepaid juga boleh sertai satu perniagaan prepaid yang sedang hangat! Trend perniagaan kini berbentuk homebase business sudah menular dan kini sesiapa sahaja yang tidak mampu keluar modal besar boleh berniaga. Jangan lakukan kesilapan besar! Kita boleh kongsi bersama komisen jualan prepaid dengan membeli sesama kita. Kenapa harus kayakan orang lain sedangkan kita boleh kayakan diri sendiri? Kita mengeluarkan wang setiap bulan dan jangan bazirkan wang anda begitu sahaja. Keuntungan sepatutnya kepada pengguna sendiri kerana kita yang membeli. Kenapa harus diberikan kepada orang lain?

Inilah kesilapan besar yang kita sebagai pengguna lakukan. Bayangkan pendapatan bukan hanya rebate Rm2 atau RM3 tetapi keuntungan adalah berlipat ganda dengan mengagihkan komisen secara bertingkat atau berkumpulan. Pendapatan boleh mencecah dari 1 hingga 8 angka! Ya bukan sedikit. Juga bonus diberikan setiap 10 hari sekali bermakna 3 kali dalam sebulan. Pengguna telefon bimbit juga semakin bertambah dengan pantas. Potensi perniagaan ini amat hebat, tidakkah anda merasainya? Tidakkah anda lihat telefon bimbit sudah dijual berselerak dimerata tempat? Kita masih diperingkat awal untuk memulakannya. Ayuh jangan berlengah. Rebutlah peluang lumayan ini segera!

Selain prepaid juga ada pertambahan berbagai produk lain dalam fasa seterusnya. Pengguna internet juga boleh terlibat kerana top-up internet juga akan dijual. Untuk penerangan panjang lebar sila daftar percuma dahulu di web:

Sila lawati....

http://prepaid.cynexx.com/?b=SNIP

Dan antara yang berjaya..

http://prepaid.cynexx.com/testimoniyazid.html

MOHAMAD AZMI B AHMAD @ ABDULLAH

Kearah berbelanja bijak.

Share this post


Link to post
Share on other sites

APAKAH JUALAN LANGSUNG?

* Satu kaedah pemasaran barangan atau perkhidmatan dari pintu ke pintu dan jualan pesanan pos

* Jualan Pintu ke Pintu bermaksud jualan bukan pada tempat perniagaan yang tetap atau melalui jualan pesanan pos

* Jualan Pesanan Pos adalah menerima tawaran kontrak jualan melalui pos

(Seksyen 2, AJL 1993)

CIRI-CIRI PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG

* Produk/perkhidmatan yang dipasarkan jarang diperolehi di pasaran terbuka

* Bonus/insentif dibayar berdasarkan hasil jualan produk

* Tidak menetapkan pembelian oleh ahli. Sekiranya ada ia hanyalah dalam jumlah jualan ulangan (maintenance sale) yang kecil

* Mempunyai sales kit

* Tidak mempunyai unsur-unsur piramid

BARANG/PERKHIDMATAN YANG DIBENAR DIJUAL

* Produk eksklusif yang sukar dipasar melalui sistem jualan biasa

* Mendapat pengiktirafan dari dalam & luar negara dari segi kualiti & keselamatan seperti ISO 9000, MS (SIRIM), tanda halal dan sebagainya

* Produk dari kilang yang mendapat pengiktirafan GMP (Good Manufacturing Pratices)

* Barangan berasaskan petroleum mempunyai lesen PDA-1974

* Barangan Elektrik – Mendapat kelulusan mengimport & mengilang dari Jabatan Bekalan Elektrik & Gas.

* Kosmetik –Produk didaftarkan dengan Kementerian menjelang 2004

* Makanan kesihatan/makanan tambahan

* Kelulusan Bahagian Kawalan Mutu Makanan

* Kelulusan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah

* Kelulusan Lembaga Iklan Ubat bagi iklan yang mempunyai tuntutan-tuntutan perubatan

ASPEK-ASPEK PERLINDUNGAN PENGGUNA DI BAWAH AJL 1993

Kontrak jualan

Secara bertulis dan perlu diberi bagi pembelian berjumlah RM 300 dan ke atas.

Tempoh bertenang selama 10 hari bekerja juga perlu dipatuhi

Waktu bertandang

9.00 pagi – 7 petang hari bekerja.

