Jump to content
Sign in to follow this  
ogGY

Test drive laman web ...komen anda diperlukan .

Recommended Posts

Dlu aku pernah buka thread mengenai cara nak buat website gabungan joomla dengan e-commerce . Sekarang ni website aku dah siap tetapi aku menggunakan cube cart . Semuanya dah siap dan tunggu untuk dilancarkan saja .

Sebelum dilancarkan ,aku nak bg warga pdc cuba dlu dan uji sejauh mana web yang aku buat ni boleh berfungsi dengan baik .Dan terdapat beberapa barang yang mana tak de harga sebab lum update lagi .

Cube cart yang aku guna ni versi percuma ,memang ada la part yang tak boleh diusik macam nama pencipta templete tu , kebiasaanya boleh diubahkan .

Sebelum aku nak bagi warga pdc cuba , aku nak bgthu yang sistem " postal order form " tu sebagai rujukan saja. Salinan aku dapat dan ada invoice akan disertakan sekali masa penghantaran barang.


Ok , ni link web aku.. www.sentosa-online.com

Segala komen korang amat di alu-alukan bagi membantu dan memperbaiki mana yang patut .

Share this post


Link to post
Share on other sites
org sibuk beraya la oggy, tu x respon kehkeh
dr segi luarannye mmg dh nice la, simple
psal len2 tu xtau la sbb cm kne register dlu je kn ::icon_razz::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam......

Ni komen/pendapat aku..

Nampak simple, tapi...

- sebagai satu farmasi online, pada pendapat aku, informasi produk patut dihighlightkan. Sebagai contoh, bila ku buka je laman web tu, aku x nampak gambar produk yang nak dijual, perlu skroll kebawah baru nampak. mungkin ko boleh ubah skit bahagian header dia.

- mungkin ko boleh tambah bahagian informasi kesihatan. Contohnya, untuk dapatkan tulang yg sihat, ko bleh crite skit pasal satu situasi pastu syorkan produk ape yg sesuai. Bla bla bla..

- satu lagi, width laman web tu mcm kecik je aku rasa, mcm blog je la pulak..

Sekadar pendapat/komen aku je.. ::icon_smile::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sebagai laman web mestilah kata aluan kat atas....macam sesi penerangan la. Kalau skirn kecik memang kene scroll ke bawah tp kalau jenis skrin lebar...tak de masalah,memang nampak barangan kat bawah tu .

Tentang info kesihatan ,mamang dah wujud cuma belum link'kan lagi je... ada 2 web , yang kat atas ni memang khas untuk penjualan produk jer. Info semua berkaitan produk ada kat www.infosentosa.sentosa-online.com .

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku buka laman web tu guna skrin 20 inci widescreen pun still x nampak gambo produk. Maybe target ko untuk org yg skrin besar. Kalo widescreen memang x nampak la. Sekarangpun byk monitor jenis widescreen.

Lagi satu, ape kata ko guna skit teknologi AJAX, dgn cara tu ko dpt optimizekan ruang atas laman web tu. Maybe untuk design v2 nanti ko boleh fikir2kan..

ambik contoh nih, http://jqueryglobe.com/labs/feature_list/

dengan ruang yg sikit mcm tu, ko boleh masukkan intro, gambo produk, artikel, etc kat setiap bahagian tu..

Itu je..

Sekadar bg pendapat....

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam..

so far aku tgk ok je..

cume nak komen...rasenye function untuk tukar bahase tuh baik x payah letak since ianye hanye berkesan untuk kat
helpdesk je...but content still melayu..dan untuk penggunaan bahasa...kalau pilih bahasa melayu..sepatutnye smuanye dalam melayu....contoh cam
ex:
"traditional" ---> tradisional
"supplements" ---> suplemen

product pilihan tuh ade baiknye diletakkan di atas...bkn kat bawah (just my opinion)

macam yang dans kam cakap tadi...header terlalu kosong....cam perlu di ubah suai sikit....

("my first expression masuk web tuh..rase cam blog orang..bukan untuk jual barang..lepas dah scrol kat bawah baru tau content sebenar...")

but..its just my opinion....macam yang u mintak bro...u suruh komen..i komen je..huuuu..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ok terima kasih bagi komen yang membina, aku x kisah korang nak komen macam mana janji yang membina dan bernas. Sebenarnya templete tu free dan member yang tolong buatkan ( setting apa semualah ) . Aku cuma edit mana yang aku rasa aku tahu dan pandai sikit2.

Bab penggunaan bahasa tu memang aku nak alihkan kepada bahasa melayu, cuma korang tgklah haha..semua info produk tu berbahasa inggeris ,nak tukar ke bm panjang berjela, aku copy and paste jelah . Tapi tak pe,kalau ada masa, aku alih bahasa semua info tu. ::icon_smile::

Nak tanya sikit , AJAX ni fungsi dia macam animasi bergambar ke macam aku nampak dalam link dans cam bagi tu ?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Penambah baikan dah d lakukan ,ruang sembang pun aku dah wujudkan supaya pelawat boleh YM aku terus xperlu log in .

