Jump to content
gcloud

Video Editing

Recommended Posts

Ok Saya rasa elok saya buka satu ruang baru mengenai video editing sebab yang sebelum ini sudah terlalu panjang. Namun begitu anda boleh menyemak soaljawap yang lepas terutama di:

http://forum.putera.com/tanya/index.php?showtopic=973

Sesiapa pun boleh bertanya atau menjawab setiap soalan. InsyaAllah jika saya mampu, saya akan turut menjawap soalan yang dikemukakan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

gcloud, saya rasa kita perlukan satu subforum khusus utk membincangkan hal berkaitan dengan video editing, kalau sedara ingin menjadi moderator, saya boleh tolong usulkan hal ini kepada admin?

Share this post


Link to post
Share on other sites

setuju kalau ada subforum khas video editing sebab banyak topik kat sini bincang pasal video editing ni.

*Sound & Video Editing

Edited by fizdane

Share this post


Link to post
Share on other sites

mengapa selepas sesuatu video tu di edit kualiti gambarnya menurun(makin tak cantik) selepas diburn. Atau pun memang cam tu.....????? Aku guna windvd creator.

Share this post


Link to post
Share on other sites

gcloud, saya rasa kita perlukan satu subforum khusus utk membincangkan hal berkaitan dengan video editing, kalau sedara ingin menjadi moderator, saya boleh tolong usulkan hal ini kepada admin?

Saya juga setuju satu subforum khusus untuk video editing sebab peminat video editing boleh boleh terus merujuk ke subforum ini. Mengenai menjadi mod tu saya rasa sesiapa pun boleh jadi. Saya akan cuba menjawap soalan jika mampu. Terima kasih tentang usul/cadangan saudara.

Edited by gcloud

Share this post


Link to post
Share on other sites

mengapa selepas sesuatu video tu di edit kualiti gambarnya menurun(makin tak cantik) selepas diburn. Atau pun memang cam tu.....????? Aku guna windvd creator.

Sebenarnya banyak sebab mengapa punca kualiti video menurun.

1. Ia berlaku semasa proses capturing. Kalau boleh capture pada resolusi video yang tertinggi. Ini mengelakkan kesan penurunan quality gambar yang teruk jika anda convert ke format lain terutama VCD. Sebagai contoh capture pada resolusi 720x576 dan bitrate antara 6mbps - 8Mbps jika anda capture dalam format Mpeg 2 (DVD). Tetapi yang terbaik capture dalam for DV (avi.) tetapi bergantung kemampuan system PC anda.

2.Gunakan perisian yang baik. Dari pengalaman saya bukan semua video editor mempunyai video encoder yang baik. Walapun mempunyai interface atau ciri-ciri editing yang baik tetapi bila bab encoding banyak yang kurang berkualiti. Maksudnya editor yang baik tetapi encoder yang kurang berkualiti. Itu sebabnya bila anda convert ke format lain cth VCD gambar begitu teruk berpetak dan sebagainya. Saranan saya jika anda ingin mengedit video gunakan software seperti Pinnacle Studio 7/8/9 atau ulead videostudio, ulead MediaStudio Pro 7. Ini kerana ia merupakan editor dan encoder yang baik Atau gunakan Tsunami Mpeg Encoder jika anda menggunakan sumber DV

3. Kita harus faham apa output terkhir kita. Maksudnya apakah format yang hendak kita buat. Kebanyakkannya dari kita memilih format VCD untuk final output. Format ini membolehkan video selama lebih kurang 1 jam 10 minit di masukan ke dalam CD. Sebenarnya apabila kita convert ke VCD kita telah mengurangkan saiz video tersebut sebanyak lebih kurang 50 kali dari saiz asal supaya dapat dimuatkan dalam satu CD. Jadi itu sebabnya gambar amat berbeza dengan sumber asal. Sila semak penjelasan saya mengenai VCD.

http://forum.putera.com/tanya/index.php?showtopic=973&st=51

Jalan yang terbaik ialah (jika boleh) ouputkan format video anda ke DVD. Kerana kadar mampatan tidaklah setinggi VCD dan qualiti gambar lebih baik.

