Jump to content
Ranzeur

Beberapa Masalah Linux

Recommended Posts

a'kum

aku ada beberapa soalan yg mencabar minda aku. aku harap korang semer bleh la tolong aku setelkan kemusykilan ni.

1] ni mengenai kernel. bleh tak kalau aku build driver untuk hard disk dan filesystem di mana letaknya root (/) sebagai modul? ia adalah sata disk dan jenis fs adalah ext3. kalau ikut pemahaman, kernel kenalah detect dulu disk dan kemudian jenis filesystem sebelum bleh mount root dan seterusnya load modul yg diperlukan. Jadi at least kenalah integrate driver disk dan ext3 ke dalam kernel. aku tiada sebab khusus untuk ni, cuma nak tau jer.

2] logo penguin yang keluar masa kernel boot ader dua sebelah-menyebelah. bukan ke sepatutnya satu jer? camne nak jadikan dia satu?

3] di mana aku nak rujuk command untuk setkan color dengan command "echo"?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Untuk 1) sebenarnya awak boleh lakukannya. Sila baca kernel documentation (initrd.txt dan README dalam early-userspace). Secara ringkasnya awak boleh gunakan initrd dalam format compressed cpio archive. Kalau tak silap saya initrd tradisional perlukan juga loopback driver dan filesystem driver untuk initrd tersebut sebab ia adalah image filesystem dalam sebuah fail. Dengan cpio archive sebagai initrd, awak cuma perlukan sokongan initial ram disk disertakan ke dalam kernel. Yang penting sekali, sebahagian daripada tugas /linuxrc dalam initrd ni perlulah "insmod" setiap driver yang diperlukan oleh disk awak dan juga filesystem driver yang diperlukan untuk mount root sebenar dalam disk tersebut dan seterusnya pivot_root ke root sebenar ni. Contohnya, sata-II disk saya perlukan ahci driver (ahci.ko), yang bergantung kepada libata (libata.ko) dan saya juga perlukan scsi disk driver (sd_mod.ko) yang begrantung kepada scsi (scsi.ko). Jadi, dalam /linuxrc perlulah "modprobe" setiap driver ni, termasuklah mana2 filesystem driver yang diperlukan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

2] logo penguin yang keluar masa kernel boot ader dua sebelah-menyebelah. bukan ke sepatutnya satu jer? camne nak jadikan dia satu?

berapa ekor penguin yang keluar bergantung kepada berapa banyak processor yang kernel detect

kalau dual processor (memang dua processor, HT atau dual core), akan keluar 2 ekor penguin... kalau ada 4 processor, akan keluar 4 penguin

so, kalau tak guna dual core, besar kemungkinan HT enabled

Share this post


Link to post
Share on other sites

thanks mr. paralys3r & sharuzzaman.

paralys3r, boleh tak explain lebih details camne nak buat /linuxrc aku sendiri? kalau ader short tuto pun best jugak. sebab aku tak brape faham kernel doc tu. kalau bleh ko bagi la step by step camne nak buat initrd nih.

kalau logo penguin tu kluar ikut bilangan proc, camne plak kalau machine yang ader beratus2 processors tu? takkan kluar beratus gak kot? tak bleh ke kita kluarkan satu jer? aku cuma nak satu ekor jer..

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau logo penguin tu kluar ikut bilangan proc, camne plak kalau machine yang ader beratus2 processors tu? takkan kluar beratus gak kot? tak bleh ke kita kluarkan satu jer? aku cuma nak satu ekor jer..

machine apa yang ada beratus-ratus processor?

setahu aku paling banyak pun skang ni 24-way jer...

dan tak mestinya machine tu guna Linux... selalunya kalau dah banyak-banyak processor ni, diaorang guna OS sendiri...

maksimum Linux boleh support adalah 32 CPU untuk 32 bit, dan 64 CPU untuk 64 bit... tak sampai 100...

