Jump to content
keypo

Jom Pakat Pakat Wakaf Al Quran

Recommended Posts

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa, “Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu di kafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat, Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata, “ Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehigga aku membawanya masuk ke syurga!” Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata, “Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara yang perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat. Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini , engkau tidak akan berasa dukacita lagi.” Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dan malaikat-malaikat dari syurga.

Keterangan hadis ini menunjukkan bahawa al-Quran mempunyai fadilat yang amat besar sekali sebagai jaminan serta pelindung bagi mereka yang mengamalkan segala kandungannya dan bersedekah dengan kitab suci al quran itu sendiri , ketika saya menghadiri satu kuliah agama suatu ketika dahulu bahawa pernah seorang ustaz mengatakan , barangsesiapa yang gemar bersedekah atau mewakafkan kitab suci al quran sebanyak mungkin , nescaya al quran itu sendiri yang akan mendampingi diri nya ketika dia berada dalam sakaratul maut , didalam kubur dan diakhirat nanti . subhana allah ..begitu hebat sekali al quran , sehinggakan al quran yang dahulunya kita banyak bersedekah dengan al quran , al quran inilah akan merayu merayu kepada allah ..oleh itu mari lah kawan kawan , kita pakat pakat memperbanyakan bersedekah atau mewakafkan kitab suci al quran kepada kawan kawan kita , dimasjid masjid dan sebagainya ..

Share this post


Link to post
Share on other sites
banyak gak program wakaf nie sebenarnye...

dalam dan luar negeri (terutama area2 indo china sana)

satu name biase dia buat rm10 tak silap aku

Share this post


Link to post
Share on other sites
betol tu saudara , apalah sangat dengan duit yang kita belanjakan untuk senaskah al quran dan kita wakaf kan pula kepada masyarakat ..sebagaimana didalam surah al baqarah ayat 245 , allah dah jelas menerangkan segala galanya

[URL=http://img825.imageshack.us/i/albaqarahayat245.jpg/][IMG]http://img825.imageshack.us/img825/2430/albaqarahayat245.jpg[/IMG][/URL]
maksudnya :
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (al baqarah ayat 245)

dan juga surah al baqarah ayat 261

[URL=http://img137.imageshack.us/i/albaqarahayat261.jpg/][IMG]http://img137.imageshack.us/img137/6712/albaqarahayat261.jpg[/IMG][/URL]
maksudnya
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (surah al baqarah ayat 261)

dan nabi muhammad saw juga pernah berkata
[color="#FF0000"]apabila seseorang itu mati , maka terputuslah segala amalannya didunia ini kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah (wakaf) atau ilmu yang boleh dimanfaatkan dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya [/color]

dan sabdanya nya lagi

[color="#FF0000"]syafaat al quran adalah orang tengah dan apa yg datang dari orang yang mempercayai, dan barangsiapa yang menjadikannya didepan, maka ia akan membawa kepada syurga, dan barangsiapa yang menjadikannya dibelakang, maka ia akan membawa ke neraka" [/color]


Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu betapa tingginya syafaat Al-Quran, tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak pada diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang , kita pasti tidak akan mampu untuk memperlambat atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat walau sekalipun kita berada dalam benteng yang amat teguh,kematian itu pasti akan tiba . Dan apabila kita berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita , adakah keluarga kita ? kawan kawan kita ? isteri kita ? anak anak kita ? adakah mereka mereka ini yang akan membantu kita ? yang nyatanya amalan-amalan baik kita sahaja sewaktu di dunia ini yang akan menemani kita dan membantu kita . sesungguhnya Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. oleh kita marilah kita bersama sama agar sentiasa mendekati Al-Quran dan kita jadikan ia sebagai teman kita di dunia ini dan kita meng edarkan pula kepada masyarakat umumnya secara mewakafkan atau kita bersedekahkan dengan al quran itu sendiri kepada mereka , kepada kawan kawan kita , atau masjid masjid umpamanya atau saudara saudara islam kita yang lain..kerana al quran itulah yang akan menjadi pendamping yang amat setia dalam usaha yang kita amal kan bukan sahaja di alam kubur malah di akhirat nanti.
boleh lawati blog saya [url="http://alhishamz.blogspot.com"]My link[/url] Edited by keypo

Share this post


Link to post
Share on other sites
Mengwakafkan Al-quran adalah satu tindakan yang amat baik dan ia menjadi lebih baik lagi jika ia diwakafkan di masjid Haram dan Masjid Nabawi. Bayangkan pahala seseorang yang membaca Al quran yang diwakafkan dimasjid tersebut. walaubagaimana pun ia mestilah ikhlas kerana Allah SWT dan bukannya hendak menunjuk - nunjuk kepada sesiapa jua. Caranya jika ada sesiapa hendak menunaikan fardu haji atau umrah, berikan mereka wang untuk mereka belikan Al-Quran tersebut di sana mengikut piawaian Al-quran masjid berkenan. Tidak susah pergi kedai beritahu mereka bahawa kita hendak beli Al-quran untuk diwakafkan di masjid lantas mereka akan berikan dan copkan.

Jika ada diantara kita yang berkemampuan beli lebih sedikit untuk ibubapa, datuk, nenek dan sebagainya yang masih hidup atau meninggal dunia. Moga-moga dengan bacaan ayat - ayat suci Al Quran yang dibacakan di masjid tersebut mendapat tempat terbaik di sisi Allah SWT. Allah wualam.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...