4. Jangan gunakan CD burning software untuk encodekan video anda. Sebagai Contoh Nero Burning . Nero merupakan burning CD/DVD yang baik tetapi ia bukan lah video encoder yang baik. Jika anda ingin burn ke VCD formatkan video anda terlebih dahulu ke format VCD (mpeg 1 ) dan baru gunakan Nero atau apa-apa burning software untuk burn VCD anda. Satu lagi pastikan video yang hendak di burn benar-benar mengikut spesifikasi sesuatu fomat video. Jika sumber asal dalam bentuk PAL final output hendak PAL. Jika anda ingin gunakan Nero untuk Burn VCD pastikan file mpeg 1 (VCD) menepati spesifikasi VCD. Kalau tidak Nero akan Re encode (meng"encode" semula) file video anda. Jadi gambar menjadi lebih buruk.

Saya harap penjelasan saya dapat membantu.

Edited by gcloud

Share this post


Link to post
Share on other sites

gcloud, tima kasih diatas penjelasan panjang lebar saudara....

susah jugak cam ni... saya dah baca penjelasan saudara tentang apa itu vcd...

memang tak cantik jugak gambar kalau burn ke vcd...

nanti cuba guna format dvd lak.... ok.. tq... smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

tima kasih diatas penjelasan saudara...

susah gak camni.... saya dah baca tentang apa itu vcd...

memang gambar tu akan jadi tak cantik jika kita guna format vcd...

nanti saya akan cuba buat dalam bentuk dvd pulak....

tq.... smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

tima kasih diatas penjelasan saudara...

susah gak camni.... saya dah baca tentang apa itu vcd...

memang gambar tu akan jadi tak cantik jika kita guna format vcd...

nanti saya akan cuba buat dalam bentuk dvd pulak....

tq.... smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ok Saya rasa elok saya buka satu ruang baru mengenai video editing sebab yang sebelum ini sudah terlalu panjang. Namun begitu anda boleh menyemak soaljawap yang lepas terutama di:

http://forum.putera.com/tanya/index.php?showtopic=973

Sesiapa pun boleh bertanya atau menjawab setiap soalan. InsyaAllah jika saya mampu, saya akan turut menjawap soalan yang dikemukakan.

tanya donk, ada yang punya [biskut tawar] atau serial number Audio Editor Pro 1.45, biasa buat edit mp3 gitu,

pls dech

Hermansyah

Share this post


Link to post
Share on other sites

tanya donk, ada yang punya [biskut tawar] atau serial number Audio Editor Pro 1.45, biasa buat edit mp3 gitu,

pls dech

Hermansyah

Boleh tanya soalan biskut kat sini...? pelik bin ajaib..

Edited by thunder

Share this post


Link to post
Share on other sites

memandangkan sekrg ni musim kawin(cuti sekolah)..aku dah x menang tangan nak wat video editing nih..selalu sebelum ni aku buat vcd jer..tapi ada plak customer yg suruh wat dvd..ayoo..camna nak wat dvd ni?..aku x pernah buat la..

so aku list down hardware + software yg aku biasa pakai..hara2 mr gcloud leh komen skit setup system aku ni ok ker tidak

hardware

amd xp1800

abit nf7-s

maxtor 40GB 7200 (windows+backup)

maxtor 80GB 8mb 7200 (unutk buat editing)

pinnacle studio av/dv version9 capture card

512 ddr 400 dual channel

liteon cdwriter

nec dvd writer

rad9600xt

software

pinnacle studio 9

Tsunami Mpeg Encoder

nero burning rom

codec-huyffv

setakat ni kualiti vcd oklaa.. xde la nampak pecah.. cuma kurang sharp skit

soalan 1- camna nak tingkatkan sharp gamabr tu (vcd)

satu lagi..pasal projek DVD

method yg dah dicuba.. capture dlm format dv

lepas tu edit pakai pinnacle software..

pastu encode ke format dvd guna Tsunami Mpeg Encoder

pastu nak burn pakai nero..

masalahnya.. nero tu x detect dvd writer sebab dvd writer tu

di 'map' dari pc lain melalui network..

so interface untuk buat dvd dlm nero xde...

pastu cuba write dari pc yg ada dvd writer tu...

masalah nya.. aku x paham apa fiel yg patut didragkan ker dvd writer tu..

setau aku dvd cuma ada 2 files video_ts dan audio_ts...

soalannya kat mana nak drag kan files yg dah siap tu..??

satu lagi...naper files aku tu jadik besar sgt..sampai 3.4GB.. video cuma

50 minit jer...secara teorinya kalau dvd format.. 60min dvd format dlm 2.3 gb shj

harap2 cik gcloud dpt tolong...ma kacih...

