Jump to content
kelana akira

"amaran Mengenai Swiss Cash Atau Swiss Mutual Fund"

Recommended Posts

Wang bukan untuk segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang tetapi jika kita terlalu mengejar wang kita akan kecewa...Kadangkala kita jadi tamak bila melihat satu peluang yang besar, lantas tanpa memperdulikan dengan siapa kita berurusan sebenarnya akan mengundang padah meskipun lazim orang berkata besar risiko maka besarlah peluang yg kita perolehi, tapi biarlah berurusan dengan pakar dalaman kita dari segi pengurusan kewangan bukan terus nak pergi ke luar (antarabangsa melalui internet)

Apa pandangan anda bila terdapat amaran seperti ini dari bank negara "Amaran Mengenai Swiss Cash atau Swiss Mutual Fund"

Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ingin memaklumi orang ramai bahawa Swiss Mutual Fund, sebuah syarikat yang mempromosikan dana Swiss Cash, tidak mempunyai lesen atau dikecualikan daripada keperluan mendapat lesen daripada Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit. Syarikat ini juga tidak diberi lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk menjalankan aktiviti atau perkhidmatan pengurusan aset di Malaysia. Dana Swiss Cash yang dipromosikan oleh Swiss Mutual Fund tidak mendapat kelulusan atau pengesahan daripada Suruhanjaya Sekuriti.

Dana Swiss Cash ialah program pelaburan berasaskan internet yang dipromosikan oleh Swiss Mutual Fund, sebuah syarikat pengurusan dana yang mendakwa ia berdaftar di luar negeri, dan peluang pelaburan dalam dana itu ditawarkan melalui Internet dan ejen tempatan.

Orang ramai hendaklah melabur melalui institusi yang diberi lesen oleh pihak berkuasa sahaja. Sekiranya terdapat keraguan, orang ramai perlu menyemak dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau pihak berkuasa lain yang berkaitan mengenai status pelesenan syarikat tempatan atau asing yang berkenaan sebelum membuat sebarang pelaburan.

Orang ramai boleh menghubungi Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai dana itu:

Jabatan Aduan, Suruhanjaya Sekuriti

Tel: 03 6204 8999

Fax: 03 6204 8991

E-mail: [email protected]

Bank Negara Malaysia

Tel: 03 2691 0824 / 2692 6482 / 2698 2810 / 2694 2143

Fax: 03 2698 7467

E-mail: [email protected]

Bank Negara Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti

5 September 2006

Bank Negara Malaysia

5 September 2006

Yang tertera di atas tu baru Pelaburan Swiss cash, bagaimana pula dengan Pelaburan2 yg lain yg begitu byk menawarkan keuntungan besar berlipat ganda...

Back to top

Share this post


Link to post
Share on other sites

Siasat dulu sebelum melabur..nanti susah kemudian hari. Kawan2 aku pun byk yg join SC ni. Ada yg tanya aku tapi at last dia melabur jugak..bila aku tanya tahu ke duit tu sampai kat mana...dh x bleh cfrm. Takut woo duit tu tersumbang kearah yg bathil.

Edited by ecom

Share this post


Link to post
Share on other sites

swissh tu kan dah kuar paper yang banyak oghang kek malaysia ni tertipu

..............................so jangan lah terperdaya.......carilah duit dari usaha kita dengan cara halal

Share this post


Link to post
Share on other sites

orang kita memang suka dengan skim mempercepatkan kayap ni. hokhokohkohkohkohkh.

anyway, jangan sampai tertangkap dan didakwa dengan akta wang haram sudahla.

