Jump to content
Sign in to follow this  
lutiTM

Pointer 3.0 Boleh Jadi Engineer Ke?

Recommended Posts

Assalamualaikum

InsyaAllah July 2015, aku akan grad dengan degree e&e. Apa yg aku takutkan sekarang ni yelah masa nak cari kerja nanti. Pointer aku biasa2 ja 3.02. Tadi aku sembang dengan sorang member engineer dekat forum lowyat. Aku pun cerita la skill yg aku ada (c,vlsi,verilog etc) Apa yg dia cakap yelah untuk masuk company2 yg bertaraf MNC ni mostly diorang prefer yg 3.5~4.0 untuk interview. Ni kiranya macam first screening lah. Apa yg aku risau sekarang ni yelah aku takut sangat kalau tak dapat masuk interview. Bab interview aku tak risau sebab aku rasa soft skills aku ok since aku memang aktif time kat u dulu. Bab resume pun aku da tiaw elok2 kasi nampak gempak. Senang cerita, aku cuma ada masalah dengan pointer aku ja. Aku ada plan nak amik INSEP untuk tambah ilmu aku tu. Ada sesapa yg ada pengalaman atau tips yg boleh share. Aku amat alu alukan pandangan korang lagi2 yg sama line dengan aku. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
btw,aku pun nak share pengalaman member2 final year aku yg di interview Intel tahun lepas. Masa tu aku ada hantar resume ke Intel tapi tak dipanggil untuk ke interview sebab masa tu pointer aku second lower ja. Apa yg aku nak kongsikan kat sini, serius yg interview dari pihak Intel tu taklah sesusah yg disangkakan. Kat sini aku boleh jamin yg korang 80% akan dapat keja kat Intel jikalau korang betul2 dapat jawab soalan interview tersebut. Mostly yg akan interview korang tu adalah engineer untuk department tu sendiri. Ni antara soalan popular Intel : 1) Ceritakan pasal diri anda 2) Minat apa (since Intel adalah company semicon,jadi diorang akan tanya ko ni jenis yg minat bidang apa contohnya macam ic design,digital design,programming etc) 3) Let say aku kata aku ni minat ic design, jadi diorang akan tanya benda yg berkaitan dengan tulah contohnya macam pasal vlsi etc. Kalau aku minat digital design mungkin diorang akan suruh aku buat truth table untuk multiplexer, datapath pipelined processor etc. Mostly, itu adalah soalan yg basic yg diorang akan tanya. Nasihat aku, study la balik apa yg korang dah belajar waktu degree especially benda2 yg macam programming, op amp etc. Benda yg paling wajib tau adalah asas programming macam c/c++. Pernah senior aku dulu kena interview untuk buat coding untuk loop instruction ja. ni antara pengalaman aku dengan member dan senior2 aku dulu ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pada sesiapa yg tengah ambil degree e&e, especially dalam bidang elektronik, kalau korang ada masalah dengan project especially projek/assigment yg berkaitan dengan analog & digital design, korang boleh lah tanya aku. Aku takdalah pandai mana pun tapi insyaAllah dengan ilmu yg aku ada aku boleh tolong korang. Kalau korang nak projek aku yg dulu2 pun insyaAllah aku boleh bagi secara free make sure korang kena study dulu. Niat aku adalah untuk tolong orang Melayu supaya kita semua boleh tembus masuk syarikat MNC insyaAllah. Tu adalah harapan aku sejak aku masuk UiTM :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...