Jump to content
Sign in to follow this  
Superior

Jimat Dan Senang Kira

Recommended Posts

Merujuk kepada tajuk, ni kes penggunaan syiling 1sen yang dihapuskan oleh pihak kerajaan. Korang setuju ke tidak benda ni? Bagi aku, aku kurang setuju.

selalunya barang2 yang kita beli di pasaraya, atau makan segera seperti McD, KFC dll.. harga yang dikenakan angkanya RM**.99 atau RM**.98.

Sebagai contoh: aku makan kat mcd, order Big Mac & tambah RM1 dpt Air n kentang large. Jumlah RM9.98.

Tapi aku kena bayar RM10.00.

adakah yang ni dikatakan jimat? Kita dah rugi 2sen. itu baru aku sorang. kalau satu malaysia? lepas tu urusan mcm ni hari2 dan berterusan? Bleh cecah ratus ribu malah berjuta pun mungkin dalam sebulan.

Berkenaan senang kira. Kita kira pakai jari ke kena congak masa beli barang tu? Kan cashier yang kira pakai mesin kat cashier tu je.

p/s: Memang la, apa ada pada 1,2 sen tu kan? Dulu aku suka kumpul duit 1sen. Tapi tgk sekarang ni, duit 1sen aku dalam wallet tak luak kalau nak bayar. Aku dah standby duit 1sen ni. Tapi skrg nak kena standby syiling 5sen je.

bagi aku kalau betul la dikira Jimat dan Senang kira.

Contoh harga barang:

RM10.01, RM10.02, RM10.03, RM10.04 dikira RM10.00. RM10.05 dikira RM10.05 gak la. Dan

RM10.06, RM10.07, RM10.08, RM10.09 dikira RM10.05.

kalau macam ni baru aku setuju dengan penggunaan Jimat dan senang kira. Sape setuju?

Apa pendapat korang? Mari kita bincang.. aku rasa topik ni belum dibincangkan lagi di sini kan?

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo situasi yang dilaksanakan kerajaan sekarangbelum boleh diistilahkan jimat dan senang kira sebaliknya macam akan menguntungkan kepada sebelah pihak.kalo nak buat jimat dan senang kira kenapa x buat harga tu ditetapkan genap pada 5 sen dan x perlu kepada angka-angka yang lain. Itu boleh dikatakan jimat dan senang kira..Dan aku rasa perniagaan yang menjalankan transaksi beribu-ribu sehari ini la yang akan memperolehi manfaat yang lebih banyak berbanding pengguna macam kita ni..Bayangkan kalo sebuah perniagaan ada transaksi 1 juta sebulan dan setiap transaksi akan ambil 1 sen (nilai paling minimum).

Keuntungan bersih melalui transaksi jer dah mencecah 100 ribu sebulan tidak campur dengan keuntungan operasi..so, aku setuju la dengan superior dengan kaedah yg ko cadangkan atau lbh baik harga akhir ditetapkan tidak boleh diletakkan selain daripada gandaan 5 sen...Macam 2 baru dikatakatan menguntungkan semua..Melalui penetapan harga yang telus..

Edited by Hire_Purchase

Share this post


Link to post
Share on other sites

mmg betul bgi aku xde menguntungkan pengguna..menguntungkan penjual ade ler

setakat ni aku berbelanja xde aku jimat..kena keluar lebih adela...itu baru aku sorang..ni ade 24 juta penduduk msia gi berbelanja

kayo2 dgn duit 1 sen

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bayangkan kalo makan dekat KFC..Harga campur ngan service tax pas2 digenapkan lagi...Erm...Last kali siapa yang terbeban..Pengguna jugak..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Macamana nak bangkang bende ni??

Share this post


Link to post
Share on other sites

Banyka saluran melalui saluran FOMCA dan sbgnya..n lagi mudah kalo diusulkan ke parlimen...

Edited by Hire_Purchase

Share this post


Link to post
Share on other sites

duit 1 sen 5 sen aku slalu hilang sebab aku 'abaikan' dan letak merata2. x der effect sgt kot.

apa kata kita suruh jer baki 1 sen 2 sen yg sepatutnya diberikan balik tuh didermakan secara automatik. dapat pahala untuk akhirat gak.

