Jump to content
Sign in to follow this  
neology

Neo Virus Remover

Recommended Posts

Ni virus remover yang aku developed sejak dari tahun lepas. Dah edisi ke-2 pun. Rasanya ramai yang dah tahu..just nak share la bagi yang belum penah dengar. NVR ni bleh didapatkan dengan percuma. Download di http://www.neologylab.com



Produk ini dibina dan dibangunkan untuk membantu pengguna komputer mengesan ancaman-ancaman komputer terkini dengan melindungi sistem operasi komputer daripada serangan virus, cecacing, trojan dll. Slogan “Detect.Remove.Fix” menceritakan peranan NVR iaitu mengesan ancaman, membuang ancaman tersebut dan membaikpulih kerosakkan yang disebabkan ancaman tersebut. Disamping itu, NVR juga membantu menghalang komputer daripada dimasukki virus/cecacing/trojan dengan modul “Threat Hunter” nya.

Semua modul pengesanan dan membaikpulih dibina dengan mengkaji tabiat (behavior) ancaman terkini.

FUNGSI

1. Enjin Pengesanan
* MD5 Base - Mengesan fail-fail virus/cecacing/trojan berdasarkan ’signature’ fail tersebut.
* String Base - Mengesan fail-fail skrip dengan perbandingan kata kunci
2. Membaiki Registry - Membaiki entri-entri yang diubah oleh virus dan mengimbas ’startup item’
3. Mengimbas Proses - Mengimbas sebarang process virus yang aktif.
4. Threat Hunter - Mengesan kehadiran fail Autorun.inf dalam semua drive dan menganalisis arahan dalam autorun.inf dan membuat pengimbasan. Pengesanan yang bukan ancaman akan ditanya kepada pengguna samada mempercayai program tersebut atau tidak. Pengguna boleh mengkuarantin atau memadam program tersebut(jika perlu).



KEMASKINI PANGKALAN DATA


NVR menggunakan pangkalan data bersepadu untuk menyimpan maklumat tentang virus/cecacing/trojan. Dari semasa ke semasa, ancaman yang dikesan semakin meningkat dan NVR memerlukan maklumat baru seiring dengan masa. Oleh itu, satu modul mengemaskini pangkalan data dibina. Untuk mengemaskini pangkalan data, pengguna mesti mengaktifkan NVR terlebih dahulu.(masukkan key - Free User. Disertakan dalam zip)

UPGRADE

Sistem pada NVR sentiasa dikemaskini dan ditambahbaik bagi memastikan NVR releven sepanjang masa. OIeh itu, satu modul upgrade dibina supaya sebarang perubahan pada sistem NVR akan dimaklumkan kepada pengguna dan pengguna boleh memuat turun versi NVR terbaru dengan mudah.

PENGHANTARAN SAMPEL VIRUS/CECACING/TROJAN

Pengguna yang berasa sangsi dengan kehadiran objek-objek asing pada komputer mereka boleh menghantar sampel objek tersebut untuk dianalisis oleh NeoLogy Lab. Sekiranya objek berkenanan dikesan sebagai ancaman, signature objek tersebut akan dimasukkan ke dalam pangkalan data. Lagi banyak sampel yang dihantar, semakin releven lah NVR. Keperihatinan pengguna amatlah membantu NVR.

Untuk Maklumat lanjut, layari www.neologylab.com

Share this post


Link to post
Share on other sites
nak kena install dulu ker..aku dah download takde pun icon nak install..pc aku masalah virus stang AVG dan antivir tak boleh deleta virus pc aku nie..delete semua lepas kita bukak akan kesan lagi...mula2 aku guna antivir aku tukar pakai avg sama jer hampess

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...