Share this post


Link to post
Share on other sites

berapa ekor penguin yang keluar bergantung kepada berapa banyak processor yang kernel detect

kalau dual processor (memang dua processor, HT atau dual core), akan keluar 2 ekor penguin... kalau ada 4 processor, akan keluar 4 penguin

so, kalau tak guna dual core, besar kemungkinan HT enabled

oh gitu ke gaya nya..Ni ilmu yg bagus ni.Baru le aku tau image penguin tu kuar ikut jumlah processor ataupun ikut core dia. Alhamdulillah..Tima kasih encik sharuzamman sebab share mende ni.Memang sungguh aku tak tau ni..

Tapi pulak, camne lak yg diorang gi conference IBM,pastu IBM ni kata core-core ni semua tipu je. Adakah IBM salah atauapun cuma nak melakukan produk dia je, atapun, memang core tu benda yg betul,sebab sebagai *Nix system, ada le sebab kenapa dia boleh detect core tu ada berapa, dan jugak HT.

Sebab kalau core2 ni semua tipu, takkan dia boleh detect ye tak?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sebenarnya saya tak pernah create initrd by hand. Saya gunakan gentoo's genkernel. Kalau nak walkthrough linuxrc yang digunakan oleh genkernel boleh la. Kalau nak tahu camne genkernel create initrd ni, boleh la baca genkernel punya kod (ia hanyalah koleksi shell script). Boleh baca juga wiki kat gentoo untuk maklumat lebih details mengenai genkernel sebab dokumentasi depa bagus.

Untuk 2) saya cadangkan awak lupakan saja logo penguin tu sebab kita ada alternatif lain yang lebih cantik dan dilaksanakan dalam user space. Awak boleh gunakan gentoo's gensplash atau ubuntu's usplash.

Untuk 3) rasanya ia berkaitan dengan terminal caps. cuba baca manual terminfo. Benda ni berbeza-beza mengikut jenis terminal yang digunakan. Cuba juga baca manual program infocmp.

Share this post


Link to post
Share on other sites

sori lambat reply.. sebenarnya aku tengah cuba2 gentoo laa..

aku masih tak paham2 pasal initrd ni. aper tujuan sebenar initrd ni? initramfs tu menatang aper plak? maner satu aku nak guna kalau aku nak capai tujuan aku kat first post tu? aper kernel option yg patut aku enable maser nak compile kernel tu? confused ??

Share this post


Link to post
Share on other sites

tujuan sebenar initrd... bolehlah dikatakan untuk memberikan peluang kepada userspace program (less privileged code) untuk run seawal yang boleh... ni untuk menyelesaikan masalah untuk locate dan mount root partition, sebab awak boleh letak root partition dalam pelbagai jenis storage medium.

note that initrd adalah "initial ram disk", maknanya ia based on ram disk laa.. ram disk ni satu cara untuk menggunakan memori sebagai disk. biasanya awak gunakan disk sebenar sebagai disk, dan awak create filesystem ke dalamnya. maknanya awak nyer disk sebenar adalah backing store filesystem tersebut. tapi dengan ram disk, memori adalah backing store untuk filesystem yang awak create kat dalamnya. seperti yg kita tau, aper2 yang berkaitan dengan memori komputer hanya bersifat sementara, maknanya datanya hilang apabila awak off komputer. "initial" kat sini maknanya kernel boleh populate ramdisk awak dengan contents of initrd (initrd can be loaded dengan bantuan boot loader), so awak boleh gunakan kernel parameter root (i.e root=/dev/ram0) untuk mount ramdisk ni sebagai root dan gunakan init=/linuxrc untuk run /linuxrc binary dari ramdisk ni.

initramfs adalah "inital ramfs". yang ni lagi best. aper yang awak perlu enable cuma initramfs/initrd support ke dalam kernel. ia boleh dikatakan pengganti initrd. ramfs adalah ram-based filesystem. oleh kerana ia mudah dilaksanakan dan kecil, setiap kernel (2.6) ada ramfs driver. dalam kernel doc Documentation/filesystems/ ader cerita ramfs, rootfs ni. awak bacalah. Kalau ada masa nanti saya buat tutorial sikit.