Share this post


Link to post
Share on other sites

bagi aku..xpe. Pasal kalau orang nk buat sale (pasar raya contohnya) mereka ni xnk bagi sesuatu angka itu besar.. contohnya harga barang RM10.00. Kedai A buat promosi RM10.00, kedai B buat promosi RM9.99..dengan cara ini, kedai B akan dapat tarikan.

... Lari tajuk ke aku ni :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

lagi 1,bile diorang wat genapan camtu,leh konpiuskan budak2 yang baru nak blaja math.contoh, sbelom ni kite blaja 11,12,13,14 kite genap jadi 10. 15,16,17,18,19 genap jadi 20.tapi skang ni da lain plak.kang ade budak2 kecik terikut2 genapan duet tu dalam subjek math diorang..

Share this post


Link to post
Share on other sites

apesal kerajaan suka buat perubahan pada benda-benda remeh mcm ni? dah la tu tak masuk akal kekadang pun ada. daripada buat polisi yg mengarut mcm ni. ade baiknya kerajaan buat benda yg lebih penting cth mcm cadangan utk tingkatkan ekonomi rakyat melalui Median Household Income. Yang skarang ni kerajaan practikkan adalah Mean Household income. Cth lain mcm nak beli kapal soyuz.. kerajaan punya idea selalu gila babi punya idea..

Share this post


Link to post
Share on other sites

setiap kali buat akad urusniaga sewajibnya kena mintak halal daripada pembeli, jika tak beratlah weh menanggung!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Benda ni dibuat tanpa persetujuan rakyat kan? takde tnya pandangan rakyat kan? memandai je kerajaan Barisan Nasional ni.. <_<

kalau duit 1,2sen tu ambik disedekahkan kpd org susah xpela. ye la dah la kat masjid hari jumaat, x selalu nak derma kat tabung masjid.. Ni tak, duit hak kita dibundarkan lepas tu diorang ambik..

So dah xde maknanya lagi kalau harga barang kat kedai A RM10, kedai B RM9.99. melainkan kalau kita beli barang kat kedai B tu 5barang yg sama, RM9.99 x 5 = RM49.95. kat kedai A RM10 x 5 =RM50. baru untung 5sen.

kalau cara geniousboy tu bundar mcm tu, lagi byk la pengguna rugi..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ish..aku bukan nak suro krajaan wat bundaran camtu..aku cume nak cakap yang tindakan krajaan wat bundaran camtu leh mengelirukan budak2 kecik yang tengah blaja math kat skola..tu je..

Share this post


Link to post
Share on other sites

waahhaaa..dah lamer giler baru aku dtg nyibuk... :D bukan nyibuk aa sekadar bagi pendapat..hamba pun stuju ngan TS...mmg bagi setiap kali jual beli berlaku, SELALUNYA penjual la yg untung..kita pembeli yg rugi. tak tau la kalo ada org yg jenis beli brg kasi ngam2 bila bundar utk untung punya..tp jarang sgt la dan buang masa jer..tul tak?

ader plak pi bundar2 duit cenggini, apa ingat kuiz matematikker?.takkan dh lemau dan malas nak mengira?..mesin kalkulator kan ada?..kt hp skang pun dah ada...

selain daripada mengelirukan bebudak, buleh jugak mengelirukan atau sajer alasan ntuk buat2 keliru utk orang2 yg simpan kira2, cashier, akauntan, urusniaga pemborong pembeli dll yg berkaitan.

bukan ke itu menyusahkan?...ni bukan jimat dan senang kira, ni rugi dan susah kira...yg jimat dan senang kira tu PENJUAL/PENIAGA most of the time. harap2 ada pihak yg dapat isukan hal ni kat saluran yg sepatutnya..

sorry if ada silap...just ma 2 cents...oppss..mana bleh...5 cents...;p

Share this post


Link to post
Share on other sites

pada asalnya pun yg selalu memberi harga .99 kat belakang tu untk memperdaya pelanggan je

harga rm9.99 tu org kata baru rm9 lebih tapi kat otak saya dah kira benda tu rm10

kalau rm9.95 pun saya akan terus pikir kat otak saya rm10 tu pasal saya kurang gusar sikit dengan kaedah tanpa 1 sen srkg ni sebab masih tak lari bajet, dan mmg mudah kira. jimat kat penjual, mudah kira kat kita.

