Jump to content
Sign in to follow this  
de hoenett

Aku, Mlm Dan Uptrend

Recommended Posts

Tak ada sesiapa yang memberi rezeki kepada kita melainkan Tuhan Yang Maha Esa...

Aku nih dah bertahun-tahun kerja swasta, gaji cukup makan tapi kerja bagai nak rak tak dapat penghargaan, pangkat tak naik sebab hanya ada diploma, majikan lebih suka ambik pekerja baru yang ada ijazah tapi takde pengalaman sebab boleh bayar gaji rendah. jadi akupun berjinak-jinak le dengan MLM untuk tambahkan pendapatan aku.

Pengalaman pertama - join MLM yang jual pelbagai produk dan bina networking, boleh dapat komisyen. Jual barang bagai nak rak, duit takdapat, dapat voucher beli barang... maknanya company yang untung!

Pengalaman kedua - join MLM yang hebat dan boleh melancung ke Australia. Labur RM650 dan kena cari ahli baru. Yang tak tahan tuh, bila upline call tiap-tiap bulan suruh kita order barang sebab kalau dia tak cukup point dia tak boleh pi melancung! Pakej barang maunya dekat RM300! Cukup tiga bulan aku angkat kaki...cabut!

Pengalaman ketiga - join MLM tempatan, kena jual barang juga... akupun promosi barang dan bulam pertama tuh buat jualan dekat RM300, dapat voucher lagi, RM4.50, kah! kah! kah! kos minyak hantar barang orang orderpun tak lepas!

Pengalaman keempat - aku join MLM yang jual produk kesihatan yang mahal la jugak harganya. Komisyen memang tinggi, jual dua botol (dua ahli baru dapat RM57). Yang buat aku terhenti tuh sebab rasa bersalah bila produk kesihatan tu tak berkesanpun pada orang yang beli! Aku tak mau jual janji kosong!

Pengalaman kelima - aku join MLM jual ubat kuat, dapat sambutan la pulak! berkotak-kotak aku jual, pembeli aku terdiri daripada brader-brader "near monopause", company lak tak aktif, last2 tutup!

PENGALAMAN TERKINI - aku join UPTREND, sebuah syarikat MLM berteraskan E-dagang yang pertama di Malaysia yang mempunyai strategi pemasaran hybrid yang luarbiasa. Aku tak perlu jual produk CUMA jual konsep cari rakaniaga (terpulang pada aku nak beli barang atau tidak). Dah dua tahun ditubuhkan dengan 90,000 orang ahli yang sedang meningkat. Bulan pertama aku dah dapat pulangan sebab aku ambik pakej "tiga kaki" (pendapatan berganda).

Aku nih jenis percaya dengan SISTEM SATU CARI DUA, dalam UPTREND dengan modal serendah RM456 boleh dapat komisyen hingga RM20,000 sebulan dan dengan hanya mencari 2 RAKANIAGA sahaja TETAPI dengan syarat kedua-dua rakaniaga anda jugak masing-masing membawa masuk 2 rakainiaga aktif!

Dengan modal RM456, anda akan dapat satu IBC dalam internet, kita kontrol sendiri akaun kita, kalau nak order barang, order online sahaja! bila korang bawak 2 rakaniaga dapat komisyen RM57 dan bila kedua-dua rakaniaga masing-masing membawak masuk 2 rakaniaga komisyen bertambah RM114 dan seterusnya sehingga RM688 sehari (maksimum). kOMISYEN BOLEH TRANSFER MASUK DALAM AKAUN BANK YANG DITENTUKAN! BUKA LAMAN UPTREND2U UNTUK KETERANGAN LANJUT.

Sebenarnya dalam MLM konsep pemasaran hampir sama tapi UPTREND pecahkan konsep tuh kepada 2 bahagian, satu cari rakaniaga dan satu lagi jual produk. Jadi kita ada pilihan tak payah jual produk cuma jual KONSEP CARI RAKANIAGA, maknanya kita tak jual janji kosong! syarat utama kenalah cari rakaniaga.

