Jump to content
Sign in to follow this  
nocturnal

Makcik Pc

Recommended Posts

OS die gune ape ah?...xkesah ar makcik ker pakcik ker nenek ker, klu dpt harumkan name negara dipersilekan...xder org nak menghalang...kan

Gune linux lah...tapi ko bleh tukar jadi windows...

Share this post


Link to post
Share on other sites

bakper la mg dok sokong hok buatan malaysia....

bile le orang hok duk2 celoh kg nih buleh maju kalu ade pemikiran hok negatif sokmo pasal memende macam nih...

bangge sket ngam buatan malaysia

name makcik PC nih lawo ape

mg dok puas ati mende ngam makcik PC nih

biarle orang gune name melayu lok dipersada dunia

Share this post


Link to post
Share on other sites

burok giler nama.

lagi2 ada makcik, lagila pasaran tuh lagi kecik kepada makcik2. sebab org anggap pc tuh untuk makcik.

bukan la aku nak kutuk, korang ttgk ni http://www.youtube.com/watch?v=A2XGr_ZLPw0...//makcikpc.com/, bukan sorang gelak, satu dewan bersama paklah gelak masa dia lancarkan.

tolong pilih nama lagi komersil...

Edited by hdroxy

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku pun terkejut bile first time aku masuk website makcik pc tu...

simple sangat...tak banyak informasi...

Share this post


Link to post
Share on other sites

adeh... product dah agak besh dah...

tp ikut suke hati je letak name makcik pc...

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa yg aku dpt paham..Makcik PC nih lebih pada 'PDA gergasi' kot sbb bila x der keyboard + mouse, kerja pun agak limited..mmg sesuai untuk direct seller@ makcik jual goreng pisang kat restoran untuk catat menu kastemer..hehe..just kidding jer..

aku berbangga jugak sbb malaysia pun boleh kuarkan menda canggih tapi agaknya spec x power mana lar..just for surfing online kot, ataupun wat google skecthup pun okey..target pun utk keluarga yang kurang mampu bab IT..

aku rase tu bkn official site

juz fanmade

tu macam blogg web jer..anonymous made kot..thehehe.. :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

Guna processor apa pun nak top secret...pelik tul...

Dia pakai Proc VIA kot..yang datang sekali ngan mabo tu.. kalau rosak mabo (kena buang/burn), proc pon kena buang sama.. :lol:

VIA 2000+ = 700MHz

Note : Mak Cik PC (Chicks)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku tak kisah pun dengan nama Makcik PC. Jika nama "Kamaruddin Mat Napi" digunakan sebagai jenama motosikal berkuasa besar pasti ramai yang mengejek, berbanding Harley Davidson, meskipun kualiti yang terhasil adalah setara. Itu-adalah-perkara-biasa.

Tapi aku tak suka dengan rekabentuk laman web makcikpc.com, tersangat lah...buruk dan gagal. Tak sepadan dengan CMS Joomla! yang digunakan. Melainkan ia adalah fanmade, maka aku maafkan hehehehhe.

Jika anda mengalami mimpi buruk dan muntah-muntah dengan nama Makcik PC, usah gusar kerana MIMOS memasarkannya <barangkali untuk pasaran luar> dengan nama Cyberwind

Aku..masih tertanya-tanya spesifikasinya, macam kurang power je. Kepada siapa sasaran penggunanya yang sebenarnya...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Slaughters.... aku modified sket pic yg ko letak....

Baru real Makcik punya PC.... siang ikan smbil layan putera.com.. :lol:

f_makcikpcm_62b3ccc.jpg

huh? :lol::huh::lol:

apsal ler nama die MAKCIK PC ni? x risau ke marketing turun psl nama die. buat le BADAWI PC (HADHARI EDITI0N. baru ler besh :wacko:

Share this post


Link to post
Share on other sites

stylo gle mak cik tuh siang ikan sambil melayan putera.com hahaha berguna betul makcik pc huhuhu.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

kenapala senyap je makcik pc ni,

aku tk kisah sgt psl nama makcik

cuma, apasal lancarkan dulu , tapi takde pages khas pun utk makcik pc dlm website mimos?..

mimos ni tk cukup tenaga web developer ker?, atau malas nk buat?, tk cukup pekerje, post je dlm forum putera, berlambak yg menanti.

pastu skarang dh bulan 2-2008 dah, ape dah jadi dgn projek ni? lancar tahun lepas.. hebat lak tu, smpai PM sendiri lancarkan..

kalau tgk apple lancar produk, tkdepun president US terlibat, kalau aritu juga dia britau aritu juga dia jual atau lancarkn atau britau sekian2 date....

tapi makcik pc..........................

lastly, aku tau mmg ada pekerja mimos yg terlibat ngn projek tu mgkin tengah baca topik yg kite bincangkan ni, apesal tk warwarkn lagi psl makcik info dlm forum kee.... ruangan comment kee..., apesal malas sgt nk balas mesej kitaorang.. ? tkknla tkde sorang kakitangan mimos tk kenal langsung putera.com ni?

aku sokong apa yg mimos cuba buat, cuma jgnla hangat2 taik ayam...

yg keje mimos tu semua kalangan engineer n terpelajar bijak pandai... come on, tkkn nk tampilkn imej taik2 ayam cmni..

cmni tkbestla nnti... apela orang kampung kata nnti..

:unsure:

Share this post


Link to post
Share on other sites

alhamdulillah, tk smpai 24 jam aku post sblum ni, dh ada info ttg makcik pc, thanks pd saudara/i kte d mimos..

