Jump to content
Sign in to follow this  
spark_v3

Harga Videoklip Kahwin Sahaja

Recommended Posts

Salam semua. saya seorang freelancer. saya minat dalam bidang ni.

Saya nak tumpang tanya. Kalau ada pengantin nak video klip je ataupun wedding highlight, yang durasi video takat
4-5minit fit dengan lagu latar je, pengantin nak bayar saya tapi saya tak reti letak harga, saya tak tau nak letak berapa
harga untuk video klip takat 4-5minit je siap edit dan bagi vcd copy.

saya rekod pakai DSLR je, Canon eos 500d, edit pakai adobe after effect.
contoh recording, editing dan rendering saya macam video di bawah.

[media]http://www.youtube.com/watch?v=9f3HZJtSFZ0[/media]

( maaf, yang ni saya mengaku saya tiru manggis production :155: )

jadi soalan saya kalau ada yang berada kat tempat saya, berapa harga patut saya letak dengan
hasil yang macam tu? atau ada pendapat lain?
saya pun tertanya-tanya ada ke servis videographer kahwin untuk macam ni saje? rekod satu hari
hanya wedding highlight yang takat 4-5minit je durasi video? ( maaf, contoh di atas hanya durasi 1:34 je )

maafkan saya kalau soalan ini tak patut ditanya.saya sangat hargai kalau ada yang membalas
pertanyaan saya, terima kasih. Edited by spark_v3

Share this post


Link to post
Share on other sites
Macam ni harga perkhidmatan bukan berdasarkan durasi atau jangkamasa video...ia berdasarkan creativity dan effort.. dan menepati apa yang dikehendaki pelanggan... cuba bayangkan sebuah iklan hanya mengambil masa 30 saat.. tapi berapa diorang bayar kepada productions house...So dalam kes ni terpulang kepada awak nak letak berapa but jangan murah sangat..sebab aku tengok videclip ni bagus...creative dan ada value kat situ..

Honestly kalau videoclip ni untuk siaran TV... kurang2 RM2000 dah tentu..but terpulang kepada awak sebab pelanggan individu takkan nak bayar sampai RM2000

Aku suka videoclip ni...nice video tone color... nice rack focus

Satu lagi better buat dalam DVD format...VCD format dah nak mati...tak sesuai untuk bigger screen

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='tasek16' timestamp='1306794270' post='1069350']
Macam ni harga perkhidmatan bukan berdasarkan durasi atau jangkamasa video...ia berdasarkan creativity dan effort.. dan menepati apa yang dikehendaki pelanggan... cuba bayangkan sebuah iklan hanya mengambil masa 30 saat.. tapi berapa diorang bayar kepada productions house...So dalam kes ni terpulang kepada awak nak letak berapa but jangan murah sangat..sebab aku tengok videclip ni bagus...creative dan ada value kat situ..

Honestly kalau videoclip ni untuk siaran TV... kurang2 RM2000 dah tentu..but terpulang kepada awak sebab pelanggan individu takkan nak bayar sampai RM2000

Aku suka videoclip ni...nice video tone color... nice rack focus

Satu lagi better buat dalam DVD format...VCD format dah nak mati...tak sesuai untuk bigger screen
[/quote]

uish wah! :20: ngerinya harga videographer ni, tak sangka video pendek macam ni mampu sampai 2k ye. terbukak mata!

