azuan 2 Report post Posted February 16, 2007 Tenaga Nasional Berhad, dengan aktiviti bisnes teras dalam bidang penjanaan, penghantaran dan pembahagian tenaga elektrik, telah memulakan perjalanan bagi mencapai kepimpinan global dalam perkhidmatan tenaga elektrik. Untuk merealisasikan wawasan tersebut, kami menjemput warganegara Malaysia yang bersemangat tinggi, dinamik dan bermotivasi serta berpotensi menjadi pemimpin bagi menyertai Program Eksekutif Pelatih (PEP) untuk dibentuk dan memimpin Syarikat ini. Program Eksekutif Pelatih adalah merupakan satu program latihan dan pembangunan selama 12 bulan yang diwujudkan khusus bertujuan untuk melengkapkan pelatih dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai fungsi bisnes Syarikat. Pada masa ini, terdapat kekosongan jawatan di dalam bidang:PROGRAM - Program Pembelajaran di dalam kelas - Kem bina semangat (Out Bound School)- Latihan sangkut di pelbagai jabatan- Pembangunan khusus di bahagian bisnes teras - penjanaan, penghantaran atau pembahagian KERJAYA- Setelah menamatkan keseluruhan program latihan dengan jayanya, Pelatih Eksekutif akan dinilai bagi memastikan kesediaan memikul tanggungjawab yang lebih tinggi, untuk ditempatkan di Bahagian Penjanaan, Penghantaran atau Pembahagian. KELAYAKANMemiliki kelulusan akademik diperingkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan kelayakan CGPA sekurang-kurangnya 3.00 atau Kelas Kedua Tinggi dari universiti yang terkemuka. Pengkhususan di dalam Elektrik Kuasa diberi keutamaan.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan kredit dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris.Berumur 25 tahun ke bawahMempunyai kemahiran perorangan dan komunikasi yang baik. Fasih di dalam pertuturan dan mahir dalam penulisan Bahasa InggerisSanggup bertukar ke mana-mana seperti diarahkan, bergantung kepada kepentingan bisnes. Calon yang berminat boleh melayari laman web TNB http://www.tnb.com.my untuk memuat turun borang permohonan TNB 188C, dan majukan bersama-sama sekeping gambar berukuran pasport (tidakdikembalikan) , salinan Sijil Kelahiran, Salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, Salinan Kad Pengenalan dan dokumen-dokumen sokongan kepada Pengurus Besar (Perancangan Sumber Manusia & Perjawatan), Bahagian Sumber Manusia, Tenaga Nasional Berhad, Tingkat 8, Bangunan Ibu Pejabat TNB, No. 129 Jalan Bangsar, Peti Surat 11003, 50732 Kuala Lumpuratau menerusi faksimili kepada +603 2284 0469. Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat permohonan. Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Februari 2007 Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.sekian Share this post Link to post Share on other sites
dragonaga 0 Report post Posted March 13, 2007 (edited) For anyone who concerned, may I know when the shortlisted candidates will be notified for the interview?because I am one of the applicants for this job. Hopefully, dapatlah. Edited March 13, 2007 by dragonaga Share this post Link to post Share on other sites
Lil_KY 0 Report post Posted March 13, 2007 For anyone who concerned, may I know when the shortlisted candidates will be notified for the interview?because I am one of the applicants for this job. Hopefully, dapatlah. my fren of my fren dah pi 1st intebiu....now prepared 4 2nd intebiu.. Share this post Link to post Share on other sites
dragonaga 0 Report post Posted March 13, 2007 (edited) my fren of my fren dah pi 1st intebiu....now prepared 4 2nd intebiu..dah buat interview rupenye. that's mean I'm not the shortlisted candidates lah. Edited March 13, 2007 by dragonaga Share this post Link to post Share on other sites
Lil_KY 0 Report post Posted March 13, 2007 dah buat interview rupenye. that's mean I'm not the shortlisted candidates lah. jgn sad2 ler..ne tau ni baru 1st stage.... ade rezeki insyaallah ler... Share this post Link to post Share on other sites
Lil_KY 0 Report post Posted March 14, 2007 dah buat interview rupenye. that's mean I'm not the shortlisted candidates lah. dragonaga...yang 1st time membe aku pi tu test jek..semalam baru intebiu Share this post Link to post Share on other sites
dragonaga 0 Report post Posted March 16, 2007 dragonaga...yang 1st time membe aku pi tu test jek..semalam baru intebiuthanks for your info. tapi papehal pun I didn't get any news from tnb, not even a call up for test apalagi interview. so aku boleh assume aku tak dpt lah. btw, boleh aku tanya tak member kau tu student uniten ke dulu. yelah manalah tau student uniten become priority utk dipanggil for this job.takpelah, aku pun dah hntr a few applications kat company lain. hopefully, dptlah at least dipanggil utk interview. Share this post Link to post Share on other sites
azuan 2 Report post Posted March 16, 2007 Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.takda rezeki ko la tu. takpala cuba la kat tempat lain.tamat Share this post Link to post Share on other sites