Jump to content
Sign in to follow this  
serena

Ape Pendapat Korang Ttg Ibu Tunggal Yang Masih Single...

Recommended Posts

hye...skrg ni ramai gadis2 yang terlanjur dan akhirnya mengandung di luar nikah...salah? mmg la salah tapi benda dah jadi...sesetengah mengambil jalan singkat dan mengugurkan janin yang dah jadi tue...tapi sesetengah plak ambil keputusan untuk 'do the right thing'...lahirkan bayi yang xberdosa tue...

ape pendapat korang ttg isu ni?

Share this post


Link to post
Share on other sites

dah buat dosa berzina nak buat dosa membunuh darah daging sendiri??yes bayi 2 x berdosa yang berdosa mak ayah die..kenapa nak gugurkan..semua 2 salah mak bapak die..just lahirkan anak 2 dan bagilah sesiapa yang nak..x yah la buang anak 2..kecian.. :(

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sayang Btol... Popuan punya r lawa.. tp sia2 jerk... x dihargai dan sendiri bodoh pilih cara hidup yg camtu.. kalau laa jatuh ke tgn aku dulu.. kene pulak yang cam alizee ke.. huh.. xnak ah buat jahat.. belai batul2... buat bini...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku ada mbr punya mbr awek dia lahir anak nikah ler..

tp syukur la family dia x jahil nak pi gugur..

diorg still jaga bayi tu..nasib xambik jalan sgkat..

tp kau fikir kan apa nasib pmpuan begini..

andai kata boy tu ambik yggungjawab bagus la..

tp kalau kena dtinggalkan camna pulak..

apakah ada lelaki diluar sana sanggup djodoh kan gadis sperti ini??

Share this post


Link to post
Share on other sites

syg laa .. tp kalu dah terlanjur xpe laa. apa nak wat.. tp kalu dah terlanjur berkali2 sampai mengandung.. yg ini mmg susah .. keras kepala nie .. sbb dah berkali2 sampai ngandung baru nak sedar susah laa..

so pmpuan2 kat putera.. hati2 laa ok.. kalu nk sgt ... masuk forum kepada yg solo tuh.. situ mungkin jodoh anda

Share this post


Link to post
Share on other sites

Don't you ever trust boy!! haks hkas.. xder rr.. formula dia camnih.. mana2 lelaki yang ajak buat benda tu.. walau dgn ape pujuk rayu sebab alasan sekalipun.. jgn ngkorang pernah percaya kat dia lagi pasni.. sebab itu menunjukkan ddia x sayang kat korang pun.... Ikhlas aku bagitau...

Share this post


Link to post
Share on other sites

bincang pasal ni, ,aku ada terbaca dlmm satu blog

ni aku pastekan

Sep 18, 2008

Anak Zina ?

(Bagaimana nak selamatkan anak gadis kami atau apakah tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial dari gelajala sosial?)

Aku sudah seminggu lebih menghabiskan sisa sisa baki umur berulang alik ke Wad Hospital, bagi yang tak tahu, anak aku masih belum sihat sepenuhnya dan isteri aku juga turut sama masuk wad untuk pastikan anak bongsu aku tu sentiasa dapat susu segar sepanjang masa.., doakan kami semua selamat dari kemurkaan Allah, dan cukup sampai situ cerita tentang anak dan isteri aku..

Cerita hari ini adalah, selang diantara waktu melawat, aku terjumpa seorang sahabat yang pernah datang ziarah dan beriktikaf di kampong aku atas maksud Dakwah, beliau kini sudah jadi Doktor, bekas pelajar UIA, tapi kerana kesibukannya yang luar biasa, aku tak sempat berborak panjang dengannya…

Cuma yang agak kelakar tentang mamat ni adalah kerana beliau yang memang jenis tak tengok perempuan, sentiasa tundukkan pandangan waktu berjalan terutama bila ada kelibat perempuan, tapi bila bekerja, bidang tugas beliau adalah bahagaian ibu ibu mengandung, bahagian bersalin dan yang semakna dengannya.., apa-apalah!

Ok, kita lupakan tentang mamat tu yang memang sentiasa sibuk, al maklumlah, bahagian pengurusan wad bersalin aku rasa sama sibuknya dengan bahagian pengurusan bilik mayat…, hari hari orang jadi mayat dan hari hari orang beranak pinak, dan orang yang beranak adalah jauh lebih ramai dari orang yang jadi mayat.., betul tak?

