Jump to content
Sign in to follow this  
aghni

Macbook Air

Recommended Posts

Apple perkenal komputer riba ternipis di dunia

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) 16 Jan. – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Steve Jobs buat julung kalinya semalam memperkenalkan kepada umum komputer riba paling nipis di dunia keluaran syarikat tersebut.

Jobs pada mulanya dilihat berjalan dengan membawa sekeping sampul besar yang biasa digunakan di pejabat sebelum komputer riba MacBook Air dikeluarkan dari sampul tersebut.

Sekumpulan “peminat setia Macintosh†bersiul dan bersorak apabila melihat komputer riba berkenaan..

“Ini adalah komputer riba ternipis di dunia. Kami telah membandingkannya dengan semua komputer riba yang berada di pasaran dan cuba menghasilkan sesuatu yang terbaik,†kata Jobs sambil tersenyum.

MacBook Air mempunyai ketebalan 0.4 sentimeter pada bahagian depan dan 1.93 sentimeter di belakang serta dilengkapi dengan pemproses dua teras yang telah dikecilkan oleh syarikat pengeluar unit pemprosesan, Intel.capt.a7d0cb0455df46f6bfe680232c6a84d8.ap

“Semasa kami memulakan projek ini, kami tidak tahu ia boleh dilakukan.

“Ada kalanya kami penat memikirkan apa yang perlu dibuat tetapi akhirnya ia berjaya disempurnakan,†kata CEO Intel, Paul Otellini ketika menyertai Jobs di atas pentas.

Menurut penganalisis, Apple kini berusaha untuk memasarkan produk syarikat yang sebelum ini tidak diketengahkan.

Jobs menyatakan, MacBook Air dilengkapi hasil inovasi yang diilhamkan dari iPod dan iPhone dengan pemacu cakera keras yang sama dengan iPod sementara lapik sentuh pula serupa dengan iPhone.

Komputer riba baru seberat 1.4 kilogram dengan bateri yang boleh bertahan selama lima jam ini dijual pada harga AS$1,799

mba.JPG

Share this post


Link to post
Share on other sites

mahal sangat,dekat rm7k :wacko: machines lot 10 .dah la xde dvd/blue ray drive :angry: ...nipis tahap gaban lak tu....kan patah lak nanti... :rolleyes:

Edited by Ruzz

Share this post


Link to post
Share on other sites
xsesuai ngan cara aku guna lappie.. :P susah nak connect ngan hardware,semua nak wireless...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...