Jump to content
ahmades

Mencari Pelabur Untuk Projek Kilang Susu Tin Pekat

Recommended Posts

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada warga putera.

Dipendekkan cerita, dua orang member aku telah menemui formula susu pekat tanpa kandungan whey protein (yang kebanyakkannya diperolehi daripada lemak haiwan) kami mula bercadang untuk menhasilkan produk-produk susu bermutu berasaskan formula ini.

Cadangan kami adalah menghasilkan produk halal berasaskan tenusu dengan menggunakan formula ini untuk pasaran Malaysia serta pasaran luar negara seperti Euro, Timur Tengah dan Asia. Malah, ada pihak mengumukakan tawaran kepada kami untuk membeli hasil tenusu bagi tujuan export ke negara timur tengah dan Euro. Produk Halal Malaysia sangat dikenali dan mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara timur tengah dan kelompokan eropah.

Ini menjadikan pasaran produk halal amat berpotensi besar untuk berjaya di masa hadapan bagi pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa.

Untuk tujuan ini, kami ingin mencari investor yang ingin melabur didalam projek kami ini. Sebanyak RM 40J (lump sum) diperlukan untuk kos-kos pembangunan kilang Susu tin pekat ini. Projek ini dijangka menghasilkan turnover sebanyak RM 108J setahun boleh membawa pulangan besar kepada pelabur yang melabur di dalam projek ini.

Sekiranya anda berminat, kami boleh menghubungi anda atau kami sendiri datang ke tempat anda untuk memberikan penerangan terhadap projek ini. Hubungi :-

En Afandi : 017-5511160 atau,

En Zaidi : 013-4121461, 016-4421461

untuk maklumat lanjut mengenai projek ini. Dan diulangi, sekiranya anda amat berminat dengan projek ini dan ingin bertemu kami face-to-face sila hubungi kami untuk menjadualkan pertemuan pihak anda dengan kami.

Terima kasih, sebarang pertanyaan bolehlah diajukan di forum ini.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Takutlah bang..banyak CON MAN sekarang nei.. :rolleyes:

Share this post

Link to post
Share on other sites

CON MAN? Tak kan abang nak CON MAN nama baik abang dalam nih? :rolleyes: Anyways abang pun ada projek niaga abang kat AMF Online Stores. Cuma untuk ini, semua kertas kerja dah siap. Tunggu untuk dibentangkan kat depan bakal investor sahaja :D

Share this post

Link to post
Share on other sites

RM40 juta.. banyak tu bang. Camner nak jadi investor kalo kat bank tak sampai stengah juta pun.. hehehehe.. :D

Edited by LanoG

Share this post

Link to post
Share on other sites

Bukan nak cari sorang, nak cari ramai :D. Kalau sorang aku pun tak mampu :(.

Objektif kami adalah untuk cari seramai mungkin investor Bumiputera untuk melabur di dalam projek ini. Kami pentingkan Bumiputera beragama Islam kerana objektif penubuhan kilang Susu Pekat ini :-

  1. Berorientasikan produk Muslim Halal
  2. Sebagai produk melambangkan imej Malaysia
  3. Produk halal keluaran Malaysia

Kalau en Lanog berminat, saya boleh datang ke tempat en lanog untuk memberikan penerangan. Kami sememangnya serius didalam perkara ini. Untuk investor lain juga, kami akan menemui anda sekiranya anda berminat dengan projek kami. Hubungi kami untuk makluman lanjut dan penjadualan pertemuan kami dengan anda.

kasik minimum figure yg boleh di invest kan dulu. baru ramai yg berani mencuba.

BTW, market target kat ner? jual local bnyk ke eskport ni?

Share this post

Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum Cekgu, lama kita tak bersembang :D

Untuk minimum figures, kami tetapkan tidak kurang dari RM500K seorang. Nilaian ini berdasarkan kilang yang ingin diwujudkan adalah jenis SDN BHD. Maklum sajalah SDN BHD terhad kepada 50 orang investor sahaja :(

Untuk target marketing, kami mensasarkan market Local dan Export. Malah, semasa projek ini masih dalam cadangan kami telahpun menerima tawaran sebuah syarikat Singapura untuk memasarkan hasil produk kilang ini ke pasaran Timur Tengah dan Eropah.

