Jump to content
Sign in to follow this  
mfaizal2008

PPSMI setuju atau tidak?

Recommended Posts

SERIUS AKU TAK SETUJU!

sebab:
- cara nak belajar BI bukan pada math & sains,tapi pada BI tu sendiri!!
- orang yang cakap BI tu terer sangat ke? member aku lidah dia dah cair kot cakap BI ni..tp math bape kali repeat ntah.
- tak tau lak aku selama aku belajar math ngan sains dalam BI ni selama aku dok UIA ni improve aku nye speaking?


lagi aku setuju ngan hujah2 kat atas..

math and science learned trough understanding! not the language !!


lain kali kalau nak power BI masuk kelas BI..BUKAN MATEMATIK ATAU SAINS!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
math and science learned trough understanding! not the language !!



btul tu hihglander..
aku pn xpnh dgr org ckp bi diorg improve pas blaja math n sng dlm bi ni..mungkin cume plajar2 yg terlalu 'liberal' kot ckp cmtu..

aku palingg geraaamm kalau b.melayu kita dipinggirkn..
dlu jd bahasa nusantara...lps tu bhasa kebangsaan...lpe ni bhasa etnik je kot..
entah laa..

Share this post


Link to post
Share on other sites
ermmm...

Pertama
, cabaran yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana untuk memperkaya perbendaharaan kata Bahasa Melayu supaya istilah-istilah baru seperti istilah sains dan teknologi semasa dapat diaplikasi dengan mudah dalam Bahasa Melayu. Jika kita lihat sebelum ini, Bahasa kita seakan-akan hampir mandul dan kurang lancar pembiakkannya.

Banyak istilah terutamanya istilah teknologi nampak lain benar bunyinya bila dibahasa Melayukan. Mouse jadi tetikus. Jadi tidak bolehkah istilah-istilah baru sains dan teknologi tersebut diserap saja kedalam bahasa kita seperti banyak perkataan yang kita ceduk dari bahasa lain. Perkataan ‘teknologi’ juga merupakan bahasa ceduk. Rasanya cara ini lebih mudah, terutamanya istilah-istilah yang bukan dicipta oleh kita.

Kedua
, penterjemahan buku-buku ilmu sains dan teknologi harus dipergiatkan atau dilipatkaligandakan seiring dengan penerbitan buku-buku terbaru. Maksudnya jawatan penterjemah mesti perperbanyakkan. Paling tidak DBP wajib mendapat peruntukkan 10 kali lebih banyak dari biasa. Kalau perlu berbillion ringgit seperti kos perlaksanaan PPSMI, berilah barulah perkembangan Bahasa Melayu ketahp tertinggi mampu dicapai. Komitmen untuk perkara ini harus berterusan.

Ketiga
, adalah juga menjadi tanggungjawab pihak DBP untuk membuat penyeragaman antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu supaya ruang lingkup pasaran Bahasa Melayu itu lebih kuat. Penyeragaman ini penting agar Bahasa Melayu itu lebih berkemampuan untuk terus maju sesuai dengan peranannya sebagai bahasa seluruh Nusantara rumpun Melayu. Melalui penyeragaman ini juga membolehkan Bahasa Melayu menjadi bahasa pemasaran dan bahasa ilmu yang berdaya saing.

Keempat
, pihak yang memperjuangkan maruah bahasa melayu ini juga harus bertanggungjawab untuk memastikan bahawa soal bahasa ini tidak terus dipolitikkan. Jika tidak ia akan sentiasa menghadapi suasana pasang surut. Dulu Bahasa Melayu dibekukan kini sudah dicairkan, dicampuradukkan. Kemudian keliru dan wujudlah PPSMI, sebab keyakinan terhadap bahasa itu telah luntur. Kini timbul pula perjuangan menghidupkannya semula semekar dulu. Entah sampai bila Bahasa Melayu mampu bertahan sebagai sesuatu yang tidak mampu diganggu-gugat. Berkembang dan terus maju.

