Jump to content
lalat

Cybercafe Untuk Dijual / Kongsi

Recommended Posts

Aku dah cancel penjualan cc fasa 8 kpd sekumpulan usahawan yg aku maksudkan di atas.

jadi aku buka semula kpd sesiapa yg berminat. harga jualan yg dicadangkan 45k. jika berminat sila ym aku. sekian.

Apa masalahnye??? Ada orang nak untung atas angin aje ke???

Share this post


Link to post
Share on other sites

dar...

x ada masalah. cuma term of payment aje aku x setuju. deposit x bg, pastu ansuran 24 bulan tu lama sgt.

aku masih buka tawaran menjual cc fasa 8 dgn harga 45k. apa yg anda dpt?

satu cc yg dah ada market stabil, dan persaingan yg kurang tp potensi yg besar.

asset yg anda dapat? apa2 saja yg anda nak (budget x lebih 10k).

panduan dan khidmat nasihat.

atau jika anda berminat utk jadi share partner,

beli 49% share dan share untung rugi atau

beli 40% share dan anda usahakan sbg owner 51%

atau sebarang idea bernas lain yg anda rasakan sesuai.

perlu diingat, tujuan aku jual sebab aku x nak pening pikir pasal masalah cc dah. kalo idea yg dibagi x mencapai objektif jual cc, baik aku x pyh jual.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku masih blum dpt apa yg aku target utk jualan dua2 cc.

best offer utk cc IPTA aku dpt ada 2 iaitu 15k cash dan jugak 20k (10k deposit dan 10k ansuran)

best offer aku dpt utk cc fasa 8 ada 2 jugak, iaitu pertama 35k (ansuran selama 24bulan tanpa deposit) dan yg kedua 20k capital injection utk pembelian share 50%.

aku masih evaluate semua offer yg diberikan dan tgh tunggu offer yg lebih baik.

jumaat ni MPKj ada buat taklimat utk semua owner cc yg daftar atas perniagaan cc. CC skrg dah dikeluarkan dari Akta Hiburan dan dimasukkan dalam akta sendiri iaitu akta cafe siber. detail aku belum ada. tunggu jumaat. sesiapa yg ada cc area Kajang, boleh laa dtg pkl 2.30 ptg kat menara MPKj yg baru tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

lalat....

x silap aku kalo taklimat utk toke2 cc... derang akan berikan ko pekeliling baru... kalo x keberatan... leh x ko scan & buh kat sini... aku nk tau gk kot2 ade rule baru walaupn aku bukan region tempat ko... tp still dlm selangor.. lambat laun akan kuar gk pekeliling baru kt sini... :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku pegi taklimat MPKJ kpd tokey2 cc ptg tadi. ni aku quote dari pekeliling yg dia bg.

LAMPIRAN 8

BAHAGIAN PELESENAN MAJLlS PERBANDARAN KAJANG

GARIS PANDUAN PUSAT SIBER & SIBER KAFE

1. Pengusaha pusat siber dan kafe siber tidak dibenarkan mengambil rakyat asing.

2. Aktiviti utama atau core business pusat siber dan kafe siber adalah dihadkan kepada aktiviti penyebaran dan mendapatkan maklumat melalui internet serta kegiatan kegiatan lain yang tidak dibenarkan sama sekali khususnya berbentuk hiburan seperti permainan video, perjudian, mengakses dan muat turun gambar gambar lucah, "muzik (pipe music) & penjualan bahan - bahan bercetak yang mengandungi unsur - unsur negatif.

3. Masa beroperasi dihadkan daripada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam sahaja, manakala bagi pengunjung dibawah umur 12 tahun, mereka dibenarkan mengunjungi pusat tersebut sehingga pukul 10.00 malam sahaja serta ditemani oleh ibubapa atau penjaga.

4 Pelajar yang berpakaian seragam sekolah adalah dilarang memasuki pusat siber dan siber kafe.

5. Pusat siber dan siber kafe hanya dibenarkan beroperasi di pusat - pusat membeli belah atau di tingkat bawah rumah kedai dan kedai pejabat, keadaan premis

perlulah terbuka dengan sistem pencahayaan yang terang dan penggunaan cermin gelap adalah dilarang. Bagi peniaga pusat siber dan kafe siber yang telah

beroperasi lebih awal sebelum garis panduan ini dikeluarkan kelonggaran diberikan dan membenarkan pusat siber dan kafe siber tersebut beroperasi di tempat

sedia ada tanpa berpindah ke lokasi yang lain.

6. Kedudukan komputer bagi tujuan melayari internet hendaklah berasingan daripada aktiviti sampingan yang lain dan ia hendaklah diletakkan dalam ruang yang terbuka iaitu tidak berbilik dan berpintu.

7. Pusat siber dan siber kafe tidak dibenarkan beroperasi berhampiran dengan kawasan kawasan sensitif seperti masjid dan lain-lain kawasan yang dirasakan

tidak wajar oleh pegawai lesen.

8. Penjualan minuman keras dan rokok adalah dilarang sama sekali di pusat siber dan siber kafe.

9. Pelanggan juga adalah dilarang membawa masuk sebarang minuman keras dan juga rokok daripada luar.

10. Pengusaha hendaklah menyediakan buku rekod kemasukkan pelanggan bagi disemak oleh pihak berkuasa pada bila-bila masa.