ada banyak lagi nak tanya nih..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Soalan dari Ayarx:

Tentang system PC tu saya rasa tak ada masalah.

soalan 1- camna nak tingkatkan sharp gamabr tu (vcd)

Sebenarnya ketajaman gambar juga bergantung pada sumber asal. Jika anda capture dari sumber DV gambarnya lebih sharp bebanding jika anda capture dari sumber VHS atau hi8 dan sebgainya. Jika anda encode VCD anda dari sumber DV(avi) menggunakan Tsunami Mpeg terdapat satu fungsi "filter" di mana anda boleh "sharpen" video anda. Namun jangan keterlaluan menggunakan filter ini sebab hasilnya kurang menarik. Di Pinnacle juga terdapat satu fungsi untuk sharpen kan video anda. Namun anda harus faham resolusi VCD telah dikurangkan sebanyak separuh dari sumber asal dan bitrate juga agak rendah. Jadi agak mustahil untuk mengekal ketajaman seperti sumber asal.

satu lagi..pasal projek DVD

Jika DVD writer berada di PC yang lain maka tiada jalan lain anda terpaksa tranfer kan fail mpeg tersebut ke PC tersebut samada melalui network atau pindahkan DVD-writer ke PC di mana anda membuat kerja-kerja editing.

Seperti VCD terdapat satu sistem fail khas membolehkan vcd player mengenal CD tersebut adalah VCD. Selalunya fail mpeg1 akan ditukar ke .dat sebagai contoh avseq01.dat. Fail ini tidak mengurangkan/menambah qualiti vcd cuma ia hanya menukar/menambah pada "header" fail mpeg tersebut supaya player faham CD itu adalah VCD.

Begitu juga dengan DVD, fail mpeg 2 anda perlu ditukar kepada fail lain supaya DVD player anda faham disk terebut adalah DVD. Ini juga di panggil multiplexing dan fail mpeg 2 anda ditukar kepada cthya : VTS_01_1.vob. Disebabkan struktur DVD agak berbeza dengan VCD jadi itu sebabnya anda tidak boleh drag terus mpeg2 anda terus ke CD/DVD burner cthnya Nero. Ini kerana DVD mempunyai fungsi tambahan seperti subtitle, audio, menu dan sebagainya yang mesti dimasukkan sekali sebelum anda burn ke DVD . Sebelum saya menerangkan cara penyelesaian sila semak penerangan apa yang perlu ada dalam DVD folder (courtesy "www.videohelp.com)

DVD File/Folder Structure

Explanation:

. BUP = Backup files of the IFO files.

. IFO = The IFO files includes information such as chapters, subtitle tracks and audio tracks.

. VOB = The VOB files contains the actual video,audio,subtitles and menus.

Folder Files Explanation

AUDIO_TS (undefined) DVD Audio

VIDEO_TS VIDEO_TS.BUP

VIDEO_TS.IFO

The first video play item, IFO, usally a copyright notice or a menu

VIDEO_TS.VOB The first video play item, VOB

VTS_01_0.BUP

VTS_01_0.IFO Title 01, IFO, usually the main movie

VTS_01_0.VOB Title 01, VOB 0, the menu for this title

VTS_01_1.VOB Title 01, VOB 1, the video for this title

VTS_01_2.VOB Title 01, VOB 2, if larger than 1 GB it will be splitted into several vobs

VTS_01_3.VOB Title 01, VOB 3

VTS_01_4.VOB Title 01, VOB 4, up to 10(0-9) VOB files if necassary

VTS_02_0.BUP

VTS_02_0.IFO Title 02, IFO, usually movie extras

VTS_02_0.VOB Title 02, VOB 0, the menu for this title

VTS_02_1.VOB Title 02, VOB 1, the video for this title

VTS_xx_x.BUP

VTS_xx_x.IFO And so on

VTS_xx_x.VOB

VTS_xx_x.VOB

VTS_99_9.VOB Up to 99(1-99) titles with max 10(0-9) VOB files each

Inilah contoh DVD struture dalam satu-satu DVD video.

Untuk create DVD folder anda perlu install "DVD authoring software". Ini kerana authoring software akan create DVD folder yang mengandungi fail-fail di atas tadi sebelum anda burn ke DVD. Hampir semua DVD authoring software boleh terus burn ke DVD. Antara DVD authoring yang popular adlah seperti berikut

Ulead DVD Factory 3

Ulead DVD Workshop (Sangat baik tetapi agak mahal)

Adobe Encore 1.5

... dan banyak lagi.