Kelima, sila pastikan perjuangan untuk memertabatkan Bahasa Melayu bukan hanya disebabkan ia bahasa kaum Melayu sahaja ekoran timbulnya rasa tercabar dari kelentangan beberapa pihak yang seolah-olah mempersoal hak-hak tertentu. Itu kata media. Saya sendiri kurang pasti. Bahasa bukan milik siapa-siapa.

Keenam, perlu ada keikhlasan dalam membela apa jua jenis perjuangan, termasuklah soal bahasa ini. Justeru itu bahasa-bahasa lain juga patut dihormati survaivalnya, bahasa cina, bahasa Tamil, Iban, Dusun dan sebagainya. Menjadikan bahasa melayu sebagai medium perpaduan tidak pernah ada salahnya,itu sesuatu yang dituntut. Tetapi saya juga mengingatkan supaya tiada paksaan dalam perlaksanaannya apa lagi jika ia menghalang orang lain mempelajari ilmu dalam bahasa pilihan mereka sendiri. Semua kehidupan berhak untuk hidup dengan acuan mereka sendiri.

Seterusnya
, meskipun bukan point terakhir, dalami falsafah kenapa Allah menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab. Sebab Penyampainya sesorang yang fasih dan memahaminya dalam bahasa arab. Maknanya dalam penyampaian sesuatu ilmu, katakuncinya ialah soal kefahaman. Bahasa mana yang seseorang itu lebih memahami itulah bahasa yang lebih baik untuknya mempelajari ilmu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Saya pun keliru lah kenapa pemimpin kita begitu menekankan sangat anak muda menguasai bahasa Inggeris.
Bahasa Arab langsung tak diberi perhatian, sedangkan itu bahasa al-Quran, bahasa Akhirat.
Sepatutnya di Malaysia ni bahasa Melayu dan bahasa Arab lebih penting dari bahasa Inggeris.
Kenapa? Sebab Malaysia adalah negara yang agama rasminya Islam. Maka al-Quran adalah 'buku' rasminya juga.
Justeru yang adilnya bahasa al-Quran lebih penting untuk Malaysia.

Kita juga sering di-ingatkan supaya mengamalkan cara hidup timur, bukan cara barat, "dasar pandang ke timur" katanya.
Tapi kita dimomokkan pula jika kita tak menguasai bahasa barat, kita akan ketinggalan.
Bila bahasa barat menjadi bahasa hidup, tentunya cara hidup juga menjadi cara barat.
Tengok saja cara berpakaian oreng-oreng pewteh cheloop di Malaysia.
Dan banding pula remaja-remaja kampung yang kurang berbahasa Inggeris.
Sudah cukup membuktikan bahasa melambangkan bangsa.

Sekadar pendapat. . .

Share this post


Link to post
Share on other sites
~ my opinion ~

Code:
Bila bahasa barat menjadi bahasa hidup, tentunya cara hidup juga menjadi cara barat.
Tengok saja cara berpakaian oreng-oreng pewteh cheloop di Malaysia.
Dan banding pula remaja-remaja kampung yang kurang berbahasa Inggeris.


salah..itu disebabkan pegangan iman seseorg...org2 felda pn dh up-to-date skrg..bkn nk memburukkn org2 kmpg..lin pn asal org kmpg...itu bkn disebabkn bhasa ye mr ??????? ..itu disebabkn diaorg xde prinsip hidup..mudah terikut2 trend..

isu PPSMI...cuba la kita brfikir scara positif..cuba majukan diri kita dan bangsa kita sendiri..bkn nk banggakan b.inggeris..my cousin yg duk australia..die treat ank die speaking..then, bile diaorg blik malaysia, ank die still blh ckp melayu dgn org2 tua..ok, maybe akn ckp sbb diaorg duk australia, kena pandai speaking..hmm..semakin hr, technology semakin canggih..thean dkt ipta pn subjek di ajar dlm english..so belajar dr awal tu yg penting..ibu bapa xthu english??blh beri dorongan..tu yg pling terbaik utk ank2 diaorg disamping berdoa..