Sebab aku tengok konsep UPTREND nih memang menarik, aku ajak kawan-kawan aku join aku dalam satu kumpulan. Nak berjaya dalam MLM kenalah join kumpulan yang besar. aku jemput korang semua join sekali....

Insyaallah aku punya target untuk group aku, akan dapat pulangan yang lumayan menjelang musim perayaan nanti.

KALAU BERMINAT, SILA SMS 013-4808038 ATAU EMEL [email protected] UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!

PERHATIAN: JANGAN JOIN MLM SEBAB KESIAN KAT KAWAN TAPI JOIN MLM UNTUK BERJAYA DAN KENALAH USAHA SENDIRI!

Edited by de hoenett

Share this post


Link to post
Share on other sites

byk betul pengalaman ko dlm mlm... tapi, bagi aku, utk berjaya dlm sesebuah mlm, kita tak boleh lompat2 company.. cuba bayangkan, dgn hanya bermula dgn voucher, kalau kite terus buat dan buat, pendapatan kita pasti akan bertambah.. tapi, kalau kita baru buat 2,3 bulan, rasa pulangan tak lumayan, lepas tu buat company lain.. lepas 2,3 bulan lagi, rasa tak lumayan jugak, carik company lain lagi.. sampai bila nak berjaya.. aku sekadar meluahkan pendapat sbb aku pon seorang usahawan mlm.. aku dah berkecimpung dlm mlm ni hampir 2 tahun dan aku stay pada satu company shj.. aku pon bermula dgn dpt voucher rm5.00 (tapi, dr jualan, aku dpt untung runcit yg banyak, mana untung runcit saudara).. dan hari ini, alhamdulillah kerana terus berusaha dan kekal dlm satu company aku sudah mempunyai rangkaian yg besar dan meraih pendapatan yg berlipat ganda..

aku dah pernah diterangkan secara terperinci tentang uptrend dan aku dah mengkaji system yg digunakan..

boleh dikatakan binary (kerana had penajaan hanyalah 2 kaki shj - satu cari dua).. binari + unilevel = hybrid system.. pada aku, dah jadi skim.. aku tak kata company uptrend tak bagus..

aku diterangkan tentang beli satu lot beharga 300 lebih, dan kalau dpt carik dua orang di bawah kita yg keluarkan duit rm300 lebih setiap seorang, kita akan dapat RM15.20x2(introduce bonus) dan RM 57 bagi satu pair.. dan kalau downline yg dua org tadi cari lagi 2 org, kita akan dpt lagi RM57xX berdasarkan berapa pair yg kita ada.. sehingga generasi ke12.. selepas pada generasi ke12, company akan flush generasi yg berikutnya.. banyak betul company untung..

dari segi produk pula, dgn RM300 lebih, kita akan dapat satu botol omega, cd dan kopi.. berbaloikah dgn harga RM300 lebih..?

konsep MLM mesti ada jual dan beli (selling), kalau saudara kata tak perlu menjual, itu bukan konsep mlm.. byk company yang mengaburi mata masyarakat dgn menggelarkan diri mereka MLM.. selain itu, sesebuah company MLM mesti mempunyai had penajaan yg infiniti.. tak kira berapa kaki kita nak bukak, bukan sekadar dua sahaja.. dan byk lagi konsep mlm yg tiada pada uptrend.. memang uptrend dah melahirkan ramai puluh ribuan dalam masa yg singkat, persoalannya, berapa lama company uptrend mampu bertahan.. sebelum ini sudah beratus company mengamalkan konsep hybrid, binary, unilevel ataulebih tepat skim, bertakhta di negara kita, tapi di mana company2 tersebut sekarang, dan adakah pengusaha company tersebut masih lagi mendapat pendapatan walaupun company tu sudah tiada.. jawapannya pendapatan berhenti seiring dgn penghentian operasi company2 tersebut..

tujuan saya menulis ini bukan untuk berbalah, tapi sekadar memberi pendapat kerana terlalu ramai rakyat malaysia yg salah faham tentang konsep MLM yg sebenar akibat disalahgunakan company2 yg mengamalkan sistem satu cari 2, skim , binary, hybrid ini..

tiada perkara yg senang untuk meraih pendapatan yang lumayan. jika saudara yakin dgn company saudara, teruskan usaha sehingga berjaya.. jgn tukar2 company, itu syarat utama utk berjaya.. selamat maju jaya dan semoga berjaya..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Satu penghormatan kerana dilawati oleh ahli-ahli rajin, salam perkenalan, thralls & frostmourne….

