Jump to content
Sign in to follow this  
PePeDUM

Minyak Oh Minyak...

Recommended Posts

Kenapa thailand harga minyak tinggi tapi barang still murah ?

Kenapa thailand minyak mahal tapi boleh produce hasil pertanian yang bermutu dan murah ?

Kenapa korea harga minyak sangat mahal tapi pendapatan rakyat juga tinggi?

Kenapa Indonesia harga minyak mahal, penduduk ramai tapi barang makan/barang siap murah ?

Kenapa kita nak subsidi ? Kenapa nak bandingkan malaysia dengan brunei ?

Malaysia 28 juta rakyat = rezab minyak 3 billion tong

Arab saudi 26 juta rakyat = rezab minyak 250 billion tong

Brunei 400 ribu rakyat = rezab minyak 1 billion tong

Salah siapa ?

rakyat diajar dengan subsidi lebih 30 tahun dulu .. sekarang untuk lebih daya saing, kita hapuskan subsidi tapi

pasaran telah sebati dengan pengaruh subsidi...

Apa perlu kita buat ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

IKUTI SIARAN LANGSUNG DEBAT PERDANA ISU KENAIKAN HARGA MINYAK ANTARA ;

Ketua Pemuda PAS, yg juga ahli Parlimen Kubang Kerian

YB SALAHUDDIN AYUB

dan

Menteri PDN & HEP,

DATO' SHAHRIR ABDUL SAMAD

DI RTM 1,

jam 9.30 MALAM SELASA,

10/6/2008.

Sebar2kan!

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku mcm dh hilang kepercayaan la pd Dato' Shahrir...hari tu dia kata hanra minyak hanya akan ditentukan selepas penstrukturan semula bulan ogos nanti. tapi tak sampai 3 hari lps tu tetiba ja harga minyak naik. pastu dia blh senyum lebar n ketawa hepi lg...heh! tak tau la nak kata apa....geram jg ni.

kat sabah, parti komponen BN dh ada suara tak puas hati dgn keputusan minyak naik ni. tak caya cuba korang baca sabah times, dily express @ the borneon express

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku terima minyak naik kalau taraf hidup kita tinggi macam Singapore.. Nak hapuskan subsidi pun ok kalu taraf hidup kita 2-5 kali ganda daripada Singapore. (Sbb hari itu kerajaan bandingkan minyak Singapore dgn minyak kita). Malah harga kereta luar kat sana murah .. Umpama kita beli kereta proton. Berbaloi dgn wang yg kita laburkan.. Ini tak, dgn taraf hidup kita mcm ni, kita masih tak mampu utk menerima kenaikan harga minyak. Sepatutnya kerajaan naikkan dulu taraf hidup kita, kemudian baru kurangkan subsidi minyak.. Buatlah projek yg boleh memberikan manfaat utk segenap lapisan masyarakat.. Jgn buat projek sekadar melepaskan batuk ditangga + utk kroni. Bukan ker kerajaan tu, berkhidmat utk rakyat. Bukan menyusahkan rakyat. Contohi Dubai: buat projek yg memberikan pulangan yg besar utk kerajaan dan rakyat walaupun projek itu, kita nampak mcm membazir.

Rebate yg kerajaan beri tu tak mencukupi dgn harga brg yang meningkat kesan kenaikan harga minyak.

betul tu, aku sokong pendapat ko. td tuang minyak moto kapcai aku rm7 hanya 2.514 liter je. mcm rasa beli minyak masak dlm peket lak. sbb harga dua2 minyak ne dh hampir sama. cuma tempoh guna je berbeza.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannyaâ€. (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma‘ruf dan al-An- Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...