education..1 cara utk kita memajukan bangsa kita..lin thu ramai akn marah dgn pendapat lin..tp percaya la..xde yg mustahil kalo seseorg tu berazam utk belajar dan berusaha..english, utk kita bersaing dgn bangsa2 lain..cukup la..jgn bagi bangsa lain memandang hina pd kita..buktikan yg bangsa melayu blh maju dgn penguasaan b.inggeris..yg penting jgn jd lupe diri..bpegang teguh dgn nilai2 amalan hidup melayu..pkir2 la 20 thn akan dtg..jgn berfikir utk esok sahaja...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kenapa Matematik dan Sains (yang sediakala sudah pun susah).
Bertambah beban budak-budak sekolah jika ia diajar dalam bahasa Inggeris.
Apa gunanya subjek Bahasa Inggeris itu sendiri.
Subjek Bahasa Inggeris itu kan diajar seawal darjah satu.
PPSMI bagi saya membuktikan bahawa subjek Bahasa Inggeris itu useless.
Atau wajarkah subjek Bahasa Inggeris dilupuskan, kerana Matematik dan Sains sudah boleh mengambil alih subjek tersebut.

Saya bukanlah tak setuju PPSMI. Tapi memadai PPSMI diajar di peringkat menengah atas, dan universiti.
Sebab di peringkat tu saya yakin ramai yang berkebolehan memahami istilah-istilah matematik dan sains.
Untuk menguasai bahasa Inggeris kita kena think positive jika terpaksa mengorbankan sedikit martabat bahasa Melayu.
Tapi tak pernah kita think positive jika untuk memartabatkan bahasa Melayu, kita kena korbankan sedikit bahasa Inggeris.
Seolah-olah bahasa Melayu itu memundurkan, dan bahasa Inggeris itu memajukan?

Memang jika orang Melayu pergi ke luar negara, dia akan balik ke Malaysia dan berbahasa Melayu semula.
Kenapa? Sebab mereka dibesarkan dengan bahasa Melayu.
Tapi sekarang ini, kerajaan mahu anak-anak dibesarkan dengan bahasa Inggeris.
Dari sekolah rendah, ke sekolah menengah, ke universiti; Inggeris, Inggeris, Inggeris.
Jadi, jika mereka ke luar negara, mereka akan balik ke Malaysia dan terus berbahasa Inggeris.
Sebab mereka dibesarkan dengan bahasa Inggeris. Itu yang akan berlaku 20 tahun akan datang.
Pada tahun 2029 langsung tiada istilah Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu.
Maka orang Melayu hanya akan tahu menyelesaikan masalah Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sahaja?
Siti: "Tiga darab lima berapa?".
Ahmad: "Ha? Darab tu apa?"
Siti: "Three times five."
Ahmad: "Oooh... Fifteen!".
Siti: "You so clever in maths but why so dumb in B. Melayu?"
Ahmad: "Oh, I learned Maths and Science in English."
Ini baru situasi antara anak Melayu, belum lagi anak-anak yang tidak langsung menggunakan bahasa Melayu di rumah.
Saya rasa lebih terhina jika orang Melayu tak faham bahasa Melayu, berbanding tak faham bahasa Inggeris.
Sekarang kita dihina bangsa lain kerana tak tahu berbahasa Inggeris, tahun 2029 kita akan lebih dihina kerana tak faham bahasa sendiri.
-
Teknologi bukan bergantung pada bahasa, tapi pada pengetahuan kita mencipta dan menggunakannya.
Teknologi maju macam mana sekalipun kalau orang tak tahu guna, tak guna juga.
Begitu juga matematik dan sains. Istilah Melayu atau Inggeris, kalau seseorang tu tak tahu macam mana nak guna, tak guna juga.

