Jump to content
apple_hijau

Monsun.com

Recommended Posts

Assalamualaikum...

Saya nak share dengan u all semua pasal bende2 nih. Dis 2007 i ade beli pakej A(sistem callcenter + free bossmailer) harga pasaran RM5000 tapi dia diskaun sampai RM2500. Benda nih memang lama dah cari sebelum kenal mirsb lagi. bila dan jumpa, apa lagi terpengaruh lah. Mula2 tu free prebiu kat de palma shah alam pn nora ni cakap yang manis2 semua. tu yg tepengaruh tu. bila dah bayar rm2500 baru tau tembelang masa kurusu teknikal kat hotel grand season. mana taknya, kalau nak buat callcenter tu mesti ada modal untuk pengiklanan. bende tu melibatkan orang awam yang menggunakan hp kalau nak untung. kalau public taktau contest yang kita anjur, camne nak raih keuntungan. kos pengiklanan kat akhbar dan tv dahla mahal.

pasal boss mailer tu plak, depa kata boleh sedut email dari serata dunia dalam masa beberapa saat je berdasarkan keyword atau url yang kita taip. tapi aku punya, makooooiiii. adalah gak dalam sejam lebih... takbleh pakai langsung. rugi2...

bagi yang dah ada callcenter tu, aku baru dapat idea yang sistem tu pun bleh sewakan kat orang lain macam sistem monsun tuuu..

Contoh :

korang punya keyword MENANG hantar ke 33886.

Korang bleh sewakan kat sape2 dengan cara :

ON MENANG ALI

ON MENANG KERETA

ON MENANG MOTOR

ON MENANG HADIAH

macam yang pn nora bagi tau, ON tu main vendor dan MENANG tu subvendor. so, korang ubah jadi ON MENANG sebagai main vendor dan KERETA sebagai subvendor. selebihnya korang pikir sendiri. aku taknak bagi tau bulat2.

nasihat saya kepada anda semua :

benda ni dari segi profit memang wujud, tapi kena ada modal besar dan bukan setakat keluar modal untuk beli sistem tujer..

nasihat saya kepada mirsb :

tolooooonglah!!! kalau nak buat penerangan kat orang baru, tolonglah terangkan betul2 dan jangan sampai diri ni rasa macam tertipu..

by the way, aku nak jual aku punya callcenter tu. RM1300 je. boleh runding. so, kalau nak bleh email aku kat [email protected] dengan subject "Callcenter". dah malas dah dengan bende nih...

aku pon nak jual pakej centre ivip aku ni..murah je RM2000.sume lengkap ade i-gomobile, gateway2020, bossmailer, ivip, sms works, dan mobiweb. aku baru guna skit je..pm sy kt [email protected] / 0177557601

Share this post


Link to post
Share on other sites

klau nak belajar bisnes sms baik blajar kat irwan danill.... xpun beli ebook dia.... past up kursus dia.... x sampaipun 1 ribu kos dia

Share this post


Link to post
Share on other sites

Korang labur duit untuk belajar forex lagi bagus. Belajar sendiri, main sendiri. Kalau rugi, sendiri rugi. Tak boleh nak salahkan sesaper.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kat harian metro tu dah berapa ramai yang dah bungkus....

ada sape2 yang pernah mengiklan diorang punya callcenter contest kat harian metro?? kongsi cikit...

banyak jugak yang bungkusnya. nampaknya kena tunggu sampai semua orang terkena baru nampak tembelangnya. semakin galak mirsb membuat promosi lebih berlipat ganda hanya di harian metro dan juga tv3

Share this post


Link to post
Share on other sites

kesiannya... rasa tertipukan?? diorang lebih kepada lepas tangan bila dapat duit...

masa nak dapat duit, mukanya cukup berseri sebab akan dapat komisen jualan dari pakej2 yang PENIPUAN FLEKSIBEL yang telah ditawarkan oleh mirsb.

dah beli dengan harga yang mahal kemudian kena jual balik. siapa yang nak beli menda yang tiada fungsi dan mendapat review yang cukup negatif. mana bukti kejayaan yang mirsb nak tunjukkan kepada ramai orang?

