Jump to content
Sign in to follow this  
gomen

Tips Temuduga

Recommended Posts

salam..disini saya kongsikan tips temuduga

Tips Sebelum Temuduga

1. Dapatkan maklumat tentang jawatan apa yang kita hendak temuduga. Contohnya temuduga untuk Pegawai Kesihatan. Dapatkan maklumat tentang visi,misi,atau aktiviti-aktiviti utama Kementerian Kesihatan Malaysia dan skop tugas Pegawai Kesihatan. Secara tidak langsung,kita dapat menimbulkan minat sekaligus dapat membiasakan diri dan membuat persediaan.

2. Bersedia untuk jawab serta tanya soalan.Persiapkan diri anda dengan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan dan bersediadalah dengan jawapan-jawapan yang dapat menarik perhatian panel.Elakkan menghafal.

3. Sediakan pakain yang sesuai.Biasanya bagi lelaki pakain kemeja bertali leher dan wanita pakain yang sopan.Bagi wanita Islam,pakailah pakain yang menutup aurat.

4. Sediakan dokumen-dokumen penting yang hendak dibawa semasa temuduga.Ini dapat mengelakkan kita daripada tergopoh-gapah semasa hari temuduga.


rakan2 lain yg ada tips temuduga boleh sama2 kongsi utk manafaat bersama..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='gomen' timestamp='1334593910' post='1081047']
salam..disini saya kongsikan tips temuduga

Tips Sebelum Temuduga

1. Dapatkan maklumat tentang jawatan apa yang kita hendak temuduga. Contohnya temuduga untuk Pegawai Kesihatan. Dapatkan maklumat tentang visi,misi,atau aktiviti-aktiviti utama Kementerian Kesihatan Malaysia dan skop tugas Pegawai Kesihatan. Secara tidak langsung,kita dapat menimbulkan minat sekaligus dapat membiasakan diri dan membuat persediaan.

[b]2. Bersedia untuk jawab serta tanya soalan.Persiapkan diri anda dengan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan dan bersediadalah dengan jawapan-jawapan yang dapat menarik perhatian panel.Elakkan menghafal.[/b]

[color=#000080]jawab guna bahasa melayu jika ditanya dalam bahasa melayu kalau di tanya dalam bahasa inggeris jawab dalam bahasa inggeris kalau tak confident guna bahasa inggeris minta kebenaran jawab dalam bahasa melayu.. " May I answer this question using malay language ?" kalau penemuduga cakap ok proceed with malay.. kalau dia cakap I want to know your english communication skills.. sila kan laa jawab dalam bahasa inggeris.. harap maklum...[/color]

3. Sediakan pakain yang sesuai.Biasanya bagi lelaki pakain kemeja bertali leher dan wanita pakain yang sopan.Bagi wanita Islam,pakailah pakain yang menutup aurat.

[b]4. Sediakan dokumen-dokumen penting yang hendak dibawa semasa temuduga.Ini dapat mengelakkan kita daripada tergopoh-gapah semasa hari temuduga.[/b]

[color=#000080]bawak dokumen tuh jangan lupa susun dalam file dari pengajian tertinggi ke pengajian terendah.. kira upsr belakang sekali laa.. jangan nak buh depan2 pulak... sijil2 aktiviti jugak mengikut tahap pengajian... contoh degree cert >transkrip >sijil aktiviti masa dekat U > Diploma Cert > transkrip > sijil2 aktiviti kalau sama U letak jer degree cert > transkrip > diploma cert >transkript > sjil aktiviti > SPM cert > PMR cert > sijil2 aktiviti ....[/color]

rakan2 lain yg ada tips temuduga boleh sama2 kongsi utk manafaat bersama..
[/quote]

kalau sesapa ada cadangan or tips2 lain sila laa kongsi kan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
saya tambah lagik tips temuduga ...


[b]Tips Semasa Temuduga [/b]

1. Datanglah awal 20-30 minit.Ini bertujuan untuk menghilangkan rasa gugup.
2. Beri salam kepada panel penemuduga.Dengar dengan teliti semua soalan.Jika anda tidak faham soalan, minta penjelasan.
3. Duduk dengan sopan. Jangan sekali-kali menyilangkan kaki anda di depan penemuduga. Pastikan beg tangan atau apa-apa sahaja yang dibawa, diletakkan di atas meja sisi yang disediakan.
4. Elakkan menggunakan loghat mana-mana negeri walaupun penemuduga itu orang yang anda kenal atau sekampung denga anda.
5. Pastikan anda mematikan telefon bimbit atau meletakkan dalam mod senyap.
6. Semasa menjawab,elakkan diri memberi jawapan yang menunjukkan bahawa kita memerlukan simpati panel untuk diterima dalam temuduga itu.Sebaliknya berilah jawapan yang dapat menunjukkan diri kita optimis dalam bidang yang hendak kita ceburi itu.
7. Berbual secara terbuka, terang dan jujur dan mengatasi sifat malu anda.Tetapi jangan sampai melebih-lebih hingga menunjukkan diri kita terlau yakin dan excited bahawa kita pasti dapat temuduga itu.
8. Sentiasalah ceria dan tenang.Elakkan diri daripada menunjukkan muka yang terlalu serius.
9. Sentiasa memastikan kita menatap mata panel penemuduga.Ini dapat menimbulkan kepercayaan panel bahawa anda seorang yang berkeyakinan.Tetapi ingat,jangan pula sampai menjengel ke arah panel.Kawal fokus mata anda.
10. Selesai temuduga,ucapkan terima kasih.Nyatakan harapan anda supaya dapat diterima ketika di sesi temuduga itu.
11. Semasa menunggu keputusan,banyak-banyakkanlah berdoa kepada Tuhan supaya kita berjaya diterima ketika sesi temuduga itu.Mudah-mudahan kita berjaya memperoleh apa yang kita hajati.

Semoga tips temuduga yang dipaparkan ini dapat membantu calon temuduga mempersiapkan diri secara efektif bagi menghadapi seisi temuduga jawatan sektor awam SPA8. Semoga beroleh kejayaan dan mencapai apa yang dicitakan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...