:3: terima kasih abang(tasek16) sebab komen positif untuk video saya, saya masih hijau lagi dalam bidang ni.
dan saya belum ada nama.

jadi satu soalan lagi saya nak tanya, kepada yang sudi membalas la...

saya nak rakam sebagaimana videographer kahwin lain buat rekod berjam-jam pastu siap pisahkan adegan ikut menu DVD
namun saya takde equipment macam lighting, microphone mahupun kamera 3ccd.
yang ada cuma sebijik DSLR je. tapi editing lebih kurang macam diatas.

bukan apa, kalau harga saya murah...takut saya terbunuh rezeki orang khasnya yang berpengalaman dan ada barang-barang...
jadi berapa harga video kahwin untuk yang takde equipment macam ni?

ataupun kalau soalan saya tak patut ditanya, ada abang-abang otai dalam bidang ni yang boleh saya minta berguru?
kalau ilmu tersebut ada letak harga, takpe la saya bayar...maaf kalau banyak sangat tanya, cuma nak tahu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Yap...cuba tanya mana-mana production house yang buat promo untuk siaran TV.. harga lebih kurang macam tu laaa mungkin lebih :) but itu untuk TV laaa atau corporate promo video ..but kalau untuk video pelanggan individu..itu kawtim ngan pelanggan laa.

Pengalaman aku buat dvd + custom menu... normally ada 3 cara

1.Edit whole video from start to end..dan render ke mpeg2 dvd format... but masa authoring video (guna software macam dvdlab pro atau encore atau mana-mana dvd authoring) setkan menu based on scene yang kita pilih. Dalam kes ni.. kita boleh setkan beberapa time code range untuk dijadikan menu scene..most dvd authoring boleh buat macam ni.

2. Edit video dalam mutiple segment ..maksudnya setiap segment atau scene disave atau dirender ke file yang berasingan. Jadi dalam dvd authoring software setiap scene atau video video file tadi dijadikan menu scene...of course most dvd authoring pun boleh buat macam ni...

3. Combination cara no 1 dan 2 ..cara ni yang selalu aku buat dan most dvd commercial pun buat cara ni..

But untuk buat menu dvd combinasi pelbagai software digunakan cth graphic software untuk buat graphic pada dvd menu dan beberapa element lain seperti audio dan sebagainya..semua benda ni dipanggil asset masa buat dvd authoring.

Pasal equipment tu no 2..but yang penting creativity dan make use apa yang kita ada..cuba tengok video di youtube dengan menggunakan single DSLR hasil dia memang mengkagumkan..pasal 3ccd...video dari DSLR tak perlu sangat 3ccd especially kalau original clip dalam HD dan lense yang kita gunakan dah bagus..

BTW aku nampak ko punya talent...keep up...btw kalau ada soalan mengenai macam mana nak authoring dvd...seperti mana menu dalam commercial dvd..you're welcome to ask..insyaAllah aku dan kawan2 cuba bantu

Share this post


Link to post
Share on other sites
wah terima kasih abang tasek16, saya sangat hargai dengan jawapan dan komen abang. :3:

bukan senang orang nak kongsi percuma ilmu/pendapat detail macam ni. saya pun baru
nak berjinak-jinak dalam merakam orang ni, hehehe.

kalau ada sesiapa yang tak kisah untuk menjawab soalan ini.
selalu kalau masa authoring video, berapa 'standard time range' yang selalu videographer buat untuk setiap slot
menu dalam dvd? ikut panjang muzik latar atau standard 4-5minit macam tu?

:59: maafkan saya banyak tanya soalan pasal proses nak menjadikan dvd kahwin
sebab sebenarnya saya memang tak pernah tengok full dvd kahwin ni macam mana isi kandungannya. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]selalu kalau masa authoring video, berapa 'standard time range' yang selalu videographer buat untuk setiap slot
menu dalam dvd? ikut panjang muzik latar atau standard 4-5minit macam tu?[/quote]
Depend...tak ada rule ...bergantung pada kita..cth kalau video kahwin total runtime katakan 45 minit. kita boleh setkan menu untuk majlis akad nikah dalam 15 minit , majlis persandingan 25 minit dan yang lain-lain 5 minit...