Share this post


Link to post
Share on other sites

nasihat saya kepada anda semua :

benda ni dari segi profit memang wujud, tapi kena ada modal besar dan bukan setakat keluar modal untuk beli sistem tujer..

by the way, aku nak jual aku punya callcenter tu. RM1300 je. boleh runding. so, kalau nak bleh email aku kat [email protected] dengan subject "Callcenter". dah malas dah dengan bende nih...

Yg aku kesiankan.. ada org2 kg yg tak tau apa pasal IT beli pakej monsun nie.

Yg dalangnya selain dr diaorg adalah org² yg fanatik dgn monsun nie.

Diaorg nie akan masuk ke kampung2/felda2, bawa keratan harian metro yg ada keratan iklan monsun.

Pastu pegi dr rumah ke rumah dok jaja monsun nie.. "mai pakcik makcik.. nie peluang buat duit. kat paper ngan tv pun dh keluar nie" huhuhu.. antara ayat diaorg.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam semua,

Saya betul-betul simpati dengan orang melayu kita ni.. tgk program yang ada promosi boleh jadi kaya, terus ramai yang berminat nak join.. macam2 cara.. tapi konsepnya sama je, ambik duit yang berminat dulu.. lepas tu biarkan terkontang-kanting..

Bagi saya, monsun.com memang totally menganiayai orang melayu kita.. maafkan saya kalau saya ada yang terasa tetapi saya melihat sendiri peserta-peserta program ini yang bertungkus-lumus di exhibition dan ditempat awam yang berusaha mempromosikan produk monsun.com ini.. hakikatnya mereka bukan tahu sangat sebenar konsep e-commerce yang dipraktikkan di dunia sebenar.. adakah anda dapat bayangkan kalau anda dah terkena dengan program monsun.com dan selepas itu, mempromosikan kepada orang lain supaya anda balik modal? adakah berkat hasil anda itu?

Tujuan saya bukanlah nak kondem monsun.com tetapi caranya yang tak betul ini telah merosakkan industri IT yang kini berkembang di Malaysia. Saya sendiri menjalankan dua perniagaan Sdn Bhd, satu dalam IT yang mempunyai status MSC dan satu lagi dalam Printing & Advertising merasa kecewa kerana wujudnya syarikat bumiputera yang sebegini di Malaysia.. setahu saya syarikat yang membuat monsun.com tiada MSC Status Company pun.. maknanya tiadanya pengiktirafan dari MDec bahawa syarikat ini mempunyai pengetahuan IT yang secukupnya untuk membuat produk IT..

Apapun saya ingin meminta maaf kalau nukilan saya ini agak kasar sedikit cuma saya memohon bagi sesiapa yang terkena tu janganlah kenakanlah yang lain pula... tak baik.. ^_^

-Wassalam-

Share this post


Link to post
Share on other sites

nasihat aku, xpayah la korang beli ape2 pakej pon walaupon die jual 100 hengget.. igt senang ke nk cari pelanggan? semuanya melalui SMS beb.. korang beli sistem tu then dieorg cuma ajar care nk guna je. tuh pon x brape bagus sgt trainer dieorg. aku rase aku pon lg bagus kalo nak wat presentation untuk sistem sendiri.

pastuh cara nk dptkn pelanggan smua atas diri kita. so, bermakna kite kne kluar budget untuk buat pengiklanan.. duit lagik.. sistem je dah 5k, nk wat iklan lagik.. mmg mkn pasir la kan..

dah tu pulak, dieorg yg jual ni xtau secara mendalam pasal sistem ni. sistem yg dieorg jual sgt la lemah dr segi mesra pengguna. once ko silap, ambil mase 3 bulan untuk ko betulkn semuanya. kata semuanya guna teknologi, tapi knapa ambil mase 3 bln nk make changes? pelik x? dieorg ni ibarat org tengah je yg tlg jual sistem, kite ni cuma mangsa keadaan..!

kesimpulannye, semuanya sangat2 x guna! fullstop!! aku salah sorg mangsa yg tertarik dgn i-go n bossmailer. kpd mamat thread sblm ni yg beria sgt bising org kutuk monsun tuh, bawak2 la tutup mulut sblm hang aku kutip sbb support sgt mende karut marut yg menindas manusia2 susah di malaysia ni. jgn kata smua sistem tu x start.. SEMUA SISTEM TU DAH WUJUD DAN SEDANG DIPASARKAN K.. BE ALERT UNTUK BACKUP SESUATU BEFORE YOU HAVE THE RIGHT FACT!

kpd warga putera, aku masih x puas ati lagik dgn luahan hati aku ni.. kite bersambung di episod yg akan datang..

wasalam.. smoga tuhan je yg membalas perbuatanmu manusia..