Tidak dibenarkan pada cuti umum (kecuali dengan temujanji).

Perlu maklumkan tujuan lawatan

Kad kebenaran

Ejen jualan perlu memakai kad kebenaran yang mempunyai nama dan alamat syarikat yang diwakili, nombor lesen jualan langsung dan gambar ejen

Sampel barangan

Hak untuk memeriksa barangan/perkhidmatan yang ditawarkan melalui pesanan pos. Perlu nyatakan masa dan tempat sampel barang boleh diperiksa

Polisi beli balik

Untuk pengedar yang ingin menamatkan keahlian, mereka boleh memulangkan barangan yang masih elok dan boleh dijual semula kepada syarikat mengikut syarat-syarat yang ditetapkan

Rekod penyelenggaraan mereka yang terlibat di dalam perniagaan jualan langsung

APAKAH PELAN PEMASARAN

Pelan pemasaran adalah satu cara bagaimana pengedar akan mendapat pulangan di atas penjualan produk/perkhidmatan syarikat

Terdapat 3 jenis pelan pemasaran iaitu satu tingkat, berbilang tingkat dan pesanan pos

SATU TINGKAT (SLM)

* Syarikat akan melantik wakil jualan/ejen dan membayar gaji atau memberi komisen atas jumlah jualan yang dibuat

* Wakil jualan/ejen tidak dibenarkan untuk melantik/menaja downline

BERBILANG TINGKAT (MLM)

* Syarikat akan mengambil individu sebagai ahli/pengedar untuk mengedar barangan syarikat.

* Ahli/Pengedar yang berkenaan pula akan menaja individu-individu untuk menjadi ahli/pengedar bagi menjual barangan syarikat yang sama dan proses pengambilan individu ini sebagai ahli/pengedar boleh diteruskan tanpa had. Setiap ahli/pengedar akan mendapat komisen daripada jualan ahli/pengedar yang ditajanya (override). Pada masa yang sama setiap ahli/pengedar akan menerima komisyen/insentif di atas penjualan barangan syarikat.

PESANAN POS (MAIL ORDER)

* Jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos

Kaedah Permohonan Lesen Jualan Langsung

1. PERMOHONAN LESEN JUALAN LANGSUNG

1.1 Permohonan Lesen Baru

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

* Borang AJL-1 (bertaip)

* Memorandum dan perkara-perkara Persatuan yang ditentusahkan melalui Akuan berkanun oleh seorang pengarah

* Borang 24 dan 49 terbaru yang disahkan;

* Latar belakang kesemua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat;

* Penerangan lengkap pelan pemasaran syarikat;

* Polisi beli balik (bagi pelan berbilang tingkat sahaja)

* Borang struktur harga produk/perkhidmatan (sila rujuk Format A);

* Brosur/risalah/bahan bercetak produk/perkhidmatan dan invois pembekal;

* Contoh kontrak jualan (bagi pelan satu tingkat dan berbilang tingkat sahaja);

* Contoh iklan pesanan pos (bagi jualan melalui pos sahaja)

* Dokumen atau perjanjian bertulis daripada semua service provider bagi syarikat yang menawarkan perkhidmatan (jika berkaitan)

1.2 Pemegang Lesen Sedia Ada

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

* Salinan lesen terdahulu;

* Akaun Untung Rugi syarikat untuk tiga tahun sebelumnya;

* Borang 24 dan 29 terbaru yang disahkan;

* Bayaran fee sebanyak RM500 setahun dan dibuat 2 minggu sebelum lesen tamat;

* Bayaran fee maksimun yang dibenarkan untuk selama 5 tahun; (Sila Lihat Tatacara BAYARAN)

(Nota : Lesen asal hendaklah diserahkan selepas lesen baru dikeluarkan)

2. PERMOHONAN PINDAAN PELAN PEMASARAN

2.1 Membuat perbandingan antara pelan asal dan pelan baru serta justifikasi-justifikasi ke atas perubahan yang ingin dibuat (sila rujuk Format cool.gif;

2.2 Penerangan terperinci pelan pemasaran baru; dan

2.3 Pelan pemasaran tidak digalak untuk dipinda dalam tempoh 2 tahun selepas diluluskan.

3. PERMOHONAN MENGADAKAN KEMPEN/PROMOSI/INSENTIF

3.1 Maklumat lengkap mengenai kempen/promosi/insentif termasuk tatacara dan tempoh pelaksanaan;

3.2 Kempen/promosi/insentif tersebut tidak digunakan sebagai taktik/jalan untuk memaksa/menarik orang ramai menjadi ahli syarikat; dan

3.3 Permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya satu bulan sebelum kempen/promosi/insentif tersebut diadakan.