Kalau cekgu berminat, kami boleh berjumpa dengan cekgu untuk memberikan penerangan lanjut berkenaan prospek projek ni :)

Share this post

Link to post
Share on other sites

RM500K untuk minimum invest seroang. Walau bagaimanapun, kalau boleh bertemu face-to-face adalah lebih baik. Kalau berminat hubungi kami untuk mengatur pertemuan anda dan kami.

Share this post

Link to post
Share on other sites

aku try tanya kat satu hamba Allah ni nanti..

BTW, kilang yg seperti kos kau katakan tu (RM40mill), tu sebulan kapasiti pengeluaran dia dlm avarage berapa ye?

pastu, berapa lama pulak untuk execute operasi (operasi dapat duit balik),selepas duit dapat di kumpul kan?

antara perkara yg kena pikir:

1) sumber bahan mentah.- dah secured ke contract supply bahan mentah tu? untuk berapa lama price bahan mentah tu dapat di berikan sehingga supplier decide nak bagi harga baru?

2) proses sijil halal, serta proses R%D untuk tarikh luput.

sorry bnyk tanya. hamba Allah yg aku nak jumpa ni memang bnyk tanya giler..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Takpa cekgu, memang cekgu berhak tanya mengenai ini :).

Camni cekgu, esok, saya akan reply pertanyaan cekgu. Document sekarang berada di tangan En Zaidi. Saya akan berikan jawapan lengkap untuk cekgu. Boleh tak cekgu?

boleh..cumanya jgn lah pulak kau citer habis2 semua trade secret nya.. kang dapat kat tgn org yg tak bertanggungjawab kang, jenuh.. :lol:

p/s: kalau dia buat susu 'tegak' lagi le laku.. hehehe.gurau je..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Tak, saya menjawab pertanyaan yang patut-patut sahaja didalam forum nih. Lebih dari itu perlulah kita berjumpa :D. Bagaimanapun esok saya akan mereply pertanya cekgu di thread ini.

Share this post

Link to post
Share on other sites

askum en.ahmades

Taniah en. adalah usahawan melayu yang berjaya menghasilkan formula bagi satu produk yang amat berpotensi tinggi dan sukar ditemui cuma disini saya menegur sekadar membawa pandangan saya sebagai salah seorang usahawan melayu.

1. Kurangkan kos

- en.ahmades, R40j digunakan untuk kos membuat kilang susu adalah permulaan yang kurang menarik. Sebagai usahawan en.ahmades perlu mengambil kira atau mengkaji balik perlu atau tidak untuk setup kilang sebanyak itu kerana pemikiran2 usahawan yang berjaya hanya menggunakan seminima yang mungkin untuk mengurangkan kos modal permulaan untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Dalam kes ini en.bleh rujuk kat Sme Bank, Mara atau badan2 lain spt Mardi ataupun Punb sebab diorang ini ada menyediakan kemudahan kilang atau tempat untuk memproses sesuatu barang2 perkilangan. Selain itu, penyewaan, pengunaan sewa atau beli boleh dibuat dgn mudah dan muraholeh badan2 tersebut sperti yang dilakukan oleh MARDI ataupun Mara.

2. Kewangan

- berdasarkan jumlah pelaburan yang begitu besar, bukankah sme bank atau bank2 lain ada menawarkan pinjaman untuk SMI yang mermelukan kilang dan tenaga kerja yang ramai berdasarkan permintaan produk en, begitu tinggi, en.ahmades hanya perlu mendapatkan respon sebanyak mungkin dari prospek yang merupakan bakal pelanggan en.ahmades. dalam erti kata lain, bank akan lebih yakin bila customer en.menempah atau memberi respon yang baik melalui bentuk bertulis kepada pihak en. rasanya tidak mendapat masalah unruk pihak syarikat membuat pinjaman selain bergantung kepada pelabur.

Ini berdasarkan pandangan atau pengamatan saya.silap dan salah harap dimaafkan.

Share this post

Link to post
Share on other sites

apa2 pun, aku doakan bisnes ni berjaya, sebab, takdelah risau sgt pasal halal, kalau susu ni dah ada kat market..

at least kita dah ada option untuk guna susu yg orang islam buat...

dok gitu??

