Jump to content
saberry

Manusia Makin Kejam

Recommended Posts

hah betoi tu..nak tunjuk hero ngan org2 yg tak berdaya.

contohny mcm 20 lanyak sorang.mmg xda saper nk respek la..

mcm rakyatmalaysia ckp tu plak,pak imam sound,tapi diorang

tunjuk samseng ada balasan dia..cakap ulama @ imam yg benar

kita x boley wat main..

actually tu cerita kat ex-tempat tinggal aku, kat kampung panchor pengkalan chepa nun, tu pun bukan semua, sekelompok tu jer, cuma aku nak bagi persamaan antara diorang ngan kat kampung belakang kilang (kampung tmpt tinggal Allahyarham Hatib) dalam sikap menzalimi org miskin, aku bawak gak isu ni time sembang ngan kawan2, respon kawan aku yg aku tertarik adalah

"sikap diorang ni berpunca pada keadaan skrg jugak, ramai tak percaya ngan polis lagi dah, tgk cam kes nurin, kes kejam yg jarang sekali berlaku, penjenayah tu dah ditangkap ke belum? makin lama dia bebas makin pudar kes tu dan makin dilupakan, last2 penjenayah hidup aman bahagia, siap leh taubat lak... nanti, tu pasal ramai org mula nak jlnkan public justice, ni cakap berapi2, mintak tlg FBI, tp kes tak slesai... cam kes lain pun sama, silap haribulan, kes ni pun lelama lenyap gitu jer..."

P/S: Sori *** kalo ko terbaca aku tulis komen ko kat dalam forum ni...

bila aku pikir balik, maybe btol apa dia cakap, tp dlm hal ni, terlalu naya la kepada 'suspek' sbb public justice cam diorang buat ni, tuduh tak bertempat, sbb kalau pikir logik pun nape nak tuduh Allahyarham? dia miskin, dah berkeluarga, ada anak bini semua, napa nak intai2 org lak...

apa pendapatan korang ngan statement kawan aku tu pasal menda ni berlaku berpunca ramai dah tak caya pada polis lagi dah...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kenapa lah manusia....

iman dah hilang, akal dah sempit ker....

percaya kata-kata orang...

tanpa usul periksa jadikan seorang wanita balu...

dan anak-anaknya sebagai anak yatim...

mmng terkejut time baca citer tue...

terbayang mcm mana lah life family tue lepas nie...

waaaaaawaaaaaa...sedih...

ini lah akibatnya kalo terlalu nak jadi hero sangat...

silap2 boleh pula tersalah tuduh....

manusia...manusia...

makin hilang pertimbangan dan kewarasan.. :angry::angry:

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa pendapatan korang ngan statement kawan aku tu pasal menda ni berlaku berpunca ramai dah tak caya pada polis lagi dah...

err nak kata xpecaya kat polis mungkin segelintir jer.

sebabny walau mcm mana skali pun,polis akan tetap

menjalankan tugas,cuma antara hendak @ tidak jer..

p/s~~sila komen

Share this post


Link to post
Share on other sites

aik...

org lain buat salah,

orang lain plak yg kene??

pape hal yg bersalah mesti dihukum,

termasuk la yg memakai pakaian seragam polis..!!!

keadilan perlu ditegakkan.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

lari topik sikit, ni ada cerita lawak, aku rasa ada antara forumer ni fanatik Ustaz Nik A**r, aku bukak ym, ada offline mesej ditinggal kan, ni dia mesej nya:

"Jgnlah cuba memburuk-burukkan kampung Ustaz Nik A**r dgn pelbagai cerita bohong, kalaupun kau org BN=Ba**s* N*t**g, tak perlu nak buruk-burukkan kawasan pemerintahan Ustaz Nik A**r. Adun kampung yang berlakunya insiden buruh dibelasah tu pun jangan-jangan kawasan BN, tak yah dok burukkan mana-mana pihak, mana-mana nama kampung, aku tau niat sebenar kau."

Aku ubahsuai sikit sbb ada part tak sesuai...

ni apahal plak ni, tetiba sound aku tak pasal2? Kepada si penghantar mesej ni, tima kasih la sbb buang masa tgk profile aku, tgk YM aku, sign in account baru yahoo semata nak antar mesej ni...

okay ni aku terangkan dan harap si penghantar mesej ni baca yea, memang kampung panchor pengkalan chepa adalah kawasan Ustaz Nik A**r, tp aku tak sebut pun nama dia, tak sebut pun ni suma berpnca dari adun ke pemerintah ke, tujuan aku kasi nama penuh "kampung panchor pengkalan chepa" sebab dalam malaysia ni banyak nama kampung panchor, so kena kasi spesifik supaya org lain yg asal dari kampung panchor jugak tak terasa hati, aku bukak topik ni atas rasa simpati pada mangsa dan ia pernah berlaku kat family aku dan jugak aku sendri, sikap penduduk yg buat zalim kepada org daif ni membuatkan aku teringat kembali sikap sekelompok penduduk kat tmpat tinggal lama aku dulu iaitu kampung panchor pengkalan chepa, bukan semua penduduk cam tu, just sekelompok yg aku ceritakan tu jer.

