Jump to content
Sign in to follow this  
aku

Kisah 2 Manusia

Recommended Posts

Sila baca post terbaru kepada mereka-mereka yang dah banyak kali baca thread aku nih =)

Assalamu 'alaikum...

#1: Aku tak akan percaya org kata dia kaya

#2: Aku tak percaya sesuatu tu terlalu mudah. kalau mudah, ramai dah masuk dan dah jadik berita utama kat sokkaba

#3: Kalo tuan punya program tak daftar syarikat kat SSM, aku akan curiga.

#4: Kalo aku WHOIS dan dapati tuan punya website sembunyikan identiti dia, red-flag!

#5: Berniaga sah biasanya ada barang. Bab ni, kadang2 ebook tak leh dianggap barang ma.. modal ciput, nak kaut untung berlipat kali ganda. ada yang cetak rompak org punya.

bersambung...

Ya, bertemu kita di arena e-duit. saya di sini untuk membantu saudara-saudara sekalian yang ingin berniaga atau mencari duit secara online.

Pernahkah anda dengar tentang tsunami wang? Tunggu dulu. Baca sehingga habis.

Pernahkah anda dengar perniagaan online dengan menggoyangkan kaki di rumah?

Pernahkah anda dengar tentang affialiate (aduh, nak eja cemana eh?) program?

MLM Online? Autosurf? E-gold? paypal? ebay?

Jika YA ataupun TIDAK jawapan anda, anda perlu bersama saya di thread ini. Kenapa?

Hehehe...

Ni bukan aku nak jual barang atau nak ajak hampa masuk program apa2 ka.. bukan nak jadik affialiate ka apa ka... thread ni khusus ntuk tips2 nak elakkan diri dari terjerumus di lembah penipuan.

Kepada mana-mana ahli putera yang mempunyai guidline tersendiri, aku jemput sama2 kita meriahkan thread ni.

Semoga tukang promote, spammer dan seangkatan dengannya mengambil iktibar dan sedar betapa menyampahnya aku dan kengkawan bila dengar org mengaku kaya tapi masih kena cari org ntuk masuk program dia. pelek, pelik...

Ni guideline aku.. akan diupdate jika rajin. kepada yang nak menokok tambah, dipersilakan.

Note: Program/website yang aku sebut di atas bercampur antara scam dan real.

Edited by aku

Share this post


Link to post
Share on other sites

sedey tak mendapat sambutan :(

heheh.. ni aku pastekan artikal si Irfan Khairi

Bagaimana Caranya Menghindar Dari JERAT Online SCAM

Salam sejahtera,

Sejak beberapa bulan lepas, nama saya sering di kaitkan dengan skim online yang berteraskan SCAM. Bertujuan untuk menipu orang ramai dalam mengaut keuntungan. Sehingga hari ini, syarikat saya dan Azizi Ali telah mengambil tindakan keatas 2 individu yang melanggar undang-undang hakcipta dan harta intelek dalam kes-kes sebegini. Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.rahsiainternet.com/penting.htm

Berikut adalah 3 tips untuk menghindarkan diri anda dari terkena JERAT SCAM.

1: SCAM atau menipu online sering bertujuan untuk mengaut keuntungan dari mereka yang dalam keadaan terdesak. Kebanyakan SCAM berasas kepada peluang membuat duit. Sekiranya anda berdepan dengan sebarang peluang menjana wang di Internet, Email atau SMS, anda perlu lebih berhati-hati oleh kerana asas SCAM adalah dalam menarik minat mereka yang terdesak inginkan penyelesaian kepada masalah kewangan.

Fikiran anda perlu lebih berhati-hati dan was-was apabila berdepan dengan sebarang skim menjana pendapatan di Internet oleh kerana kebanyakan SCAM lahirnya di situ.

