Jump to content
mbwp

Zaman Gelap Mbwp!

Recommended Posts

http://mbwp.wordpress.com/

Kepada pemimpin dan rakan-rakan belia,

Perhimpunan Agong kali ini akan bakal menentukan samada ahli gabungan Majlis Belia Wilayah Persekutuan akan MENYOKONG atau MENOLAK Akta Pertubuhan & Pembangunan Belia 2007 yang telah diluluskan kerajaan untuk (sepatutnya) kebaikan semua belia (yang sarat dengan pelbagai masalah sosial ketika ini)…

Antara elemen TERPENTING dalam akta ini ialah menghadkan umur pemimpinnya supaya tidak melebihi 40 tahun. tidak melebihi 40 tahun .. tidak melebihi 40 tahun … (diulang 3x)

Tapi, bagaimanakah jika Pemegang JAWATAN ketika ini beriya-iya hendak menjalankan Perhimpunan Agong kali ini lebih awal daripada sepatutnya, Jun ini (belum pun cukup penggal - 2 tahun, sepatutnya Disember) semata-mata untuk mengekalkan JAWATAN yang disandangnya…

Memandangkan dia akan menyambut hari lahirnya yang ke 40, July ini & sekaligus menyangkalnya untuk mengekalkan JAWATAN jika perhimpunan Agong yang sepatutnya pada Disember nanti??

Dia sepatutnya patut menumpukan perhatian kepada amanah dan mandat yang diberikan perwakilan pada penggal lalu dengan menumpukan perancangan dan aktiviti program yang bermanfaat kepada belia..

Sebaliknya sibuk dengan agenda untuk menjalankan Perhimpunan Agung awal daripada jadual semata-mata untuk mengekalkan JAWATAN untuk satu penggal lagi..

Pilihan di tangan anda para perwakilan, jika MENOLAK akta ini restuilah dia untuk mengadakan Perhimpunan Agung Jun ini dan undilah dia seandainya ada pertandingan di kalangan pemimpin-pemimpin muda yang lebih berwibawa…

Dan bersedialah untuk kekal dengan Pemegang JAWATAN yang berumur 41 tahun dan 11 bulan @ 42 tahun 10 bulan (mungkin pada ketika itu penggal akan dilewatkan pula sehingga 2 tahun 11 bulan pula) di Perhimpunan Agong akan datang!!!

p/s : itupun jika dia tidak menukar tarikh lahir di IC untuk cuba mengekalkan JAWATAN lagi ;-)

2 Responses to “About : Zaman Gelap MBWP!â€

1.

kapla Says:

June 3, 2008 at 9:16 am e

saya amat menyokong supaya kapla hotak kapla MBWP nie dipangcung hidup2… beri peluang kat kapla2 muda plak yg berambut hu hu!!!!!

2.

meenaci Says:

June 3, 2008 at 9:30 am e

saya telah menghadiri beberapa majlis yg dianjurkan MBWP…. sememangnya “GELAP†sesuai lagU “HARI YG GELAP KINI SUDAH TERANG†Cuba2lah tukap KAPLA tu… demi kebaikan BELIA MALAYSIA!

http://mbwp.wordpress.com/rakan-muda-siber-kick-off-now/

Kegagalan ’pemimpin’ MBWP mewakili majoriti belia di WP

Posted in A- Belia Dan ICT Pemacu Kemajuan Negara, Analisis Kajian Pemetaan Belia Malaysia 2007 with tags Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, IPPBM, Kajian Pemetaan Belia Malaysia 2007 on May 5, 2008 by mbwp

Analisis 1 : Kajian Pemetaan Belia Malaysia 2007 yang dijalankan oleh pihak IPPBM

Dimana hanya kira-kira 2% sahaja belia di WP menganggotai persatuan (daripada sejumlah 633, 906 orang belia di WP, hanya 17,622 orang yang menjadi ahli persatuan belia).

Mengapakah perkara ini terjadi?

\

Ini semua adalah merupakan kegagalan ’pemimpin’ MBWP dalam merancang program dan aktiviti yang sesuai dengan jiwa belia seterusnya menarik belia agar menjadi ahli dan kekal aktif di dalam persatuan.

Jika kita lihat dari aspek mudah, takrifan umur belia adalah bermula daripada umur 15-40 tahun.

Dari segi psikologinya, seperti yang kita selalu dengar.. belia kerap terpengaruh dengan pengaruh rakan sebaya..

Samalah juga dari aspek kepimpinan dan berpersatuan, mereka lebih cenderung untuk bersama rakan yang tidak banyak beza jurang umurnya yang mana jiwa dan aspirasinya lebih mudah difahami. ..

Berbanding dengan pemimpin yang sudah hampir ’expired’.. yang had umurnya mengikut Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 sudah ’nyawa-nyawa ikan’ tetapi masih ada hati untuk terus memimpin pergerakan belia??

Jadi adalah tidak adil jika perkara ini dibenarkan berlaku & jika ini berlaku, tidak mustahil peratusan keahlian belia akan terus merosot dan pergerakan ’beliua’ ini akan terus dijauhi dan dihindari oleh majoriti belia yang tidak berpersatuan di WP ini.

Adilkan pemilihan ’pemimpin’ MBWP hanya berdasarkan undi perwakilan yang cuma mewakili 2% daripada jumlah belia di WP??