Edited by luv

Share this post


Link to post
Share on other sites

haaa... ada sambungan lagi punya cerita. mana lagi geng yang terbaru yang dah join. kita tengok macam mana reaksi penipuan monsun biz, penipuan mirsb dengan website tengah upgrade www.mirsb.com dan site monsun biz yang tiada bermaya. ada sesiapa yang dah berurusan melalui website monsum?

mana yang nak sokong mirsb sila ke depan berikan fakta yang sebenarnya jika dah berjaya. jika belum berjaya anda lihat sendiri luahan perasaan mereka yang terkena?

tak mau jawab ke mirsb? takkan sibuk kira duit aje?

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau modal setakat RM500 tu takde la org nak bising sgt kena kencing pun. nih rm50k, mau tak menggelupur owner2 tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aslmkum smua, sya pun nak bkgsi skit hal ni..sya ada jgk sertai pakej callcentre harga dpt rm2500.so sblum sya join tiada penerangan yg cukup detail yg diberikan pihak mirsb alasannya kena hadiri kursus teknikal..da la kursus kena byr mula2 kata percuma.kat sini sya da trpikir benda ni ada something wrong..

lpas pg kursus sya x sngka plak yg peserta akan menggunakan modal yang lebih byk lg untuk tujuan promosi program yg akan dianjurkan..

promosi plak kena bt di media masa da tentu kos terlalu tggi sedangkan pulangannya belum tentu

dan lagi satu setiap sistem belum tentu boleh digunakan sepenuhnya..mesti ada masalah..

nasihat sya yg rasa nak mula sertai programe pikirla byk kali exspecilay yg nak kuar modal lbh rm10k tu

jgn menyesal kemudian hari..baik duit tu bt melabur...

Share this post


Link to post
Share on other sites

hye..

ada satu promotion pasal virtual property di akhbar2 dan tv baru2 nih

details:

modal - RM 50,000

dapat - 20,000 lot

- 3 call centre

- 1 payment gateway

- 1 bossmailer

caranya..kite beli the property yg mengandungi 20,000 lot tuh

then kite kene cari penyewa n sewa dia RM 50 sebulan

so, RM 50 x 20,000 lot = RM 1,000,000 per month <<< dikatakan bleh dpt sampai byk ni lah

dia punye concept sama cam ebay

SO, nak minta sangat sangat pertolongan/nasihat/bantuan dari sesapa je kat cni yg tau/arif pasal bende nih. sbb sy mmg bercadang nk beli if bende ni betul2 genuine (tiada unsur2 penipuan). sy ni takdelah buta it, tp tak jugak tau istilah2 internet ni sgt.

so, PLEASEEEE. I really really really desperately need help in this matter. Thank you.

Yg korang caya benda2 ni buat apa. Semenjak dia promo email sampah bossmailer dia org tu aku terus anti dgn program mirsb ni.

Sebenarnya nak bisnes e-dagang ni bukan susah. Aku dulu start bis internet ni kurang RM100 je... tapi brg2 aku dah sampai kat us, uk, australia & neg2 eropah. Tapi majoriti aku punya customer datang dari uk. Pasal aku bukak kedai kat ebay.co.uk. Lagipun ebay ni dah terkenal di seluruh dunia & para pelanggan yakin. Walaupun income aku dari ebay ni takat rm3k je bln2, tapi aku tak menipu & kena tipu. Taklah macam mrcb ni, harap gempak je boleh jadi jutawan tapi hampas!

Korang perasan tak? iklan2 mobile income yg ada kat harian metro tu, terdapat beberapa kompeni yg berlainan & bersaing antara mereka utk merebut pelanggan. Bukan setakat kompeni cik nora tu je, tapi ada 3-4 lagi yg lain.

Dan yang bestnya dia punya cawangan kat tempat aku ni pun dah terkubur! Kesian tak tahu berapa banyak modal dia yang dah lebur.

Edited by PenganggurTerhormat

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...