Cuma untuk permulaan saya sangat menyarankan anda menggunakankan Ulead Dvd Factory 3 kerana ia mudah digunakan. Terdapat fungsi chapter/menu yang boleh anda tambah pada DVD anda juga anda boleh direct burn ke DVD. Dan jika anda telah mahir dan berkemampuan anda boleh menggunakan ulead DVD Workshop 2 atau Adobe Encore kerana terdapat fungsi professional untuk menghasilkan DVD. Jika anda ingin menggunakan Nero Burning untuk burn DVD anda perlu create DVD folder terlebih dahulu. Dalam makna lain fail mpeg 2 anda perlu di "multiplexing" kan terlebih dahulu. Apabila anda create dvd folder terdapat dua folder akan terhasil pertama folder "VIDEO_TS" yang mengandungi fail-fail di atas dan satu lagi AUDIO_TS selalunya folder ini kosong sahaja.

Jika anda menggunakan NERO untuk burn DVD open folder DVD "VIDEO_TS" dan dragkan semua fail yang ada di dalam folder ini dan barulah nero akan burn DVD anda. Jika anda menggunakan DVD authoring software anda boleh burn mpeg2 anda terus ke DVD kerana authoring software telah create DVD folder secara background.

satu lagi...naper files aku tu jadik besar sgt..sampai 3.4GB.. video cuma

50 minit jer...secara teorinya kalau dvd format.. 60min dvd format dlm 2.3 gb shj

Ok ini di sebabkan anda encode DVD format pada bitrate yang agak tinggi dan mungkin pada constant bitrate: Contoh mungkin anda encode pada 8mbps CBR (constant bitrate). Untuk pengetahuan anda semua untuk bitrate ini DVD (4.7g) hanya boleh menampung lebih kurang sejam 10 minit dan bitrate ini selalunya digunakan oleh DVD movie hollywood dengan menggunakan DVD9 (dual layer).

Cadangan: Gunakan bitrate antara 5mbps hingga 7 mbps. Satu lagi gunakan viarable bit rate (VBR). Ini kerana encoder akan secara otomatik memilih bitrate yang sesuai mengikut secene dalam sesutu video. Satu lagi kadar sampling audio, Jika anda menggunakan kadar samling 512kbps ia adalah sangat tinggi dan memakan ruang DVD anda jadi adalah paling sesuai gunakan di antara 192kbpshingga 384kbps. Cadangan saya gunakan kadar sampling 224kbps.

Saya harap keterangan saya apat membantu jika ada apa-apa pertanyaan email saya di [email protected] atau tel: 017-5750615

Semoga berjaya.

Edited by gcloud

Share this post


Link to post
Share on other sites

thanks gcloud.. baru la ada paham sket2..

igt nak try dulu guna ulead dvd factory..

cuma ada beberapa kemuskilan.

1- x jumpa pun function sharpen dlm pinnacle tu.

2- ada banyak setting dlm Tsunami Mpeg Encodern yg x tau..

belh x terang skit.. yg sy tau guna hanyalah sharpen dengan

color correction.

3- dvd authoring software tu ada sekali ker function untuk edit/render/encode...atau hanyala semata2 untuk author sahaja.

thanks

Share this post


Link to post
Share on other sites

1- x jumpa pun function sharpen dlm pinnacle tu.

Sebenarnya fungsi sharpen dalam pinnacle bukan seperti dalam Tsunami Mpeg. Ia sebenarnya satu filter semasa kita hendak covert ke VCD. Apa yang perlu anda buat adalah "disable"kan filter (Filter Video) ini.

user posted image

Caranya select Make Movie---->MPEG---->Settings-----Make Mpeg Files----->

under Presets----->pilih VCD kemudian under Preset juga pilih Customs dan unchecked pada Filter Video seperti dalam gambar di atas dan create mpeg 1 anda. Option ini saya rasa hanya sesuai untuk VCD sahaja. Kalau anda create DVD atau avi option ini tidak perlu. Option ini sebenarnya memberikan sedikit "blur" pada VCD anda untuk mengurangkan kesan "block" pada vcd. Jadi cuba disablekan option filter ini untuk sharpen kan sedikit video anda.

2- ada banyak setting dlm Tsunami Mpeg Encodern yg x tau..

belh x terang skit.. yg sy tau guna hanyalah sharpen dengan

color correction.

