Jump to content
ogik

Perniagaan Satu Cabang Jihad

Recommended Posts

Alhamdulilah bersyukur saya kepada allah kerana masih mampu menjalani ibadat puasa hingga ke hari ini..Syukur juga kehadrat illahi kerana saya masih mampu memikirkan perkara2 berkaitan Islam..

Kalau kita cakap pasai perniagaan ni memang tak di nafikan sebenarnya umat islam masih jauh ketinggalan daripada bangsa-bangsa lain.Tapi tau tak kita bahawa agama Islam lah yang banyak membuka ruang kepada umatnya menjalankan perniagaan.Kat sini saya nak bagi beberapa contoh.

Kita ambil contoh bulan Ramadan yang penuh barakah ni, bukan sahaja membuka ruang untuk menggandakan ibadah malah turut menyajikan pelbagai peluang perniagaan dengan keuntungan melimpah-ruah.Tapi berapa ramai yang merebut peluang keemasan ni.Saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada semua umat islam yang telah menggunakan ruangan ini dengan sebaik-baiknya untuk perniagaan mereka.TAHNIAH..

Ok tu baru bulan puasa,jom kita tengok bulan-bulan islam yang lain.

Bila puasa abis syawal pun tiba, orang sibuk cari keperluan untuk

hariraya plak, kuih, pakaian baru, langsir, cat umah baru, ishhh pokonya semua nak baru.Ha kan ni peluang gak.

Cuba kita tgk yg ni plak Ibadah haji dan korban, kita ambil contoh berapa banyak lembu yang disembelih pada hari raya korban ini. Tentu sekali banyak jumlahnnya.

Tetapi persoalannya, di dalam zaman sekarang ini, siapa sebenarnya yang menjana ekonomi dari akar umbi.Maksud saya sapa yg sediakan ni semua. Harap apa yang cuba saya sampaikan ini dapat membuka sedikit pemikiran kita yang semakin hari semakin sempit ini. Contohnya lain, berkaitan ayam, apa yang kita nampak seolah2 Islam hanya mengajar umatnya sebelum makan ayam kena sembelih. Adakah semudah itu sahaja Islam. Berapa ramai yang menyedari Islam menuntut umatnya menyediakan keperluan ayam bermula dari ladang. Islam mementingkan kebersihan, jadi adakah anda pasti apa yang berlaku diladang ayam. Anda tahu apa yang ayam itu makan diladang, adakah sumber makanannya Halal. Adakah ini tugas kerajaan untuk memastikan setiap apa yang berlaku diladang?(sama la citanya ngan ikan patin, sosej dan tah apa2 lagi yang tak sanggup saya sebut..)

Cuba kita bayangkan kalau semua ni umat islam yang monopoli. Tentu pekara2 mual dan jijik yang kita dengar kat media ni tak timbulkan..

So kesimpulannya kita lah sama2 kena ubah situasi ni..

Moh lah kita pikir sama2..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...