Kemudian, anak haram lebih ramai dari orang yang mati haram, err maksud aku, mati bunuh diri. Dan itu cerita lain.

Baiklah, pendek cerita, menjelang kesibukkan doctor tu, aku ada bertemu pulak dengan doctor lain yang agak ‘free’.., setelah merujuk akan masalah anak aku dan setelah mendengar penerangan darinya, dan sebagai seorang doctor islamik, beliau telah membuka minda aku tentang kehebatan Allah dalam penciptaan bayi..

Pendek cerita lagi, banyak yang aku belajar secara tak langsung dari doctor tu. Banyak! tapi aku tak hafal semuanya dan lupa pulak nak tulis kat sini, tapi, antara yang aku ingat, doctor tu cerita tentang air ketuban, yang mana air ketuban adalah ciptaan Allah yang sangat sempurna dalam proses melindungi bayi, dalam air ketuban, apabila bayi di ‘scan’, bayi didapati bernafas dalam air tu, sama macam kita bernafas sekarang, ajaib bukan? dan ruang ketuban adalah untuk memudahkan bayi bergerak-gerak membuat pergerakkan awal yang seterusnya memudahkan kerja kerja doctor untuk memantau perkembangan bayi...

Di ceritanya juga tentang betapa bersih ketuban yang menjaga bayi dari sebarang kuman, kerana dekat faraj wanita ada banyak kuman, jika ada ‘leaking’, boleh menyebabkan bayi kena penyakit dan jadi mayat..

Doktor itu menyambung lagi,: Air ketuban juga adalah untuk menjaga bayi dari sebarang gegaran, bermakna jika isteri kita naik kereta di jalan yang tak rata, tapi bayi dalam kandungan tak rasa sangat gegaran kerana berada dalam air ketuban.., begitu hebatnya ciptaan Allah.

Dan apabila air ketuban pecah, maka bayi tidak akan selamat lagi dalam rahim ibunya dan mesti di keluarkan secepat mungkin, lagi cepat keluar, lagi baik! Jika lambat keluar, maka bayi akan menerima macam macam masalah..

Sebagai doctor Islamic beliau baca pulak ayat 13 surah Al Mukminum yang menceritakan bagaimana Allah melindungi bayi di tempat yang ‘kukuh’, tempat yang kukuh itu di tafsir oleh doctor itu sebagai rahim yang ada air ketuban di dalamnya..

Panjang cerita doctor tu tentang kebesaran Allah, dengan ilmunya dan bidangnya, aku jadi kagum dan rasa nak tulis tapi (macam biasa) lupa pulak nak tulis balik semuanya di sini..

Beliau juga ada cerita tentang otak kita yang seberat 2 kilogram tapi kita rasa macam 100 gram sahaja sebab ada satu cecair apa nama ntah apa ntah (sekali lagi macam biasa, aku lupa), yang bergerak di sekeliling otak dan bersambung ke tulang belakang yang mana setengah orang bila ada masalah dekat laluan air ni, kepala akan rasa berat macam pikul 2 kilo gula atas kepala.. bla bla bla..

Kemudian, bercerita pulak pasal puasa, doctor tu terangkan bagaimana apabila kita berpuasa, dalam 10 jam pertama maka perut kosong akan mula cari tenaga yang di simpan dalam mampatan lemak terpendam.., ini bagus kerana, lemak lemak itu tak elok di simpan lama-lama dalam tubuh, sama macam harta dan duit yang banyak tak elok di simpan, mesti digunakan, baru berkat!, maka samalah orang yang berpuasa, maka tenaga tenaga terpendam jika di simpan akan menyebabkan saraf tersumbat dan mendatangkan gejala gejala penyakit yang kronik, maka hikmahnya puasa adalah untuk kesihatan, dengan syarat jangan berbuka dan bersahur yang melampau bla bla bla..

Memang ralit berborak dengan doctor tentang ilmunya dan tentang cara beliau bandingkan pulak dengan Al Quran, masa rasa cepat jer, tup tup doctor tu terpaksa beredar kerana ada tugas, doctor memang sentiasa sibuk ,bukan?..