Share this post


Link to post
Share on other sites
Cube buat URL friendly..baru search engine senang nk index ko punye site.
Since name site ko pun sentosa-online..1st impression aku ingatkan web komuniti taman sentosa...
Yang lain bagi aku ok dah..for starter tak jadi masalah..lepas ni bleh enhance lagi

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]- sebagai satu farmasi online, pada pendapat aku, informasi produk patut dihighlightkan. Sebagai contoh, bila ku buka je laman web tu, aku x nampak gambar produk yang nak dijual, perlu skroll kebawah baru nampak. mungkin ko boleh ubah skit bahagian header dia.[/quote]
yup, aku setuju.


[quote]Sebagai laman web mestilah kata aluan kat atas....macam sesi penerangan la.[/quote]
tak semestinya. kena tengok 'jenis web' tu sendiri, kalau ecommerce benda yang paling penting ialah produk. maybe boleh gantikan bahagian tu dengan highlight 1 produk yang paling baik untuk menarik perhatian orang. gambar kena cantik, teks penerangan kena capture user attention. kena fahamkan konsep [url="http://en.wikipedia.org/wiki/AIDA_%28marketing%29"]AIDA[/url]:
1. Attention
2. Interest
3. Desire
4. Action


link ke [b]Halaman utama[/b] tu sebaiknya pindahkan dari senarai kategori tu. sekali pandang ingatkan itu adalah salah satu kategori jugak.


bahagian [b]Produk Pilihan[/b], gambar tu sebaiknya cari yg lebih cantik. sbb gambar sekarang (Luxor - Gel Gamat) tak cantik/blur/tak clear. defeat the purpose of 'Produk Pilihan'.


bahagian [b]Mengenai Kami[/b] sebaiknya letakkan gambar pemilik, jadi nampak lebih jujur. sebab ramai orang takut kena tipu beli online ni, jadi kalau ada gambar nampak lebih serius berniaga. dan tambah map ke lokasi kedai, pakai google map aje.


advertisement tu tak sesuai untuk ecommerce site macam tu. pada pandangan orang luar itu akan nampak macam affiliate site. memang nak tambah extra income, tapi nampak tak berapa sesuai. mungkin kena tukar placement kut kalau taknak buang terus.


pilihan bahasa tu rasanya lebih baik buang. memang kalau boleh nak target org luar malaysia juga, tapi kalau belum siap sepenuhnya lebih baik jangan letak.


bahagian promosi barang tu sepatutnya letak tempat paling atas sekali. sbb pemikiran manusia yang ingin membeli barang akan [b]scan[/b] perkataan [b]free[/b], [b]percuma[/b], [b]diskaun[/b], [b]promosi[/b] dan seumpamanya. jadi lebih baik highlight bahagian tu lebih lagi.


overall ok, kemas dan aku selesa nak surf. warna pun cantik. tahniah!

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='ogGY' date='29 January 2010 - 07:55 AM' timestamp='1264719300' post='1015196']
Dlu aku pernah buka thread mengenai cara nak buat website gabungan joomla dengan e-commerce . Sekarang ni website aku dah siap tetapi aku menggunakan cube cart . Semuanya dah siap dan tunggu untuk dilancarkan saja .

Sebelum dilancarkan ,aku nak bg warga pdc cuba dlu dan uji sejauh mana web yang aku buat ni boleh berfungsi dengan baik .Dan terdapat beberapa barang yang mana tak de harga sebab lum update lagi .

Cube cart yang aku guna ni versi percuma ,memang ada la part yang tak boleh diusik macam nama pencipta templete tu , kebiasaanya boleh diubahkan .

Sebelum aku nak bagi warga pdc cuba , aku nak bgthu yang sistem " postal order form " tu sebagai rujukan saja. Salinan aku dapat dan ada invoice akan disertakan sekali masa penghantaran barang.


Ok , ni link web aku.. <a href="http://www.sentosa-online.com" target="_blank">www.sentosa-online.com</a>

Segala komen korang amat di alu-alukan bagi membantu dan memperbaiki mana yang patut .
[/quote]

Geng, ko punyer web kemas la... cun, so far ok aku test. Ko wat sendiri ke? Guna templete sendiri ke? Mind sharing? Thanks...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam , lama sungguh aku tak masuk putera.Bila semak2 topik,terjumpa topik lama aku.. :D

Rasanya aku dah cuba ubah mana yang patut dan termampu dengan kudrat sendiri untuk web tu,jadi aku mintak pada yang otai2 web,boleh beri komen mengenai web aku sekarang ni ? tak kisahlah komen panas ke ,komen memuji ke..aku terima sebab aku nak tahu apa yang patut diperbetulkan.

Nak uji ? [url="www.sentosa-online.com"]www.sentosa-online.com[/url]

TQ

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...