Datuk_Seri 14 Report post Posted August 27, 2007 Assalamualaikum...Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Isninmalam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), 27hb Ogos 2007 (selepasmaghrib pada hari 15 Sya'aban 1428H) iaitu hari ini..Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermulasebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban)Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaatRakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1xRakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban)i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allahii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)3. Baca surah ikhlas 1000x4. Berpuasa pada siangnya (Selasa)Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.Antaranya yg termasyhur adalah:1. Malam Dimustajabkan Doa2. Malam Pembahagian Takdir3. Malam Rahmat4. Malam Berkat5. Malam Pengampunan (Taubat)6. Malam Penebusan7. Malam Syafaat8. Malam Penulisan9. Malam Keagungan dan Kemuliaan10. Malam Rezeki11. Malam Hari Raya Para Malaikat12. Malam PenghidupanAntara kelebihan bulan Sya'aban:1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (SAW) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.Wallahua'alamJADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...Assalamualaikum... Quote Share this post Link to post Share on other sites
madaya 0 Report post Posted August 27, 2007 tq your info.... nasib baik datuk seri buka thread ni. klu tidak saya mungkin terlepas nisfu syabanhonto ni arigatou p/s :hari ni x tgk calender langsung Quote Share this post Link to post Share on other sites
OkEsh 1 Report post Posted August 27, 2007 marilah kita sama2 berpuasa esk ya... Quote Share this post Link to post Share on other sites
Supersirap 0 Report post Posted August 27, 2007 Ni lah masanya aku nak rasa berpuasa,aku nak rasa keseronokan berpuasa lebih awal sebelum tibanya Ramadhan.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
mosabiro_dari_Jepun 0 Report post Posted August 27, 2007 (edited) sempena nisfu syaaban ni ader satu kejadian alam semesta yang menarik yang berlaku pada hari ini..Total Lunar Eclipse to Arrive TuesdayGerhana Bulanmaklumat penuh sila klik sinikuasa tuhan... Edited August 27, 2007 by mosabiro_dari_Jepun Quote Share this post Link to post Share on other sites
stereo13 0 Report post Posted August 29, 2007 israk mikraj bila? Quote Share this post Link to post Share on other sites