Jump to content
Sign in to follow this  
.mysahabat9

Tiada Elaun Pejabat Rm1,500 Kepada Adun Negeri Sembilan: Mb

Recommended Posts

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/...icle/index_html

Tiada elaun pejabat RM1,500 kepada Adun Negeri Sembilan: MB

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan hari ini memberhentikan pembayaran elaun bulanan pentadbiran pejabat RM1,500 kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, kerajaan negeri juga memutuskan untuk tidak menggantikan kereta baru Proton Perdana Eksekutif V6 untuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) penggal ini, sebaliknya akan menggunakan kereta sedia ada.

"Ini langkah berhemah kita dalam berbelanja dan mengelakkan pembaziran. Lagipun, kita dapati tak semua elaun diberikan itu digunakan Adun untuk membuka pejabat dan membayar gaji kerani, sebaliknya masuk poket sendiri. Jadi, lebih baik kita hentikan saja," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri, di sini.

Mohamad berkata, elaun pentadbiran kepada Adun dinaikkan daripada RM700 kepada RM1,500 sebulan sejak 2004, sekali gus memerlukan kerajaan negeri membelanjakan RM54,000 sebulan atau RM648,000 setahun selepas mengambil kira jumlah 36 Adun di negeri ini.

"Banyak jumlahnya... lebih baik kita salurkan wang ini untuk faedah dan manfaat rakyat," katanya.

Beliau berkata, keputusan tidak membeli kereta baru untuk Exco juga menyebabkan kereta sedia ada tidak akan dijual kepada bekas Exco pada harga istimewa.

Bagus, dah rasa nak kalah baru fikir pasal rakyat sblm ini ada elaun pastu tahun ini takder elaun.. :lol:

Lagipun ramai sgtlaa pembangkang dalam ADUN ini... tak sedaplaa nak bagi elaun..HEHEHEHE :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalau rakyat diam jer , mmg best la para pengikis harta rakyat mengikis harta rakyat nii... :lol: :lol: :lol:

Edited by TJ-Ariff
ayat yang berulang...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Suatu perkembangan yg positif, harap lepas ni byk lagi la perkembangan positif ... :D :D

mmg betul.. lepas ini makin banyak lagi perkembangan positif sejak dah hampir kalah.. Bagus baru sedar daripada tido!. Salah satu ini... lepas ini apa lagi... kita tunggu.. lawak siot..sblm ini langsung tak fikir..

MUTAKHIR Kerajaan sedang kaji pemberian lebih banyak subsidi petrol demi manfaat rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat merealisasikan cadangan penstrukturan semula jenis petrol di pasaran dan pemberian lebih banyak subsidi bagi petrol biasa untuk manfaat rakyat dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini berkata kajian berhubung perkara itu sedang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ahad lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad dilaporkan berkata, pengguna negara ini dijangka menikmati harga petrol biasa yang lebih rendah tidak lama lagi, berikutan cadangan kerajaan untuk menstruktur semula jenis petrol di pasaran dan pemberian lebih banyak subsidi bagi petrol biasa.

Shahrir berkata, perubahan harga petrol itu akan dibuat melalui kajian semula subsidi petrol yang berada di pasaran seperti petrol berplumbum dan tanpa plumbum RON 92 serta RON 97.

Info

P/S aku sebagai wakil UMNO tak setuju betul laa air percuma 20 liter pertama mulai bulan Jun 2008.. AKu bantah.. bukan apa nanti susahlaa nak dapat selangor balik.. :lol: . Kalu UMNO dapat selangor balik nanti kena teruskan air percuma, waa malasnya, kalau tak nanti rakyat tanya nape kerajaan negeri dulu bleh bagi air percuma kerajaan yang baru tak leh bagi pulak...so terpaksa teruskan air percuma kalu UMNO dapat balik Selangor..WAAA MALASNYA, masuk duit poket lagi bagus

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dia buat pengumuman ini selepas Adun Paroi ( PAS - Kali pertama PAS bertapak di NS ) nak bg separuh elaun bulanannya kepada tabung rakyat.... Aku rasa kalau elaun Wakil Rakyat BN kena potong sampai habis pun takder masalah bg diorg... Diorg dah jadi wakil rakyat mesti dapat banyak duit... Wakil rakyat pembangkang aku tak tahu sama ada diorg dpt banyak duit @ tak bila jadi wakil rakyat.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kerana hendakkan yang percuma,bersubsidi orang makin malas bekerja hehehe.. lepas nie makin ramai la indon datang kat selangor sebab orang dah malas.."semua percuma"..bila dah ramai bangsa asing lagi bagus cilok levi diorang bagi kat orang yang memerlukan termasuklatu orang yang malas hehehe..Orang N9 steady je Ptg nie Main Bola dgn YB..dijemput dtg..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...