Jangan gunakan ayat berbalah…. saya lebih suka menggunakan ayat berbincang untuk membuka minda kita, untuk semua yang membacanya.

MENCARI YANG TERBAIK! (kita lakukan perkara yang sama semasa bertukar kerja atau memilih calon hidup)

Dalam MLM itulah juga prinsip saya, mencari yang terbaik dan saya memilih yang terkini untuk saya. Dalam kesemua syarikat MLM yang pernah saya ceburi itu ada ramai yang berjaya (sama ada lambat atau cepat), tetapi tidak kena dengan jiwa saya. Selepas saya menyertai syarikat ini, ada beberapa syarikat baru yang menyusul dengan konsep yang semakin hebat, tetapi bukan pilihan saya lagi atas dasar saya telah menemui yang terbaik buat diri saya. Saya bersetuju dengan frostmourne tetapi setelah saya berjumpa dengan yang terbaik!

Dengan komitmen untuk dua putera kesayangan saya, bukan mudah untuk saya mengeluarkan RM1,048.80 begitu sahaja! Tetapi membuat perkara yang sama seperti frostmourne terlebih dahulu iaitu selidik dulu dan saya mencari pengesahan AJL melalui pihak berkuasa bukannya melalui sijil yang dicetak!

Kita sedar tentang pelbagai skim yang ada seperti skim cepat kaya, binari dan piramid! Konsep2 ini sememangnya diharamkan oleh kerajaan, tatapi masih ramai yang terpedaya! Nampak seperti syarikat MLM memanipulasi dan bersembunyi di sebalik skim2 tersebut.

Di Malaysia, syarikat2 MLM perlu berhadapan dengan pihak berkuasa dan sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan, syarikat kena banned, daripada ribuan syarikat MLM yang ada Cuma 512 syarikat sahaja yang mempunyai lesen AJL dan sentiasa dipantau dari masa ke semasa) dan cuma ada beberapa syarikat sahaja yang berdaftar dengan DSAM (Direct Selling Association of Malaysia – persatuan yang melindungi ahli-ahli MLM tapi setahu aku penyertaan syarikat-syarikat MLM dalam DSAM adalah secara sukarela (lagipun sudah ada pihak berkuasa yang melindungi pengguna termasuk ahli-ahli MLM dengan adanya tribunal pengguna)! Pemain MLM di Malaysia berjumlah 10 – 12 juta pendaftaran (jumlah orang adalah kurang kerana 1 individu kadang-kadang mendaftar dengan banyak syarikat MLM sebagai ahli sepanjang hayat tetapi X aktif!)

Syarikat-syarikat MLM ini sebenarnya membuat kajian dan perubahan inovasi ke atas skim-skim cepat kaya, piramid dan binari untuk mendapat satu konsep pemasaran yang betul-betul boleh menarik orang ramai menyertai mereka! Bukan Skim Cepat Kaya kerana tahap komisyen telah ditentukan had maksimum (seperti dalam kenaikan gaji kerja biasa yang mempunyai gaji mati, walaupun had persaraan 15 tahun lagi). Bukan Binari atau piramid kerana setiap individu boleh memilih jumlah pelaburan untuk memiliki Business Centre yang ditawarkan melalui pakej-pakej syarikat.

Saya memilih pakej silver dan perlu mencari 4 rakaniaga, yang memilih pakej gold perlu mencari 6 rakaniaga dan yang memilih pakej platinum perlu mencari 8 rakaniaga. Setiap pakej, jumlah RMnya adalah berbeza. Itulah cara mereka memanipulasi skim-skim sedia ada dan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa. Mereka berusaha memperbaiki konsep skim-skim yang negatif kepada positif!