4. PERMOHONAN TAMBAH PRODUK BARU

4.1 Borang struktur harga produk (sila rujuk Format A) bersama invois pembekal;

4.2 Brosur/bahan bercetak mengenai produk/perkhidmatan baru berkenaan; dan

4.3 Rujuk Perkara 3, Barang/Perkhidmatan Yang Dibenarkan/Digalakkan Untuk Dijual Melalui Sistem Jualan Langsung (Kriteria Pelesenan)

5. PERMOHONAN UBAH HARGA PRODUK SEDIA ADA

Borang struktur harga produk (sila rujuk Format A) bersama invois pembekal.

BAYARAN

6. Bayaran untuk lesen adalah RM500 setahun.

7. Bayaran perlu dalam bentuk bank deraf atau kiriman wang dan atas nama Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

8. Lesen rasmi akan dikeluarkan lebih kurang 2 minggu selepas bayaran diterima dan resit bayaran akan dilampirkan bersama lesen.

PENGAMBILAN LESEN

9. Pengambilan lesen perlu dilakukan sendiri oleh pengarah urusan atau pengurusan atasan syarikat dan membuat perakuan penerimaan syarat-syarat lesen di pejabat Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

SENARAI SYARIKAT JUALAN LANGSUNG

a) Senarai Penuh Syarikat Jualan Langsung yang sah;

cool.gif Senarai Penuh Syarikat Jualan Langsung yang telah dibatalkan lesen-2004;

c) Senarai Penuh Syarikat Jualan Langsung yang telah dibatalkan lesen-2005;

d) Senarai Syarikat Jualan Langsung yang telah gagal mengemukakan Borang Maklumat Syarikat 2004; dan

e) Senarai Syarikat Jualan Langsung yang tidak memperbaharui lesen yang telah tamat tempoh

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamu'alaikum semua,

Sering kita dengar rungutan kolompok masyarakat kita yang tidak begitu suka dengan kaedah penjualan barangan berasaskan sistem 'multi level marketing' tanpa sebab yang yang munasabah.

Biasanya mereka yang tidak menyokong kaedah jualan begini hanya kerana desakan-desakan yang selalu dikenakan oleh 'up line' supaya 'down-line' nya membuat jualan yang banyak dalam tempoh masa promosi untuk meningkatkan jualan kumpulan.

Mari kita lihat apa pendapat ulama atau pemikir Islam berkaitan hukum perniagaan MLM ini :

Pada dasarnya, hukum MLM ditentukan oleh bentuk muamalatnya. Jika muamalat yang terkandung di dalamnya adalah muamalat yang tidak bertentangan dengan syariat Islam, maka absahlah MLM tersebut. Namun, jika muamalatnya bertentangan dengan syariat Islam, maka haramlah MLM tersebut.

Pada faktanya kebanyakan MLM melakukan dua muamalat yang diharamkan di dalam Islam; iaitu:

(1) mengambil komisyen/bonus yang bukan haknya (agen di atas agen), dan

(2) dua aqad dalam satu aqad.

Mengambil Komisyen Yang Bukan Haknya (agen di atas agen)

Apa yang dimaksudkan dengan agen di atas agen adalah jika seorang agen mengambil komisyen keuntungan dari agen yang lain. Sebagai contoh, Amir adalah agen dari Ahmad untuk menjualkan sebuah rumah. Ahmad mengatakan, bahawa rumah tersebut dijual dengan harga 100 ribu, dan Amir sebagai agen akan memperoleh komisyen sebanyak 10% dari hasil penjualan. Kemudian, Amir bertemu dengan Amar sebagai agen yang lain. Amir berkata kepada Amar, “Jika kamu boleh menjualkan rumah Ahmad, maka kamu mendapatkan komisyen 10%, dan saya mendapatkan komisyen 5% dari kamu.” Komisyen yang diambil Amir dari Amar sesungguhnya bukan komisyen yang dibenarkan oleh syariat. Ini disebabkan Amir bukanlah pemilik rumah, dan bukan juga pembeli rumah. Oleh kerana itu, ia tidak boleh menetapkan ketetapan apapun, atau membuat perjanjian apapun dengan agen yang lain, iaitu Amar. Sesungguhnya, agen hanya berhubung dengan pemilik barang (shahib al-mâl), atau pembeli barang. Dia tidak boleh berhubung dengan agen yang lain dalam hal mendapat keuntungan, dan komisyen.