--------- sumber mstar.com.my----------

MakCik PC, komputer direka untuk makcik dan pakcik

27-02-2008 06:52:14 PM

Oleh MAHANUM ABDUL AZIZ

KUALA LUMPUR: Siapa sahaja tua atau muda, warga kampung atau bandar boleh membeli komputer peribadi (PC) tablet kos rendah kepunyaan Malaysia yang diberi nama MakCik PC untuk melayari internet dengan mudah.

MakCik PC yang direka khas oleh Mimos Bhd untuk membantu merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar itu mungkin merupakan PC paling nipis di dunia, yang beratnya hanya 800 gram dan barangkali berharga serendah RM500 apabila ia memasuki pasaran dalam tahun ini.

Pengurus kanan bagi pengurusan portfolio teknologi Mimos, Shahidan Abdullah, berkata agensi kerajaan itu sedang menyiapkan reka bentuk bagi produk itu.

Skrin paparannya ialah peti TV yang sedia ada di kebanyakan rumah, manakala skrin PC tablet itu menunjukkan ikon yang memberikan panduan kepada penggunanya.

"Sekarang ini pada asasnya kami sedang membuat sentuhan akhir bagi mempertingkatkan keupayaan produk ini. Ia akan siap Mei ini," katanya kepada Bernama dalam satu temubual di sini.

Menurutnya, Mimos akan bekerjasama dengan peserta industri tempatan untuk mengeluarkannya.

Shahidan berkata ilham untuk membangunkan MakCik PC dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang, pada Ogos tahun lepas, meminta Mimos membangunkan sebuah PC kos rendah untuk merapatkan jurang digital di negara ini.

Dengan menganggap permintaan ini sebagai satu cabaran, katanya, Mimos mengambil masa hanya dua bulan untuk menukar gagasan itu menjadi satu produk, berbanding tempoh biasa sembilan hingga 18 bulan untuk membangunkan produk.

"MakCik PC disasarkan kepada masyarakat luar bandar dan yang berusia. Ia direka khusus untuk mengurangkan fobia terhadap teknologi di kalangan sebilangan besar mereka," katanya.

MakCik PC akan bertindak sebagai gerbang laluan ke internet, dengan membawa kandungan internet ke peti TV. Ia juga dilengkapi keupayaan WiFi dan WiMax untuk membolehkan penyambungan di kawasan terpencil.

Shahidan menjelaskan bahawa tujuannya adalah untuk membangunkan produk itu bukan sebagai PC sebenar, tetapi lebih kepada alat celik teknologi maklumat (IT).

Ini bererti orang yang tidak mempunyai kemahiran IT boleh menggunakannya dengan mudah, katanya.

Beliau berkata peranti itu mudah untuk digunakan kerana pengguna hanya perlu menekan butang atau menyentuh skrin PC tablet itu untuk melayari internet.

"Alat ini mudah digunakan. Segalanya berasaskan ikon dan tidak memerlukan papan kekunci atau tetikus," jelasnya.

Shahidan berharap penduduk luar bandar khususnya golongan pertengahan umur, yang biasanya mendapati penggunaan komputer sesuatu yang rumit, akan mengubah pemikiran mereka tentang menggunakan komputer apabila MakCik PC berada di pasaran.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata sebagai contoh, alat itu akan mempunyai pautan dengan kandungan komuniti seperti Agri-Bazar dan K-Masjid.

Katanya menerusi Agri-Bazar, penduduk luar bandar boleh menjalankan perniagaan secara online manakala melalui K-Masjid mereka boleh mengakses khutbah Jumaat dari rumah.

Alat itu akan juga dilengkapi keupayaan suara melalui protokol internet (VoIP) yang membolehkan pengguna berbual melalui telefon, katanya.

Prototaip MakCik PC dipamerkan pada Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (Nice) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini November lepas.

Shahidan berkata ketika itu Mimos menerima sambutan yang baik bagi MakCik PC dan berharap minat ini akan berterusan hingga produk itu dilancarkan dalam pasaran.

"Berdasarkan sambutan pada pameran itu, orang ramai mahu membelinya. Baru-baru ini kami mengadakan pameran di Terengganu, dan ramai pengunjung pertengahan umur bertanya bila mereka boleh membeli PC itu," kata beliau.

Sebagai peranti digital kos rendah, MakCik PC akan dijual dengan harga serendah RM500-RM550 seunit.

Selain merapatkan jurang digital, kata Shahidan, Mimos berharap dengan membangunkan MakCik PC ia dapat membantu kerajaan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan perniagaan di negara ini.

"Pada asasnya, apa yang kami lakukan ialah membangunkan(MakCik PC) dan kemudian memindahkan pengetahuan itu kepada industri tempatan. Penerima teknologi itu akan membuatnya.

"Akan ada penerima teknologi yang membangunkan kandungan dan perisian, serta mengadakan penyambungan. Ini adalah perkara-perkara yang kami sediakan bagi industri tempatan," jelas beliau.

Di samping itu, Mimos juga sedang membangunkan komputer peribadi tablet kefungsian dan mudah alih kos rendah dipanggil CyberTablet yang disasarkan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Ia bertujuan menambah baik pengalaman pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan menyediakan perkhidmatan interaktif, atas permintaan, mengikut kehendak, serta mendapatkan balik maklumat peribadi.

Dalam soal ini, seiringan dengan usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Mimos bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelajaran dan penyedia kandungan untuk membolehkan capaian kandungan dibuat melalui Knowledge-GRID Malaysia. BERNAMA

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak gak tengok software pe yg boley disumbatkan ngan Mac Chick Burger Deluxe ni. hehe

plus, RM500 ke bawah? bole ke tercapai?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...