Pasal setting Tsunami Mpeg tu saya rasa terlalu panjang untuk saya terangkan di sini. Namun anda boleh menyemak link mengenai setting Tsunami Mpeg dibawah:

TMPGEnc Settings (Video) (courtesy www.digvid.info )

3- dvd authoring software tu ada sekali ker function untuk edit/render/encode...atau hanyala semata2 untuk author sahaja

Selalunya ada tetapi tidaklah se"complete" yang ada dalam perisian yang memang khas untuk editing. Biasanya di dalam authoring terdapat option seperti capture video, trim. Cthnya jika anda capture dalam format dv(avi) dan ingin burn ke vcd/dvd, authoring akan convert (render) format DV anda itu ke mpeg 1/2. Anda juga boleh "trim" mana-mana bahagian yang tidak dikehendaki (bergantung pada satu-satu authoring software).

Semoga dapat membantu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

satu lagi bro gcloud, semasa process capture pakai analog..ada tak function sharpen dlm pinnacle studio tu...sebab tgk dlm manual ada dia tunjuk..

tapi bila pakai xde plak..yg ada cuma untuk brightness,contrast dan colour...

muskil gak....

Share this post


Link to post
Share on other sites

satu lagi bro gcloud, semasa process capture pakai analog..ada tak function sharpen dlm pinnacle studio tu...sebab tgk dlm manual ada dia tunjuk..

tapi bila pakai xde plak..yg ada cuma untuk brightness,contrast dan colour...

muskil gak....

Assalamualaikum, Saya rasa belum terlambat saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin kepada semua warga putera.com.

Mengenai fungsi sharpen semasa capture analog di dalam pinnacle saya minta maaf kerana tidak dapat menjawap secara pasti mengenai soalan tersebut. Ini kerana saya tidak pernah capture sumber analog menggunakan pinnacle.Kalau saya capture menggunakan Pinnacle hanyalah untuk format DV (dari MiniDV tape)atau D8/Hi8/8mm dengan menggunakan kamera digital 8 Sony. Saya hanya menggunakan premiere untuk capture analog source dengan menggunakan matrox RT.X100.(hardware). Ini kerana semua process seperti colour balance, sharpen, effects dapat dilakukan dengan realtime dengan menggunakan matrox RT.x100 bersama premiere.

Memang betul kata saudara tidak terdapat fungsi sharpen semasa capture analog source walaupun terdapat dalam manual. Jadi untuk menjawap soalan tersebut saya cadangkan saudara menghubungi support center di pinnaclesys.com. Kadang kala untuk fungsi-fungsi tertentu di dalam Pinnacle Studio kita perlu membayar untuk fungsi-fungsi tambahan (add-ons), effects dan sebagainya. Jadi kemungkinan (kalau tidak silap saya) mungkin fungsi sharpen semasa capture analog mungkin hanya terdapat dalam add-ons yang perlu kita bayar untuk mendapatkannya. Harap dapat membantu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

selamat hari raye gak kat sume.

wahh..

nampaknye ko dah conqure abih sume topic video editing ni.

bagus la kalau dah ade yg boleh handle bab ni.

puteranetwork,

aku sokong kalau ko bawak usul tuk bukak satu subforum 'video editing' dan gcloud leh jadi mod nye.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku baru mula dalam bidang editing ni dan bercadang nak membeli video capture card.Aku ada tengok ada card yang harga sampai 5-6K dan ada yg bawah 1K.Kalau tak salah aku yg 5-6K tu tu disertakan sekali dengan adobe premier 6.5.Boleh bagi cadangan tak kad mana yg ok untuk beginer macam aku?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku baru mula dalam bidang editing ni dan bercadang nak membeli video capture card.Aku ada tengok ada card yang harga sampai 5-6K dan ada yg bawah 1K.Kalau tak salah aku yg 5-6K tu tu disertakan sekali dengan adobe premier 6.5.Boleh bagi cadangan tak kad mana yg ok untuk beginer macam aku?

Sebelum anda membeli capture card ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian:

1.Format kamera yang anda gunakan sekarang (MiniDV / DVCpro/ Digital 8 /Digital Beta / Beta/ Hi8/ 8mm /Super VHS / VHS / C-VHS).