Share this post


Link to post
Share on other sites

jangan, jangan dan jangan..itu le yg blh sy nasihatkan..bende 2 semua xde jaminan..

dulu ramai kawan saya ada melabur kat studio traffic..lbh kurang cam sc gak..tp skang diorg da bankrap sebab x blh nak byr pelabur2 dia..duit melayang macam 2 je..ribu2 lak 2

Share this post


Link to post
Share on other sites

pada aku, multilevel marketing is better than swisscash ni.. :D

Amaran Mengenai Swiss Cash atau Swiss Mutual Fund

Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ingin memaklumi orang ramai bahawa Swiss Mutual Fund, sebuah syarikat yang mempromosikan dana Swiss Cash, tidak mempunyai lesen atau dikecualikan daripada keperluan mendapat lesen daripada Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit. Syarikat ini juga tidak diberi lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk menjalankan aktiviti atau perkhidmatan pengurusan aset di Malaysia. Dana Swiss Cash yang dipromosikan oleh Swiss Mutual Fund tidak mendapat kelulusan atau pengesahan daripada Suruhanjaya Sekuriti.

Dana Swiss Cash ialah program pelaburan berasaskan internet yang dipromosikan oleh Swiss Mutual Fund, sebuah syarikat pengurusan dana yang mendakwa ia berdaftar di luar negeri, dan peluang pelaburan dalam dana itu ditawarkan melalui Internet dan ejen tempatan.

Orang ramai hendaklah melabur melalui institusi yang diberi lesen oleh pihak berkuasa sahaja. Sekiranya terdapat keraguan, orang ramai perlu menyemak dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau pihak berkuasa lain yang berkaitan mengenai status pelesenan syarikat tempatan atau asing yang berkenaan sebelum membuat sebarang pelaburan.

Orang ramai boleh menghubungi Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai dana itu:

Jabatan Aduan, Suruhanjaya Sekuriti

Tel: 03 6204 8999

Fax: 03 6204 8991

E-mail: [email protected]

Bank Negara Malaysia

Tel: 03 2691 0824 / 2692 6482 / 2698 2810 / 2694 2143

Fax: 03 2698 7467

E-mail: [email protected]

Bank Negara Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti

5 September 2006

Info dari: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&p...300&lang=bm

Share this post


Link to post
Share on other sites

“Bank Negara senak perut sbb duit tak pusing kat dlm negeri.... Hmmm... kalo teruk sgt senaknya mau dia kluar bon tak lama lagi.... walau camner pon stakat nih sc masih "clean" ......â€

Kata sdr.Vibrunnica...Itu tak salah tafsiran saudara... ttp sesenak bank Negara taklah sesenak Bank2 jiran tetangga kita bila diserang Uncle Sorros dulu...masih kah kau ingat?

Sdr. frostmourne, sdr. zolopaloza, sdr. azuan, sdr. nawaitu, sdr. ecom, sdr. zeOnehza dan sdr. diablo...

Rahsia kegagalan selalunya ialah TAMAK. Rahsia kegagalan sebenar ialah nak buat seorang diri, tak ada rakan kongsi, tak ada rakan kerjasama. Biasa melihat orang yang bertahun-tahun tidak memulakan bisnes kerana hendak dibuat seorang diri? Tidak ada manusia yang boleh hidup seorang diri. Bisnes yang 'one man show' selalunya berakhir dengan kegagalan. Sebab itu dalam MLM, mana-mana syarikat Top 10 amat menggalakkan menjalankannya suami isteri (dianggap sebagai rakan kongsi). Manusia memerlukan manusia lain terutama dalam menjalankan bisnes. Manusia ada kekurangan dan kelebihan -- jadi perlu saling melengkap, saling bantu membantu.

Jangan nak buat seorang diri -- buat sama-sama, makan sama-sama, berjaya bersama. Lebih banyak yang boleh diteroka jika berkongsi. Semua bisnes besar adalah bisnes perkongsian.

Dalam perkongsian bisnes yang menyebabkan kegagalan pun sama -- TAMAK. Bila tamak tidak akan ada harmoni. Keharmonian di dalam bisnes adalah amat penting. Sama seperti rumah tangga -- tanpa keharmonian, rumahtangga menuju kehancuran.

Kita kononnya ke arah IT tapi begitu ramai usahawan terutamanya Bumiputera yang masih tak kenal apa itu internet. Hanya dengar-dengar saja. Bahkan persepsi "Internet tak boleh percaya..." masih lagi berlegar di kepala mereka, sedangkan potensi internet ini amat besar jika dijuruskan untuk urusan bisnes.

