Jump to content
kertasputih

Apa Yang Berbeza

Recommended Posts

Asasi tu foundation, diploma tu adalah diploma.. dan kita dua2 blur camna nak isi borang UPU kan..

free bump for today!! :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

nie ada FAQ dari kawan2 sekola lama kita... :lol:

Q:Bila iklan untuk SPC ( Skim Pelajar Cemerlang ) MARA akan kuar kat surat khabar?

A:Dalam beberapa minggu SELEPAS keputusan SPM diumumkan

(tadi kita pergi Karnival Pendidikan MARA. Org MARA kate, iklan ni maybe keluar sabtu or ahad minggu depan)

Q:Bagaimana nak memohon?

A:Selalunya pemohon perlu memohon secara online terlebih dahulu kemudian barulah pemohon akn diberikan surat ke rumah yang menyatakan pemohon layak ditemuduga di Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur.

Q:Bagaimana nak IB atau A-Level ?

A:Semasa ditemuduga di MARA, pelajar hanya menyatakan sahaja semasa temuduga itu apa program yang menjadi pilihan pelajar.Tetapi pelajar tidak semestinya mendapat apa yang dikehendaki. Mungkin pelajar akan ditawarkan ke program yang bukan menjadi pilihan pelajar.Penempatan pelajar mungkin berdasarkan keputusan SPM anda.

Q:Boleh lagi memohon medic rusia sekiranya gagal sebelum SPM?

A:TIDAK.Sekiranya anda ingin memohon di bwh tajaan MARA maka jawapanya tidak.MARA tidak lagi menawarkan program trek-pantas medic rusia kepada pelajar menggunakan keputusan SPM.Sebaliknya, JPA ( Jabatan Pertahana Awam) ada menawarkan ke program ini dengan mengunakan result SPM.

Q:Bagaimana nak memohon biasiswa JPA?

A:Sama prosedurnya dengan memohon biasiswa MARA.Tetapi jangan memohon MARA dan JPA, nanti kedua-dua pun anda tidak dapat.Hanya pilih salah satu.

Q:Apakah perbezaan Program Asasi UM dan UIA dengan Program Matrikulasi?

A:Sekiranya anda berada dalam program Asasi UIA atau UM, anda memang pasti untuk terus berada di dalam program tersebut dan meneruskan pengjian di UM atau UIA.Tetapi di matrikulasi peluang anda untuk mendapat program yang demanding* adalah tipis.

*Program seperti medic dan engineering

Q:Peluang untuk mendapat tempat di Program Perubatan UIA?

A:Bagi pelajar perempuan mungkin persainganya amat sengit dan sukar.Tetapi bagi pelajar lelaki persainganya kurang sengit dan peluangya lebih cerah

Q:Bila kita akan mendaftar di Kolej Matrikulasi?

A:Selalunya setiap tahun pendaftaran di kolej matrikulasi adalah dalam bulan 5 atau 6.

Q:Apakah pilihan terbaik JPA atau MARA?

A:Baik buruk tajaan sesuatu agensi itu bergantung kepada penilaian pelajar.Biasiswa JPA sememangnya menawarkan duit poket yang lebih banyak dan ada beberapa kebaikan lagi.Tetapi tempatnya amat terhaddan hanya yang betul- betul cemerlang sahaja yang akan terpilih.Melalui MARA, peluangnya lebuh cerah untuk melanjutkan pelajaran meskipun pelajar mendapat keptusan yang kurang memuaskan.Hal ini banyak terpulang kepada pelajar

Q:Apa itu Program Persediaan?

A:Program persediaan adalah program yang direka khas bagi pelajar untuk meneruskan pemeblajaran ke luar negara.Melalui program ini, para pelajar akan lebih dilebih diberi jaminan untuk ke universiti yang menjadi pilihan penaja anda.Selalunya program persediaan adalah untuk pelajar yang ingin mengambil kursus perubatan.

Edited by hijaulaut_08

Share this post


Link to post
Share on other sites

pada sesiapa yang sedang menuntut di ipta, saya nak mintak tolong jelaskan

perbezaan antara program asasi dengan diploma yang ditawarkan di upu?

yang mana lebih baik?

Asasi adalah program persediaan untuk sambung ke peringkat ijazah dan hanya khusus untuk pelajar bumiputera yang cemerlang dalam SPM. Misalnya Pusat Asasi Universiti Malaya, adalah program persediaan dalam tempoh 2 tahun jika tak salah saya untuk pelajar yang akan sambung ke peringkat ijazah dalam bidang sains. Jika diploma, adalah program untuk semua kaum tanpa mengira bangsa. Tempoh pengajian selama tiga tahun. Satu lagi, asasi ngan matrikulasi adalah sama. Better ambil matrikulasi atau asasi untuk sambung ke peringkat ijazah. tapi perlu belajar betul2 dan tak boleh ambil sambil lewa. Diploma pun bagus juga tapi bawah sedikit berbanding ijazah... Wallahualam.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...