Share this post

Link to post
Share on other sites

askum en.ahmades

Taniah en. adalah usahawan melayu yang berjaya menghasilkan formula bagi satu produk yang amat berpotensi tinggi dan sukar ditemui cuma disini saya menegur sekadar membawa pandangan saya sebagai salah seorang usahawan melayu.

1. Kurangkan kos

- en.ahmades, R40j digunakan untuk kos membuat kilang susu adalah permulaan yang kurang menarik. Sebagai usahawan en.ahmades perlu mengambil kira atau mengkaji balik perlu atau tidak untuk setup kilang sebanyak itu kerana pemikiran2 usahawan yang berjaya hanya menggunakan seminima yang mungkin untuk mengurangkan kos modal permulaan untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Dalam kes ini en.bleh rujuk kat Sme Bank, Mara atau badan2 lain spt Mardi ataupun Punb sebab diorang ini ada menyediakan kemudahan kilang atau tempat untuk memproses sesuatu barang2 perkilangan. Selain itu, penyewaan, pengunaan sewa atau beli boleh dibuat dgn mudah dan muraholeh badan2 tersebut sperti yang dilakukan oleh MARDI ataupun Mara.

2. Kewangan

- berdasarkan jumlah pelaburan yang begitu besar, bukankah sme bank atau bank2 lain ada menawarkan pinjaman untuk SMI yang mermelukan kilang dan tenaga kerja yang ramai berdasarkan permintaan produk en, begitu tinggi, en.ahmades hanya perlu mendapatkan respon sebanyak mungkin dari prospek yang merupakan bakal pelanggan en.ahmades. dalam erti kata lain, bank akan lebih yakin bila customer en.menempah atau memberi respon yang baik melalui bentuk bertulis kepada pihak en. rasanya tidak mendapat masalah unruk pihak syarikat membuat pinjaman selain bergantung kepada pelabur.

Ini berdasarkan pandangan atau pengamatan saya.silap dan salah harap dimaafkan.

terima kasih kerana memberi pandangan ini..

tetapi, jika kita hayati betul2, sudah pastilah angka RM40mill itu bukanlah sesuatu angka yg di kira simply like that. Sebaliknya, aku pasti think tank project susu ini telah pun mempunyai calculation sendiri.

Maybe benar bahawa kos itu perlu di kurangkan, namun, selagi belum tgk paper work serta project plan nya, maka, kita boleh meng andaikan bahawa projek ini terlalau mahal...tapi once dah tgk, barulah kita boleh kata mahal atau murah..

dari apa yg aku bayangkan, kilang ni akan bnyk mengunakan automation, ataupun robotic equipment untuk memudahkan oeprasi serta pembungkusan nya..mesti ada sebab kenapa perlu automation ataupun robotiks untuk projek ini...

dan apa yg aku nampak di sisni adalah, manusia yg boleh fikir sebuah formula untuk keluarkan susu yg lain dari yg lain ni, sudah pastilah dia ada buat homework yg bnyk sebelum publishkan perkara sebegini...

anyhow, thanks encik Zex kerana berkongsi pandangan.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Assalamualikum En Zex, saya amat berterima kasih dengan pandangan En Zex.

Tetapi, inginlah saya mengungkapkan kata mengapa RM 40J :-

1 : Kegagalan SME Bank untuk mengenalpasti kami sebagai berpontensi.

Saya, sebenarnya terkilan dengan sikap SME Bank yang pilih bulu didalam menguruskan pinjaman kepada usahawan. Mereka hanya akan meluluskan sesuatu pinjaman keatas projek sekiranya salah satu penama projek merupakan nama besar dalam dunia usahawan @ mendapat recommendation daripada kerajaan sendiri. Adalah teramat susah sekiranya sesuatu yang baru ingin dilaksanakan sekiranya perkara ini berlaku. Dalam erti kata lain atau bahasa kurang enak didengar, SME Bank hanya memberikan pinjaman kepada mereka yang dah kaya dalam bisnes. Bukannya kepada mereka yang memiliki idea bisnes yang ingin menceburi dunia bisnes.