Nak salahkan siapa? Tentulah salah yang merosakkan. Segala rupa persepsi pelik dibuat oleh orang yang baru kenal internet dan menipu masyarakat seperti menjadi jutawan melalui internet (Di Malaysia ini kalau boleh dapat RM100 sebulan jika menjual produk melalui internet sudah dikira keramat).

Berusrusan berniaga dalam negeri dahulu, tak salahkan?Kenapa dalam negara? Sebab dalam negara pun sudah sangat mencukupi. Tak payahlah mengada-ada mencari pasaran luar negara sedangkan kita sudah kenal budaya dan kemahuan orang Malaysia. Kita tak kenal lagi budaya China, Dubai dan lain-lain. Banyak cerita sedih yang saya dengar dari mereka yang berurusniaga di negara luar terutama dengan negara Arab yang terkenal dengan penipu itu. Begitu juga urusan dengan Indon yang lebih berminat menjual bukan membeli. Renung2 kan lah...

sekadar satu perkongsian

Share this post


Link to post
Share on other sites

buat aper la melabur kat luar...kat sini pun byk mutual fund bleh melabur...bukak jer surat kabar byk unit amanah yg boleh dilaburkan...betul tak?simpan cikit2 pun leh jadi jutawan.. :rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pandai mengurus wang peribadi dan bijak melabur dalam negara sendiri, sikit-sikit akanlama jadi jutawan jugak...tidak mustahil. Kita boleh buat apa saja melainkan nyawa dan tidak ada yg mustahil melainkan mati. Kerana saya lebih mempercayai negara sendiri walaupun baru 49 tahun merdeka daripada mempercayai luar negara...

Share this post


Link to post
Share on other sites

You have been sent this communication from junai889 via the "Report this post to a moderator" link.

------------------------------------------------

Topic: "amaran Mengenai Swiss Cash Atau Swiss Mutual Fund"

------------------------------------------------

Link to post: http://forum.putera.com/tanya/index.php?act=...mp;#entry355667

------------------------------------------------

Report:

Salam Sejahtera...

Apa-apa pun setakat ini Swisscash tu okey..... Terpulanglah orang nak kata apa pun yang penting pelaburnya dah dapat pulangan yang lumayan. Jangan kata nak jadi Jutawan atau Kaya Raya, dapat padam semua hutang-hutang dah kira bagus. Kawan aku dah hampir 9 bulan join, patutlah dia senyum aja setiap bulan. Aku masih dok berkira-kira....

Aku dah banyak dengar cerita pasas Swisscash tu...termasuklah yang disiarkan oleh COSMO!. Aku rasa wartawan yang tulis artikal tu...dapat maklumat sikit aja...tapi cerita yang lebih.

Inilah malangnya wartawan tu.....berita tau sikit aja tapi cerita berhari-hari tak habis. Bukan semua wartawan macam tu. Mungkin pihak COSMO! nak lakukan akhbarnya. Aku pun tak pernah beli COSMO!. Secara tak langsung COSMO! telah mengiklankan SWISSCASH MUTUAL FUND tu. Sehinggakan pakcik-pakcik di pendalaman pun dah mula tertarik kat Swisscash. Itulah salah satu kesan mendalam dari siaran COSMO!

Nak salahkan siapa bila dah macam ni? Keuntungan pelabur Swisscash kita tidak tahu tetapi yang nyata jualan COSMO! meningkat.

SEDANG MEMBUAT KEPUTUSAN MELABUR TAPI TAK PASTI KAT MANA. DI ASB KIRA OKEYLAH RMxx,xxx.xx

junai889

Ada beberapa fakta yang jelas menunjukkan syarikat itu boleh diragui kesahihannya.

Hanya orang yang mempunyai mata dan pandangan yang jelas :ph34r: akan melihat kebenarannya di sebaliknya.

Tapi mereka yang mempunyai mata duitan :blink: akan hanya melihat dan mengatakannya benar tanpa mengetahui apa yang disebaliknya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ada beberapa fakta yang jelas menunjukkan syarikat itu boleh diragui kesahihannya.