aku tak tau la kut2 kau ni salah sorang sayed dan raja yg tinggal di belakang sek arab tu atau kaum kerabat mereka, aku cakap perkara benar, aku cabar ko buktikan apa yg aku ceritakan pasal manusia2 zalim kat kampung panchor tu salah, aku ada saksi, bukan sorang, ramai, bukti pun ada, bukti diorang tipu batu perantara tanah org pun ada sampai sekarang, kawan aku tak pernah ubah sebab nak dijadikan bukti, mangsa2 banyak yg dah pindah tp ada lagi yg masih menetap kat situ, aku bleh bg nama diorang dan pegi tanya sendiri apa yg pernah berlaku kat diorang selama menetap kat situ...

aku hanya buat persamaan, bukan nak burukkan mana2 adun atau ahli politik, so plz, toksah duk susah payah selidik pasal profil aku kat Putera.com pastu nampak YM aku antar offline mesej lak.. berfikiran terbuka la sikit..... hadeii penat aku menaip, tp bengang gak, apasal la diorang bertindak cam tak matured, lagi satu ko tau ke aku parti apa, parti pas ke, parti bn ke, parti keadilan ke, aku parti harijadi la...... lagipun ni tmpt berforum, bukan tmpt berpolitik....

err nak kata xpecaya kat polis mungkin segelintir jer.

sebabny walau mcm mana skali pun,polis akan tetap

menjalankan tugas,cuma antara hendak @ tidak jer..

p/s~~sila komen

yup btol, tu fungsi utama institusi polis dalam negara kita, percaya ke tak, itu terletak pada hati rakyat, nak tak nak, lepas korang belasah sampai mati, polis jugak datang uruskan....

aik...

org lain buat salah,

orang lain plak yg kene??

pape hal yg bersalah mesti dihukum,

termasuk la yg memakai pakaian seragam polis..!!!

keadilan perlu ditegakkan.....

sapa lak yg kene ni? polis ke, bukan maksudkan polis yg salah, cuma punca org nak wat public justice tu ada org cakap sebb tak caya kat polis dah melihat pada banyak kes2 besar tak selesai lagi...

peace!

Edited by rakyatmalaysia

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tabung khas bantu keluarga Hatib

Oleh Adha Ghazali

mainpixai3.jpg

PRIHATIN: Mat Hassan melawat keluarga Fazilah di Kampung Belakang Kilang, Kuala Perlis semalam.

KUALA PERLIS: Hatib Leman, 35, yang maut dibelasah penduduk kampung kerana dipercayai tersalah identiti di Kampung Belakang Kilang di sini, ketika hayatnya mempunyai tanggungan besar iaitu 12 anak, termasuk tujuh anak tiri dan seorang anak saudara, walaupun mempunyai pendapatan hanya RM800 sebulan.

Selain isteri muda yang baru dikahwininya, Fazilah Muhamad, 35, dan anak mereka yang baru berusia dua bulan, Hatib mempunyai tiga lagi anak kandung berusia dua hingga tujuh tahun, hasil pernikahan pertamanya dengan bekas isteri, Hawa Latip, 42.

Malah, Hatib yang bekerja sebagai buruh itu juga menanggung empat anak tirinya berusia lima hingga 17 tahun, selain seorang lagi anak saudara berusia 20 tahun.

Justeru, tanggungan besar yang tidak setimpal dengan pendapatannya itu menyebabkan semua anak kandung dan anak tiri Hatib tidak diberi pendidikan kerana masing-masing terpaksa bekerja bagi membantu meringankan beban keluarga.

Difahamkan, tiga anak tiri hasil pernikahannya bersama Fazilah iaitu Mohd Azri Ali, 16; Hayati, 17 dan Haliza, 11, langsung tidak pernah bersekolah, manakala adik mereka, Ismail, 5 dan Nurul, dua bulan, dijangka menerima nasib sama.

Selain itu, semua tiga anak kandung dan tiga anak tirinya hasil pernikahan bersama Hawa, yang dibawah tanggungannya juga tidak pernah ke sekolah, kecuali yang berusia 11 tahun, kerana tinggal bersama saudaranya di Langkawi.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Perlis, Mat Hassan, mengambil inisiatif mewujudkan satu tabung khas dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan.

Mat berkata, tabung itu diwujudkan khusus bagi mengelak bantuan disalurkan diseleweng atau disalah guna pihak tertentu, berikutan sumbangan mencurah-curah yang diterima keluarga mangsa selepas berita kematian Hatib disiarkan akhbar.