Bagi saya lagi, subjek yang sewajarnya diajar dalam bahasa Inggeris dari awal adalah Pendidikan Islam.
Sekarang banyak cubaan mengkafirkan orang Islam melalui bahasa Inggeris sama ada secara lisan atau penulisan,
termasuk terjemahan al-Quran palsu yang banyak dipasarkan di luar negara.
Jadi kita akan faham apa yang kita baca atau dengar itu suatu yang benar atau tidak.

Sekadar pendapat . . .

Share this post


Link to post
Share on other sites
pembelajaran bermula dr awal itu lbh baik..kenapa bdk2 kecik sekarang blh berkata2 kesat??
so if kita mulakan dr awal..xsalah rasenye..


Code:
Pada tahun 2029 langsung tiada istilah Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu.
Maka orang Melayu hanya akan tahu menyelesaikan masalah Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sahaja?
Siti: "Tiga darab lima berapa?".
Ahmad: "Ha? Darab tu apa?"
Siti: "Three times five."
Ahmad: "Oooh... Fifteen!".
Siti: "You so clever in maths but why so dumb in B. Melayu?"
Ahmad: "Oh, I learned Maths and Science in English."
Ini baru situasi antara anak Melayu, belum lagi anak-anak yang tidak langsung menggunakan bahasa Melayu di rumah.
Saya rasa lebih terhina jika orang Melayu tak faham bahasa Melayu, berbanding tak faham bahasa Inggeris.
Sekarang kita dihina bangsa lain kerana tak tahu berbahasa Inggeris, tahun 2029 kita akan lebih dihina kerana tak faham bahasa sendiri.


mr ?????????...jgn sampai kita lupe diri..lg bagus kalo kita mahir dlm pelbagai bahasa...attitude, prinsip hidup yg penting...jgn sampai lupa diri...sekarang ni terpulang la pd fahaman n pemikiran diri sendiri..sampai bila la nk berubah n pandang ke hadapan...

jgn disebabkan 1, 2 perkara kita dh trus pkir keburukan..tanpa menilai kebaikannya...

Share this post


Link to post
Share on other sites
then nk tmbah lagi...


Code:
Siti: "You so clever in maths but why so dumb in B. Melayu?"
Ahmad: "Oh, I learned Maths and Science in English."


ni bkn learned..tp menghafal je kot..xmemahami..belajar tu tgk,phm,menilai...bkn buta2 je nk hafal..tiga dgn lima phm plak..nape darab xphm plak...pastu blh kan die ckp melayu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tu contoh saja..
Belum saya gantikan dengan istilah-istilah matematik yang lebih susah seperti sudut berserenjang, jujukan dan janjangan; dan istilah sains seperti bandul, jam randik, tungku kaki tiga.
Kalau ditanya kepada pelajar sekolah sekarang (2009) pun mereka tak tahu apa kebendanya itu. Sedangkan itu bahasa Melayu.
Dalam kehidupan biasa kita jarang menggunakan perkataan tu.
Apatah lagi jika ia diajar dalam bahasa Inggeris sekarang. Pada tahun 2029 langsung tiada siapa yang tahu apakah erti istilah-istilah itu.

Saya tahu PPSMI banyak kebaikannya, tapi lebih banyak keburukannya terhadap pelajar-pelajar sekolah.
Lihat saja apa yang telah berlaku kepada mangsa-mangsa eksperimen PPSMI tahun-tahun lepas.
Apa yang telah berlaku menyebabkan mereka teraniaya.

Betul, mahir pelbagai bahasa tu memang bagus.
Jangan lupa diri. Takkan subjek yang boleh diajar dalam bahasa Melayu perlu diajar dalam bahasa Inggeris.
Lupakah bahasa Melayu itu lebih mudah difahami orang Melayu?
Kalau tak banyak buku matematik dan sains dalam bahasa Melayu, kenapa tiada siapa berusaha menterjemahkannya?
Sampai bila kita harus mengikut berbanding diikut?
-
Kanak-kanak zaman sekarang menggunakan kata kesat, saya yakin kata kesat dimaksudkan itu bahasa Inggeris.
Dicontohi dari abang-abang dan kakak-kakak atau mungkin ibu-bapa mereka yang rajin berbahasa Inggeris dalam percakapan harian.
Mereka tahu itu adalah perkataan kesat, sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka tetap akan menggunakan kata-kata
itu jika ia digunakan secara bebas oleh kita yang lebih dewasa.
Sebab itu tidak digalakkan kanak-kanak membaca, menonton atau mendengar sesuatu yang berunsur keganasan tak kira bahasa apa sekalipun.