Share this post


Link to post
Share on other sites

haloo lagi.. aku dah berjaya compile kernel & jadikan disk driver & fs driver sbg modul.. thanks Paraly3sr sebab share maklumat yg begruna nih. tp skrg ader satu masalah lagi. bila aku masuk ke shell dalam initramfs nih dgn "debug" option kat kernel tu aku takleh taip aper2 plak. aper yg silap nih?

satu lagi.. camne aku nak guna extra keys kat keyboard aku nih dalam linux? kalau kat windows bleh gunakan untuk sleep, panggil internet explorer, main music dan lain2.. kat linux takleh plak??

Share this post


Link to post
Share on other sites

haloo lagi.. aku dah berjaya compile kernel & jadikan disk driver & fs driver sbg modul.. thanks Paraly3sr sebab share maklumat yg begruna nih. tp skrg ader satu masalah lagi. bila aku masuk ke shell dalam initramfs nih dgn "debug" option kat kernel tu aku takleh taip aper2 plak. aper yg silap nih?

satu lagi.. camne aku nak guna extra keys kat keyboard aku nih dalam linux? kalau kat windows bleh gunakan untuk sleep, panggil internet explorer, main music dan lain2.. kat linux takleh plak??

leh wat shortcut guna KDE 3.5

1) K menu --> Setting --> Menu Editor

2) Pilih program / add new program

3) Current Shortcut key --> pilih mana yg sesuai.

4) Save -- Tadaaa ! senang ajer..

Dah test OK!:

F8 = Musang Berapi

F9 = xmms

F10 = mplayer

F11 = gimp

F12 = Nvu

Tapi Bug

Ctrl + x = takde response . tak kire la x tu huruf ke abjad.

Share this post


Link to post
Share on other sites

tp skrg ader satu masalah lagi. bila aku masuk ke shell dalam initramfs nih dgn "debug" option kat kernel tu aku takleh taip aper2 plak. aper yg silap nih?

maknanya awak tak sertakan sekali driver keyboard awak.. note that kalau awak gunakan usb keyboard, awak kena sertakan driver usb + hid sekali samada ke dalam kernel atau sbg modul ke dalam initramfs...

rasanya extra keys yg dimaksudkan kat sini multimedia keys laa kan? kalau awak guna gnome, bleh setkan melalui control center (keyboard). tapi kalau awak nak daemon, bleh guna esekeyd atau lineak (bleh cari kat internet) atau buat "emerge esekeyd".

Share this post


Link to post
Share on other sites

sorry ar kalau hijack tread ni

nak tanya skit, aku baru ni install ubuntu

masalahnya bila boot jer terus blank msj "out of range"

aku syak monitor aku tak support pastu aku bukak grafik kad aku

aku pakai build in mobo nya lepas aku boot ok lak

bleh pakai..

apa masalahnya, driver tuk grafik aku dah install tapi bila pakai garfik kad jer tak de paparan

aku pakai nVidia Gforce 6200 256 Mb

Share this post


Link to post
Share on other sites

sorry ar kalau hijack tread ni

nak tanya skit, aku baru ni install ubuntu

masalahnya bila boot jer terus blank msj "out of range"

aku syak monitor aku tak support pastu aku bukak grafik kad aku

aku pakai build in mobo nya lepas aku boot ok lak

bleh pakai..

apa masalahnya, driver tuk grafik aku dah install tapi bila pakai garfik kad jer tak de paparan

aku pakai nVidia Gforce 6200 256 Mb

bukan masalah driver.. masalah monitor xsaport high-res..

kalau nak pakai juga.. kene downgradekan le resolutions ngan refresh rate..

check kat xorg.conf atau XFree86 punye config file... edit dan buang line yg show high-res tu.. restart xserver

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...