Hanya orang yang mempunyai mata dan pandangan yang jelas :ph34r: akan melihat kebenarannya di sebaliknya.

Tapi mereka yang mempunyai mata duitan :blink: akan hanya melihat dan mengatakannya benar tanpa mengetahui apa yang disebaliknya.

hehe

aku labur jugek.. sebab aku pernah rugi lagi banyak dari apa yang aku labur tu.. yang aku rugi pun kat genuine business.. so aku testla labur kat bisnes yang tak berapa nak genuine.. tengok je ler... buat masa ni apa yang dijanjikan aku dapat tak macam janji bisnes ngan orang yang mengaku islam kat sini..

hehe..

Share this post


Link to post
Share on other sites

"

Kita kononnya ke arah IT tapi begitu ramai usahawan terutamanya Bumiputera yang masih tak kenal apa itu internet. Hanya dengar-dengar saja. Bahkan persepsi "Internet tak boleh percaya..." masih lagi berlegar di kepala mereka, sedangkan potensi internet ini amat besar jika dijuruskan untuk urusan bisnes.

"

Ini satu stereotype atau membuat kesimpulan mudah tentang skill maupun kebolehan orang kita, kebanyakkan yang buat duit menggunakan internet nie buat senyap2 jer dan tak semestinya direct seperti penjimatan melauli VOIP. Yang ramai heboh isu-isu suratkhabar ni pak turut jer.

Share this post


Link to post
Share on other sites

macam2 pendapat yg korang bagi ye.. emmm... dari segi pelaburan ni kena lah berhati2... tgk rasionalnye.. adalah mustahil dengan melabur then goyang kaki leh terus dpt keuntungannye esok hari.. mcm main saham la plak.. saham pun ader risiko kerugiannye gak..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Konsep investment...

Menurut kater Robert T.kiyosaki..

dlm formula money work 4 u..(cashflow quadrant)

E employee

S self employee

B business

I Investor (cashflow Quadrant)

E employee adalah golongan yang makan gaji dan menurut sistem yang dilakukan oleh golongan B

S self employee adalah golongan yang melakukan perniagaan secara kecil-kecilan/freelancer

golongan paling baik adalah dalam kategori business dan Investor...kerana mereka adalah faktor besar penyumbang ekonomi negara...siapakah mereka?

B business adalah org yg mempunyai syarikat yang besar yang bertahan lebih dari 5 tahun dan keuntungan adalah sekata dan menaik... seperti microsoft..sykt MLM dan sebagainya

I Investor adalah golongan elit yang melaburkan kewangan mereka dalam sektor perniagaan yang dilakukan oleh golongan B Business..cth nye ...Warren Buffet, Donald Trump, Soros n bla bla bla...

hampir 90% (golongan paling ramai dalam cashflow quadrant) terdiri dari E dan S mereka

takkan berganjak dlm golongan B dan I kerana mentaliti dan disiplin mereka

golongan I (golongan paling kurang dalam cashflow quadrant)

golongan ini biasanya terdiri daripada golongan B yang berdisplin dalam mengurangkan liabiliti dan biasanya dari kalangan golongan Risk Taker....Dare to Fail... utk menjadi golongan ini...sentiasa melakukan apa yang tidak dilakukan oleh golongan kelas E,S dan segelintir B...

Adakah sama org berilmu dengan tidak berilmu...

Adakah sama orang yang merasa dan tidak merasa...

Adakah sama org yang merasa pizza dari org yang mengetahui ttg pizza di iklan TV

Ini adalah fakta bukan dari pendirian dan pendapat aku yang masih E dan S...

so utk bertanya ttg investment bertanyalah dengan investor sebenar yang telah berjaya... bukan dari kalangan mereka yang hanya makan gaji (E) dalam bidang investment...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Konsep investment...

