Jump to content
wrecked

Ucapan Selamat Hari Raya

Recommended Posts

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan ... di kesempatan ini saya dzul89, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli puteranian yang mengenali atau tidak mengenali diri saya ini .... mohon maaf dari hujung rambung hingga hujung kaki... jika ada silap dan salah saya mohon maaf kepada semua ... kepada yang pulang ke kampung berhati-hati ... ingatlah orang tersayang.. berhenti jika mengantuk ok ... selamat hari raya aidilfitri .

Share this post


Link to post
Share on other sites

saya mahu ucapkan selamat meyambut hari raya kepada penganut yang agama Islam...

Dan maaf zahir dan batin saya mohonkan...

Kalau makan kuih raya tu... ingat2 ler kat kengkawan yang lom makan ya... nanti tinggal serdak jer huhuhuhu

especially almond london ngan kuih siput...

kalau membawa kenderaan tu ingat2 ler pada yang tersayang....

Share this post


Link to post
Share on other sites

sblm 2 aku nk mohon maaf kat smue warga putera klu smasa b'forum aku ade t'kasar bahasa ke.. :P

Selamat hari Raya kpd smue warga putera n termasuk diriku sendiri..

btol kata org kat atas tu, nk sebut nama pon susah daa...

pandu la dgn cermat..

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada member2 ku yang berada di

perantauan...kalau balik 2 singgah le rumah aku beraye...

dan juga kepada ahli2 putera juga tidak dilupakan

Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Waa...baru seminggu lebih puasa dah boleh buat ucapan raya ek,pape pn aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga putera yang banyak kongsikan ilmu.Pada tok mod hairul,kampung batu berendam ke?boleh singgah raya nanti hehehe...

Kepada bos aku,harap bonus raya tahun ni diberi 1K cukuplah :D nak raya bos...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya nak amik kesempatan...

nak ucapkan...

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin... kepada semua warga PuTeRa.CoM..."

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam semua,

Sebelum saya berangkat pulang ke kampung esok pagi, saya ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan di forum putera.com. Maaf zahir dan batin.

Berhati-hati ketika memandu di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.

Sewaktu beraya janganlah kita lupakan kepada yang telah tiada. Semoga Syawal pada tahun ini membawa seribu kerahmatan dan kebahagiaan.
Jumpa lagi pada Ramadhan yang akan datang. Saya akhiri ucapan saya dengan beberapa rangkap pantun..

[b]Salah dan silap tentunya ada[/b]
[b]Kerana kita insan biasa[/b]
[b]Bermaaf-maafan sesama kita[/b]
[b]Ukhwah terjalin untuk selamanya[/b]

[b]Juih bungkus kuih bahulu[/b]
[b]Buat juadah orang di Rembau[/b]
[b]Kampung halaman sedang menunggu[/b]
[b]Sambut kepulangan orang perantau[/b]

[b]Enak terasa si air tebu[/b]
[b]Tebu ditanam di Kampung Langat[/b]
[b]Berhati-hati sewaktu memandu[/b]
[b]Biar lambat asal selamat[/b]

[b]Syawal hampir menjelang tiba[/b]
[b]Rasa hiba & sedih di dalam hati[/b]
[b]Ramai sahabat yang telah meninggalkan kita[/b]
[b]Doa rahmatlah amat dinanti[/b]


[b]SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432 HIJRAH[/b]
[b]MAAF ZAHIR & BATIN :) [/b]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Saya ingin mengucapkan berjuta2 bytes maaf sama ada secara digital dan zahir. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga putera.com yang lama dan yang baru dan juga yang bakal jadi wargaforum.

Syabas diucapkan kepada admin kerana berjaya meng'up'kan kembali forum yang penuh dengan ilmu pengetahuan ICT yang terbaik di Malaysia. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
Selamat hari Raya semua kawan-kawan di PDC... di sini aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika ada tersalah kata terkasaq bahasa... Harap maafkan laa aku yek... Semoga PDC terus unggul di persada CYBER... hihihihi kawan-kawan belah UTARA tuh jangan lupa singgah ler umah aku kalau jalan2 sebelah Simpang Ampat kasi calling malling raya ke-dua aku wat laksa...
[img]http://4.bp.blogspot.com/-quQ6ZTEcguA/TkiHoiHTp0I/AAAAAAAAFIE/YqUvDthhXv4/s1600/KAD%2BRAYA%2BDESIGN%2B6.jpg[/img]

Share this post


Link to post
Share on other sites
ambik ni e kad utk semua

[img]http://4.bp.blogspot.com/-lGK8ZXFLPLA/TlNCD4fHZ-I/AAAAAAAAA_Q/n7adzdw8lg0/s400/kad%2Braya%2Bkartun.jpg[/img]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...