Tapi sebelum doctor tu beredar, beliau sempat menceritakan kebimbangannya terhadap masyarakat hari ini, kebimbangannya terhadap anak remaja hari ini, yang mana, kata beliau hampir setiap hari di hospital, ada kes ‘ibu tunggal’

‘Ibu tunggal’ di sini bermaksud anak zina..

Kadang-kadang, ada 3 orang Ibu tunggal di wad menunggu bersalin, kemudian, ada 2 orang Ibu tunggal di wad sedang bersalin dan ada pulak 4 orang Ibu tunggal di wad setelah bersalin.., boleh kata hari hari ada!

Ini sangat membimbangkannya kerana banyaknya bilangan kelahiran anak luar nikah adalah ‘indicator’ kepada kerosakkan ummat yang akan datang dan ‘indicator’ kepada kegagalan ummat hari ini..

Kes mengandung anak zina kadang kadang belaku pada gadis bawah umur, sangat kasihan dan membimbangkan, baru haid sekali dah mengandung!

Aku buktikan kata doctor itu benar, semasa melawat isteri aku, aku nampak ada anak gadis yang umur baru 15 tahun, form 3 lebih kurang ,tapi dah berbaring bersama anak di sisi, bila aku tanya bini aku adakah itu ‘ibu tunggal’?, bini aku akuinya…

Hari ini masa jumpa bini aku tadi, ada lagi ‘ibu tunggal’ yang berumur 16 tahun…

Makin bertambah ummat islam dengan anak zina, apa lagi nak di kata? Oh!

Kata doctor itu lagi sebelum beredar:, saya rasa sekarang ini kita tidak boleh lagi berpuas hati hidup dengan setakat sembahyang kita bagus, solat berjemmaah kita bagus, dan lain-lain, tapi kita juga kena keluar mendidik masyarakat.., wajib!

Sebab saya juga ada anak, kata doctor tu lagi, jika kita tak keluar didik masyarakat betul-betul, maka akhirnya kelak, masyarakat yang akan rosakkan anak-anak kita..

Sekarang kita kena buat tindakkan supaya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial.., kata doctor tu lagi..

Tapi, itulah, sedang asyik berborak, doctor tu pulak terpaksa pergi tinggalkan aku kerana beliau ada kerja banyak lagi yang nak kena buat, dan berlalulah doctor itu tanpa sempat doctor tu terangkan kaedah-kaedah atau ‘tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…’

Aku rasa terkilan sangat sebab doctor tu tak sempat terangkan bagaimana nak buat atau apakah ‘tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…’

Kesedaran dah ada, tapi bagaimana nak buat kerja? Tanya aku pada diri sendiri..

Sebenarnya, perasaan ‘terkilan’ ini banyak kali sudah telah berulang dalam hidup aku, ketika dengar ceramah dari ustaz-ustaz misalnya, yang mana bila ustaz tu berapi-api cerita keburukan masyarakat, masyarakat teruk dan sebagainya, tapi bila masuk waktu isyak, ceramah habis sampai situ sahaja.., tanpa sempat ustaz tu terangkan atau tunjukkan akan bagaimana nak buat ‘tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…’, nak kata tak sempat, minggu depan ceramah lagi, bagi kesedaran kepada masyarakat berapi-api, tapi sampai isyak, habis begitu sahaja ceramah…

Inilah masalah ummat islam yang belajar ugama sekarang ni, Kesedaran dah ada, tapi bagaimana nak buat kerja itu takde…

Mungkin Ustaz terlalu sibuk untuk ajar ummat akan ‘tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…’ sama macam doctor di atas yang terlalu sibuk nak uruskan pesakit atau kita semua memang perasan sibuk yang mana kita tahu sudah bahawa masalah ini besar tapi kita tidak dapat buat apa-apa atau tiada tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial, selamat dari azab Allah, dan selamat dari azab api neraka!

Kerana masalah anak remaja kita bukan setakat gelajal sosial, tapi masalah sebenar adalah hari jadi mayat mereka kerana salah satu soalan di akhirat yang kita semua kena jawab adalah:

“Di mana kamu habiskan umur remaja kamu?”

