Jump to content
Sign in to follow this  
raidizh AR

[WTS/NJ] Buku-buku ringkas tapi menarik untuk bacaan

Recommended Posts

salam semua.. kehkeh

stret to d point, berikut ada beberapa buah buku untuk bacaan dan pengetahuan semua. buku-buku ini tiada di pasaran luar memandangkan ianya tidak dikomersilkan.

kebanyakan antara buku-buku ini dikarang oleh En. Riduan Mohd Nor (B.A (HONS) UM. DIP. ED. UM M.A UKM), beliau juga adalah pengarang buku 'Pertembungan Iman dan Kufur', 'Ahzab Moden dan Masa Depan Islam', 'Menggenggam Bara', 'Duka Acheh, Luka Kita', 'Penghinaan Terhadap Rasulullah: Implikasi Hukum', 'Menelusuri Sejarah dan Isu Kontemporari (bersama Asri Mat Daud), 'Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan', Tajuk-Tajuk Utama Ramadhan'(bersama Nazri Chik), 'Murtad: Implikasi Hukum dan Fenimena'(bersama Asri Daud), Islam Liberal dan Pluralisme Agama(bersama Adnan Fadzil), Kemuliaan Al-Qur'an dan Sejarah Pemalsuan Al-Qur'an', Hasan Al- Banna-Memperingati 100 Tahun Hasan Al-Banna', Peperangan Rasulullah SAW(bersama Adnan Fadzil) dan beberapa buku ilmiah lain. Beliau juga adalah salah seorang aktivis Muslim Care.

**Hasil dari penjualan buku ini akan disalurkan ke tabung Muslim Care untuk membantu pihak yang memerlukan di masa akan datang

1. Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan, oleh Riduan Mohamad Nor & Mohd Fadli Ghani



RM 18, 189 m/s

2. Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden, oleh Zainudin Hashim & Riduan Mohamad Nor



RM 25, 215 m/s

"Jihad dan dakwah telah melalui jalan panjang sepanjang keberadaan aqidah Islam di pentas dunia ini. Dalam denainya, ramai tokoh-tokoh telah dimunculkan oleh Allah S.W.T untuk membentengi agama ini walaupun berdada dengan kezaliman dan pemimpin tirani disepanjang abad pertarungan iman dan kufur.

Buku ini adalah salah satu usaha menyingkap keperibadian, pengalaman dan sejarah tokoh-tokoh yang pernah menoreh sejarah dengan tinta emas, Ada diantara mereka yang syahid dibunuh, diserkap jeriji dan palang penjara besi, bergelendangan jauh dari bumi leluhur akibat tekanan pemerintah sekular.

Buku ini diharap mampu menyirami dahaga pencinta-pencinta harakah Islam terhadap biografi tokoh-tokoh gerakan Islam di abad moden ini, meneladani kebaktian mereka adalah sebahagian potret kejayaan pada kanvas perjuangan yang tiada noktah henti ini."


3. Gaza Menangis:menelusuri sejarah perjuangan Palestin dan pembantaian di Gaza, oleh Aris Hazlan & Riduan Mohamad Nor




RM 20, 193 m/s

"Palestin adalah bumi yang menjadi rebutan agama samawai sejak zaman berzaman. Tanahnya yang sering bersimbah darah merah, air mata warganya juga sudah kering untuk menangisi penderitaan dan kejerihan. Waktu terus bergulir pantas sehingga kita alpa tanah suci ini belum tertebus hutangnya, Al-Quds yang dijajah, Masjid Al-Aqsa yang diratah.

Buku ini menyingkap rahsia Palestin dan perjuangan membebaskan setiap inci tanah yang dijarah Yahudi Zionis. Juga merakamkan kanvas hitam pembantaian tanpa ampun Cast Lead selama 22 hari, iaitu serangan paling kejam di millenium baru ini."


4. Catatan pilu tragedi gempa bumi Pakistan, oleh Riduan Mohamad Nor



RM 10, 96 m/s

5. Kemuliaan Al-Qur'an dan sejarah pemalsuannya, oleh Riduan Mohamad Nor & Mohd Asri Mat Daud



RM 10, 101 m/s

"Al-Qur'an merupakan mukjizat paling ampuh yang diberikan keada junjungan Rasul SAW, yang mampu menundukkan bangsa Arab yang bersalut dengan keberhalaan pemikiran dan tingkah laku.

Al-Qur'an merupakan pakej yang lengkap, memerihalkan sejarah ambia', menceritakan aspek perundangan, al-jihad, muamalat, sains, hidup bernegara dan seluruh dimensi kehidupan yang bertautan. Menyedari potensi Al-Qur'an yang hebat inilah maka pihak musuh Islam yang sentiasa mencemburui dan mencari jalan untuk menimbulkan keraguan, contohnya mutakhir ini puak Islam liberal yang bersikap sinis terhadap Al-Quran, jika sebelum ini mereka menyerang hadis Nabi SAW maka kini Al-Qur'an turut dipertikaikan oleh mereke dengan berhujah bahawa ini adalah semata-mata perbincangan intelektual.

Dengan terbitnya buku ini diharap mampu memperkayakan khazanah buku-buku Islam di negara ini dalam menghadapi arus deras terjahan serangan pemikiran yang semakin galak mutakhir ini."


**untuk sebarang pertanyaan atau kalo berminat, bule PM ak. deal disitu**

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum...

mmg fan Riduan Mohd Nor ke? ok selamat berjaya..semoga usaha tuan diberkati Allah SWT

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam ,

Rai , macam mana nak beli buku ni sedangkan method cara pembelian tidak dijelaskan .Harap diperbetulkan.. aku tak leh edit kat bahagian ni ::icon_smile::

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam

@khairul

1 hingga 3 atau 1 dan 3? sori ak blurr sket harini.. mereng seketika.. ak PM nombor ak untuk mudahkan urusan. mekaceh... ak terharu

@Ongbok

knp? ko keliru ak laki ke pmpn ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...