Sebab itu, kami ingin membina infrastruktur kilang sendiri tanpa melibatkan pihak Bank mahupun institusi pinjaman lain. Kerana mereka tidak akan melayan permintaan kami disebabkan kami baharu nak memulakan perniagaan, bukannya telah lama bertapak dalam perniagaan.

2 : Perkilangan dengan status GMP, HACCP dan Halal

Perkilangan industri makanan merupakan aspek yang paling kritikal dari semua segi, terutamanya dari segi operasi penghasilan dan pembungkusan produk. Sesuai dengan kilang yang menghasilkan produk Halal, kami semestinya mahukan kilang yang bakal ditubuhkan menepati semua proses GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Point) dan juga menepati standard Halal. Halal bukanlah bererti penggunaan bahan-bahan menepati syariat Islam sahaja tetapi dari segi kebersihan operasi, kebersihan kawasan perkilangan serta semestinya kawalan mutu penghasilan produk itu sendiri.

Share this post

Link to post
Share on other sites

aku try tanya kat satu hamba Allah ni nanti..

BTW, kilang yg seperti kos kau katakan tu (RM40mill), tu sebulan kapasiti pengeluaran dia dlm avarage berapa ye?

pastu, berapa lama pulak untuk execute operasi (operasi dapat duit balik),selepas duit dapat di kumpul kan?

antara perkara yg kena pikir:

1) sumber bahan mentah.- dah secured ke contract supply bahan mentah tu? untuk berapa lama price bahan mentah tu dapat di berikan sehingga supplier decide nak bagi harga baru?

2) proses sijil halal, serta proses R%D untuk tarikh luput.

sorry bnyk tanya. hamba Allah yg aku nak jumpa ni memang bnyk tanya giler..

assalamualaikum warahmatullah....kepada semua... saya ingin memperkenalkan diri saya....nama saya mohd zaidi master mind dlm pojek nih...terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih atas semua komen yang tlh tuan2 berikan pada en ahmades....beliau nih kawan saya dan merupakan salah sorang daripada team nih...setelah banyak diasak dgn persoalan maka terpaksalah saya sendiri memperjelaskan permasalahn yg kurang terang....ok idea kilang nih timbul dah lama cumanya formula saya tak jumpa lagi so tak berani nak cakap dan satu lagi sebab kita nak produk makanan kalau boleh dikuasai oleh orang islam sendiri sebab pengguna paling banyak dalam malaysia nih org islam....saya pernah sembang ngan satu prof di salah satu u kat mesia nih dan dia pernah diminta untuk membantu kilang roti high 5 bagi memulihkan kembali sale selepas diserbu ppim ari tu....lebih kurang bila dia tanya taukeh kilang tu sale sebelum kena serbu kalau roti tu keluar 10 bungkus balik cuma 1 atau 2 bungkus saja...tapi lepas kena serbu tu keluar 10 balik 8 maknanya disini buyer yg 2 bungkus tu boleh jadi 1 kaum dia dan yg 1 lagi tu kaum kita yg tak ambik port langsung.

klang yang kami nak buat nih kami nak utamakan satu konsep pengilangan islam iaitu imp(islamic manufacturing practice)...so dalam imp ni kita bukan setakat nk benda yg kita buat ih halal tapi halal lagi baik(halalan thoiyiban)....

beza halal ngan halalan thoiyiban nih camnih...halal cam jakim buat tu syarat dia mestilah sekurang2nya dalam kilang tu ada 2 org pekerja muslim sahaja dan yg lebihnya lain2 bagsa dan ugama pun takpe...jadi saya terpikir kalaulah kat umah sebelum pekerja tu datang kerja dia main ngan anjing dia ker babi dia ker pastu datang kerja dia buat lak makanan kita....halalkah makanan kita ?