Oleh sebab Ustaz sibuk nak mentelaah ilmu, sehingga tak sempat nak tunjuk cara atau tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…

Dan juga doctor yang sibuk nak urus pesakit sehingga tak sempat nak tunjuk cara atau tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…

Dan mungkin pemimpin juga sibuk nak pertahankan kerusi sedia ada sehingga tak sempat nak tunjuk cara atau tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…

Dan mungkin pembakang juga sibuk nak rampas kerusi sehingga tak sempat nak tunjuk cara atau tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…

Maka akhirnya, tinggallah aku dan nota keretamayat ini yang menjadi rujukan korang akan bagaimana tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…

Tapi, aku juga perasan sibuk, ingat Ustaz , doctor dan pemimpin saja yang sibuk?, aku lagilah perasan sibuk (tapi masih sempat tulis blog), aku driver keretamayat banyak nak kena hantar mayat ke kubur.., maka tak sempat jugaklah aku nak terangakan ‘tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…

Maafkan aku.

Dan aku tahu korang jugak perasan sibuk (tapi masih sempat baca blog aku), sehingga korang pun tak tahu akan apa yang nak di buat atau apakah tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…

Dan korang jugak kena mintak maaf dengan aku.

OK, kita dah seri, O-O..

Seri dan dua kali lima sahaja sebab aku dan korang tidak buat sebarang tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala social…

Semua nak kena jawab dengan Tuhan kat akhirat kelak!

Satu nak kena jawab:

“Di mana kamu habiskan umur remaja kamu?”

Dua nak kena jawab:

“Ketika remaja-remaja rosakkan hari muda mereka seterusnya merosakkan hari tua mereka dan hari akhirat mereka, apakah tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi korang kelak selamat dari gejala social, dan api neraka?”

Selamat menjawab dan selamat hari raya!

End.

MORAL OF THE STORY

1)Jangan Berzina.

Menurut berita dari isteri aku yang duduk sama-sama dalam wad bayi, kasihan sungguh melihat ‘ibu tunggal’, kerana mereka bersendirian dalam wad, tak macam aku, setiap hari hantar baju dan lampin dan ikan haruan panggang untuk isteri aku, sebab aku suami kepada isteri aku, tapi ‘ibu tunggal’ ni takde saudara mara yang nak ambik tahu, mereka dihukum keluarga, dan dihukum masyarakat, dan ada kes yang mana pakwe mereka datang dan siap bertengkar dalam wad, lepas tu si ibu tunggal ni kena tampar-kasihan sungguh, dan ada ibu tunggal yang tertekan sampai bila anak menangis ke berak ke buat tak peduli, hanya tidur sahaja dalam wad menanti luka beranak sembuh tapi luka di hati tiada siapa yang tahu..

Aku tahu sebab bini aku cerita, bini aku sihat hanya anak yang sakit, maka kadang kadang dalam wad yang sama, bini aku tolong angkat anak mereka ke pangkuan dan tolong apa-apa yang patut dan sempatlah interviu para ibu tunggal ni dan aku rasa tak payahlah aku nak kena cerita secara detail kisah ibu tunggal ni, pendek cerita, semua mereka salahkan lelaki…

So, kepada perempuan perempuan yang belum berzina di luar sana, jangan berzina dan jangan sesekali menghampiri zina…

2)Jangan menghukum pendosa sebelum tiba masanya

Ini aku dapat belajar daripada kakitangan hospital, tak kira sama ada ibu tunggal, pendosa atau siapa sahaja, doctor, nurse, dan lain lain kakitangan hospital tidak melayan pendosa seperti Malaikat Mungkar atau Malik penjaga Neraka, mereka iaitu doctor, nurse, dan lain-lain kakitangan hospital bukannya wakil tuhan untuk menghukum pendosa, nak kena marah ke, nak kena bedah tanpa bius ke, nak kena bersalin dalam keadaan sakit ke, tidak!-tidak sama sekali…

Mereka di Hospital di ajar untuk buat kerja mereka, di ajar untuk menunaikan hak pesakit, tanpa peduli apa dosa pesakit, malahan jika Firaun masuk hospitalpun mereka akan layan seperti mana pesakit berhak di layan.., biasa ada penjenayah yang cedara di tembak polis, pihak hospital tetap guna kaedah yang terbaik dalam menyembuhkan para pesakit..

Aku teringat kisah Nabi Muhammad SAW dan isterinya Aisyah RA, yang mana apabila datang seorang yang jahat ke rumah baginda, dan Nabi suruh Aisyah berlindung dalam rumah sebaik sahaja ketibaan tetamu ini. Di sebalik dinding Aisyah dapati nabi melayan tetamu yang di katakan buruk perangai ini dengan baik sekali…

Apbila tetamu pulang, Aisyah RA tanya Nabi Muhammad SAW kenapa layan orang yang ‘jahat’ itu begitu baik? Lantas nabi bersabda lebih kurang maksud:

“Tak kan kerana kejahatanya, aku nak kena buang akhlak baik aku?”

