Jump to content
Sign in to follow this  
izzan

Panduan Letak Harga Laman Web

Recommended Posts

smile.gif Selamat sejahtera..

Saya ni baru nak belajar buat web ni, tapi adalah satu taukey kedai motor ni suruh kita buatkan web untuk dia...katanya nak bayar lah sikit. Masalahnya ni saya x reti nak letak harga fail² tuh...adakah ia berdasarkan..

1. Grafiknya

2. Muka suratnya

3. databasenyer

4. guestbook nyer

5. DLL

Boleh X bagi panduan bagaimana kita nak letak harga sesuatu projek pembangunan laman web ini..?

Terima kasih

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terpulang kepada ko arr nak letak berapa.. nak letak harga tu kena tgk gak hasil web tu cam ne.. kalau cantik ditambah lak dengan grafik dia yg cun melecun mungkin tinggi skit harga dia... pastu tgk gak bilangan muka surat dia berapa.. cth ko buat standard 5 page harga sekian-sekian pastu ko buat laa setiap tambahan satu page ko cas sekian-sekian lak.. lebih kurang cam tu laa.. pastu tgk gak tambahan² yg lain cam penggunaan database ke, flash ke, dll.. aku pun tak pandai sangat dalam meletak harga nii..

ape kata ko g kat web member ni buat panduan.. dia ni kira freelance web designer... ko g tgk dia nyer service dan harga dia... ok

http://www.typertech.org/v8/services.php

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku pun sebenarnya tak pernah lagilah dapat peluang untuk buat website dan dibayar upahnya. bagaimanapun aku rasa setakat nak buat website terutama diserver free bukanlah susah sangat.

Bagaimanapun kalau aku dapat peluang macam ni aku akan tanya tauke kedai motor tu RM350 boleh ke..? kalau dia kata mahal sangat..turunkan sikit..sikit..tengoklah..sampai 100 cukup.

Kalau dia nak murah lagi...terpulanglah..kalau nak terima pun. Tapi buat seringkas mungkinlah..janji ada tajuk kedai motor...alamat..harga servis....cari gambar motor mana-mana masukkan..cukup.Tunjuk kat tauke tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

"don't spoil the market.." seperti kata-kata web / graphics designer kat forum sifoo.com .. marah betul diorang kalau tengok ade orang caj murah-murah..

tengok yang ni, http://www.son-of-genie.com/webdesign.html

walaupun design kita tak power macam 2advanced.com punya designer, atau even Josh Lim, elakkan dari design murah2.. mula2 cakap tadik, don't spoil the market..

rm500+ ok la kot? tapi makesure la anda bagus.. jangan design nanti dia dah bayar.. esok2 orang semua gelakkan web dia.. terpaksa pulak dia carik orang lain ntuk re-design web dia.. sebab buruk!!, bayaran cantik web tak cantik....

tentang cantik tak cantik tu.. nanti bila siap test la post kat sinih, ramai orang sinih pun terer2 apa.. kalau nak komen lagi best, post kat sifoo.com punya forum.. ramai web/graphics designer situ..

*best la dapat 'tender' ntuk buat web nih, nara tengah carik lagik.. takder rezeki jugak.. ish..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Harganya begini,

1 - Berapa jam anda buat laman web tu

2 - Kos membeli domain (.com .net dsb)

3 - Kos membeli hosting

Kalau nak hosting murah pergi ke sdn-bhd.net

Macama garispanduan harga tu?

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok macam nih, harga sesebuah site bergantung kepada apa yang anda senaraikan di atas iaitu :

1. Grafiknya (paling dititik beratkan)

2. Muka suratnya (no 2 dititik beratkan)

3. databasenyer ( ni pun ko nak kire? auto beb!)

4. guestbook nyer ( ha ni kire kemudahan nanti aku cite)

ok, bak kata brother kat atas tuh, dont spoil the market. once u spoil sure lerk designer n website developer lain tak leh cari makan. mender nih actually not an easy task. upah mata ko pandang komputer apa ker, long distance perspectif lerk sket kan? berkenaan dengan grafik price standard

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dipetik dari sifoo.com dari elhirud

Dinamik tak dapat aa RM3000.00

Biasanya RM3000 tu dapatlah static HTML dalam 9-10 pages. Flash lak dapat la dalam 5-6 pages.

