Jump to content
Sign in to follow this  
BasicCX

Teka-teki I Q : Wang & Sampul Surat

Recommended Posts

Pada suatu hari, seorang ayah memberitahu kepada anaknya bahawa dia akan memberikan RM 1000 jika anaknya itu dapat menyelesaikan masalah berikut:

Ayahnya lalu memberikan 10 keping sampul surat dan RM 1000, kesemuanya dalam kepingan RM 1. Dan memberitahu anaknya,

Letakkan duit tersebut di dalam sampul surat yang ayah beri dan susunlah sesuka hati kamu dan apabila ayah meminta jumlah tertentu daripada kamu, ayah harap kamu dapat memberikan jumlah yang betul daripada sampul surat itu tanpa perlu membuka sampul surat yang berisi wang tersebut. Kamu boleh memberi ayah satu atau lebih sampul surat berisi wang yang mempunyai jumlah wang yang ayah akan minta. Dan jika kamu berjaya memberi kepada ayah jumlah wang yang betul, kamu boleh ambil duit RM 1000 itu.

Apabila ayah budak itu meminta sejumlah wang dari anaknya, budak itu berjaya memberikan jumlah wang yang diminta kepada ayahnya dengan tepat tanpa membuka sampul surat tersebut. Dan dia berjaya memenangi RM 1000 tersebut.

SOALAN

Bagaimana budak tersebut membahagikan duit tersebut ke dalam sepuluh sampul surat tersebut?

HINT

Spoiler :
Hint dekat dalam soalan..hehe :P

JAWAPAN

Spoiler :
Jawapan telah berjaya dijawab oleh Coisox [sila lihat post di bawah]. Dengan menggunakan kaedah jujukan geometri anda boleh menjawab soalan ini.

P/S: Ayahnya hanya akan meminta nilai dalam gandaan RM 1 yang di berinya sahaja. Tiada nilai sen.

Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites

die letak 1 hengget dlm satu sampul surat.. yg lain die pegang..

kang kalo bapak die mintak die bg la sampul surat tu..

pastu yg lebih die bg cash la.. huhu..

Edited by amrich

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ho ho... best soalan nie. aku tak pernah dengar. But for those who seek hint, aku rasa soalan penyusunan camnie kemungkinan besar melibatkan nombor perdana atau gandaan nombor.... mari kita tengok sape yg jumpa dulu. jgn Google tau. tau aci...

die letak 1 hengget dlm satu sampul surat.. yg lain die pegang..

kang kalo bapak die mintak die bg la sampul surat tu..

pastu yg lebih die cash la.. huhu..

Bukan camtu tak silap aku. Means, katakan laa bapak dia mintak RM655, so budak tu kena bagi sampul surat yg mana satu atau gabungan sampul surat yg mana.

P/S: Mana laa si Viking. Dia kata nak jadi org pertama solve teka-teki...

Edited by Coisox

Share this post


Link to post
Share on other sites

tuh tension lak aku pikir sekali bapak dia mintak rm999 ke rm666 ke xpun rm99.90 ke mcm mana ek?? hurmm :unsure:

Share this post


Link to post
Share on other sites

BasicCX, soalan nie takde silap ke? Cukup ke 10 sampul? Ish... perah otak aku nih. Mau balik opis lambat hari nih. Klau tak, nak balik umah pun tak tenteram... :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aduh....!! Kalau laa bapak dia kasi RM1023, sure aku dah tau jawapannya. Tak cukup RM23 :wacko:

Loorrrr!!!!!!!!!! Apa laa lembab sangat aku nih. Buang je laa RM23 tu. Ok, nie jawapan aku. Tapi tak tau camne nak test betul ke tak.

Letakkan duit RM1 dengan bilangan seperti di bawah dalam sampul surat masing-masing:

Sampul 01: RM1 x 1

Sampul 02: RM1 x 2

Sampul 03: RM1 x 4

Sampul 04: RM1 x 8

Sampul 05: RM1 x 16

Sampul 06: RM1 x 32

Sampul 07: RM1 x 64

Sampul 08: RM1 x 128

Sampul 09: RM1 x 256

Sampul 10: RM1 x 489

================

RM1000

================

So kalau bapak dia nak RM999, bagi laa sampul 2 --> 10.

Kalau bapak dia nak RM666, bagi laa sampul 1,5,6,8,10.

Edited by Coisox

Share this post


Link to post
Share on other sites

Uik cepat betul jawab. Tahniah untuk Coisox kerana berjaya menjawab tapi xdapat la RM 1000 tu ye...hehe.

Katakan jika ayah budak itu meminta RM 655 - berikan sampul surat: 2,3,6,8,10.

Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites

Yahoo!!! Aku tak dapat RM1000!!

P/S: Kalau kau cakap bapak dia bagi RM1023, lagi cepat aku dapat jawab. Tapi ye laa... nama pun dah teka-teki. Mesti nak belit skit2.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hmm..dah lama tak perah otak bab math. berasap laa skit otak aku nih... Tapi teka-teki kuih 15 sen tu aku still blum dapat feedback dari thread starter...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cara camni leh x?

Situasi 1:

Masukkan suma Rm100 ke stiap 10 sampul surat..

pas2 pegi bank cimb..

Budak : bang tolong masukkan rm1000 kat bank saye..

jangan buka..open jer..

Bank : Pulak!!

Situasi ke 2:

Budak : Ayah nak berape?

Ayah : Rm 596 je..

Budak : Ok, beyeh..erm Rm 596 sahaja...

aa..bang tolong kuarkan rm596 ni ye..pas2 asingkan wat 3 sampul surat, rm 500-1 sampul,

rm90 - 1 smpl,6 inggit 1-sampul.

Bank : Ok, dah siap...( betul ke idak budak ni )

Budak :Nah, duit ayah mintak..sy x buka, dier yang bukak..

Bank : Aku lak... <_<

Ayah : Pandainye... ( dengan nada bengang.. )

Moral : Bapak borek, anak rintek...

Just contoh je..hehe.. :lol:

Edited by Zex

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...