Akan tetapi, jika Amir mengajak Amar untuk bekerjasama dalam menjual rumah, kemudian komisyen dari Ahmad sebanyak 10% dibahagi sesama mereka, maka amalan sebegini dibolehkan di dalam Islam.

Perihal agen di atas agen tersebut juga berlaku dalam MLM. Di dalam MLM, jika seorang berjaya mendapat downline, maka ia juga akan mendapatkan komisyen keuntungan dari penjualan ataupun pembelian yang dilakukan oleh downline tersebut hingga downline ke bawahnya, dan seterusnya. Padahal orang tersebut tidak berhak mendapatkan komisyen dari downlinenya. Muamalat sebegini dikategorikan sebagai mengambil komisyen yang bukan menjadi haknya (agen di atas agen). Amalan sebegini hukumnya adalah haram.

Jika amalan sebegini menjadi perkara biasa dan menjadi sistem bagi MLM, maka kita boleh menyatakan bahawa semua MLM adalah haram. Ia disebabkan di dalamnya terdapat aktiviti pengambilan sesuatu yang bukan menjadi haknya. Padahal prinsip utama di dalam Islam adalah melarang pengambilan sesuatu yang bukan menjadi hak atau bahagiannya.

Tidak boleh dinyatakan sekiranya downline-downline tersebut redha, maka sahlah pengambilan komisyen tersebut. Ini berdasarkan pada hujah bahawa sistem MLM lah yang menyebabkan komisyen diambil dari yang bukan menjadi hak seseorang. Dengan kata lain, sistem MLM lah yang menyebabkan seseorang boleh mengambil komisyen dari downline nya melalui sebuah mekanisma yang telah ditetapkan oleh syarikat. Kenyataan ini diperkuat dengan adanya hujah bahawa kebanyakan downline tidak mengetahui siapa yang menjadi upline nya hingga ke atas. Jika seorang anggota MLM berjaya menjual barang mahupun berjaya mendapat downline yang lain, maka secara automatik upline-upline nya berhak mendapatkan komisyen di atas penjualannya dan kejayaannya mendapat downline. Padahal komisyen yang diperolehi oleh upline dari downline termasuk dalam bentuk penyelewengan ke atas hak. Jadi, isunya adalah sistem MLM yang telah memaksa siapa sahaja yang terlibat di dalamnya untuk melakukan pengambilan sesuatu yang bukan haknya, bukan dilihat berdasarkan kerelaan downline-downline nya atas komisyen yang diambil syarikat yang kemudiannya diberikan kepada upline nya.

Aqad samsarah (sistem agen) adalah aqad yang melibatkan seorang agen dengan pemilik barang (shahib al-mâl); atau pembeli barang. Jika pemilik barang meminta seseorang untuk menjualkan barangnya dengan komisyen tertentu, maka ini adalah mekanisma agen yang sah. Demikian pula jika seorang pembeli barang meminta seseorang untuk mencarikan barang tertentu dengan komisyen tertentu, maka mekanisma seperti ini juga sah menurut syara’.

Seseorang yang menjadi agen pihak pembeli tidak boleh menerima komisyen dari pihak penjual. Ini kerana dia adalah sebagai penghubung dari pihak pembeli sahaja. Jika seseorang menjadi agen dari pihak penjual, maka dia dilarang mengambil keuntungan dari perbezaan harga yang diberikan oleh pembeli. Ini kerana keuntungan tersebut adalah hak dari pihak penjual, bukan haknya, kecuali jika penjual mengizinkannya.

