Jump to content
Sign in to follow this  
arfaie

Peraturan Di Subforum Gajet (kemaskini 27/05/08)

Recommended Posts

FUNGSI CARIAN MASIH BELUM DAPAT DIGUNAKAN,SEKIRANYA SAMBUNGAN INTERNET ANDA MEMUASKAN, SILA LUANGKAN MASA UNTUK MENCARI TOPIK-TOPIK LAMA SECARA MANUAL ATAU MENGGUNAKAN KHIDMAT GOOGLE.COM DENGAN MENAIPKAN MASALAH ANDA DAN "PUTERA.COM"

Assamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Berikut sambutan yang menggalakkan dalam perbincangan topic di subforum Gajet ini, moderator akan menetapkan beberapa peraturan untuk kemudahan bersama. Ini bagi menjamin kelancaran serta memudahkan tugas-tugas selenggara oleh moderator.

PERATURAN UMUM (Klik pada spoiler)

Spoiler :
1. Sebarang benda² illegal tidak dibenarkan dibincangkan secara umum. Jika thread berkaitan illegal ini dibuka maka thread² ini akan dikunci / dipadamkan oleh moderator / supervisor / admin.

2. Pengguna dilarang sama sekali SPAM dengan posting yang tidak mendatangkan faedah seperti smile, betul tu dan sebagainya. Jika masih membuat posting yang berbentuk SPAM, maka posting tersebut akan dipadamkan.

3. Pengguna seharusnya menggunakan fungsi search sebelum membuka sesuatu topik. Ini adalah untuk mengelakkan topik yang sama dibuka berulang kali.

4. Sila gunakan PM jika mahu bincang tentang benda illegal ini.

5. Sila gunakan tajuk yang sesuai dengan masalah anda. Ini lebih memberi keselesaan dan menambahkan minat forumer yang lain untuk membantu dan menyelesaikan permasalahan. Elakkan dari menggunakan tajuk, tolong aku... kenapa ni...dan yang seumpama dengannya.

6. Seeloknya jangan gunakan tag url (direct to refferal link) gunakan quote atau code.. untuk elakkan sekiranya fail yang berunsur virus dimuatturun.

7. Sila berforum secara berhemah, bantu membantu. Jangan menggunakan kata-kata kesat atau bertindak sehingga menyinggung perasaan ahli-ahli yang lain.

8. Kepada pemula topic (thread starter) jangan biarkan topik anda tergantung, sila maklumkan perkembangan masalah anda dan minta bantuan moderator bertugas untuk tutup topik anda sekiranya ia sudah diselesaikan.

APA PATUT ANDA BUAT? (Klik pada spoiler)

Spoiler :

Apa patut anda buat?

1. Tajuk Topik - Sila berhati-hati dengan tajuk anda. Ini akan menentukan sama ada topik anda mendapat perhatian atau tidak. Subjek haruslah menerangkan dengan ringkas permasalahan anda. Letakkan maklumat yang dirasakan perlu.

Contohnya, sekiranya topik anda berkenaan dengan masalah fail pemacu (driver file), jadikan ia sebagai "header title" kepada masalah anda. Elakkan dari meletakkan tajuk seperti "tolong aku.." atau "kenapa dengan PC aku". Ia tidak menggambarkan masalah anda.

2. Isi kandungan - Tuliskan dengan tatabahasa yang betul dan jelas. Jika anda tidak mengambil kisah dengan cara tulisan anda,bagaimana pula anda mengharapkan orang lain yang membaca mengambil kisah dengan masalah anda?

Jangan lupa menyertakan maklumat yang penting dan relevan. Paling penting ianya jelas dan membantu memudahkan orang lain membantu anda. Jangan sampai ditanya-tanya oleh orang lain kerana ia akan memakan masa untuk dijawab.

Jelaskan simptom yang dihadapi, misalnya perkakasan yang tidak berfungsi atau tidak dapat melaksanakan tugasan secara betul seperti yang dikehendaki. Beri gambaran jelas tentang mana-mana bahagian sistem yang dirasakan berkaitan dengan masalah. Contohnya, sekiranya masalah berkaitan dengan perkakasan, sila nyatakan spesifikasi sistem atau nama/model/jenama sistem yang anda gunakan. Lebih banyak maklumat yang dibekalkan, lebih mudah orang lain membantu anda. Juga nyatakan langkah-langkah yang telah anda ambil untuk membaikpulih sistem tersebut untuk mengelakkan anda menerima cadangan/penyelesaian yang sama seperti yang telah anda lakukan.

Jika boleh,nyatakan sekiranya anda melakukan sebarang pengubahsuaian/tetapan pada sistem sebelum masalah tersebut berlaku.

3. Respon - Apabila seseorang membalas dengan menyertakan bersama dengan cadangan penyelesaian kepada masalah anda, sila pertimbangkan dan cuba lakukan. Sekiranya tidak berkesan/selesai,sila respon semula supaya orang lain dapat mengutarakan penyelesaian yang lain. Apabila masalah anda dapat diselesaikan, sila maklumkan dan nyatakan apa yang telah anda lakukan sehingga mampu menyelesaikan masalah anda.

APA YANG TIDAK PATUT ANDA BUAT (Klik pada spoiler)

Spoiler :

Apa yang tidak patut anda buat?

1. Jangan nyatakan masalah anda penting atau menulis subjek topik anda dengan huruf besar (Capital Letter). Masalah anda mungkin penting pada anda, tetapi jangan lupa yang anda tidak membayar supaya dibantu jadi anda tidak seharusnya mendapat lebih keutamaan dari orang lain. Orang lain juga mempunyai permasalahan yang penting pada mereka. Di sini,anda akan dilayan sama rata secara adil.

2. Jangan balas masalah anda di dalam topik orang lain. Elakkan atau anda akan dikenakan amaran. Buka topik anda berkenaan masalah anda bagi memudahkan anda dibantu.

3. Cuma pos satu topik sahaja. Jangan buat "double posting" untuk memudahkan kerja-kerja mengemaskini. Sekiranya ini berlaku,salah satu topik anda akan dipadam tanpa notis.

Garis panduan akan diubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

Sekian, terima kasih.

*sila reply di sini sekiranya ada cadangan untuk penambahbaikan atau apa juga cadangan untuk kebaikan subforum ini.

Edited by arfaie

Share this post


Link to post
Share on other sites

sepertimana yang telah dicadangkan,bahagian ini akan mula menggunakan sistem template..sbg permulaan,kita akan menggunakan template seperti du bawah...

Contoh Pernyataan Masalah

Header "Handphone Tak Boleh On"

Sub Header "Nokia N73"

Masalah : Handphone nokia aku tak boleh on. Aku dah cuba on beberapa kali tak boleh. Sebelum tu phone aku nie terjatuh atas lantai

Simptom : Skrin gelap,tiada perubahan selepas butang on ditekan

Langkah yang telah diambil : keluarkan kad memori, kuarkan bateri dan pasang semula,test dengan bateri lain

Spec/Nama/Model : Nokia N73, firmware version 4.0735.3.0.2

sebarang cadangan penambahbaikan amatlah dialu-alukan. anda digalakkan menggunakan template ini,bersesuaian dengan masalah anda

Edited by arfaie

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...