No offense . . .

Share this post


Link to post
Share on other sites
~ totally wrong ~

kata2 kesat tu bahasa melayu dan diorg phm maksud tu...hmm, bgus la...kt peringkat pengajian tggi baru didedahkan full english utk setiap subjek..patut la ramai student melayu xdpt catch up..bkn nk menghina..it is better traniaya awal drpd teraniaya time tu..sbb dh buang bnyk mase..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Betul ke ramai pelajar Melayu saja yang tak dapat catch-up tu? ::icon_smile::
Di universiti mana tu ya?
Berpijaklah di bumi nyata.

I'm done for today.. ::icon_smile::

Share this post


Link to post
Share on other sites
TAK FASIH BAHASA INGGERIS?

aku rase matematik dan sains dlm bhasa inggeris tak membantu byk pn dlm kefasihan b.inggeris..lg memusnahkan istilah bhasa melayu ader la..
yg penting BAHASA INGGERIS itu sendiri..

DBP akan sntiasa update b.melayu.. (termasuk istilah sains terkini)
tp satu hari nnti,tiada sape akan memahaminya..
kemunggkinan juga satu ari nanti mungkin rencana sains dlm akhbar utusan malaysia akan menggunakan bahasa pasar......
bkn mungkin....tp PASTI

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ntahnyer..aperla yg nk dipolitikkan sgt lagi ttg PPSMI nih. Aku pon kadang tak paham napela sesetengah ibubapa sokong bebenor nk mnsuhkan PPSMI ni. tak tau in Future dorang pkir camne. Nk ke org luar perlekehkan anak bangsa sedgkn kite terpinga² ape yg mereka ckpkn? Walaupon dh dibagi kelonggaran pilihan untuk menjawab dlm dwi-bahasa pon msih nk HuHaHuha sane sini..

Pendekatan awal ni bgus, bkn nk mendera minda anak bangsa sendiri. Xde menda yg mudah klu nk berjaya. Klu nk further study in abroad pon kena guna Term dan Language yg sama. Ade ke disebut term² spt cth "Pemejalwapan", "Pengewapan", "Pendidihan", "di kuasa duakan" kat sane nnti?

Mmg kerajaan kena selaraskan program² pembelajaran secara intensif ni ke seluruh ceruk kawasan. Bukan hanya pada sstgh kawasan spt Bandar sahaja. Klu xde keseimbangan menda ni mmg sentiasa akan dipertikaikan..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hiruka wrote:Ntahnyer..aperla yg nk dipolitikkan sgt lagi ttg PPSMI nih. Aku pon kadang tak paham napela sesetengah ibubapa sokong bebenor nk mnsuhkan PPSMI ni. tak tau in Future dorang pkir camne. Nk ke org luar perlekehkan anak bangsa sedgkn kite terpinga² ape yg mereka ckpkn? Walaupon dh dibagi kelonggaran pilihan untuk menjawab dlm dwi-bahasa pon msih nk HuHaHuha sane sini..

Pendekatan awal ni bgus, bkn nk mendera minda anak bangsa sendiri. Xde menda yg mudah klu nk berjaya. Klu nk further study in abroad pon kena guna Term dan Language yg sama. Ade ke disebut term² spt cth "Pemejalwapan", "Pengewapan", "Pendidihan", "di kuasa duakan" kat sane nnti?

Mmg kerajaan kena selaraskan program² pembelajaran secara intensif ni ke seluruh ceruk kawasan. Bukan hanya pada sstgh kawasan spt Bandar sahaja. Klu xde keseimbangan menda ni mmg sentiasa akan dipertikaikan..
Objection your honour!