Seorang agen dari pihak penjual tidak boleh menerima komisyen —bukan perbezaan harga penjualan— dari pihak pembeli dengan apa-apa bentuk meskipun pihak penjual merelakannya. Ini kerana dia adalah penghubung dari pihak penjual, bukan dari pihak pembeli. Dalam kes MLM, seorang upline yang menjadi agen, akan mendapat komisyen di atas pembelian yang dilakukan oleh downline nya (yang juga agen). Ini menunjukkan bahawa upline tersebut (yang juga agen) mendapat komisyen dari pembeli (iaitu downline yang sekaligus menjadi agen) pula. Amalan sebegini tentunya adalah amalan yang bertentangan dengan hukum syara’.

Dua Aqad Dalam Satu Aqad Dua aqad dalam satu aqad (‘aqdaain fi ‘aqd), atau “shafqatain bi shafqah” adalah dua aqad yang terkumpul menjadi satu dalam sesuatu muamalah.

Rasulullah SAW telah melarang umat Islam melakukan dua aqad dalam satu transaksi. Ahmad Bin Hanbal meriwayatkan sebuah hadith dari Abdullah bin Mas’ud ra, bahawasanya ia berkata:

“Rasulullah SAW melarang dua aqad dalam sebuah aqad jual beli” .

Para fuqaha menafsirkan dua aqad dalam sebuah jual beli, atau dua harga dalam sebuah jual beli seperti berikut:

Pertama, jika seseorang mengatakan kepada orang lain, “Aku jual baju ini kepadamu dengan harga sepuluh dirham jika tunai, dan dua puluh dirham jika hutang.” Kemudian kedua orang tersebut berpisah dan belum ada kesepakatan tentang salah satu model jual beli tersebut. Para ‘ulama menyatakan bahawa jual beli semacam ini adalah fasid (rosak). Ianya kerana kedua-duanya tidak mengetahui (belum jelas benar) harganya. Asy-Syaukani menyatakan, “Adapun ‘illat diharamkannya dua aqad dalam satu aqad jual beli adalah tidak disepakatinya salah satu (aqad) harga dari dua (aqad) harga tersebut.” (Asy-Syaukani, Nailul Authar, bab al-Bai’). Akan tetapi, jika kedua orang tersebut bersepakat tentang salah satu aqad (harga) dari dua aqad (harga) jual beli tersebut; misalnya pembeli menerima harga baju tersebut 20 dirham secara kredit; sebelum keduanya berpisah, maka sahlah jual beli tersebut. Sebab, harga baju itu telah ditetapkan, dan kedua belah pihak mengetahui dengan jelas harga dari baju tersebut serta bentuk transaksinya.

Kedua, Syafi’i sebagaimana diriwayatkan oleh At-Tirmidzi, menafsirkan dua aqad dalam sebuah aqad jual beli seperti berikut; jika seseorang berkata kepada orang lain, “Saya jual rumahku kepadamu dengan harga sekian, akan tetapi engkau harus menjual anak laki-lakimu kepadaku. Jika kamu menjual anak laki-lakimu, maka aku serahkan rumah ini kepadamu.” Muamalat semacam ini berbeza dengan jual beli dengan harga yang tidak diketahui. Namun demikian, muamalat semacam ini adalah bathil. Sebab, ia termasuk dalam jual beli bersyarat. Sedangkan jual beli bersyarat boleh menyebabkan tiada jelasnya tentang harga. Adapun ‘illat pengharaman transaksi seperti ini (jual beli bersyarat), menurut Asy-Syaukani adalah dikaitkannya jual beli dengan syarat untuk masa depan.

Ketiga, penafsiran ketiga mengenai “shafqatain fi shafqah” adalah jika seseorang melakukan pesanan barang sejumlah gandum dalam jangka waktu satu bulan, dengan harga 1 dinar. Ketika tempoh masa telah tiba, dan pemesan meminta gandum yang dipesannya, orang yang dipesani barang berkata, “Juallah gandum yang seharusnya saya berikan kepada anda, dengan dua takar gandum, tapi jangkanya ditambah dua bulan.” Jual beli semacam ini adalah fasid, sebab aqad yang kedua telah masuk pada aqad yang pertama (Mubarakfuri, Tuhfat al-Ahwadziy, bab al-bai’ain fi al-bai’ah).

