Jump to content
freakery

Camner Nak Format?

Recommended Posts

atas BJ compleks tu kan banyak kedai pc...takan takde servis format kot..

batu lancang tu area maner?? jauh sangat ker??

ko tau Penang Free School?? dekat-dekat tuh jer..

*bj?? jauh lar..

Share this post


Link to post
Share on other sites

atas BJ compleks tu kan banyak kedai pc...takan takde servis format kot..

batu lancang tu area maner?? jauh sangat ker??

dari ko pegi bj kompleks tu baik ko gi rumah aku.... sebab aku duduk kat depan bj jer....

aku balik penang bulan tujuh ni mungkin 10 haribulan tujuh ni....

Share this post


Link to post
Share on other sites

dari ko pegi bj kompleks tu baik ko gi rumah aku.... sebab aku duduk kat depan bj jer....

aku balik penang bulan tujuh ni mungkin 10 haribulan tujuh ni....

lambat ar nak tunggu ko..

Share this post


Link to post
Share on other sites

memang lambat pun... jadi pegi la kedai pc ker....tak pun ko search tenet tak pun en. google tanya dia encik camner nak format harddisk saya... tongue.gif

mesti ade nyer dia bagitau ko.... opsss silap dia tak leh cakap tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

memang lambat pun... jadi pegi la kedai pc ker....tak pun ko search tenet tak pun en. google tanya dia encik camner nak format harddisk saya... tongue.gif

mesti ade nyer dia bagitau ko.... opsss silap dia tak leh cakap tongue.gif

aku nak ko format kat aku leh tak.. biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

ish... ini dah melampaui ramalan aku nih... laugh.giflaugh.gif nak carik org mintak ajar format pon dah 2 page...

nonamezz.. ko dah bole masuk bios kan? aku cadangkan ko tgk setiap menu yg ada(jgn ubah apa2 dulu) kat dalam bios... sambil carik option utk boot device sambil belajar psl bios

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko post kan jenis bios ko dan versi dier.... nanti aku try search gambar die aku bagi kat ko.... skali cara nak cari boot sequence (boot device tu..) ngan cara format..... dari first sampai last....

ok sesaper nak tolong nonamezz punleh gak....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mengformat Cakera Keras

Oleh: Yedshah

http://members.xoom.com/yedshah

Oleh kerana terdapat permintaan dan pertanyaan yang banyak tentang bagaimanakah caranya untuk memformat cakera keras, maka saya mengambil inisiatif untuk mengadakan ruangan memformat cakera

keras ini.

Sebenar tugas ini tidaklah sesukar seperti mana yang kita sangkakan. Mungkin kerana ia melibatkan penggunaan "Dos Prompt", maka ia menyebabkan ramai diantara kita berasa takut.

Adalah menjadi harapan saya, supaya selepas daripada ini, anda akan dapat melakukannya sendiri. Namun, sebelum kita memulakannya, terdapat beberapa perkara yang perlu kita ketahui. Untuk itu, teruskan

pembacaan anda.

Pertama sekali, kita perlu mengetahui cara untuk membina "Start Up Disk". Cara ini ada diterangkan di dalam ruangan masalah komputer sebelum daripada ini, Untuk itu, rasanya tidak perlu untuk diterangkan

lagi.

Untuk pengetahuan anda, Dos yang berada di dalam "Start Up Disk" tersebut adalah Versi 7.00. Ia adalah kepunyaan Windows 95 iaitu lanjutan kepada Dos 6.22. Selepas daripada Dos 6.22, Microsoft tidak lagi mengeluarkan perisian Dos, sebaliknya telah menggabungkan Dos kedalam Windows 95 secara tidak langsung.

Untuk itu, sekiranya anda memulakan komputer anda (Booting) daripada "Floopy Disk" dengan menggunakan Dos versi 6.22 ke bawah, anda tidak akan dapat menjalankan program Windows 95 keatas.

Windows 95 sendiri dapat dibahagikan kepada beberapa versi. Iaitu Windows 95 yang pertama sekali, Windows 95a, Windows 95b dan Windows 95c. Setiap versi yang dikeluarkan mempunyai kelebihannya

tersendiri. Ini berlaku kerana masalah ralat yang berlaku di dalam kod program tersebut yang dikenali sebagai "bugs". Setiap versi dibina untuk memperbaiki ralat yang telahpun dikenal pasti.

Setelah anda memperolehi "Start Up Disk" anda perlu memeriksa kandungan fail di dalam disket tersebut. Caranya ialah dengan menaip arahan <dir a:> Antara lain, disket anda perlu mengandungi fail-fail berikut:

1. Command.com

2. format.com

3. sys.com

4. fdisk.com

5. scandisk.exe

Setelah memastikan disket tersebut mengandungi fail-fail diatas, seterusnya anda perlu "restart" komputer anda. Sama ada dengan memilih pilihan "restart your computer" di dalam windows 95, ataupun menekan

butang "reset" sekiranya anda telahpun keluar dari Windows dan berada pada Dos Prompt.