2.Sumber asal video yang hendak di capture. Kalau anda ingin capture sumber dari (Beta /Hi8/ 8mm /Super VHS / VHS / C-VHS) ianya adalah sumber analog maka capture card anda perlu menyokong fungsi capture dari sumber analog. Jika sumber asal anda dari format digital seperti (MiniDV / DVCpro/ Digital 8 /Digital Beta) anda hanya perlu memasang firewire card / IEEE1394/I-link (nama berbeza tapi benda yang sama) beserta cable 4 to 6 pin.

3.Quality video yang di capture terutama hasil capture dari sumber analog.

4.Budget anda.

Jika anda menggunakan Sony Digital 8 adalah memadai dengan memasang firewire card / IEEE1394/ I-link beserta cable 4 to 6 pin. Ini kerana kamera jenis ini menyokong format digital (digital 8) serta mempunyai built in video coverter yang mana sumber analog seperti hi8 dan 8mm akan di "digitized" secara otomatik ke format digital (DV - avi) dan di tranfer ke PC melalui firewire atau ke format lain (bergantung kemampuan capturing software yang anda gunakan).

Jika anda ingin capture dari kedua-dua sumber digital dan analog adalah perlu anda memilih capture yang meyokong kedua-dua format video - digital/analog. Mungkin harga agak mahal sedikit tapi ia memberikan keselesaan pada anda jika anda ingin capture video tanpa memasang capture card yang berasingan. Jadi anda boleh covert video anda dari pita video (cth VHS) dan MiniDV dengan menggunakan satu card sahaja. Saya sangat menyarankan anda membeli capture card jenis ini. Terdapat juga motherboard / graphic card / soundcard yang disertakan sekali dengan fungsi firewire. Jika motherboard / graphic card / soundcard anda memiliki fungsi firewire cukup untuk anda memasang capture card yang menyokong sumber analog sahaja, begitu juga sebaliknya - (sila periksa motherboard / graphic card / soundcard anda). Terdapat juga TV card/tuner yang boleh capture sumber analog tetapi dari segi pengalaman saya quality video yang dicapture tidak seperti capture card yang hanya khusus untuk capture video.

Jika semasa editing anda lebih selesa mengunakan format DV (avi). Jadi adalah perlu untuk anda memasang capture card yang berkemampuan menukar format video analog ke format DV semasa proses capturing. Saya juga menyarankan editing menggunakan format DV(avi) kerana quality gambar lebih baik jika anda covert ke format lain terutama VCD jika di bandingkan jika anda capture dalam format DVD (mpeg2 sebagai contoh dan covert ke VCD (mpeg1). Seperkara lagi jika anda edit dalam format mpeg2 sesetengah perisian mengambil masa agak lama untuk memproses video. Walaupun DV (avi) menggunakan saiz yang besar tetapi hasilnya video yang diconvert adalah lebih baik dan masa pemprosesan adalah lebih cepat.

Semasa memlih capture card kalau boleh pastikan ia berkemampuan menghasilkan quality yang baik. Memang agak sukar untuk menentukan yang mana satu baik atau tidak kerana 90 peratus penjual tidak menyertakan sample hasil capture untuk satu-satu jenis capturecard. Cara yang terbaik tanya kepada penjual apakah komen-komen pelanggan yang telah membeli satu-satu jenis capture card. Kedua (kalau boleh) beli di kedai yang mana terdapat jurujual yang mahir tentang video kerana mereka boleh memberi nasihat bergantung kepada keperluan dan budget seseorang. Ini kerana kebanyakan kedai komputer sebagai contoh kebanyakkan mereka hanyalah reseller dan mereka hanya menjual. Tanya pada mereka yang pernah membeli sebarang mana-mana capturecard. Dan paling praktikal lawat laman web / forum yang mempunyai kaitan dengan capture card. Di sini anda boleh membuat penilaian apakah capturecard yang terbaik mengikut keperluan anda: Contoh sila semak link di bawah:

http://www.videohelp.com/capturecards

http://www.videoguys.com/vidcap.htm

Google search - "video capture card "