11. Pengusaha pusat siber dan siber kafe juga hendaklah mengambil perhatian ke atas aspek-aspek kebersihan dan diwajibkan menyediakan kemudahan tong sampah yang mencukupi dan sempurna serta tandas awam.

12. Menyediakan notis larangan

i) Merokok ii) Pakaian seragam sekolah iii) Notis waktu operasi

13. Segala pengubahsuaian bangunan hendaklah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

14. Pengusaha pusat siber dan kafe siber juga bertanggungjawab untuk memastikan tiada sebarang aktiviti kurang sihat berlaku dan sekiranya berlaku aktiviti

kurang sihat yang melibatkan pelanggan mereka maka tindakan sewajarnya akan diambil.

15 Pengurusan pusat siber dan kafe siber hendaklah secara professional oleh pengurus yang mempunyai pengetahuan yang Iuas dalam bidang ini.

16. Lesen yang dikeluarkan oleh PST hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat.

17. Pelesenan premis pusat siber dan kafe siber tertakluk kepada Undang - Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber atau lain - lain Undang - Undang yang

difikirkan sesuai oleh PBT.

18. Tindakan menutup premis perniagaan akan dijalankan sekiranya didapati melanggari syarat - syarat yang ditetapkan dalam garis panduan ini.

pd pendapat aku, peraturan ni dibuat berdasarkan pandangan sebelah pihak, tidak dihalusi terlebih dulu, dibuat secara terburu2, overkill dan tidak dibuat oleh seorg yg ariff dengan undang2 dan prinsip keadilan.

tp buat masa ni, itu aje yg dia bagi. aku ada tanya jugak byk benda tadi, tp mmg x byk benda boleh buat. tokey2 cc cina ramai jugak td, dan diorg mmg x puas hati terutamanya bab x boleh ada game langsung kecuali solitaire (aku tanya dia, solitaire boleh x?).

jadi dgn ini jugak, aku rasa prospek cc dah makin malap. kena buat mcm cc aku kat IPTA aje, tumpu kpd, surfing, printing, servis, dan jual beli pc. aku x kesah sgt pasal rule ni terutamanya pasal game sebab cc aku mmg xde game. sebab tu jugak kenapa cc aku cuma balik modal aje.

CC IPTA aku dah tutup tawaran. CC fasa 8 aje aku masih bukak offer. sebaiknya yg mampu pelbagaikan bisnes, dan bukan harap pd cc aje sebab peraturan baru MPKJ mmg menekan cc.

Edited by lalat

Share this post


Link to post
Share on other sites

7. Pusat siber dan siber kafe tidak dibenarkan beroperasi berhampiran dengan kawasan kawasan sensitif seperti masjid dan lain-lain kawasan yang dirasakan

tidak wajar oleh pegawai lesen

xrelevan sungguh..

cc ni tempat maksiat ke?

nape kena jauh-jauh dari tempat beribadah?

mmmmm....

Share this post


Link to post
Share on other sites

takut mengganggu ketenteraman orang nak solat...sbb kadang2 budak2 asrama takut dorang ponteng g main cc...yang tak bestnyer pasal game!!!! bukanye kiter tak bayar pun copyright game tue :D:D pe2 pun mana nak idup kalo xder game...mmg balik modal jer la..kalo camtu uat pe nak meniaga kalo x untung uat sakit badan jer...yang aku pelik...sedangkan game macma kat jusco tu semua leh lepas...takkan game pc salah?

Share this post


Link to post
Share on other sites

saje nak maklumkan, aku masih menunggu tawaran menarik utk cc fasa 8. sales bulan sept dan break even. dan masih boleh improve lg. sesapa ada idea nak sumbang sila laa bgtau aku.

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam bro lalat...

nak tanya cc kt UKM tu kt area mn? kolej @ pusanika?

tq...

CC kat IPTA tu dah pun terjual secara cash. aku jual kat budak putera.com ni jugak.

so skrg mari kita fokus kpd CC fasa 8. aku dah ada org yg aku rasa mcm nak bg, tp aku tgh buat background check pasal dia skrg ni sebab dia nak beli secara ansuran dgn deposit yg amat rendah. jadik sesapa yg berminat nak beli secara cash atau ansuran dgn deposit yg lebih tinggi, sila laa bgtau aku.

Share this post


Link to post
Share on other sites

wah.. kalo aku ade modal mmg aku amik dah cc nie.. dulu mmg bisnes cc.. tp bisnes partner cakap tak serupa bikin.. pastu bisnes tak serius.. aku keluar.. cari keje.. last2 dapat tau.. bisnes lingkup.. hampeh tul partner.. kalo pasal bisnes sendiri nie.. 24jam kat situ pun tak kesah.. sbb mmg 24 jam kat kedai dulu.. setel semua masalah.. partner sibuk ngan bisnes lain yg tah hape2 pastu tak tau sgt pasal computer.. dah ade cc nie.. macam2 bisnes bleh buat nie.. but bukan mmg bukan rezeki aku le nie.. hope engko berjaya..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...