Jump to content
Sign in to follow this  
Jedi

Hutang Ptptn

Recommended Posts

Selamat petang.

Sapa2 pernah buat?

Kalau keluarkan wang untuk bayar yuran pendidikan tu aku biasa buat.

Nak bayar hutang PTPTN je lum pernah.

RM12 ribu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bayar nak mintak cepat, bila dah bayar cepat jer update sehari.. tapi kalau bukan bab2 yang berkaitan dengan duit...proses sampai berbulan2

Share this post


Link to post
Share on other sites

KWSP untuk di hari-hari tua BUKAN untuk di hari-hari berHUTANG

tapi kalau di masa tua masih berhutang, boleh la BAYAR dengan SIMPANAN di hari tua tu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku rasa byk pos naga9 ni aku stuju walaupun rajin menyindir. Tapi sape yang kene memang pedih. huhu.

Aku tak setuju duit KWSP dibolehgunakan untuk bayar hutang PTPTN. KWSP adalah security. Satu-satunya hak kita yang ditentukan kerajaan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

3% disarankan untuk dikaji semula... amacam? caj 3% tu kalu sekali total untuk jumlah pinjaman bleh gak diterima, ni caj 3% setiap baki terakhir, tu yg jadi masalah tu...

Menteri arah bayaran perkhidmatan diteliti bagi kurang beban peminjam

MELAKA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diarah mengkaji semula kadar caj perkhidmatan tiga peratus yang kini dikenakan kepada semua peminjamnya bagi mengurangkan beban mereka membayar balik pinjaman itu.

Arahan itu dibuat selepas isu caj perkhidmatan PTPTN dibangkitkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dalam mesyuarat kementerian baru-baru ini berikutan banyak rungutan yang diterima mengenainya.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata Mohamed Khalid sudah mengarahkan supaya PTPTN membuat kajian mengenai caj perkhidmatan itu dengan tujuan memberi keselesaan kepada peminjam.

“Arahan itu dibuat selepas beliau meneliti pelbagai rungutan berkaitan isu berkenaan yang disampaikan banyak pihak termasuk pelajar dan ibu bapa,” katanya selepas merasmikan Forum Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) Bersama Industri, di sini, semalam.

Program sehari ini dihadiri kira-kira 150 peserta dari empat universiti teknikal, iaitu Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Bagaimanapun, Idris enggan mengulas jika arahan itu termasuk meminta PTPTN supaya mengurangkan caj perkhidmatan itu yang dianggap membebankan peminjam, sebaliknya meminta semua pihak menunggu hasil kajian berkenaan.

Beliau menegaskan, caj perkhidmatan tiga peratus yang kini dikenakan PTPTN bukan bertujuan membebankan peminjam khususnya pelajar yang baru menamatkan pengajian, sebaliknya diwujudkan bagi membiayai pengurusan PTPTN supaya ia dapat beroperasi dengan lancar.

Katanya, peminjam harus sedar wang yang digunakan untuk membiayai mereka sepanjang tempoh pengajian diperoleh daripada sumber kewangan lain yang turut mengenakan pelbagai caj kepada kerajaan pada kadar yang jauh lebih tinggi.

“Namun, kerajaan bersikap prihatin kerana sanggup menyerap hampir semua kos yang tinggi itu dan hanya mengenakan tiga peratus caj perkhidmatan bagi memastikan semua peminjam PTPTN tidak perlu menanggung beban.

“Caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN itu sebenarnya lebih menjurus kepada komitmen bagimemastikan dana daripada tabung berkenaan dapat terus disalurkan, sekali gus memastikan ia berjalan lancar,” katanya.

Idris yang juga Exco Pemuda Umno turut menegur segelintir peminjam PTPTN yang masih berdegil dan enggan membuat pembayaran balik walaupun selepas beberapa kali diberi notis peringatan, selepas menamatkan pengajian dan bekerja.

“Mereka perlu sedar, bayaran balik mesti dibuat untuk menjamin kesinambungan PTPTN. Kalau enggan bayar balik, ia boleh diibaratkan seperti menganiaya adik atau anak sendiri yang nanti mungkin tidak mendapat pinjaman kerana tabung itu kehabisan dana,” katanya.

Pada 19 April lalu, akhbar ini melaporkan kira-kira 17,500 peminjam PTPTN akan diheret ke mahkamah secara berperingkat dalam tempoh terdekat kerana gagal memberi maklum balas kepada agensi itu berhubung notis tuntutan diserahkan kepada mereka sejak 1997.

Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Yunos Abdul Ghani, dilaporkan berkata nama 14,000 daripada mereka sudah diserahkan ke Jabatan Imigresen dan berkuat kuasa serta-merta mereka dihalang ke luar negara, manakala nasib 3,500 individu masih belum diputuskan di mahkamah.

Januari lalu, PTPTN juga sudah menghantar senarai nama 200,000 peminjamnya yang ingkar membayar balik pinjaman kepada Jabatan Imigresen bagi menghalang mereka ke luar negara, termasuk untuk mengerjakan haji atau umrah.

PTPTN berkata, tindakan tegas menyenaraihitamkan nama serta mengambil tindakan mahkamah terhadap peminjam itu terpaksa diambil selepas mereka berdegil dan bersikap acuh tak acuh dalam soal pembayaran balik pinjaman.

petikan dari bharian.com.my

Wassalam...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...