Jump to content
Sign in to follow this  
PuteriNurFarah

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Recommended Posts

Ramai yg bertanyakan tentang tips tips untuk menguruskan badan.

Yang pastinya , hargailah badan dan kesihatan kita. Jangan terlalu ingin menurunkan berat badan tanpa memikirkan tentang kesihatan dan lain lain faktor.

Jika terlalu stress dan setiap hari hanya memikirkan bagaimana untuk menguruskan badan dan asyik sering dok menimbang berat badan, maka berat badan juga akan lambat turun.

Jadi amalkan pemakanan yang sehat.

Dibawah ni cuba di perturunkan beberapa langkah yang agak senang dan memang sehat .Cuma bila saya bitau cara cara ni, kengkadang sesetengah tu berkata , tak dapat nak lakukan……hmmmm

Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk / penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

Kurangkan makan makanan bergoreng, berlemak dan berkolestrol.

Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan

Kurangkan pengambilan nasi / sekali sehari sudah memadai.

Cubalah berpuasa sekali seminggu utk merehatkan badan,perut dan minda.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Jangan makan banyak GULA
Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan?


<LI>Gula putih menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan gula juga membuatkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah, gula juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.

<LI>Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik. Maknanya, ia menyebabkan paras gula darah meningkat cepat dan menjejaskan paras insulin. Maka ia dianggap makanan terlarang, terutama bagi pesakit kencing manis, kerana ia menyukarkan kawalan paras gula darah.

<LI>Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakan doktor tidak mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.

Kawalan paras gula dalam darah melalui penjagaan makanan, senaman, makanan tambahan dan ubat antara komponen penting dalam rawatan kanser.

<LI>Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan. Masalah dihadapi kebanyakan orang ialah mempunyai bekalan tenaga harian berlebihan daripada makanan dan minuman. Walaupun semua orang tahu bersenam itu penting bagi membakar (menggunakan tenaga), masih ada yang liat mengamalkannya. Tenaga yang berlebihan, ditambah pula tenaga daripada gula dalam minuman, turut menyumbang kepada pertambahan berat badan.

<LI>Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti kerap dialami kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menggunakan gula ini untuk menjadikan keadaan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan enamel (lapisan gigi paling luar). Lama kelamaan, gigi akan berlubang. Apabila ini terjadi, banyak masalah lain menyusul, termasuk sakit gigi, jangkitan dan kehilangan gigi.

</LI>

Share this post


Link to post
Share on other sites
zareight wrote:*off topic..puteri nur farah,tu bkn pic ko kan??
sbb pic tu kwn mber aku.. ::icon_smile::

famous kwn member ko..
ramai pakai gamba dia

Share this post


Link to post
Share on other sites
Waaaa.... banyak PANTANG nak jadi kurus ek,aku ni tak berisi jer tak delah gemuk pun tapi masih nak kuruskan badan,banyaklah seluar aku da tak boleh guna.Huhu...

Aku PANTANG nampak makanan sedap2,aku mulalah rasa lapar...nak2 tiap2 pagi aku amik multivite dengan probiotik.Kedai makan sebelah jer,ha bertambah naiklah badan aku ni....Nampaknya aku kene kurangkan makanan berlemaklah esok pagi dan hari2 selepasnya.

Pape pn terima kasih Puteri ::icon_smile::

Share this post


Link to post
Share on other sites
eh sapa ingt yg pantang larang dlm islam tu.... ala.. yg tak boleh mkn makanan laut ngn darat.. aku ada sumwhere tp tak jumpelah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
naza wrote:bahaya sangat ker ais ?


bahaya tak bahaya...

cuba anda pegang ais..berapa lama anda boleh tahan..
bukan icekrim ya!

sekadar berkongsi rahsia...

Petua orang dulu-dulu, makan nasi jangan diselang selikan dengan minum air nanti cepat kenyang...mengikut kajian sains, apabila makanan yang bercampur dengan air, akan mengubah fungsi makanan tersebut..senang kata kurang khasiat! dan Islam telah lama sedar mengenai perkara ini. Apatah lagi kalau AIS..

Dan bagi pasangan yang berkahwin(untuk bacaan orang yang sudah berkahwin), anda tidak digalakkan atau dilarang (jika boleh) minum ais..sebabnya..akan cepat......semasa 'bersama' (orang lelaki) dan kurang mendapat 'nikmat' (orang perempuan)

Lagi satu...kalau anda jauhi AIS...salah satu petua AWET MUDA...

p/s tapi..kalau musim panas2 camni...aku belasahh je! ::icon_lol::

Share this post


Link to post
Share on other sites
ais ni..

lecturer PJ tuan hamba gtau..

mkn dalam..

jd..klu nk lari,jogging ke..

cepat semput la..

tolongggggg la jgn mnum ais..

lagi satu..perbanyakkan mnum air putih.. ::icon_mad::

Share this post


Link to post
Share on other sites
sebenarnya dah jadi care orang kite maner yang tak elok tu lah selalu di buat... walaupon tahu kesan pade diri sendiri...

yang tak bagus tuh lah yang sedap di makan...

kate orang..

anda adalah ape yang anda makan/minum/telan... ::icon_smile::

Share this post


Link to post
Share on other sites
naza wrote:tapi aku lagi pantang dengan ais nie..

ais krim...

mmg pantang betul aku...

pantang jumper...hehehe ::icon_biggrin::


same la ngan oden
hahaha

ais krim pon x boley ke?
best doh sejuk2 ni ::lol::

Share this post


Link to post
Share on other sites
naza wrote:kepade sape yang tahu...

cam ner nak rawat penyakit rabun...

jauh n dekat...

tlg la bagi petua ker pemuda ker...

tq ah... ::icon_wink::


nk merawat tu susah.. tp boleh kurangkan power tu...

mkn byk suppliment vitamin A, minum air karot fresh... sumber2 vitamin A la kan.. aku try juge... mmg efektif..

Share this post


Link to post
Share on other sites
teri-chan wrote:
naza wrote:kepade sape yang tahu...

cam ner nak rawat penyakit rabun...

jauh n dekat...

tlg la bagi petua ker pemuda ker...

tq ah... ::icon_wink::


nk merawat tu susah.. tp boleh kurangkan power tu...

mkn byk suppliment vitamin A, minum air karot fresh... sumber2 vitamin A la kan.. aku try juge... mmg efektif..


ko kunyah je karot macam bugsbunny tue...hehehe...

Share this post


Link to post
Share on other sites
yeke? kene makan pil2 vitamin a la ye?

atau g hospital/klinik tok dapatkan vitamin a tuh?

orang kate pati blueberry leh cantikan mate... kalo kurangkan power leh ker?

juice karot mase aku sekolah dulu rajin lah minum...skrg dah kurang sangat...

::icon_wink::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Naza, ko ni vitamin pun nak mtk kat gov.. hehe beli jer baru berapa ringgit sangat,tak sampai RM 100.

Kalau ko nak Vitamin A ko makanlah karot macam teri cakapkan tu,kalau kau tak nak..ko beli Beta Carotina dari brand 21th century atau Naturalle Beta Carotine 6mg ( CCM ).

Blueberry tu pun bagus sebenarnya untuk elakkan dari mata letih dan mata rabun.Xpun leh try Netberry Plus,Natberry Xtra....bau macam bunga taik ayam hahaha...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...