Jump to content
Sign in to follow this  
pirdaus89

Mencari Artikel Hukum Dosa Pakai Gelang Dll

Recommended Posts

Bissmilahirahmanirahim....assalamualiakum

saya nak mintak tolong forumer disini...

bagini ceritanya...

di tempat saya berniaga ada sekumpulan remaja yang macam2 gaya dan perangainya

ada yang pakai gelang dan rantai(lelaki)..ada yang tak sembahyang..yang perempuan

pakai baju ketat-ketat(pakai tudung)

saya ingin meminta forumer disini tolong carikan bahan2 dalam internet untuk menyedarkan mereka

saya bercadang nak tampal bahan2 tu(artikel) kat tempat diaorang biar diaorang dapat baca

dan tahu hukum hakam...

saya bimbang jikalau saya biarkan sahaja takit nanti allah turunkan bala ke semua

peniaga disitu

sudah ada yang menegur mereka tapi mereka tak endahkan...mungkin yang menegur mereka tu

kurang ilmu dalam agama

saya tak mempunyai banyak masa untuk cari bahan2 tu

diharapkan ada yang sudi membantu...sekian

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya ada baca tentang ni..cuba tenogk jawapan nie..

Lelaki Haram Bergelang Tangan

Kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penampilan cara hidup orang kafir. Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini. Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka. Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah walaupun untuk tujuan perubatan),buangkan benda itu daripada. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad. Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam. Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-

1) Gelang Kayu koka

2) Gelang Kristal

3) Gelang Tasbih

4) Gelang Getah plastik

5) Gelang Besi magnet

6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)

2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)

3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini .

Wallhualam.

Dari Ustaz Zainuddin Hashim".

Islam menegah umatnya dari kalangan lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Namun sekiranya gelang magnet ini terbukti manfaatnya dari sudut perubatan dan diperakui keberkesanannya, maka ia harus dipakai oleh orang lelaki dengan tujuan berubat.

Di dalam Islam, ada kalanya Islam mengharuskan perubatan dengan perkara haram atau bahan yang haram. Cuma kaedah fikah mendasari perkara ini “sesuatu darurat (keperluan yang mendesak) diukur mengikut kadar keperluannya.â€

Maksudnya gelang itu dipakai mengikut keperluan sahaja. Saya juga ada melihat orang lelaki memakai gelang tangan yang difahamkan dapat membantu kelancaran pengaliran darah. Asalkan gelang itu direka khas dan bentuknya untuk orang lelaki dan dimaklumi sebagai gelang membantu pengaliran dan kelancaran darah.

Dari Ustaz Farid Ravi Abdullah (Utusan)

Terpulanglah kepada penilaian anda semua. Sekiranya ada kesalahan sila betulkan.

Semoga gambar2 di bawah ini dpt menjadi panduan buat kamu semua wahai saudari2 islamku.

caraaurat1.jpg

caraaurat2.jpg

tabarruj.jpg

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terpulanglah kepada penilaian anda semua. Sekiranya ada kesalahan sila betulkan.

Semoga gambar2 di bawah ini dpt menjadi panduan buat kamu semua wahai saudari2 islamku.

caraaurat1.jpg

caraaurat2.jpg

tabarruj.jpg

trima kasih banyak2

yang ni banyak membantu

Share this post


Link to post
Share on other sites

Empat syarat pakai gelang bermagnet

May 25, 08 4:14pm

Gelang bermagnet yang semakin popular dipakai lelaki dengan niat membaiki kesihatan harus memenuhi empat syarat, kata ketua penolong mufti Perak, Zamri Hashim.

Syarat-syarat tersebut:

pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah,

pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.

gelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.

jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.

Menurut Bernama, pandangan ketua penolong mufti diterbitkan oleh Jabatan Mufti Perak.

source:www.malaysiakini.com/bm

ini artikel mengenai pemakaian gelang magnet yang aku dapat dari laman web Malaysiakini

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...