Jump to content
Sign in to follow this  
hairulfadly

Senarai Semak Sekiranya Pc Anda Tidak Hidup

Recommended Posts

Sekiranya anda cuba membuka pc di waktu pagi dan kemudiannya gejala seperti komputer anda tidak hidup, maka disertakan senarai semak untuk memastikan komputer anda berfungsi.

1. Pastikan kabel kuasa dari Komputer & Monitor disambungkan ke bekalan elektrik.
2. Pastikan bekalan kuasa telah dihidupkan.
3. Pastikan butang PC dan Monitor telah dihidupkan.

[b]Uji PSU (Power Supply Unit)[/b]

4. Semasa PC dihidupkan, bawakan tapak tangan ke bahagian belakang Power Supply Unit (PSU). Jika ada angin, bermakna PC berfungsi.
5. Lihat pada lampu monitor, jika ia berwarna kuning / jingga, ini bermakna komputer masih hidup. Tetapi tidak semestinya ia berfungsi dengan baik. Mungkin salah satu kapasitor di dalam PSU atau kable yang membekalkan kuasa kepada motherboard tidak berfungsi.
6. Tukar PSU lain dan uji semula seperti di atas. Sekiranya berjaya.
Maknanya PSU yang asal bermasalah dan perlu ditukar. Sekiranya tidak berjaya juga, teruskan ke proses menguji RAM.

[b]Uji RAM (Random Access Memory)[/b]

1. Buka casing dengan cermat
2. Pastikan anda bebas dari cas elektrostatik.
3. Cabut RAM dari slotnya
4. Cuba gosok kaki RAM dengan getah pemadam yang lembut.
5. Pasang kembali RAM ke slotnya dan uji sama ada PC anda hidup atau sebaliknya

Jika anda berjaya, maka tak perlulah anda bersusah payah untuk menghantar PC anda ke kedai komputer. Ini adalah simple test bagi menguji PC yang tak hidup. Dan jika tidak berjaya dalam ke dua dua ujian di atas, maka bolehlah PC tersebut di hantar ke kedai komputer atau diserahkan kepada juruteknik komputer yang anda kenali untuk dibaikpulih selanjutnya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...