Mungkin sebab itulah Kementerian dan Jabatan belia menggerak dan menggalakkan penubuhan persatuan belia baru dan kelab rakan muda, untuk menampung kelemahan ’pemimpin’ MBWP yang sibuk ’berpolitik’ di dalam persatuan belia berbanding betul-betul menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan..

http://mbwp.wordpress.com/2008/05/11/krisi...elia-vs-beliua/

Krisis identiti : Belia VS ‘Beliua’??

Kalau blogger yang di luar pergerakan belia pun dah tulih isu ni lebih awal.. nak kate ape lagi??

Tak rase ‘hinakah’ yang empunya diri?

Dipetik dari :

http://cebisanminda.blogspot.com/2008/04/belia.html

\

Yang mana satu yang paling ‘beliua’ antara ‘beliua-beliua’??

http://mbwp.wordpress.com/2008/05/22/mbwp-...3-apa-hasilnya/

MBWP dan program ’caca-marbanya’ – apa hasilnya?? Part 1

Posted in Analisis Kajian Pemetaan Belia Malaysia 2007 with tags AADK, belia, caca-marba, camping, ekonomi, Golongan Belia, hidu gam, IPPBM, jatidiri, kafe-kafe cyber, Kajian Pemetaan Belia Malaysia 2007, kawasan berisiko tinggi penyalahgunaan dadah berdasarka, kursus kepimpinan, masalah lepak, MBWP, merempit, merokok, NGO, PDRM, PEMADAM, PENGASIH, ponteng sekolah, pusat membeli belah, pusat-pusat snuker, seks bebas, sukan komuniti on May 22, 2008 by mbwp

Analisis 2 : Kajian Pemetaan Belia Malaysia 2007 yang dijalankan oleh pihak IPPBM

Menurut hasil laporan lagi… WP adalah kawasan berisiko tinggi penyalahgunaan dadah berdasarkan kepadatan penduduk.

\

Persoalannya?

Apakah ada program yang telah dijalankan oleh MBWP dalam menangani masalah ini?

Jika ada, mana bukti hasilnya?

Sudah pastilah majoriti yang terlibat dalam masalah ini merupakan golongan belia.

Salah satu cadangan, sepatutnya MBWP lebih menumpukan untuk menjalankan aktiviti pencegahan, bekerjasama dengan pihak NGO lain seperti PEMADAM, AADK, PDRM, PENGASIH dan lain-lain agensi yang berkaitan.

MBWP sepatutnya yang menjadi pusat pengumpulan pemimpin ’belia-belia baik’.. haruslah menggunakan ahli-ahli persatuan yang ’baik-baik’ ini untuk menjalankan aktiviti yang baik juga & berguna untuk masyarakat..

Salah satu aktiviti/program yang mudah dan praktikal, mencegah masalah dadah ini daripada bermula di peringkat awal … bekerjasamalah dengan pihak jabatan belia … jabatan pendidikan… tackle pelajar sekolah sejak daripada awal lagi…

(alasan bahawa jabatan pendidikan/sekolah penuh dengan ’karenah birokrasi’ .. seperti perlu mendapat surat kelulusan ibu bapa, kementerian pendidikan dll.. adalah merupakan satu alasan remeh .. dan’ pemimpin’ belia yang memberi alasan itu sepatutnya malu dengan diri mereka sendiri.. dan harus menumpukan lebih masa di rumah untuk menjaga ibu bapa atau anak isteri mereka sahaja menjelang hari tua… )

Dengan aktiviti/program ini, ia dapat mendedahkan belia dengan kemudahan sukan setempat yang ada… persatuan-persatuan dan aktiviti-aktiviti belia yang berfaedah.. .. camping.. sukan komuniti.. kursus kepimpinan.. ekonomi .. jatidiri etc…

(tidaklah masalah lepak dan ponteng sekolah….. di pusat membeli belah .. kafe-kafe cyber.. pusat-pusat snuker dan lain-lain lagi … seterusnya terjebak dalam aktiviti…. merokok.. hidu gam… seks bebas… merempit.. dan lain-lain lagi terus membelenggu dalam ’kepala mereka’.. )

Inilah masalah jika pemimpin ’beliua’ yang memimpin persatuan belia… ’dia’ lebih gemar untuk menjalankan aktiviti bersifat ’polemik’.. sekadar meneruskan program-program generasi terdahulu.. kemudian barisan pemimpin lain yang terpilih juga adalah dikalangan ’kaki-kaki angguk’ .. yang mana kaedah pemilihan boleh dimanipulasi dengan kaedah melobi , kuota, dan seniority… bukan berdasarkan meritokrasi dan kredibiliti seseorang pemimpin…

(Pilihlah pemimpin yang benar-benar menjalankan program/aktiviti akar umbi …. keahlian ’sebenar’ persatuan yang ramai dan berkualiti, bukannya sekadar borang keahlian … bukannya pemimpin yang hanya pandai membodek pemimpin-pemimpin atasan, melobi rakan-rakan pemimpin lain dengan mewujudkan rangkaian kepentingan peribadi.. dan sosial… dan pemimpin yang hanya sekadar pandai bercakap , tapi tak serupa bikin…. Jadi, dengan ini akan mewujudkan persaingan sihat dan telus… barulah masalah keahlian hanya 2% ahli belia aktif di WP dapat ditingkatkan…)

Bersambung di Part 2…

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...