Begitu lebih kurang, Nampak semua! Nabi tidak menghukum pendosa sebelum tiba masanya..

Firaun yang buat salah banyak, mengaku tuhan dan telah bunuh beribu ribu bayi, tetapi apabila Allah hantar Nabi Musa berdakwah padanya, maka Allah perintahkan Nabi Musa bercakap dengan lemah lembut- sila rujuk Al quran.

Hukum hudud yang diwujudkan Allah bukanlah untuk menghukum semata-mata atau untuk memalukan sesiapa, tetapi adalah untuk memberi pengajaran dan peringatan kepada orang orang yang beriman dan sebagai pemangkin dalam usaha menyelamatkan dari hukuman di akhirat kelak

Sepanjang hayat Rasulullah SAW, yang aku tahu, tak lebih dari 2 kali sahaja hukum hudud ke atas penzina dilakukan. Itupun kalau korang baca sejarah, si penzina tu siap datang menyerah diri dan terpaksa merayu untuk dihukum..

Mereka terpaksa merayu kerana Nabi Muhammad tidak suka menghukum, malahan mereka yang diminta hukum itu akan di disoal siasat takut gila ke apa atau takut tak faham apa itu zina…

Tapi Ummat islam hari ini, dan sesetengah pejuang ugama, suka benar menghukum, dilempangnya pendosa, di boikot, di sakiti, dan paling tidak, di hukum dengan cara menyebarkan aib pendosa kepada orang ramai, mencela mereka, dan jika mereka datang mintak kerja, dah tak di ambil langsung bekerja, terpaksalah mereka buat jenayah pulak untuk menyara hidup.. siapa bersalah?

Ada yang kena pukul, ada yang ahli keluaga halau dari tumah, mak tak mengaku anak, Majikan tak menagku pekerja, suami cerai isteri bila dah tahu isteri dah takde dara dimalam pertama, dan lain-lain.., dan memang sedih bab ni, kita memang suka menghukum, seolah olah kita adalah wakil tuham untuk menghukum manusia..,

Malaikat Mungkar hanya akan hokum manusia apabila manusia tu masuk dalam kubur dan Malaikat Malik Penjaga Neraka akan azab manusia hanya dalam neraka, pendek kata, selagi pintu taubat belum tertutup.., janganlah hukum manusia..

Jika anak kamu sudah berzina, mereka tetap anak kamu, kamu masih wajib menyara hidup mereka dan wajib melindungi aib mereka…

Sedangkan Allah Yang Maha Berkuasa, masih memberi makan kepada pendosa, dan akan Menghukum manusia apabila tiba masanya iaitu HARI AKHIRAT!

Apatah lagi aku dan korang yang pernah buat dosa!

TUNAIKANLAH HAK SAUDARA MUSLIM TANPA MENGIRA BETAPA BESARPUN DOSANYA!

3)Jangan perasan sibuk

Aku bukan Driver keretamayat sebenarnya, ‘driver’ itu hanya berlaku disini, di alam maya, dalam blog, hakikatnya, aku kerja macam korang jugak, dan sekarang aku cuti isteri berslain, dan aku mengaku perasan sibuk sehingga tak sempat nak terangkan tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial dari gelajala social adalah kerana..

Err, aku sibuk nak hantar ikan haruan panggang pada isteri, nak hantar kain baju pada anak dan isteri di wad, dan nak panggang ikan…

Maafkan aku seorang yang perasan sibuk ini.. oh!

Cuma aku boleh bagi sedikit jalan dalam menyelesaikan masalah ini, , aku bagi satu ayat yang mana korang kena cari jawapan tafsir ayat ini daripada mereka-mereka yang sedang beriktikaf di masjid pada 10 hari akhir Ramadhan.., jangan pulak perasan sibuk!

Jadi, dapat ayat ni, dan pergi jumpa mereka mereka yang sedang beriktikaf di masjid pada 10 hari akhir Ramadhan pada bila bila masapun dalam masa 10 hari akhir Ramdahan dan tanya mereka tentang ayat ini..