Sistem atau dynamic website biasa kompeni akan charge dari RM20,000.00 ke setinggi-tingginya - tengok ciri2, dan tengok client besar ke idak. Contoh.. kalau buat satu sistem untuk manage dokumen-dokumen kontrak ke vendor-vendor dijual kepada satu syarikat Sdn Bhd yang kecil... harganya dalam lingkungan RM30,000.00. Tapi kalau sistem yang sama iu dijual kepada Petronaslah katakan, sistem itu hendaklah dijual dalam lingkungan harga RM150,000.00 ke atas. Sebabnya, kalau rendah, Petronas tak interested. Kedua, kompeni besar suka drag payment... jadi kena berbaloi bila dapat. Sistem yang sama pulak, kalau di"outsource"kan kepada freelancers (sebelum ianya dijual dengan harga RM30,000), biasanya pada harga RM15,000.00, atau 50%. Ini adalah kerana kompeni yang outsource tu nak buat 30% dalam profit, dan 20% lagi contigency atau kecemasan. Untuk freelancers yang charge harga tu pulak.. breakdown dia biasanya macam ni:

Individu yang dapatkan projek - RM3000.00

Graphic / GUI Designer 1 - RM3,500.00

Graphic / GUI Designer 2 - RM2,500.00

Programmer 1 - RM3,500.00

Programmer 2 - RM2,500.00

Kalau seorang freelancer boleh buat sorang-sorang dia... dia akan still charge macam kat atas sebab biasanya takut kena ada extra hand tengah-tengah projek.

More or less camtu le... Kalau lain orang lain experience dia... lumrah aa tu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

design charge antara personal site, portal, company adalah berbeza. biasanya rekaan portal dan company lebih mahal kerana lebih komplek dan mempunyai cara penyampaian tersendiri.

muka surat, more page, more price la! berkenaan database lak. ini termasuk dalam charge pengaturcaraan atau pun kemudahan, termasuk, forum+guesbook+form+chat+apa2 jerk ar. yang penting. lagi banyak kemudahan lagi mahal.

oh untuk makluman, selalunyer, bayaran korang tak termasuk ngan beli hosting ngan domain. lain charge lain buku. ada faham?

thank, saper tak puas hati ngan artikel aku nih jangan suke2 nak ngumpat. bagi pembetulan atau ulasan. tak faham tanyer k?

Share this post


Link to post
Share on other sites

wah kayo jugak buat bisness web ni. Tapi semuanya bergantung la pada sistem (utk yang

dynamic), kalau sistem tu dari opensource rasanya tak patut la ngko charge sampai ribu-ribu.

Aku penah amik buat utk satu kampeni guna MyMarket punya sistem, RM250 jer..

Kalau nak design dari awal, ha.. mungkin naik sket lah harga. Documentation semua tu nak kena

kire tu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

wira4ace punye harga tu standard ....

mmg patut pun charge harga tu..

hehehhe...

emm puteranetwork.. biasanye .. kalau bab security web plak .. macam buat analisa vulnerability kat web tu .. berape kite nak charge.. ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku rasa tentang sebutan harga ni payah jugak nak cakap. banyak bergantung kepada beberapa faktor:

Atas nama Personal/Syarikat?

Contoh yang wira4ce bagi tu memang patut la sebab contoh tu dibuat atas nama Syarikat. Ada beza tu. Kita ambik contoh yang macam Prince of Andalus punya tu, aku percaya kalau cikgu sekolah mintak anak murid dia buatkan web, dah pasti lah dari segi bayaran tu pun tak setinggi berbanding kalau sekolah mintak syarikat yang designkan. Semuanya atas rundingan kedua-dua pihak, tengok keadaan.

Professional ke tak?

Satu syarikat mintak tolong designkan tu pun apa bisness dia buat? kalau dia cuma bisnes jual nasi lemak, takleh la charge dia ikut cara professional.

takpe, kita kongsi pengalaman masing-masing. Mungkin dari segi satu sudut, secara teori dia nampak macam tak masuk akal. Tapi mungkin dari sudut lain ada betulnya jugak.

psychoX.. bergantung kepada sistem, normally not more than 500 bucks for less than 40PCs (LAN).

P/S: Sebenarnya semua masalah yang berkaitan dengan IT ni boleh diatasi dengan kita membuat dokumentasi. smile.gif

Edited by puteranetwork

Share this post


Link to post
Share on other sites

saya nak tanya kalau syarikat yg buat laman web ni, brp harga dia?? kalau harge freelancer plak brp?? first time ni amik upah buat website....

puteranetwork, saya bkn budak sekolah tu la. kak saya mengajar kat situ. dia tak tahu. dia suruh saya buat. tu pun nak masuk pertandingan. untuk expert2, kalau ada kekurangan tu, tlg bagi tau la

Share this post


Link to post
Share on other sites

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dipetik dari sifoo.com dari elhirud

Dinamik tak dapat aa RM3000.00

Biasanya RM3000 tu dapatlah static HTML dalam 9-10 pages. Flash lak dapat la dalam 5-6 pages.