tapi konsep imp nih bukan takat barang kita tu jer kena halal orang yang ada dalam kilang tu pun terutamanya bahagian operasi kena berwudu` kalau batal kena keluar dan berwudu` semula....kalau pompuan yg datang bulan dilarang sama sekali masuk bhg operasi

sebelum memulakan kerja semua pekerja diwajibkan menunaikan solat dhuha

semua pekerja mestilah islam

muzik adalah dilarang sama sekali dalam kilang

tu lah serba sedikit tentang imp ni....tu salah satu sebab kos tinggi kerana untuk imp nih kena ada haccp gak

ok menjawap persoalan cekgureza kami andaikan dlam malaysia nih cuma 2.5 juta org saja akan membeli 1 tin susu sebulan dan kapasiti pengeluaran untuk 8 jam sehari adalah 120000 tin dan didarabkan dengan 24hari tu kalau 8 jam kalau kita adakan 3 shift....jawapan kira sendiri

ok tu kalau 2.5 juta org sebulan....cuba pulak cekgureza bayangkan dlam satu negeri ada tak 5000 gerai makanan....kita andaikan adalah 5000...cuba kira 5000 x 5 tin sehari dan katalah mereka nih berniaga cuma 20hari sebulan lepas tu darab pulak ngan 10 negerilah katakan dan anggaplah harga jualan kita cuma rm1.70 ...so jumlah jualan sebulan dalam rm12.75 juta darab dgn 12 bln dah dapat rm153 juta....setahun kalau investor nak balik pun kita berani bayar dah modal dia betul tak cekgureza

berbalik sumber bahan mentah...ni ler salah satu lagi sebab kita nak modal banyak tu so kita boleh p beli sendiri kat luar tak payah lagi pakai org tengah kat mesia nih yg kebanyakannya bukan org kita yg mana mereka nih selalu mainkan kita dengan harga yg tak tetap dan bekalan yg tak menentu

tentang persijilan lak rasanyer kalau imp tu standard dia lebih lagi dari halal jakim

susu tu lak boleh tahan 2 thn selagi tak bukak dan kalau bukak lak boleh tahan lama kalau tak tumpah dengan syarat masuk dalam freezer

ok rasa takat nih dulu....tuan2 bolehlah tanya lagi kalau tak paham...ingat yer tak paham angkat tangan.

==========ahmades reply============

Demikian tadi, reply panjang lebar dari team @ mastermind saya yakni En Zaidi. Sekiranya terdapat persoalan tambahan yang memerlukan jawapan dalam kadar segera, anda amatlah digalakkan untuk menghubungi beliau di talian 013-4121461 @ 016-4421461

Share this post

Link to post
Share on other sites

sy just nak nasihatkan kat sume... bnde ni dah biase.. brang islam la, nak tolong islam la, nak tegakkan ummah la,, lihat shja jai network, hto n len2.. nanti tgah jln, abes.. boleh ke cmpny biase amik depossit duet org?? better cmpany clearkan dlu ngan bank negara.. jgn nni bile dah tgah jln, tetibe ckp kene freezela.. apela.. so pk dlu ..even bnde ni btul pon..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Saya membaca nasihat Joul seakan-akan saya sedang menjalankan perniagaan MLM. Betul ke apa yang saya baca? Atau Joul tak teliti habis-habisan thread ini dahulu sebelum mengemukakan pendapat?

En Joul, ini adalah projek yang bakal ditubuhkan dari hasil invesment pihak pelabur. Bukannya syarikat yang telah diwujudkan pastu nak cari downline kat bawah. Apabila kita sebut "projek", ianya benda yang sangat abstrak kerana kewujudannya memerlukan ramai investor yang berani melabur jutaan ringgit didalamnya untuk membolehkan projek ini berjalan.

Kalau En Joul reply sekadar melihat dua-tiga isi dalamnih pastu terus nak baut andaian, saya berpendapat En Joul tak perlu nak reply, cukup sekadar menjadi pemerhati topik. Itu nasihat saya. Sebabtu saya selalu menegur warga putera supaya baca dulu thread bagi habis sebelum nak reply apa-apa. Kalau tak, dia kana jadi seperti sama seperti En Joul.

Share this post

Link to post
Share on other sites

saya tertarik dengan projek ini. boleh saya tau bagaimana strategi pemasaran yang akan dibuat. ini kerana jualan dibuat sehari adalah 250,000 tin dan bagaimana cara pengedaran dibuat

Share this post

Link to post
Share on other sites

Saya membaca nasihat Joul seakan-akan saya sedang menjalankan perniagaan MLM. Betul ke apa yang saya baca? Atau Joul tak teliti habis-habisan thread ini dahulu sebelum mengemukakan pendapat?