Semasa komputer anda sedang dihidupkan kembali, tekan butang "Delete" ataupun "Del" pada papan kekunci anda. Tujuan anda berbuat demikian adalah untuk memasuki BIOS Setup kerana terdapat beberapa

perkara yang perlu anda lakukan.

Setiap komputer tidak semestinya mempunyai jenis BIOS yang sama.

Apa yang saya terangkan adalah asas sahaja, anda perlu mengubah mengikut kesesuaian komputer anda.

Sila pergi kepada "Advance BIOS setup". Pastikan pilihan "Boot sequance" disetkan supaya dimulai dengan "A". Contohnya <A, C, CD-ROM>. Tujuannya ialah supaya komputer akan dimulakan dengan mencari Sistem Operasi daripada disket kemudian barulah dari Cakera keras.

Kebiasaannya, komputer akan dimulakan dengan cakera keras. Terdapat juga komputer yang disetkan seperti diatas. Namun, ia bukanlah satu langkah yang baik. Ini kerana, komputer anda akan mencari Sistem Operasi daripada disket, sekiranya tidak ditemui, ia akan meneruskan pencarian ke dalam cakera keras.

Sekiranya terdapat disket yang dijangkiti virus di dalam disket tersebut. Virus yang ada akan berpindah ke dalam ingatan komputer seterusnya berjangkit ke dalam cakera keras. Satu perkara lagi, sekiranya disket tersebut tidak mengandungi Sistem Operasi, anda akan menerima mesej seperti berikut:

"None System or disk error. Replace and press enter to continue"

Ini bermakna fail sistem tidak terdapat di dalam disket tersebut. Fail

sistem yang dimaksudkan adalah fail-fail berikut:

1. msdos.sys

2. io.sys

3. command.com

Sila rujuk pada bahagian "petua komputer" dari laman web yedshah. Seterusnya, setelah membuat perubahan seperti diatas, sila pilih pada pilihan "save setting and exit" atau mana-mana pilihan lain yang mempunyai maksud yang sama iaitu anda ingin keluar dan menyimpan setting yang anda telah lakukan.

Masukkan "Start Up Disk" kedalam pemacu A. Biarkan komputer anda hidup kembali sehingga anda dapat lihat tanda seperti berikut <A:> Jika tidak, sila tekan enter beberapa kali sehingga anda mendapat A prompt.

Setelah berjaya mendapatkan A prompt, anda perlu menaip arahan berikut untuk memformat cakera keras anda. "format c: /s", Sekiranya cakera keras anda adalah C. Jika cakera keras anda adalah D.

Maka anda perlu menaip "format d: /s". Tanda "/s" digunakan untuk memindahkan Sistem Operasi ke dalam cakera keras. Kita tidak boleh menyalin Sistem Operasi ke dalam cakera keras sepertimana kita menyalin fai-fail yang lain. Ini kerana kedudukan fail-fail bagi Sistem Operasi adalah istimewa. Ia sentiasa berada di pangkal sesebuah disk.

Selepas anda menekan enter, anda akan menerima mesej yang menyatakan bahawab proses format akan memadam keseluruhan fail di dalam cakera keras anda. Jika anda ingin memformat cakera keras anda,

anda hanya perlu menekan "y". Jika tidak, anda perlu menekan "n".

Seterusnya anda akan diberikan sekali lagi mesej untuk memastikan bahawa anda benar-benar ingin memformat cakera keras anda. Tekan "y"

untuk teruskan.

Setelah proses format selesai. keluarkan "Start Up Disk" dari pemacu A. Hidupkan semula komputer anda. Apabila komputer anda telah dihidupkan, apa yang terkandung di dalam cakera keras anda hanyalah satu fail sahaja yang dapat anda lihat iaitu fail command.com.

Selamat mencuba

p/s: Artikel@Putera (dulu3 punya)...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku copy-paste je dari artikel lama.

*nonamezzz, link tu dah lama.. mungkin penulis dan tukar alamat website. kalau kat ikut step2 dia tu aku rasa mesti boleh buat. (ni cara lama- guna disket startup disk, tapi aku masih pakai cara ni sampai skrg).

Share this post


Link to post
Share on other sites

huh.. 7 lapik muka forum .. pun blom dpt lg setel...

mcm ni ler.. ko belajar komp dulu.. belajar fix/solved pc problem.. dan satu hari.. apabila ko yakin.. format ler.. sebabnya ko dah experience.. semua masalah setelnya..

research kat internet ni tentang bab format pc.. selalunya ada artikel.. dan jadikan guide utk format..

kalau ko tak cuba, tapi cakap susah/tak tau... susah jugak.. erm.. unsure.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...