Jump to content
anuarkhairy

Ternak Udang Galah

Recommended Posts

Assalamulaikum,

Saya ingin tahu mengenai ternakan udang galah secara 'kotak' atau secara kecilan seperti dibelakang rumah.

Adakah ianya boleh dilakukan? Jika boleh, sudikah anda memberi tunjuk ajar kepada saya? Memandangkan kos yang mungkin tinggi bagi orang seperti saya yang masih bekerja dipejabat, saya memilih untuk mencuba secara 'kotak' utk ternakan udang galah ini.

Mungkin idea saya ini memberi peluang kepada orang lain yang berkeinginan menternak udang galah secara 'kotak' tercapai. Tidak salah rasanya jika kita mula secara kecilan.. :P

Mungkin ada forumer disini yang arif tentang penternakan udang galah secara kormersial/berteknologi tinggi. Terus terang saya jelaskan yang saya tidak mampu utk menyediakan tapak/kolam atau kawasan apatah lagi yang berkaitan dgn teknologi berkaitan.

sekian dahulu terima kasih.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Salam...

Saya adalah usahawan teknologi dan sedang mengusahakan projek AUTOMATED FISH/PRAWN FARM.Projek ini untuk orang/usahawan mcm anda yg berminat utk menceburi tenakan secara kecilan/besar mengunakan teknologi ICT dan automasi.Status projek saya ini dalam penilaian pengunaan haradware dan software yg sesuai dengan perlaksanaan secara automated dengan kos yg murah.berikut adalah kronologi projek dan objektifnya

System parameter

DO

TEMPERATURE

PH

AMMONIA

NITRATE

SANILITY

ALKALINITY

WATER LEVEL

WATER RATE

Semua parameter ini harus dinilai melalui sensor bagi setiap parameter diatas.Tujuannya bagi mengawal mutu air yg sesuai bagi ternakan samada airtawar atau masin.System ini sesuai bagi pengunaan ternakan air masin/tawar dan perlu disesuaikan mengikut jenis ternakan yg kita hendak lakukan.

Automatic Control

feedback dari parameter diatas untuk mengawal mutu air secara automatic dan PC mengawal tindakan yg sesuai bagi mengatasi parameter yg tidak mengikut julat.

Contoh sensor memberi bacaan tahap oksigen rendah didalam tangki ternakan,setting awal melalui software membaca data rendah..maka PC akan keluarkan arahan supaya menghidupkan pump oksigen secara automatic dan bekalkan pd tangki yg kekurangan oksigen tadi.

Apa yg saya paham adalah setiap jenis penternakan ikan/udang memerlukan parameter air yg berlainan.Info ini hendaklah kita dapatkan melalui agensi/universiti yg berkaitan.

Jenis Sistem Penternakan yg saya gunakan adalah RECIRCULATING AQUACULTURE SYSTEMS.Sila cari lebih lanjut sistem jenis ini melalui internet.

Kebaikan sistem ini.

Kadar ternakan hidup adalah 80-90% dibandingkan teknik konvesional 40-60%.

Ternakan tidak memerlukan ruang yg luas.Konsep indoor.

Tidak memerlukan manpower.Sistem dijalan secara automated.Hanya beri makan sahaja pada ternakan.

Pada peringkat awal saya bangunkan sistem automated dulu untuk menjaga mutu air.selepas itu baru bangunkan sistem berik makan ternakan secara automated jugak.

Status projek saya sekarang dalam pemilihan jenis controller,comunication method,sensor,pump,valve dan layout bagi prototype.Sistem ini saya pasang dan bangunkan di sebuah Inkubator Teknologi.Akan dimulakan pada April/May nanti dan dijangka siap bulan JUNE/JULAI 08

Saya memerlukan input/idea yg ikhlas bertujuan supaya sistem ini dapat memberikan kebaikan kepada semua yg berminat.Masalahnya sekarang adalah kos perlaksanaan dimana pengunaan hardware/software perlu menepati kos yg rendah.

Agensi kerajaan/bank ada menawarkan skim pinjaman/geran bagi membiayai projek ini dimana saya adalah pembekal kepada entire sistem ini.

ini adalah contoh system yg telah dilaksanakan di Taiwan http://edk753.myweb.hinet.net/aboutme.html

Kaedah ini telah lama ada di US,Swedeen,Finland dan negara maju yg lain.Masalahnya ialah,Kos kseluruhan amat tinggi.Anda bole periksa sendiri.Di Malaysia,saya telah berjumpa dengan berbagai agensi kerajaan yg berkaitan dan maklum balas adalah baik dari mereka.TIADA SISTEM SEUMPAMANYA BERSKALA KECIL/SEDERHANA DIBUAT MENGUNAKAN KAEDAH AUTOMATED. Di Sepang,Sabah,Kedah dan beberapa tempat lain ada sistem automated ini,TETAPI berskala besar dan memerlukan modal lebih 1JUTA.

Saya berharap,melalui idea ini mendapat sokongan dari anda dengan konsep kos rendah AUTOMATED FISH/PRAWN FARM ini.Saya perlukan idea dan pandangan anda semua.

MOHD ARIF

PUNCAK INDEROLAK SDN BHD

Share this post

Link to post
Share on other sites

aku sokong ko 100%, jadi apa ko perlukan untuk mereliasasikan projek ko. klu bende ni jadi kita leh ternak ikan/udang kat dalam bangunan kedai dan kita leh wat lepas balik dari keje.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Saya juga sangat bersetuju. Memang sedang merancang untuk buat ternakan udang galah ni secara indoor. Ini kerana, tiada tapak untuk membuat kolam, tiada modal yang besar untuk menternak secara besar besaran dan tiada pengalaman. kalau asyik ikut kan saja perkataan 'tiada' tu, maka memang tak buat la. Sedang merancang untuk menternak dalam tangki (secara indoor). Tu yang dok mencari info. Tetiba plak jumpa forum ni kat google. Bagus juga perbincangan macam nih. Ada sesapa lain yang merancang untuk buat secara indoor ke ? mungkin boleh develop society dan saling berkongsi pendapat.

Kalau ada yang berminat untuk tukar² pandangan, sila email ke

[email protected]

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...