Jump to content
Sign in to follow this  
afna_s

Tidak Boleh Copy Dvd+rw Kepada Dvd-r

Recommended Posts

Salam untuk semua. Aku dah lama cedok ilmu dari sini untuk belajar, terima kasih semua kerana sedekah jariah ini.
Aku ada satu masalah yang sudah senak otak memikirkannya. Aku guna Pinnacle 10 untuk edit video dari 3 tape DV
+- 2 jam 40 minit. Aku guna cam Cannon MV750i, entah aku tekan kat mana settingnya bila capture jadi format NTSC sebelum ni dalam PAL. Semasa Make movie, di page Pinnacle 10 tu macam ni:
Disc type: DVD. Video quality/Disc usage: Automatic quality. (output standard NTSC)
DVD (E:) 4.7 GB
Available: 20 seconds
Used: 121 minutes (pembetulan)
Quality: 43%

Bila siap render dan auto burn ke DVD+RW-- succesfull
Tapi masalahnya dari DVD+RW nak copy ke DVD-R, samada guna Nero 7 atau Ashampoo Burning Studio 5 error yang sama keluar ' The verification of the recorded DVD copy has failed. This means that the files are not exact copies of the originals and the DVD copy will probably not work properly. The reason for this may be that there is incompatibility between your DVD-writer and the DVD recordable you used.' Copy antara DVD+RW ke DVD+RW pun masalah sama. Sebelum ni ok je (dalam PAL). Adakah kerana dia dalam format NTSC, kalau ya bolehkah NTSC convert PAL sebelum atau selepas edit.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Selamat datang ke putera.com forum

1. Sebelum aku nak tanya sebelum ni pakai pinnacle version berapa...Why??? sebab pinnacle 10 adalah merupakan version paling worst dalam banyak2 pinnacle. Satu lagi...sorry nak tanya...sebab benda ni penting gak...pinnacle 10 tu dapat dari mana...download dari internet? Beli kat kedai komputer atau original?... Kalau download dari internet (torrent, rapidshare...etc) version di fixedkan ke NTSC.. kalau original dia akan ikut region cth kalau kita beli online dia akan check dari negara mana..so let say dari malaysia dia akan setkan ke PAL...itu masalahnya...

Satu lagi masa kita capture ke dalam pinnacle memang dalam PAL but bila kita nak export ke dvd itu yang menjadi masalah...dia hanya allowed ke NTSC....itu sebab aku nak tahu dari mana dapat pinnacle ni...of course ada hacking nak kasi output ke PAL but aku tak mahu bincang di sini.

Ok since ko dah burn ke DVDrw try mainkan kat dvd player ...kalau boleh main..that's fine...sekarang macam man nak copy ke dvd-r... buat image file (.iso) dari dvdrw ke h/disk... then baru burn .iso file tu ke dvd-r....kalau copy dvd ke dvd memang selalu ada masalah ..dia tak ada kena mengena dengan PAL atau NTSC... Tool yang paling sesuai untuk tujuan ni cth:
Imgburn

Pasal NTSC ke PAL tu memang banyak tool but aku tak berapa galakkan...why??? based info yang ko kasi quality dvd boleh dikatakan agak low sebab ko nak masukkan lebih dua jam video dalam dvd 4.7.. kalau ko convert ke PAL quality dia akan lebih drop...NTSC video tak ada masalah nak mainkan di TV or dvd player....

try apa yang aku cakapkan kat dulu....kalau ada apa-apa...insyaAllah aku cuba bantu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Terima kasih bro Tasek16. Sebelum ni aku guna Pinnacle 9 cap Jack Sparrow from Low Yatt tapi cdnya abang ipar aku di Gua Musang pinjam. Bila aku format computer, aku minta balik cd tu tapi katanya lupa letak kat mana. Jadi dia ganti dengan Pinnacle 10 cap Jack Sprw dari Kota Bharu.

DVD RW tu boleh play di computer dan dvd player, tak ada masalah menu chapter elok functionnya. Video ni rakaman 'Emergency Respon Team' tempat aku kerja masa buat function di Bukit Cerakah 30hb. Nov hari tu. Diaorang tak kisah sangat tentang quality janji elok sikit dari vcd sebab kalau boleh mereka nak tengok semua apa yang aku rakam. Aku dah terangkan tentang kualiti dan mereka boleh faham.