Menurut kater Robert T.kiyosaki..

dlm formula money work 4 u..(cashflow quadrant)

E employee

S self employee

B business

I Investor (cashflow Quadrant)

Memang aku sokong statement ko nie, syeikhamd.... bukan senang nak ubah mentaliti yang telah sedia tertanam dalam minda orang. Bukan senang nak yakinkan benda yang dah sebati dengan gaya hidup dan sosial mereka dalam kumpulan ini. :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

wah, RM100 sebulan dari internet boleh dianggap keramat, yep that's me, batagolek...malah boleh dapat lebih lebih dan lebih....yang penting :

u set ur own rules of the game

never let others define u

winners never quits, quitters never wins

selling info-products like heroes, like net-heroes

Share this post


Link to post
Share on other sites

susah sangat nak invest ni ker???

ada org kata no pain, no gain...xde modal camner nak untung....modal kecik susah nak untung besar....xde effort xmenjadi apa pun kita buat......

pada pandangan aku ler, dari melabur tak tentu hala tuh....macam sahabat kita kata....melabur kat dalam m'sia nih jer.....xyah kuar...kang kalau dapat pun nak transfer duit tuh masuk balik plak susah ler...kena beku ler.....macam2 masalah....

aku dok survey 3-4 bulan....tgh kumpul duit nak melabur dalam public mutual...ada org rekemen public ittikal.....ikut masing2 nak aper.....yang penting bab2 melabur nih, kena berani....member aku budak bisnes sendiri melabur.....dia sendiri kata kalau takut rugi...simpan jer duit tuh.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

jangan risau ashraf... tidak ada yang sesiapa yang harus mati.... SC tetap selamat... orang lain suka membuang masa dengan menghentam SC sedangkan mereka masih tiada wang dan anda pula telah maju setapak kehadapan.... tahniah .. jangan risau... jangan risau untuk menyenangkan hati anda masuklah laman web ini..

www.jutawan.org mereka ini akan memberi khidmat nasihat yang berguna dan tinggalkan mereka yang berfikiran negatif.... percayalah...

Share this post


Link to post
Share on other sites

melabur bagus, hukum dalam Islam harus, tp keno tgk jugak n chek jgn sampai ada 'riba'... itu pon kalo korang concern bout this..

gila lu... skang ni ade satu pelaburan name dia *****. member aku kate over c based. dia siap promote, ko labur, bukan MLM, lepak, duit masuk tiap2 bulan 10%.

ak pun dah pelik, modal x luput, tp bulan2 masuk 10%. ak malas la takut tipu, tp member aku sorang sekarang bulan2 masuk rm3k.. pergi... bila aku chek ngn dia, aku percaya bkn skim cpt kaya...tp fikir la, mende ni ade riba, kalo x sayang diri jd bahan bakar neraka makan duit haram silakan...

ko nk tau mcm mana cabang duit ko tu dimanipulasikan?? dia bg pinjam kt org len, pastu org bayar sekali ngn bunga.. tu modal x luput, bulan2 masuk 10%.. mane de melabur gitu.. itu dah jadi kes ah long.. hahahahah... ko bayangkn, kalo lah investment nih 'real'.. buat pe la perabis duit juta2 buka kedai ke, restoran ke, yg makan 3-4 tahun balik modal(tu pn kalo balik modal).. baik toke2 tu masuk pelaburan ni je.. 10 bulan modal dpt blk...itu baru salah satu...

salah satu lg FOREX, berhati2 ngn pelaburan ada Forex nih, takut ada riba'. Ada 2 basis, 'on the spot' dan 'forward'. on the spot harus dalam syariah, tp ciput la untung.. 'forward' untung besar bbanding spot basis tp haram, Nabi saw x bagi... so, pastikan dgn pegawai syariah pelaburan korang tu jenis basis pe die wat?? p kalo dah dalam kes member aku yg masuk under over c nkonvensional ni, sah2 derang main 'forward basis'.. wat pe amik untung ciput2.. derang mmg gitu, menghalalkan cara... ko jgn ikut...

so, kalo korang nk masuk pe2 pon, pikir agama dulu la... pastu sah ke tidak... kaya memang kaya... hidup heaven je... tp pahit kt akhirat bro..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...