Jump to content
Sign in to follow this  
BasicCX

Proton Panggil Semula Kereta Gen2 & Satria Neo Keluaran Antara 200

Recommended Posts

[size="3"][b]Proton Panggil Semula Kereta Gen2 & Satria Neo Keluaran Antara 2004 Dan 2008[/b]

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd mengumumkan panggilan semula sukarela kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan antara 2004 dan 2008 disebabkan oleh kerosakan pada komponen "clock spring" yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.

Panggilan sukarela itu yang merupakan sebahagian program jaminan kualiti global Proton melibatkan 15,911 (dua peratus) daripada 660,000 kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh lebih empat tahun.

Komponen itu menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada radio, hon dan kawalan "cruise".

"Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf atas masalah yang timbul," kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan di sini.

Ujian rutin telah mengenal pasti bahawa kerosakan pada "clock spring" seperti bunyi geseran dalam setering, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang tanpa amaran, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes-kes ekstreme, pelepasn beg udara sebelah pemandu.

"Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka," katanya.

Pemilik kenderaan yang terlibat boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.

Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian "clock spring" akan disediakan tanpa caj di pusat-pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terlibat untuk memklumkan mereka mengenai perkara itu.

Pada masa yang sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing.

-- BERNAMA[/size]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...