Share this post


Link to post
Share on other sites
saya suka betul dengan idea, kreativiti tuan..

saya ada komen sikit, tapi sila ambil dari sudut positif ya :)

1 - camera ada gegar gegar sikit lah. mungkin 50mm kot?
2 - skintone ada lari, mungkin sebab dah tone, white balance jaga2
3 - kalau boleh avoid cameraman masuk dalam video
4 - muka pengantin nampak macam sikit gelap kot.
5 - orang cakap, kalau nak zooming, kena zoom pakai kaki, jangan pakai lens


hdslr ni kena lighting yg cukup, sebab tak boleh pakai flash, tu yang masing masing boost iso kaw kaw punya tu. sebab tu jugak boleh kata ramai videographer hdslr ni rata rata pilih canon untuk buat video. yang di rekomenkan, 7d dan 5dmkII. lens pulak, aperture yang besar 50mm 1.2 bla bla..
tapi ada jugak yang beli samyang je, murah sebab video memang fully manual focus.

saya tertarik dengan angle tuan, the wya tuan gerakkan camera, macam pakai slider, ada yg nampak macam pakai kren..
anyway, kipidap la.. tak ramai lagi yang betul2 serius nak buat hdslr ni, sebab bajetnya besar.. jangan putus asa..
semoga berjaya :)




**jangan ambil bulat bulat apa yg saya komen, sila filter dulu yang mana yang salah .sebab saya bukan videographer. saya cuma photographer yang bergaul dengan videographer :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
jadi kebiasaan durasi penuh 45minit macam tu la, ok terima kasih banyak-banyak abang tasek16.
buat masa sekarang yang lain takpe saya cuba cari sendiri, kalau semua nak tanya jenuh juga
nak dijawab :P :P ...hehehe biar saya cari dari pengalaman dulu..

abang ne7za, hehehe...jauh sangat macam kren tu, saya pakai tangan je tu yang bergegar tu, nak beli slider pun
tengah ragu-ragu ni sebab harga dia boleh tahan jugak ye.

terima kasih abang ne7za komen hasil saya. saya terima semua tapi yang no3 tu saya takde pun dalam video tu. hehe.
dan cadangan kemera yang memang tak dinafikan hasilnya bengkak mata tu saya akan ambil perhatian akan datang
tapi maaflah buat masa ni ingat nak naik setakuk dulu dengan 550d.
saya tak mampu lagi bang nak sauk 7d tu apa lagi 5dmarkII. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites
maksud saya, official photog yg lain. ada 2 kali termasuk kot.. hehe

idea tu best, memang nampak gegar2 sikit.. idea gerakkan camera seolah olah pakai slider dan kren.
kipidap lah.. saya suka..

rasa baru baru ni CST ada open untuk junior videographer kan? try la, mana tau dapat.. :-)


* saya pun teringin jugak nak pakai slider, stok suka suka rakam video time outing..
nak try DIY je kot, kalau nak beli, mahal sangat, macam tak berbaloi pulak untuk suka suka.. hehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='ne7za' timestamp='1307280004' post='1069629']
maksud saya, official photog yg lain. ada 2 kali termasuk kot.. hehe

idea tu best, memang nampak gegar2 sikit.. idea gerakkan camera seolah olah pakai slider dan kren.
kipidap lah.. saya suka..

rasa baru baru ni CST ada open untuk junior videographer kan? try la, mana tau dapat.. :-)


* saya pun teringin jugak nak pakai slider, stok suka suka rakam video time outing..
nak try DIY je kot, kalau nak beli, mahal sangat, macam tak berbaloi pulak untuk suka suka.. hehe
[/quote]

hehehe photographer lain tu dah halang view, apa boleh buat, masukkan saja la. lain kali saya ambik alert pasal ni.
saya cari tak jumpa pulak open untuk junior videographer kat CST tu...
boleh join bang tapi CST tu kampeni besar sangat, saya ingat nak berguru dengan kampeni biasa-biasa dulu.hehehe :lol:

saya pun ada jugak idea nak DIY tripod yang ada tu, welding je dengan dua batang besi, ekekeke...tq abang ne7za! :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...