mcm jugak le selalu kat tvshopping tu harga rm199. org kata oh seratus lebih je... kan harga dia dah dua ratus tu. beza seringgit je, tapi cuba ingat berapa banyak yg korang dah bazir utk benda2 tak berfaedah. berapa ringgit korang dah bazir utk makan2 kat KFC dan MCD

belanja kena pikir sikit lah, kena tau lah taktik business perdaya pelanggan

nak cerita pasal belanja ni, kalau taknak rugi sangat beberapa sen, ni lah masa yg terbaik untuk kita berhenti me'laku'kan kedai2 fast food franchise mcm KFC dgn MCD ni, makanan2 diorang pun bukannya baik sangat untuk kesihatan tapi mahal pulak.

Edited by DRS

Share this post


Link to post
Share on other sites

Masalahnya kalau membeli belah kat jusco, giant, tesco, carrefour pun guna konsep ni walaupun kita bayar guna kad kredit/debit!!! Mana ada pulang baki wang kan? So nape nak bundarkan? Kalau kat KFC ke, McD, pizzahut ke.. takpe lagi(walaupun aku tak suke)

Satu lagi, bil telefon, aku amik celcom ke telekom. Diorng ni pun guna konsep bundarkan jugak. Cth bil aku bulan ni RM17.98(Cth). Automatik genapkan RM18. Padahal aku bayar bil guna internet banking je maybank2u/cimbclicks.

Ni aku ada masalah gak la. Aku guna pos laju pos mobo kat forumer sini. Kena caj RM8.67. Boleh pulak org pjbt pos tu pulangkan balance RM1.33 setelah wang RM10 aku bayar. Kenapa tak bundar jadi RM8.65? Sebab kalau bundar, kita sebagai pembeli yg untungkan? jadi diorg tak bundarkan. Ke kat pejabat pos masih guna konsep lama? Siap pulangkan duit 1sen kat aku tu.. aku hot sikit la... ni kejap guna konsep jimat dan senang kira, lps tu guna konsep asal? ape semua ni?

Edited by Superior

Share this post


Link to post
Share on other sites

biar betul pejabat pos masih bagi balik syiling satu sen?

mana laku dah 1 sen, apsal tak tegur dia kata duit ni mana laku dah

takkan senang2 mengalah terima satu sen tu pastu hot kat sini pulak dah

kita asyik ingat dari 1 sen tambah2 banyak diorang untung kita tak puas hati, mmg kita tak pernah senang pun tengok org untung. tapi kita tak terpikir pun rugi bila beli benda2 mahal2 tak berpaedah tak pernah kedekut satu sen pun. dulu duit satu sen org buang2. kalau nampak pun tak da nak kutip. saya simpan dan kutip satu sen ni dulu, lupa pulak tukar sebelum tamat tempoh hari tu. tapi dengan mansuh satu sen ni, kurang le bertaburannya duit kita ni, yg asyik kena proses tapi asyik kena sepah jugak.

tapi kalau kamu ni betul betul hidup berjimat dengan satu dua sen tak pernah nak bazir, mmg ada kena le complain2 tu. seperti hire_purchase cakap tu, try Fomca.

pasal jusco carrefour tesco tu, saya takde kad kredit n jarang ke kedai2 besar ni tak leh komen sangat. tapi harga dia masih dengan 99 kat belakang ke dan harga baru nak bundar kat cashier ke? atau dah bundar awal2 kat harga barang dia? kalau harga barang dah bundar awal2 mmg untung sangat le kedai2 besar ni.

saya mmg selalu ada bengang sikit setiap kali dapat satu sen ni

pekedai2 senang nak bagi, tapi bila kita nak pakai, nak taknak je terima, ada yg langsung tak terima

skrg pekedai tak boleh kenakan saya, saya pun takleh pakai satu sen ni kat diorang sama2. tapi tengok gaya 5 sen pun ada pekedai2 taknak, apa le. kalau mcm ni lama2 ada pulak 5 sen pun kena mansuh. skrg ni 5 sen masih boleh beli satu gula2 ke? dah lama tak makan gula2 5sen ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tak penah aku beli gula2 sebiji. koman2 pun 2biji 10sen. hahaha.

Aku bukan la berkira 1-2sen ni. Tapi ni kan hak kita.