Sistem atau dynamic website biasa kompeni akan charge dari RM20,000.00 ke setinggi-tingginya - tengok ciri2, dan tengok client besar ke idak. Contoh.. kalau buat satu sistem untuk manage dokumen-dokumen kontrak ke vendor-vendor dijual kepada satu syarikat Sdn Bhd yang kecil... harganya dalam lingkungan RM30,000.00. Tapi kalau sistem yang sama iu dijual kepada Petronaslah katakan, sistem itu hendaklah dijual dalam lingkungan harga RM150,000.00 ke atas. Sebabnya, kalau rendah, Petronas tak interested. Kedua, kompeni besar suka drag payment... jadi kena berbaloi bila dapat. Sistem yang sama pulak, kalau di"outsource"kan kepada freelancers (sebelum ianya dijual dengan harga RM30,000), biasanya pada harga RM15,000.00, atau 50%. Ini adalah kerana kompeni yang outsource tu nak buat 30% dalam profit, dan 20% lagi contigency atau kecemasan. Untuk freelancers yang charge harga tu pulak.. breakdown dia biasanya macam ni:

Individu yang dapatkan projek - RM3000.00

Graphic / GUI Designer 1 - RM3,500.00

Graphic / GUI Designer 2 - RM2,500.00

Programmer 1 - RM3,500.00

Programmer 2 - RM2,500.00

saya tidak sangka begini cara pengiraan harga hm..... jika web tersebut mempunyai page 100 lebih ada guestbook, forum, online chat, dalam minimal webmaster persendirian berapa biasanya kena caj.... sebab skrg ni saya dapat projek buat website utk travel agency... dan ini adalah pertama kali saya lakukan... dan tidak mahir dalam bab harga ni cuba bagi pendapat ttg harga berapa patut saya caj sebab dengar kata org sedang 10 page yg tidak dynamic pun paling kurang RM500.00 betul kah ni? kalau 100 page fuoyoooo kaya gue....

Share this post


Link to post
Share on other sites

warna mengikut tema..

biasanye warna gelap / hitam nih.. h*acker nye web je.

contohnya. kalau skolah tu .. logo dia warna hijau kuning putih.. . why not kite ikut logo sekolah..

tapi dalam apa jua design.. warna putih jgn tinggal.. kalau boleh warna putih di jadikan latabelakang setiap design.. warna lain untuk header / footer etc shj..

Share this post


Link to post
Share on other sites

wira4ace punye harga tu standard ....

mmg patut pun charge harga tu..

hehehhe...

emm puteranetwork.. biasanye .. kalau bab security web plak .. macam buat analisa vulnerability kat web tu .. berape kite nak charge.. ?

suke2 tukar nama aku jadi wira4ace, wira4ce ar!! ceh, penat aku bikin name ko suke2 tukar ph34r.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

saya nak tanya kalau syarikat yg buat laman web ni, brp harga dia?? kalau harge freelancer plak brp?? first time ni amik upah buat website....

puteranetwork, saya bkn budak sekolah tu la. kak saya mengajar kat situ. dia tak tahu. dia suruh saya buat. tu pun nak masuk pertandingan. untuk expert2, kalau ada kekurangan tu, tlg bagi tau la

hem.. ko perlu banyak blaja agi, maaf ar, aku harap apa aku nak cakap nih ko tak amik hati dan jadikan sebagai satu nasihat..

biar aku komen satu2 ttg site ko wat tuh, bukan nak kutuk, nak ko mantapkan agi teknik ko, supaya leh hebat cam dak2 lain biggrin.gif

1) Loading ko macam budak 2 ( yang flash tu )

2) Teknik gabungan flash dan photoshop yang tak mantap.

3) Kawan, button tuh buat ar sendiri, macam dreamweaver nyer jerk!

4) Kaler hitam tak sesuai, cuber wat warna lembut, yang ala-ala coperat, nih macam laman web personal jerk, atau ala2 mafia tongue.gif

5) Erk.. shout box ko.. ah, kalau ko nak shout box aku wat cakap k?

6) Susunan yang tak X-Pert, gambar pecah, tak professional

7) Pasal reger tuh ko pikir sendiri, patut tak dengan apa ko wat? tenaga+duit tenet, pasal design nyer reger aku tak leh komen. kang kecik hati ko.

8) Banner ntuk pengetua semua tuh ar, aku rase tak sesuai, terlalu terang teknik shining dier, aku nak tgk perkataan pengetua tuh pun kene gilap2 laptop ni.

9) Jgn jadi pemalas kawan! jgn semua bergantung guner image as ur website, http://smtbck.kelantan.edu.my/sejarah.htm contoh tak baik, perkataan pun ko imagekan.

10) http://smtbck.kelantan.edu.my/karya_pelajar.htm dan ala lain page gak <-- ko ada silap mender, check balik code ko, aku nyer resolusi besar, so aku nampak kesilapan ko, test guner resolusi 1600x1200

tuh antara komen2 aku, kang aku bagi lelebih mengamuk lak ko. aku komen nih koz nak bagi anak bangse aku maju, so jgn ko kecik hati n bengang ngan aku, kalau ko nak bengang ke marah ke ko nyer pasal! aku cakap apa yang aku rase wajar aku wat. Thanx!! cool.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

ala . mintak maaf la.. tersalah taip.. maklum je lah.. speed 1 gig.. khe keh keh

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...