Inilah beberapa tafsir mengenai al-bai’ain fi al-bai’ah (dua aqad jual beli dalam satu aqad jual beli); atau yang dikenali sebagai al-‘aqdain fi al-‘aqd, atau al-shafqatain fi al-shafqah.

Salah satu penafsiran mengenai shafqatain fi shafqah adalah dikaitkannya jual beli dengan syarat-syarat tertentu yang boleh membatalkan sebuah transaksi jual beli. Oleh kerana itu, bila sesuatu transaksi jual beli yang dikaitkan dengan syarat-syarat fasid, maka transaksi tersebut dikategorikan sebagai “dua aqad dalam sebuah aqad”. Transaksi sebegini dikategorikan sebagai transaksi yang diharamkan. Namun, jika suatu transaksi dikaitkan dengan syarat-syarat yang lazim, maka syarat ke atas transaksi tersebut bukanlah perkara yang haram. Untuk itu, kita harus memahami terlebih dahulu syarat-syarat yang lazim dan syarat-syarat yang tidak lazim (syarat fasid), agar kita boleh membezakan samada syarat tersebut dikategorikan sebagai syarat yang boleh membatalkan jual beli atau tidak.

Para fuqaha mengklasifikasi syarat-syarat jual beli (transaksi) kepada dua bahagian. Pertama, syarat shahih lazim. Shahih lazim adalah transaksi yang sesuai dengan tuntutan aqad.

Syarat lazim terbahagi kepada tiga:

1. Syarat yang menjadi tuntutan jual beli. Syarat ini wajib dipenuhi, dan menjadi syarat sahnya sebuah transaksi. Contohnya, sahnya pertukaran adalah adanya pertukaran barang dengan barang; syarat sahnya jual beli adalah dengan adanya pertukaran barang dan pelunasan pembayaran. Suci dari najis merupakan syarat sahnya sholat, dan lain sebagainya.

2. Syarat yang berhubungan dengan kemashlahatan aqad. Misalnya, syarat penangguhan pembayaran ke atas transaksi tertentu. Jika seseorang mensyaratkan transaksi boleh berjalan jika pembayaran dilakukan secara kredit, maka syarat sebegini dibolehkan. Jika syarat-syarat tersebut dipenuhi, maka transaksi harus dijalankan. Namun jika syarat-syarat tersebut tidak dipenuhi, maka pembeli berhak membatalkan aqad, dengan alasan tidak memenuhi syarat.

3. Syarat yang manfaatnya diketahui oleh penjual dan pembeli. Misalnya, jika transaksi jual beli rumah terjadi, maka penjual rumah boleh menempati rumah tersebut selama 1 atau 2 bulan sebelum diserahkan kepada pembeli. Syarat semacam ini tidaklah membatalkan transaksi jual beli tersebut, dan tidak dikategorikan sebagai dua aqad dalam satu aqad.

Syarat Fasid.

Syarat fasid pula ada beberapa kategori:

1. Syarat yang membatalkan aqad sejak daripada awalnya. Misalnya, seorang penjual berkata, “Aku jual kepadamu rumahku dengan syarat kamu harus menjual barangmu yang ini, atau kamu harus meminjami aku barang ini atau itu…” Syarat semacam ini dilarang, berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

“Tidak dihalalkan salaf (hutang) dengan penjualan, dan tidak pula ada dua syarat dalam satu jual beli.” [hr. at-Tirmidzi].

Contoh yang lain adalah, “Aku jual kepadamu barangku ini, dengan syarat engkau kawini anakku.”

2. Syarat yang meniadakan tuntutan aqad, tapi aqadnya tetap sah. Transaksi semacam ini batal, misalnya, jika disyaratkan pihak pembeli tidak boleh rugi pada saat menjual. Contoh lain adalah, penjual mensyaratkan kepada pembeli tidak boleh menjual barangnya, atau tidak boleh menghibahkannya; dan lain sebagainya.

3. Syarat yang tidak mengesahkan aqad. Syarat-syarat semacam ini biasanya dikaitkan dengan waktu yang akan datang. Misalnya, seorang penjual berkata, “Aku jual kepadamu barang ini, jika si fulan telah merelakannya, atau jika kamu menemuiku di tempat ini dan itu.”