Budget juga memainkan peranan yang penting. harga yang lebih tinggi selalunya adalah lebih baik jika dibandingkan dengan harga yang rendah dan ia menyokong sumber analog/digital. Ia juga berkemampuan menukar format analog ke format DV(avi) semasa proses capturing untuk tujuan editing. Sebagai contoh capture card jenis Snazzi harganya agak murah tetapi hasilnya agak kurang memuaskan terutama jika anda direct capture video anda ke format VCDdan hanya menyokong format mpeg1/2. Sebaliknya matrox RT.x100 atau Canopus DV Storm 2 sebagai contoh harganya memang agak mahal tapi quality video yang dicapture memang tidak dapat dinafikan kualitinya. Ini kerana terdapat sistem pemprosesan tersendiri dan "Hardware Accelerator" di dalam capture card tersebut. Jadi video dapat di capture secara realtime dan hasilnya amat berkualiti. Dan semasa editing pemprosesan tidak membebankan cpu komputer serta software video editor anda. Proses rendering di lakukan di dalam capture card tersebut. Jadi untuk "effect" tertentu dapat dihasilkan secara realtime tanpa perlu menunggu. Proses convertion ke format yang lain dapat dilakukan jauh lebih cepat jika dibandingkan dengan cara biasa.

Jadi kesimpulannya pilih capture card mengikut keperluan dan budget anda. Semoga dapat membantu.

Edited by gcloud

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terima kasih gcloud.

Saya menggunakan MiniDV dan setakat ini saya hanya menggunakan firewire kad sahaja untuk capture kedalam PC saya.saya mencari Video Capture Card yang tidak mahal dimana budget adalah dalam RM500 ker RM1K sahaja.Jadi ada beberapa pilihan disini iaitu :-

Pinnacle Studio 9 AVDV

Pinnacle Studio 9 Deluxe

AdBole bagi review sikit?

Lagi satu boleh saya tahu kedai yg memang salesman dia mahir dalam jualan barang barang video editing ni tak?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terima kasih gcloud.

Saya menggunakan MiniDV dan setakat ini saya hanya menggunakan firewire kad sahaja untuk capture kedalam PC saya.saya mencari Video Capture Card yang tidak mahal dimana budget adalah dalam RM500 ker RM1K sahaja.Jadi ada beberapa pilihan disini iaitu :-

Pinnacle Studio 9 AVDV

Pinnacle Studio 9 Deluxe

AdBole bagi review sikit?

Lagi satu boleh saya tahu kedai yg memang salesman dia mahir dalam jualan barang barang video editing ni tak?

Saua rasa pilihan anda agak sesuai untuk. Kedua-duanya hampir sama cuma berbeza dari kandungan pakej yang ditawarkan.

Untuk Pinnacle Studio 9 AVDV ia disertakan sekali pci capturecard yang mana anda boleh capture analog/digital dalam satu card. Video Editor yang disertakan adalah Pinnacle Studio 9. Software ini saya rasa antara yang terbaik untuk beginner serta mereka yang agak advance. Interfacenya ringkas dan straightfoward serta terdapat ciri-ciri istimewa seperti 3D transitions (Hollywood FX) yang agak berbeza dengan software yang setaraf dengannya. Sila semak link di bawah:

Pinnacle Studio 9 AVDV

Manakala Pinnacle Studio 9 Deluxe capture device boleh dikatakan sebagai "external" yang dipanggil "Breakoutbox" yang mana anda boleh connect mana-mana sumber video tanpa perlu connect di belakng cpu komputer anda. Ia juga menyokong sumber analog/digital. Video editor yang disertakan adalah Pinnancle Studio 9 Plus. Ciri-cirinya sama dengan Pinnacle Studio 9 cuma terdapat beberapa features tambahan seperti chroma-key (teknik superimpose blue / green screen), picture-in-picture (PIP) dan banyak lagi untuk mereka yang agak advance. Dari segi interface sama seperti Pinnacle Studio 9. Sila semak link dibawah:

Pinnacle Studio AV/DV Deluxe

Jika anda ingin keterangan lanjut mengenai produk di atas anda boleh datang sendiri ke authorized dealer produk tersebut seperti dibawah:

Midstream Online Sdn Bhd

62 Jalan Kemajuan 12/18, Petaling Jaya

http://www.midstreamsolutions.com/

Lain-lain dealer yang menjual produk audio video dan pakar dalam bidang ini adalah seperti berikut:

Graphics Vision (M) Sdn Bhd

117, Jalan Aminuddin Baki,

60000 Kuala Lumpur,

Malaysia.

TraxMedia Sdn Bhd

17-1, Jalan Mewah 2/2B,

Regalia Business Center,

47500 Subang Mewah,

Petaling Jaya, Selangor

Malaysia.

Tanyalah kepada mereka dan saya pasti mereka akan membantu anda memilih capture device mengikut keperluan dan budget anda. Semoga berjaya dan harap dapat membantu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...