En Joul, ini adalah projek yang bakal ditubuhkan dari hasil invesment pihak pelabur. Bukannya syarikat yang telah diwujudkan pastu nak cari downline kat bawah. Apabila kita sebut "projek", ianya benda yang sangat abstrak kerana kewujudannya memerlukan ramai investor yang berani melabur jutaan ringgit didalamnya untuk membolehkan projek ini berjalan.

Kalau En Joul reply sekadar melihat dua-tiga isi dalamnih pastu terus nak baut andaian, saya berpendapat En Joul tak perlu nak reply, cukup sekadar menjadi pemerhati topik. Itu nasihat saya. Sebabtu saya selalu menegur warga putera supaya baca dulu thread bagi habis sebelum nak reply apa-apa. Kalau tak, dia kana jadi seperti sama seperti En Joul.

Assalamualaikum en. ahmades, saya betul2 tertarik n berminat dengan projek ni, saya tak kisah kalau nak invesment projek ni tetapi saya ada soalan:

1. berapa lamakah nak dapat dividen balik adakah kene tunggu duit cukup baru beri dividen investment

2. kenape tak buat satu perjumpaan rasmi dimana-mana tempat n terangkan benda ni

3. kenape tak buat koperasi saje kerana melibatkan ramai investor

4. bile projek ni akan dijalankan

5. kalau dah collect duit dari investor ada surat agreement ke tak

Share this post

Link to post
Share on other sites

Salam.. lama tak baca thread nie.

Sememangnya angka RM40 juta tu agak besar jugak. Jumlah perbelanjaan membina kilang bergantung juga kepada lokasi dan sumber lain seperti rekabentuk dan mesin2 yang terlibat. Satu persoalan yang bermain2 difikiran saya ialah mengapa perlu membuat projek ini secara besar2an secara permulaan. Kalau diikutkan, kita boleh menjimatkan kos dengan membina kilang yang sederhana sahaja dan tidaklah memakan belanja yang besar. Lagi pun strategi ini selalu digunapakai oleh jenama2 terkemuka dunia. Antara faktor yang boleh diambil kita ialah:

1. Penembusan pasaran. Kadang kala pasaran memang ada, tetapi untuk mendapat keyakinan pengguna (consumers) memerlukan masa dan tenaga yang banyak selain faktor pemasaran dan pengiklanan yang jitu.

2. Permulaan yang kecik tidak bermakna kita tidak boleh menambah kapaciti pengeluaran. Jika perniagaan bertambah baik dan jenama kita telah diterima pengguna, langkah seterusnya ialah expansion dan upgrade kilang sedia ada.

3. Dalam keadaan dunia yang tidak menentu, faktor pasaran tempatan yang menggunakan produk ini juga perlu diambil kira. Penjualan produk bergantung kepada jenis pengguna dan sifat2 yang ada pada mereka. Golongan sasaran inilah paling penting untuk kita kaji tingkahlaku berbelanja dan penggunaan mereka.

4. Faktor luaran perlu juga diberi perhatian dimana, produk kita juga memerlukan bahan2 mentah yang mungkin diimport dari negara luar. Persekitaran sosio politik antarabangsa ditambah dengan nilai tukaran wang juga adalah faktor peningkatan kos pengeluaran.

5. Persaingan dengan produk sedia ada dan produk pengganti juga amat penting dimana pengguna mahukan produk yang sudah sebati dengan mereka dan dipercayai. Dipasaran masa kini, memang banyak persaingan produk tenusu dan seumpama dengannya.

Sebelum memulakan sesuatu, elok kita buat analisis yang sistematik. Antara alat yang boleh digunakan seperti:

1 - SWOT Analysis.

2 - Cost/Benefit Analysia

3 - Decision Tree Analysis

4 - Force Field Analysis

5 - Grid Analysis

6 - Paired Comparison Analysis

7 - PMI (Plus Minus Interesting) Analysis

8 - Porter's Five Force Analysis

9 - Value Chain Analysis

10 - Six Thinking Hats

Saya berharap keputusan yang dibuat benar2 telah dikaji dengan teliti dengan sumber2 makllumat tepat dan dipercayai. Selain itu, penggunaan khidmat consultant yang berpengalaman juga adalah alternatif yang baik untuk melihat pandangan pihak ketiga (3rd party) berkenaan projek ini. :D

Edited by LanoG

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...