4. Terdapatnya dua syarat dalam satu transaksi jual beli. Misalnya, pihak pembeli mensyaratkan agar yang memotong dan membawa kayu adalah penjualnya sendiri. Syarat semacam ini batal, berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

“Tidak dihalalkan salaf (hutang) dan penjualan; serta dua syarat dalam satu transaksi jual beli.” [hr. at-Tirmidzi].

Inilah syarat-syarat yang boleh membatalkan aqad dan yang tidak membatalkan aqad.

Secara umum, jika seseorang masuk ke dalam jaringan MLM, maka dia diminta untuk mengisi borang (administratif), dan disyaratkan untuk melakukan pembelian dengan item dan harga tertentu. Seterusnya dia disyaratkan melakukan penjualan dengan kaedah mencari downline sebanyak-banyaknya. Jika dia berjaya mendapat downline, maka dia akan mendapatkan komisyen di atas kejayaannya mendapatkan downline, serta komisyen atas pembelian (kegunaan peribadi) yang dilakukan oleh downline-nya atas barang yang diperjualbelikan dalam MLM tersebut. Demikian seterusnya, jika downline mendapatkan lagi downline berikutnya, maka ia akan mendapatkan komisyen. Jika syarat-syarat ini dipenuhi, maka seseorang itu sah menjadi anggota MLM.

Kebanyakan MLM, terdapat komisyen bagi upline dari pembelian yang dilakukan oleh downline-downline nya hingga ke bawah; atau berasal dari penjualan yang dilakukan oleh upline. Jika downline-downline tersebut tidak aktif; tidak melakukan pembelian ke atas barang atau melakukan penjualan barang, maka upline tidak akan mendapat komisyen lagi. Begitu pula jika seorang berada pada posisi downline terakhir (berada pada posisi paling akhir dari rangkaian MLM), tentunya ia tidak mendapatkan apa-apa kecuali jika dia sendiri melakukan membeli barang untuk diguna sendiri).

Kesimpulan dari fakta di atas bahawa di dalam MLM ada aktiviti mencari downline dengan komisyen tertentu, penjualan, dan penggunaan produk MLM.

Fakta Dua Aqad Dalam Satu Transaksi

Dalam transaksi penjualannya, kebanyakan MLM melakukan dua aktiviti berikut ini:

1. Penjualan oleh ahli syarikat MLM kepada orang lain yang tidak mahu terikat dengan syarat-syarat keahliaan tertentu (orang yang tidak ingin menjadi ahli MLM). Dalam kes ini, ahli hanya mendapatkan komisyen dari penjualan produk saja. Transaksi sebegini bukanlah sesuatu yang terlarang di dalam Islam.

2. Penjualan oleh ahli kepada seseorang yang diikat dengan syarat tertentu. Dalam kes ini, seorang ahli MLM disyaratkan untuk membeli sekaligus menjadi agen dalam mencari down line.

Fakta pengkaitan dan pensyaratan jual beli dengan sistem ejen (samsarah) semacam ini terlihat tatkala perusahaan tersebut menjual barang pada seseorang yang telah menjadi ahlinya, maka pembeli tersebut disyaratkan menjadi agennya dalam urusan mencari downline-downline. Pembeli yang sebenarnya juga ejen syarikat MLM ini akan mendapatkan komisyen dari transaksi jual beli dan sistem agen yang dilakukannya. Dengan kata lain, MLM ini sebenarnya sedang menjual barang kepada seseorang yang disyaratkan menjadi agennya.

Amalan sebegini telah menggabungkan di antara jual beli dengan sistem agen; sehingga tergolong sebagai shafqatain fi shafqah yang diharamkan di dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak dihalalkan salaf (hutang) dengan penjualan, dan tidak pula ada dua syarat dalam satu jual beli.” [hr. at-Tirmidzi].

Di dalam perniagaan MLM, transaksi akan terbatal tidak hanya berhubung kait dengan agen di atas agen dan shafqatain bi al-shafqah, akan tetapi kadang-kadang juga berhubung kait dengan harga jualan yang terlalu tinggi (ghabn al-fâkhîs). Kami cuba menjelaskan hukum mengenai MLM secara terperinci dan mendalam semoga umat Islam tidak berada di dalam transaksi yang HARAM!

Wallahu a'lam bi al-shawab

Edited by sesas

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...