Jump to content
waRz_guNz-XP

Wat Karton Lg Detail..ku Bru Blajar

Recommended Posts

Apa benda ni? Ko nak buat vector drawing ke?

Edit: Oppss, kat sini rupanya asal-usul soalan ko

Yang ko dah buat tu pun ok je aku tengok. Aku ejas sikit, gothic sambil lewa:

testcopyth4.png

Assalamualaikum.... Tumpang lalu,

Bro.. mcmana ko modified gamba tu.... clear jer... ko pakai flash ke? ajar la sket...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku guna Photoshop je, kalau nak vector lawa boleh guna Illustrator atau Inkscape <aku tak pernah guna cuma tengok orang buat je>. Awek ko tu aku dah lupa aku simpan kat mana :lol: Nanti la besok lusa kalau ada rezeki aku uploadkan kat sini.

Nak bagi step pun, aku bukan pandai sangat, masih noob. Tapi aku cuba la kongsi ilmu yang tak seberapa ni :blush:

Mula-mula buka file gambar tu dalam Photoshop, sebagai contoh kita guna gambar Siti Nurhaliza <aku tak minat dia pun, betul!>

2004395532551496927_rs.jpg

Biasanya sebarang suntingan/edit lagi elok kita buat pada Layer baru supaya gambar asal tak terjejas. So kita duplicate layer background tu. Pada Thumbnail Background, right click>Duplicate Layer. Dalam contoh ni aku namakan layer baru itu sebagai "Gambar Edit".

Ok step yang ni tak perlu pun, cuma untuk kes ni aku ada ejas sikit gambar siti tu dimana aku guna Filter>Liquify untuk 'potong' rambut siti <supaya kepala nampak kecik sikit> dan kecilkan pipi kiri <supaya nampak...kurus sikit :lol:>

Seterusnya kita Duplicate layer "Gambar Edit" untuk dijadikan panduan utama semasa proses tracing. Aku namakan layer ni sebagai "Posterize". Klik Image>Adjustment>Posterize dan pilih level yang sesuai. Secara amnya lebih banyak level maka akan lebih realistik imej vector TAPI lebih banyak layer la nak kena buat nanti. Dalam contoh ni aku pakai 8.

Samada perlu posterize atau tidak tu bergantung kepada individu la. Aku buat macam ni sebab nak dapatkan sempadan-sempadan shading yang membentuk tekstur imej tu, dan lagi satu sebab senang nak pick color kerana shading area yang terhasil adalah sekata warnanya.

2000537070829818511_rs.jpg

Sila abaikan kecacatan bahagian rambut pada layer "Gambar Edit" kerana ianya terhasil daripada suntingan Filter>Liquify tadi. Lagipun kawasan tu last sekali aku tutup dengan "rambut palsu" dan background pun berbeza dari yang asal <tapi part ni aku tak detailkan kat sini>.

Pastu kita create New Layer <bukan duplicate lagi dah> dan namakannya "Muka" <atau apa sahaja nama yang sesuai>. Pastikan layer "Muka" ni berada di bawah layer "Posterize" tadi dan di highlightkan. Pilih Pen Tool seperti di bawah:

2000527764053652448_rs.jpg

Trace bahagian muka siti macam ni:

2005410659630357625_rs.jpg2002846643556340643_rs.jpg

Edited by belasungkawa

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dah siap yang tu kita akan Duplicate layer "Muka" tadi dan namakan "Muka 01". Menggunakan vector mask yang sama macam layer "Muka" tadi, ejas anchor point tu ke arah shading yang lebih gelap macam ni:

2002663097432889425_rs.jpg2002698151367267534_rs.jpg

Bila dah puas hati dengan jumlah layer yang ada maka hasilnya lebih kurang macam ni la:

2002581921165056473_rs.jpg

Dalam contoh ni ada 9 Layer untuk bahagian muka <diletakkan dalam group "Muka">:

2002589577998035863_rs.jpg

Untuk pilih warna pada setiap layer yang ada vector mask tu, hanya perlu double click pada thumbnailnya dan pick color tu pada layer "Posterize".

Ni ada la laye r yg dihasiljan masa nak buat vector image ni. Pastikan layer "Posterize" sentiasa berada paling atas supaya senang nak toggle visibility dan tidak terlindung oleh layer vector image.

2002509669737528880_rs.jpg

Untuk bahagian mata, hidung, rambut, mulut semua tu step dia sama je tapi buat masa ni aku tak larat la nak mengepos hehehehe.

Maafla penerangan aku memang hancur. So cuba la dulu ya, dah siap nanti pos la kat sini...jangan lari pulak

p/s: kepada otai-otai tu tolong betulkan yang mana silap ya, aku pun noooob

Edited by belasungkawa

Share this post


Link to post
Share on other sites

Untuk vector-based layer <dalam contoh ni Layer "Muka", "Muka 01" dsb>, kita duplicate sebab nak kekalkan/preserve vector mask yang telah dihasilkan masa mula-mula tu <"Muka">. Walaupun ada kita membuat pindaan terhadap layer baru <"Muka 01> tetapi ia adalah berdasarkan/merujuk kepada vector mask yang asal tadi. Cuma nak kena ubah/add/delete anchor point yang baru sahaja <di tempat-tempat yang dirasakan perlu di ubah>.

Keduanya, memudahkan kita untuk melakukan olahan/editing yang unik untuk layer-layer yang tertentu. Untuk contoh atas ni mungkin ko tak nampak lagi keperluan dia tapi kalau ko dah start buat bahagian mata misalnya, pada anak mata tu kadang-kadang kita tambah kesan Outer Glow. Jika ko hanya bekerja dalam single layer semata-mata, macam mana nak dapat effect macam tu? Takkan keseluruhan imej tu ko nak Outer Glow kan dia sedangkan kita cuma nak effect tu hanya pada anak mata sahaja. Lain-lain effect pada menu Layer Blending Options pun sama seperti Gradient, Stroke dsb. Bahagian mata dan rambut, kat sini pentingnya layer yang berasingan.

Ketiganya, ada satu step lagi yang aku lupa nak masukkan <sebab biasanya benda ni aku akan buat last sekali> iaitu kita akan ubah kadar Opacity pada beberapa layer yang di bina untuk memberikan kesan blending yang lebih realistik. Kadang-kadang, walaupun kita cuma bina hanya beberapa layer tapi bila dah ubah Opacity, nampak seolah-olah macam ada banyak layer kat situ. Lagi satu pada bahagian mata juga kita boleh <atau mana-mana part> create satu layer warna putih <putih betul> dan ubah Opacity nya, dan memberikan kesan pantulan/reflection. Cewah.

Tak rugi pun buat banyak layer, dijamin tidak membazirkan kertas :lol:

Edit: Tapi gambar awek ko tu aku cuma buat 7-8 layer je, tracing pun buat lebih kurang, tu yang kasar sikit :blush:

Edited by belasungkawa

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...