Tentang cara yang kau cadangkan tu, esok kalau sempat aku cuba. Sebab pagi esok ada training untuk pertandingan 'kawad kecekapan' anjuran Bomba dekat parkir Giant Shah Alam yang asalnya pada 20hb. dan 21hb. Dis tapi ditunda ke January 2009. Latihan tetap diteruskan. Petang pula kerja. Aku akan cuba dulu apa yang kau cakap tu, berjaya atau tidak aku akan feed back kat sini. InsyaAllah.

Kawe beradu dululah, ok.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku dah d/load ImgBurn dan dah buat step yang bro tasek16 cakap. (buat image file (.iso) dari dvdrw ke h/disk... then baru burn .iso file tu ke dvd-r) tapi selepas tu masa verify dah keluar error, hanya 1% dah keluar error lepas tu aku tekan 'continue' jalan sampai 2% sangkut lagi. Aku tak reti nak post gambar kat sini jadi aku hantar email kat bro tasek16, harap alamat email tu betul.

Aku buat dari .iso file ke dvd+rw sebab aku tak nak rugi dvd-r lagi. Dah banyak keping dah yang rosak kerana hal ni. Kerana tak boleh verify, bila play dvd tu sangkut-sangkut dan terus hang.

Sebelum ni aku guna Pinnacle 10 ni ok je, capture dari dv tape PAL dan output video PAL.
Tapi kes yang ni capture dari dv tape NTSC dan output video NTSC. Kalau masih problem aku akan cuba edit video guna software lain.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalaamualaikum, dah lama tak masuk sini. Setakat ini rasanya dah 95% usaha nak burn ke dvd-r berjaya. Apa yang aku buat ialah;

1) guna Corel videostudio 12 edit file avi yang dicapture guna Pinnacle 10 - make movie dan auto burn to dvd-rw -
buat image file (.iso) dari dvdrw ke h/disk... then baru burn .iso file tu ke dvd-rw juga - verify (NG)

2) guna Corel - save video dalam avi - encode dan create dvd folder guna Batch DVD Streams Converter - burn
ke dvd-rw guna ImgBurn - verify (OK) (seperti tutorial tasek16 dalam Gcloud Tutorial)

3) belum cuba burn ke dvd-r - InsyaAllah OK

dvd-rw (BenQ)
dvd-r (Mitsubishi dan Emtec)
dvd rw (Liteon) dan dvd rw ram (Liteon)

Tapi ada kemusykilan, kenapa file avi tu dalam ntsc selepas encode dalam pal w/pun dah set untuk ntsc dalam Batch DVD Streams Converter? Gambarnya jadi panjang dan kurus. Satu lagi aku tak reti la nak buat manual chapter dengan Corel.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE
1) guna Corel videostudio 12 edit file avi yang dicapture guna Pinnacle 10 - make movie dan auto burn to dvd-rw -
buat image file (.iso) dari dvdrw ke h/disk... then baru burn .iso file tu ke dvd-rw juga - verify (NG)

Pasal tak buat terus iso dari corel ke h/disk.....kenapa perlu burn ke dvd-rw then ke h/disk kemudian ke dvd-rw balik...better dari corel terus make iso ke h.disk then dari iso tu burn ke dvd-rw atau dvd-r
QUOTE
Tapi ada kemusykilan, kenapa file avi tu dalam ntsc selepas encode dalam pal w/pun dah set untuk ntsc dalam Batch DVD Streams Converter? Gambarnya jadi panjang dan kurus. Satu lagi aku tak reti la nak buat manual chapter dengan Corel.