" Hai orang-orang mukmin, jika kamu bantu (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"( Surah Muhammad; 47:7)

InsyAllah, mereka akan terangkan cara cara bagaimana ‘bantu’ ugama Allah yang mana selepas kita bantu ugama Allah, maka Allah janji akan membantu pulak kita dalam semua masalah termasuk masalah generasi kita kelak selamat dari gejala sosial, selamat dari azab Allah, dan selamat dari azab api neraka!

InsyAllah..

Selamat belajar!

Dan maafkan aku yang perasan sibuk…

Ps: Sebenarnya, Allah tidak perlu pertolongan kita untuk membantu ugamanya, tapi Allah ingin muliakan manusia dengan memberi peluang ‘membantu’ ugama Allah dan sebagai janjiNya: Allah akan Bantu manusia…

Selamat membantu!

http://keretamayat.blogspot.com/2008/09/ba...anak-gadis.html

Share this post


Link to post
Share on other sites

okey...but how bout those who realize yang dorang dah tersalah arah and decided to care for the bb? these girls deserve a second chance kan...its a nu life for the bb and the mother to be as well...but some people lebih suke meng'condemn' dorang rather than giving them a helping hand...

and yes...i am one of these misleaded girls...i am going to care for my baby no matter what it takes...and i hope later on more supports will be shown for misleaded girls like me

Share this post


Link to post
Share on other sites

Seperti yang telah Scorps sertakan dalam pos di atas macam tu lah yang seeloknya. Yang dah terkena, "Buang yang keruh, ambil yang jernih". Yang belum terkena, "Mencegah lebih baik dari mengubati", "Ikut hati mati, ikut rasa binasa."

Share this post


Link to post
Share on other sites

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..

Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape pendapat korang ttg isu ni?

aku still x paham.sebelum ehem-ehem tu apa dalam kepala perempuan ek? belajar tinggi.exam semua pass.buat-buat x tahu atau ada apa? pasal nak kata kena rogol x jugak.kena cabul? x jugak.perkosa mungkin....kita lelaki `taruh` je perempuan `menerima`nak kata ketagih tu aku rasa lelaki lagi teruk ketagihnya.....haihhhhh .....nak kata balak hensem....x jugak jerawat penuh kat muka pastu kekadang kerja xde..asyik-asyik ngan moto kehulu kehilir.....

pasal aku baca suratkhabar masih ada lagi budak perempuan keluar jalan-jalan ngan lelaki yang baru dikenali..pastu kena rogol.ramai-ramai plak tu.pastu report polis.sekali check budak perempuan tu x sekolah.then ada satu lagi kes berdekatan ngan rumah aku....student nurse kena rogol.masa tu tgh tumbuk sambal belacan kat dapur.ada 2 orang member dia datang.actually nak cari seorang lagi member perempuan tu.sekali mamat 2 orang ni tgk perempuan tu pakai kain batik je pastu baju tshirt....ada ke patut lepas bukak grill rumah tu perempuan tu blah pi dapur? tumbuk sambal belacan balik? x pasal-pasal kena aqiqah la.tapi yang tukang aqiqah tu seorang je.menurut cerita polis pecah dara perempuan tu.nauzubiilah.sekarang tgh trauma.bersepah lesung batu kat ruang tamu depan......

adakah setinggi mana pun perempuan belajar tapi dia still lemah? dan x sekolah tinggi mana pun lelaki tu tapi still kuat dan pandai? :lol::wacko:

Share this post


Link to post
Share on other sites

quote dr ceramah yg aku dengar beberapa bulan lepas. "perempuan berikan seks utk mendapatkan cinta dr lelaki, lelaki berikan cinta kpd perempuan utk seks". sounds funny tp itulah realiti yg terjadi.

semua org ckp mencegah tu lebih baik, tp nape masih ramai yg terlajak? atau pun bila dah terlajak tu baru boleh berfikir dgn waras?

Share this post


Link to post
Share on other sites

mencegah bukan terletak pada satu2 pihak je, tetapi atas bahu semua pihak..

bg aku gejala sosial camni tidak akan berakhir selagi undang2 islam tidak dikuatkuasakan..

masalahnya ramai yang buta hal ni. kalo sebut je zina kena rotan 100 kali ramai yang melenting kata zalim dan tidak berperikemanusiaan.. padahal undang2 islam la yang menyebabkan manusia takut nk buat benda maksiat..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...