Jump to content
Sign in to follow this  
BasicCX

Teka-teki I Q: Pembunuhan Misteri & Beli Kuih

Recommended Posts

TEKA-TEKI 1

Seorang ahli perniagaan lelaki telah dijumpai mati dirumahnya pada pagi Ahad.

Isterinya segera menghubungi polis dan kemudian polis datang ke tempat kejadian dan terus menyoal kesemua orang yang terdapat di dalam rumah tersebut yang mana terdiri daripada isteri dan pekerja-pekerja di rumah tersebut. Buat pengetahuan pasangan ini tidak mempunyai anak.

Kesemua yang disiasat telah memberikan kenyataan berikut:

Isteri ahli perniagaan tersebut berkata ketika kejadian dia sedang membaca buku di biliknya.

Tukang masak pula berkata dia sedang menyediakan sarapan.

Tukang kebun pula berkata dia sedang menanam pokok.

Orang gaji pula berkata dia pergi mengambil surat ketika kejadian berlaku.

Pemandu kereta pula berkata dia sedang mencuci kereta ketika itu.

Setelah mendengar semua keterangan daripada saksi, polis terus menahan pembunuh dengan segera.

Soalannya:

Siapakah yang membunuh ahli perniagaan itu? dan bagaimanakah polis mengetahui pembunuh tersebut?

Jawapan:

Spoiler :

Pembunuh adalah orang gaji. Polis mendapati orang gaji ini menipu kerana posmen tidak bekerja pada hari Ahad.

TEKA-TEKI 2

Anda berjalan-jalan di pasar malam dan anda singgah sebentar di sebuah gerai menjual kuih. Ketika itu, anda mempunyai 30 sen dan anda ingin membeli 1 jenis kuih yang berharga 15 sen.

Soalan

Berapakah wang baki yang dipulangkan kepada anda?

Jawapan:

Spoiler :

Baki yg dipulangkan ialah 5 sen kerana hanya wang 20 sen @ 10 sen + 10 sen diberikan kepada penjual ketika membeli kuih tadi.

Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites

Jawapan 1:

Orang gaji sebab pejabat pos tutup pada hari Ahad.

Jawapan 2:

Tiada wang baki sebab takde kuih yang beharga 15 sen.

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

teka teki 1

orang gaji kot..pasal dia pegi amik surat...kan hari Ahad..mana ada posmen keja daaa..

teka teki 2

brapa bijik dia nak beli kuih tu?

edit: oo ko dah pos dulu ye LanoG? td aku tgh menaip..hehe

Edited by MalaYneuMaya

Share this post


Link to post
Share on other sites

soalan 1:

-

soalan 2:

5 sen

sebab dia ada 30 sen

dia bayar untuk sebijik kuih 20 sen (sekeping 20 sen atau 10 sen + 10 sen)

kuih harga 15 sen

:. baki 5 sen

Edited by EvilEngineer

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hebatnya master EvilEngineer! Aku setuju ngan pendapat kau iaitu baki 5 sen. Tak terpikir plak nak ikut logik yg duit 30 sen tu tak wujud.

Aku malas nak bukak jawapan penyoal lagi sebab aku harap jawapan EvilEngineer tu tak betul. So aku still boleh pikir. So bagi tau aku satu je; jawapan "baki 5 sen" tu betul ke tak?

P/S: Aku baru ternampak topik nie. Lain kali jangan laa bagi jawapan cepat sangat...

Edited by Coisox

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

ahaha..betul betul aku setuju...'duit 30 sen tak wujud' tu aku dah terpikir dah...cuma taktau camne nak jawab tekateki tu je.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

1.Teka teki pertama..

Aku rasa tiada pembunuhla...

sebab disitu keluar ayat " dijumpai mati", bukan "dijumpai mati dibunuh"..

dalam kes ni orang gaji x bersalah...

mungkin pembunuhnya adalah "nyamuk " coz mati disebabkan denggi..

coz polis mengklasifikasikan sbg "bunuh"..

hehe..

2.Teka-teki kedua..

Jawapanya baki = 0 sen, coz disitu tidak ade mengatakan syiling tersebut..adalah syiling 30sen sekeping..

la, kalau dah harga 15 sen sekeping..belilah 2..ape maslhnye..

hehe....

10 markah... :lol:

Edited by Zex

Share this post


Link to post
Share on other sites

Jawapan Pertama

Kesemua yang disiasat telah memberikan kenyataan berikut:

Isteri ahli perniagaan tersebut berkata ketika kejadian dia sedang membaca buku di biliknya.

Tukang masak pula berkata dia sedang menyediakan sarapan.

Tukang kebun pula berkata dia sedang menanam pokok.

Orang gaji pula berkata dia pergi mengambil surat ketika kejadian berlaku.

Pemandu kereta pula berkata dia sedang mencuci kereta ketika itu.

Pembunuh pula berkata dia yang membunuh ahli perniagaan ketika kejadian itu

Edited by Divine Divinitys X

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...