Cari downline sampai 1,000 orang direct bawah anda?, itu adalah cara stokis yang mengaut keuntungan tanpa mahu berkongsi dengan orang lain kerana hanya dia seorang yang mendapat keuntungan! Downline untung beli barang harga diskaun aje sedangkan konsep MLM adalah membina rangkaian daripada kecil ke besar untuk membantu downline!

Yang saya katakan terbaik pada saya ialah saya bermula dengan mencari rakaniaga, mengenai produk-produk yang ditawarkan syarikat, saya boleh memesannya kemudian. keuntungan runcit? Dalam uptrend ia dipecahkan kepada 2, Plan A dan Plan B. Plan A - cari rakaniaga -jual IBC dalam internet. plan B pula keuntungan runcit sehingga 30% daripada barang jualan. Saya boleh memilih untuk menggerakkan kedua-dua plan serentak atau memilih mana-mana satu plan sebagai permulaan. jadi saya pilih untuk gerakkan plan A dahulu!

Peringatan utama saya sebelum anda menyertai kumpulan saya ialah pelaburan anda adalah pelaburan perniagaan, ini bermakna anda perlu berusaha untuk maju. Pelaburan anda bukan pelaburan simpanan di mana anda tidak perlu berbuat apa-apa untuk mendapat untung. Kalau anda tidak memahami konsep pelaburan perniagaan, tolong jangan ambil risiko kerugian kerana kalau kita berniaga kedai runcit tetapi kedai tidak beroperasi, mana datangnya keuntungan?

Berbaloi? sebenarnya adalah lebih kepada kepuasan dan terpulang kepada diri masing-masing. Bagi saya ia adalah modal permulaan perniagaan dan saya sememangnya tahu bahawa produk-produk dalam MLM adalah lebih mahal berbanding dalam pasaran. Kalaulah kita mahu memulakan perniagaan nasi lemak cedok tepi jalan pun, modal permulaan mahunya makan ratusan ringgit juga nak beli kereta sorong, peralatan memasak, mangkuk, pinggan dan macam-macam lagi. Macam mana kalau baru sari niage dah kena kompaun, kereta sorong kena rampas atau dicuri! Mau burn juga pelaburan modal permulaan! Itulah yang dikatakan risiko perniagaan.

Kalau kita makan bufet kat hotel 5 bintang yang reganya sehingga RM75 - RM100 satu kepala sedangkan kita hanya mampu makan sepinggan nasi, semangkuk laksa, segelas air oren, seketul kek, sepiring buah-buahan potong yang harganya tak sampai RM15.00 di restoran biasa, berbaloi? Tentu tidak tetapi lebih kepada kepuasan kerana makan ditempat yang hebat.

T/ kasih kepada yang ms dan berminat nak join saya, nasihat saya selidik dulu dan buat keputusan sendiri kerana anda perlu berusaha, pelaburan anda adalah permulaan perniagaan bukannya pelaburan simpanan! Jangan bergantung kepada saya kerana saya hanya akan bertindak menyusun secara sistematik untuk memaksimumkan komisyen anda! Tolong hantar details spt nama, IC nombor, alamat, no akaun bank Alliance / RHB / Maybank (kalau takde boleh edit kemudian) bila dah dapat IBC (Internet Business Centre) nanti. Sila pilih pakej dan kreditkan RM ke dalam akaun Activall Enterprise (company saya), Bank Islam 07-034-01-001009-3 dan fakskan slip bank ke 04-3700001 attn: Joenett

Nasihat frostmourne iaitu jangan bertukar terlalu banyak syarikat MLM adalah tepat sekali namun ingin saya tambah iaitu jangan join terlalu banyak syarikat MLM dalam sesuatu mase, paling tinggipun 2 aja! Anda tidak dapat memberi tumpuan dan akhirnya gagal! Dan jangan terlibat dengan syarikat MLM memerlukan anda melabur setiap bulan!

Edited by de hoenett

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...