Inilah yang pepatah cakap "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".
Cuba bayangkan ya, jika Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris dari sekarang,
dalam masa 20 tahun akan datang Matematik dan Sains di Malaysia akan difahami HANYA dalam bahasa Inggeris.
Di China, orang-orang Cina boleh berbahasa sendiri dalam menyelesaikan S&M.
Di India juga begitu, menggunakan bahasa sendiri untuk menyelesaikan S&M.
Orang Cina dan India Malaysia bangga bahasa ibunda mereka masih boleh digunakan untuk S&M walaupun tidak di Malaysia.
Tapi, orang Melayu? Ada negara Melayu lain? Sudahlah bahasanya tak boleh diguna untuk menyelesaikan S&M.
Maknanya bahasa Melayu tak flexible untuk semua rutin harian sedangkan bahasa lain flexible sama ada untuk sains, matematik dan sebagainya.
Kenapa? Kerana subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu sudah dipupuskan sejak tahun 2004.
Trivia memalukan yang kita boleh ramal bagi tahun 2029 adalah, did you know Malaysians can only solve Maths and Science in English? Atau did you know there are no Maths and Science terms in Malay language?

PPSMI kononnya bertujuan untuk menjadikan Malaysia negara yang tidak ketinggalan dalam Matematik dan Sains.
Tapi tuan-tuan, kita mahu pelajar-pelajar luar negara yang akan belajar di Malaysia pada tahun 2020. Bukan kita yang terus menghantar anak-anak ke luar negara.
Jika begitu sampai bila-bila Malaysia tak maju, asyik mengikut, mengikut, mengikut. Kerana di dalam fikiran kita, negara luar adalah lebih maju, maka kita harus ke sana.
Hingga tahun 2020 atau 2050 pun kita tetap begitu, iaitu negara luar lebih maju dari Malaysia.
Bilanya negara Malaysia nak maju tuan-tuan?

Negara maju haruslah menggunakan bahasa sendiri dalam semua aspek. Lihat saja Jepun, Korea, Jerman.
Jangan kata Malaysia tak patut dibandingkan dengan mereka.
Orang boleh buat kenapa kita tak boleh???

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalammualaikum...

bahasa,jiwa bangsa...hehe... tpi jepun steady je dgn bahasa die..programming sume dlm bahasa diorg...kita sendiri yg jatuhkan bahasa kita sendiri.bgaimanapun berforumlah sebaik2nya... ::icon_smile::

p/s: zaman dulu bahasa melayu kan jadi bahasa pengantar utk saudagar berdagang kan..kalau x silap...hiks...dan siapakah yg menghapuskan jawi? hummm...nanti berbau politik plak..

Share this post


Link to post
Share on other sites
kite menjahanamkan bm klu kite sendiri pun terkontang kanting nk jwb..cane..

bukan salah bahasa itu sendiri tp diri kite ni sendiri..

kite yg xmau usaha..sbb tu nmpk susah..

ape2 hal pun klu kat U nnti kene blaja dlm BI jugak..

skrg ni pun manyak bm da alihbahasa pun stil dlm term inggeris jugak..

mnyak contoh tp aku lupe la plak...

Share this post


Link to post
Share on other sites
nak blaja bahasa orang tak perlu master bahasa sendiri.

we not learn malay language,but we picked malay language.
but, we learn english.

ada ke masa kecik2 dulu mak bapak ajar bahasa melayu kat rumah?mak bapak tekankan tatabahasa masa bercakap?tak ade kan...klako la kalau kat rumah cakap "ibu,saya berasa lapar.Apakah yang ibu masak hari ini?"..
..maksudnya..bahasa ni functional.asal orang boleh faham sudah.

...ape yang susah sngat nak blaja dalam bahasa inggeris?kalau niat ikhlas nak ilmu,tak kuar pun isu martabatkan bahasa la..tak minat la..buang bahasa la..blabla..

kat u kena blaja guna bi tak bising lak?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...