Jump to content
Sign in to follow this  
Datuk_Seri

Nisfu Syaaban 1428 Hijrah

Recommended Posts

Assalamualaikum...

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Isnin

malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), 27hb Ogos 2007 (selepas

maghrib pada hari 15 Sya'aban 1428H) iaitu hari ini..

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula

sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Selasa)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya Para Malaikat

12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (SAW) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...

Assalamualaikum...

Share this post


Link to post
Share on other sites

tq your info.... nasib baik datuk seri buka thread ni. klu tidak saya mungkin terlepas nisfu syaban

honto ni arigatou ^_^

p/s :hari ni x tgk calender langsung

Share this post


Link to post
Share on other sites

marilah kita sama2 berpuasa esk ya...

:)

Share this post


Link to post
Share on other sites

sempena nisfu syaaban ni ader satu kejadian alam semesta yang menarik yang berlaku pada hari ini..

Total Lunar Eclipse to Arrive Tuesday

Gerhana Bulan

maklumat penuh sila klik sini

kuasa tuhan...

Edited by mosabiro_dari_Jepun

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...