Negara S'pore macamana? Pun tak pakai 1cent ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tak penah aku beli gula2 sebiji. koman2 pun 2biji 10sen. hahaha.

Aku bukan la berkira 1-2sen ni. Tapi ni kan hak kita.

Negara S'pore macamana? Pun tak pakai 1cent ke?

tapi bagi aku..tak perlu la hapuskan 1 sen sebab..1sen tetap nilai walaupun dengan 1sen kita tak boleh buat apa2..tapi kalau dah 10juta pun duduk lempar 1 sen..dah jati 1 juta.

Share this post


Link to post
Share on other sites
fuiyooo....masih bukak lag topik nih..hehhee....er..just aku ada satu menda for us to ponder...

duit syiling 1 sen tu, material/bahan dia aper ekk sebenarnya?..pasal kalo copper(dlm BM tembaga kan?), err..tak leh ker pihak yg berkenaan amik semua duit syiling 1 sen tuh, leburkan dan jual as raw copper kepada company yg menggunakannya, cth yg terlibat dalam pembikinan motherboard comp, circuit board or ape2 jer la yg berkaitan..boleh buat duit jugak kan?...

er...sajer jer nak syok2 bincangkan....logik ker apa yg aku pikirkan ini?..hehee..sila beri komen anda..

Share this post


Link to post
Share on other sites
kenapa 1 sen dihapuskan?

simple.

ok, kita boleh cakap itu hak kita. even 1-2 cent. diorang pandai2 je genap.

Tapi, ramai ke orang kita kumpul 1 sen dalam poket buat bayar?

Duit kita dikawal Bank Negara, ada keluar masuk. Berapa nilai yang ditetapkan dalam pasaran pada satu2 masa. Dibantu oleh Suruhanjaya Sekuriti yang turut mengawal dan memantau pasaran.

Sekarang, ada sejumlah duit dalam pasaran yang tak bergerak. Yakni 1 sen. Kat mane duit tu? Celah kusyen kereta, bawah katil, bawah TV dsb. Ini menyukarkan pihak bank Negara memantau pasaran. Pihak peniaga rugi sebab sejumlah duit diorang dibazirkan untuk 1 sen yang akan tersangkut dalam mesin basuh. Frozen. Sebab Bank Negara pantau, diorang tau duit tu keluar tak masuk2. Dari biar jadi macam tu, baik kasik buang @ lupus je.

Kenapa duit kene bergerak?
Kalau duit tak bergerak, ekonomi tak berjalan. Tak ada sape nak beli, nak jual. Tak da kemajuan and sort of.

Apsal Bank Negara mengada2? Diorang makan gaji buta ke saje2 lupus duit 1 sen tu?
Bank Negara memantau dan mengawal pasaran. Tak seperti Amerika, yang pasaran diorang dikawal bank2 perlaburan, firma2 dsb. Diorang tak kesah duit 1 sen diorang lost ke ape sebab yang untung diorang. Kerajaan diorang collect duit ikut cukai. Akibatnye, korang tengok sendiri la Amerika sekarang. Sume pasal 'free market system' diorang.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Superior @ May 31 2008, 11:07 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Benda ni dibuat tanpa persetujuan rakyat kan? takde tnya pandangan rakyat kan? memandai je kerajaan Barisan Nasional ni.. dry.gif

kalau duit 1,2sen tu ambik disedekahkan kpd org susah xpela. ye la dah la kat masjid hari jumaat, x selalu nak derma kat tabung masjid.. Ni tak, duit hak kita dibundarkan lepas tu diorang ambik..

So dah xde maknanya lagi kalau harga barang kat kedai A RM10, kedai B RM9.99. melainkan kalau kita beli barang kat kedai B tu 5barang yg sama, RM9.99 x 5 = RM49.95. kat kedai A RM10 x 5 =RM50. baru untung 5sen.

kalau cara geniousboy tu bundar mcm tu, lagi byk la pengguna rugi..

asyik politik...
huhuhu..
ph34r.gif

-kalo brg tu rm 9.94 sen..
ko kene byr rm 9.90 jer..
tu jimat la..
laugh.gif

*tk silap aku bank negare rugi 14 juta setahun...
tuk buat 1 sen ni..
happy.gif Edited by mat_tz

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...