Katanya, selain media, beliau menerima panggilan daripada individu dan syarikat yang mahu menyalurkan bantuan, bukan saja dari Perlis, tetapi luar negeri ini yang bersimpati dengan tragedi yang menimpa keluarga Hatib.

Dalam kejadian Ahad lalu, Hatib dibelasah sehingga mati oleh sekumpulan 20 penduduk selepas disangka mengintai dan cuba mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, berhampiran rumahnya.

Bagaimanapun, perbuatan itu dinafikan Fazilah dan kanak-kanak terbabit.

Sementara itu, nasib menimpa keluarga Hatib terus mendapat perhatian ramai apabila pelbagai pihak termasuk individu tertentu tidak putus-putus menghulurkan bantuan, termasuk Menteri Besar Perlis, Datuk Dr Md Isa Sabu.

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim turut hadir menyumbangkan wang tunai untuk perbelanjaan serta tiga buah basikal untuk kegunaan anak mangsa.

Sumber dari Berita Harian Online

Syukurlah ada pihak yg prihatin, moga Allah membalas jasa baik mereka semua buat yg bersalah, cepat2lah pegi serah diri.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

smalam aku nengok brita,bdk isap gam kena lanyak

ngan org ramai sbb kantoi meragut..

apa komen korang?

soheh buat, lanyak! mat choke tak leh bagi muka!

Share this post


Link to post
Share on other sites

mengikut kajian.....lebih 60% rakyat malaysia mengidap tekanan perasan cuma ramai yang tak sedar.....salah satu tanda awal tekanan perasaan ni....kemurungan dan kurang bergaul....cara nak atasi,banyakkan bersenam dan cuba menerima pendapat orang lain

Wallahualam

Share this post


Link to post
Share on other sites

soheh buat, lanyak! mat choke tak leh bagi muka!

mau lanyak?lau mati nti cm ner?

tp kes dak ni mmg slh dia pon sbb isap gam & ragut..

Share this post


Link to post
Share on other sites

mau lanyak?lau mati nti cm ner?

tp kes dak ni mmg slh dia pon sbb isap gam & ragut..

kalau sah dia wat, ramai nmpk ngan mata kapla tak pe, ni tak usul peksa gi lanyak org sampai mati... bape banyak dosa dapat free jer...

Share this post


Link to post
Share on other sites

mengikut kajian.....lebih 60% rakyat malaysia mengidap tekanan perasan cuma ramai yang tak sedar.....salah satu tanda awal tekanan perasaan ni....kemurungan dan kurang bergaul....cara nak atasi,banyakkan bersenam dan cuba menerima pendapat orang lain

Wallahualam

kena dekat diri ngan Allah s.w.t. berkawan ngan orang berilmu, zikir, baca koran, hidup bermasyarakat....

Share this post


Link to post
Share on other sites

kena dekat diri ngan Allah s.w.t. berkawan ngan orang berilmu, zikir, baca koran, hidup bermasyarakat....

ya ya

yg penting jangan cari sebarang masalah

buat baik berpada-pada

Share this post


Link to post
Share on other sites

Entah lah bende nih....mcm2 variable kene perhatikan..........

Dalam crowd yg belasah tue ada mcm2 sebab kenapa dia ingin membelasah........ada yg saja tunjuk kuat.....ada yg mmg sensitif kerana perbuatan dan short temper....dan ada yg beranggapan yg polis will take the case lightly(kalo soal intai2 nih...sape yg nak lapor polis...stakat menyemak report polis jerk.....they will not take action)........

Aku rasakan ada yg pengecut tapi terasa ingin nak jadi hero tamil......so dier rasa ni jer peluang nk belasah org......

p/s mungkin pengaru WWE

Share this post


Link to post
Share on other sites

sbb tuh kite kene amalkan hukum hudud kat malaysia ni..dalam hukum hudud ade hukum pembalasan balik (Qisas)..yang tuh la yang patut diikut

Edited by langkasuka

Share this post


Link to post
Share on other sites

maaf la kalo aku tersalah ckp..kalo da namenya bangsa kita,hmm msg2 nk tunjuk power..bru2 ni dpn mta aku..ade la dak nek moto terlnggar side mirror jer..hah pe lg,ngan selmbanyer brother yg bwk kete 2 kuar bg free kick kat budak 2..haa..free2 dpt kick..bkn nyer nk bertoleransi..mntk gnti rugi ker,ape ke,nego ker..ni x,bg kick terus..bnyk lg event yg babitkn bngsa kita ni yg wat keje ntah ape bnda smpi lupe batsan kita ni sbgai manusia..mrh gak aku nih kat bgsa kita nih..huhu..sorry if im wrong k

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...