Yang ni aku tak pasti sebab tak tengok sendiri original ......mungkin original video file tu dalam PAL kot..btw check original video format samada dalam PAL atau NTSC guna Gspot normally kalau PAL dia punya resolution pada 720x576 dan pada 25fps untuk ntsc 720x480 pada 29.97 fps..check orginal video file guna Gspot dulu.

pasal gambar jadi kurus atau tinggi tu.. mungkin original file dalam widescreen format (16:9) but masa encode guna Batch DVd streams tersalah tekan guna normal TV format (4:3)...so check original samda widescreen atau normal

pasal chapter dalam dvd sebenarnya tak susah tapi kena study concept dvd menu dulu.. dalam dvd selalunya yang pertama ada main menu dalam main menu ada beberapa segment video yang lain samada chapter dari single video atau link kepada beberapa video yang lain. Yap memang aku tak dapat nafikan sesetengah software agak mengelirukan tapi try baca help file pasal menu...insyaAllah boleh faham.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Yang ni aku tak pasti sebab tak tengok sendiri original ......mungkin original video file tu dalam PAL kot..btw check original video format samada dalam PAL atau NTSC guna Gspot normally kalau PAL dia punya resolution pada 720x576 dan pada 25fps untuk ntsc 720x480 pada 29.97 fps..check orginal video file guna Gspot dulu.

pasal gambar jadi kurus atau tinggi tu.. mungkin original file dalam widescreen format (16:9) but masa encode guna Batch DVd streams tersalah tekan guna normal TV format (4:3)...so check original samda widescreen atau normal

[/quote]

Memang betullah ori file dalam pal widescreen format (16:9) - check guna Gspot. Terima kasih bro tasek16, nanti aku encode lagi sekali dan tengok hasilnya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
1) Create video file di Corel - PAL DVD(16:9, Dolby digital 5.1) - hasilnya 4.69Gb - ISO tak boleh - terpaksa encode - burn dvd+rw - play di
comp - ok - tapi play di dvd player sangkut2 - gambar penuh, jadi kurus tinggi - NG

2) Create video file di Corel - (DVD/VCD/SVCD/MPEG) - PAL DVD (16:9) - hasilnya 7.09Gb - encode - burn dvd+rw - play di comp - ok
play di dvd player - ok - gambar penuh, jadi kurus tinggi - NG (kalau boleh gambar nak macam NTSC, hitam atas dan bawah baru ok)

Ada cadangan lagi tak bro tasek16, sepatutnya dvd tu dah diedarkan tapi kerana masalah ini jadi tertangguh la pulak. Kalau pilih PAL DVD(4:3) rasanya gambar jadi lebih tinggi dan kurus.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(afna_s @ Jan 4 2009, 04:07 PM) <{POST_SNAPBACK}>
1) Create video file di Corel - PAL DVD(16:9, Dolby digital 5.1) - hasilnya 4.69Gb - ISO tak boleh - terpaksa encode - burn dvd+rw - play di
comp - ok - tapi play di dvd player sangkut2 - gambar penuh, jadi kurus tinggi - NG

2) Create video file di Corel - (DVD/VCD/SVCD/MPEG) - PAL DVD (16:9) - hasilnya 7.09Gb - encode - burn dvd+rw - play di comp - ok
play di dvd player - ok - gambar penuh, jadi kurus tinggi - NG (kalau boleh gambar nak macam NTSC, hitam atas dan bawah baru ok)

Ada cadangan lagi tak bro tasek16, sepatutnya dvd tu dah diedarkan tapi kerana masalah ini jadi tertangguh la pulak. Kalau pilih PAL DVD(4:3) rasanya gambar jadi lebih tinggi dan kurus.

Nak bagi solution cara total pun susah nak cakap sebab aku tak tahu detail macam mana ko buat dari awal sampai habis

BTW contact me via YM....preferably guna mic senang awak nak terangkan dan senang jugak aku nak explain (kalau mampu explain smile.gif )...
YM aku: tasek16

Share this post


Link to post
Share on other sites
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga. Caranya, selepas edit guna corel-->share-->create disc-->dvd-->project setting-->change mpeg settings
-->customize-->compression-->video data rate ubah kepada 4500kbps atau yang bersesuaian-->ok-->tick petak create DVD folders dan create disc image
-->burn.

Hasilnya DVD folder itu boleh play dan image file itu boleh burn ke dvd-rw dan dvd-r dengan jayanya. Masalah yang sebenarnya di sini adalah video data rate yang tak sesuai.

Jutaan terima kasih kepada saudara tasek16 kerana banyak membantu dan memberi penerangan yang jelas melalui YM.

Rasanya topik ini dah boleh ditutup.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...