Jump to content
Sign in to follow this  
BasicCX

Kemalangan Di Stesyen Minyak [Video]

Recommended Posts

[center][media]http://www.youtube.com/watch?v=b-PgaddbRBk[/media][/center]

KUALA LUMPUR 29 Mac – Seorang lelaki yang sedang mengisi minyak keretanya maut apabila dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat satu kemalangan di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah dekat sini Ahad malam.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata, mangsa, Mohd. Yusri Abdul Wahab, 32, dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan disahkan meninggal dunia 2.15 pagi tadi akibat kecederaan parah di kepalanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa baru sampai ke stesen minyak berkenaan dan kemudian keluar untuk mengisi minyak keretanya jenis Proton Iswara.

"Sedang mangsa mengisi minyak, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Hyundai Getz yang merempuh mangsa dan mengakibatkan mangsa cedera parah di keseluruhan badannya.”

"Siasatan awal mendapati Hyundai Getz yang dipandu oleh seorang perempuan berusia 23 tahun itu terbabas, setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di jalan raya berhampiran stesen minyak itu.

“Pemandu perempuan itu hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Polis sedang mengambil keterangan daripada pemandu kereta jenis Hyundai Getz itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum wbt,

takziah kepada keluarga mangsa.. memang maut boleh datang menjemput bila2 je, tak kira masa/tempat..
Al-Fatihah

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kesian nyer... ngeri la nak isi minyak kete lepas nie... accident sampai boleh masuk ke petrol station... nasib baik tak meletup petrol station tu... kalau tak sure lagi ramai yang terkorban...

Share this post


Link to post
Share on other sites
moga2 kita dilindungi dari kecelakaan sebegini..

takziah kepada mangsa sekeluarga

Share this post


Link to post
Share on other sites
takziah kepada keluarga mangsa...
ajal tak mngenal tempat n masa....
tak jd ms tgh drive...tgh isi minyak pun boleh eksiden..
wallahualam

Share this post


Link to post
Share on other sites
Apsal perempuan baik cina atau melayu bawak kereta macam apa ek? aku tu hari ada park belakang satu kereta.owner tu perempuan.aku park betul2 belakang kereta tu.dia boleh reverse langgar motor aku pastu cakap ngan aku `sori-sori`...

aku rasa umur 23 tahun nak diberi kunci kereta kena kaji balik.pengalaman accident xde.bila berlaku tu yang langgar stesen minyak tu.nasib baik x meletup@terbakar.

Share this post


Link to post
Share on other sites
tak perlu nk tunding jari kat sape2....baik laki ke pompuan sama je...lgpun bukan kehendak sape2 nk jd mcm tuh...dah takdir..terima jelah...slalu je org ckp pompuan kalo drive gitu la gini la....
padahal lelaki bwk keta pun ade gak yg slow...cemerkap...
so bg aku sama je...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Are~Miey12' date='02 April 2010 - 12:19 AM' timestamp='1270138766' post='1024163']
tak perlu nk tunding jari kat sape2....baik laki ke pompuan sama je...lgpun bukan kehendak sape2 nk jd mcm tuh...dah takdir..terima jelah...slalu je org ckp pompuan kalo drive gitu la gini la....
padahal lelaki bwk keta pun ade gak yg slow...cemerkap...
so bg aku sama je...
[/quote]

CEMERKAP - ayat ape nie :unsure:

btw,
memang kebanyakkan perempuan nie ade sikit driver awareness problem

tapi takde la sampai exsiden teruk2, macam pemandu2 hebat yang bergelar lelaki..

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku baru dapat tdk video nih kat umah...teruk gakarr...cam tak sangka jer leh jadi gini...laju tul keta tuh datang dari arah jalan raya...mesti dia panic sampai tak reti nak wat pe...terlupa tekan break... muda lagi pun..baru 23thn...ntah baru dapat lesen ke camner tuh...

apa pun takziah pada keluarga arwah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='02 April 2010 - 02:13 AM' timestamp='1270145631' post='1024177']
CEMERKAP - ayat ape nie :unsure:
[/quote]
tidak cermat (dlm melakukan sesuatu pekerjaan dll), kasar; kecemerkapan keadaan (sifat) cemerkap, kelalaian: tiga orang drpd mereka berasa kecewa oleh sebab ~ sahabat mereka.
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cemerkap

hmmm ada kata dia ni lepas langgar moto/kereta lain pastu cuba lari dari tempat kejadian dengan keadaan mabuk , tu terlajak masuk stesen minyak tuh...tapi dalam paper tak bagitau apa2..mungkin khabar angin jela kot tapi -_-

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...