2: Kebanyakan SCAM berasas kepada 'anonymity' iaitu, pengasas SCAM tersebut sama ada individu ataupun syarikat, inginkan maklumat mereka disembunyikan. Mereka bagaikan menyorok di alam siber di mana asal-usul mereka tidak diketahui.

Individu atau syarikat tersebut tidak akan mendedahkan identiti mereka. Maklumat-maklumat penting seperti alamat mereka, cara menghubungi, kewujudan mereka sering dirahsiakan. Anda perlu berhati-hati, sekiranya mereka inginkan segala urusan 100% online. Kewujudan mereka hanya 100% maya. Mungkin ianya 100% SCAM.

3: Akhir sekali, berhati-hati sekiranya peluang yang diberi oleh individu atau syarikat bunyinya amat mudah (too good to be true). Memperolehi sejumlah wang yang besar bukan suatu perkara yang mudah. SCAM sering mewar-warkan bahawa menjana pendapatan adalah amat mudah. Serta, skim tersebut akan menjanjikan pulangan yang tinggi (beribu-ribu ringgit) dengan pelaburan yang rendah (mungkin RM10).

Fikiran mereka sebelum terkena scam mungkin mengatakan "Wang yang dilaburkan kecil... sekiranya tidak berjaya, ianya tidak apa. Sebab saya cuma hilang RM10 sahaja". Bagi pihak individu atau syarikat yang melakukan SCAM pula mengatakan "RM10 adalah jumlah kecil. Kalau mereka (yang terkena) kehilangan RM10 sahaja sudah tentu mereka tak mencari saya. 1,000 orang bayar RM10, saya sudah untung RM10,000!"

Di dunia ini, tiada skim yang wujud di mana anda melakukan sedikit kerja, kemudiannya pulangan berlipat kali ganda akan melimpah ruah kepada anda. Sekiranya ini terjadi, maka, sudah tentu skim-skim tersebut sudah diberitakan di dada akhbar, di berita TV dan media-media yang lain oleh kerana ia dapat membantu masyarakat hidup dengan lebih mewah.

Jangan lupa, SCAM bertujuan untuk menarik mereka yang terdesak inginkan wang. Tumpuan skim-skim scam adalah untuk menarik mereka yang "Inginkan pulangan tinggi, tetapi usaha yang kurang". Mudah-mudahan anda tidak terjerat dalam kategori ini.

SCAM ada di merata-rata dan antaranya amat halus untuk dikesan. Antara nasihat yang paling baik adalah untuk "tepuk dada, tanya selera" - tanya diri anda sendiri. Sekiranya di hati anda terdetik sesuatu skim itu mungkin SCAM, maka, anda perlu berhati-hati. Kajian menunjukkan ramai yang terkena SCAM sebenarnya sebelum menyertai skim/sistem tersebut sudah mempunyai rasa hati (rasa tak sedap hati), tetapi masih terus menyertainya oleh kerana sifat "ingin tahu" yang kuat sama ada skim tersebut adalah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka!

Semoga kita lebih berhati-hati dengan JERAT SCAM,

Irfan Khairi

http://www.rahsiainternet.com

Edited by aku

Share this post


Link to post
Share on other sites

hurm.... paling best skali "tsunami wang"

saya sudah berjaya, saya sudah ada bmw hehe, saya tahu rahsia bla2...

tips aku senang jer. tengok website. kalo buruk, x payah ler join... hehe..

Share this post


Link to post
Share on other sites

harap dapat membantu u all .......

Untuk mereka yang berkecimpung dalam dunia autosurf dan HYIP, mengetahui ciri-ciri sesebuah program scam adalah sangat penting kerana tanpa pengetahuan ini, anda mungkin akan kehilangan wang anda kepada scammers. Walau pun tidak ada panduan yang sempurna dan benar-benar tepat untuk digunakan, sekurang-kurangnya anda mempunyai sesuatu untuk dijadikan bahan rujukan dalam menilai sesuatu program, sebelum menyertainya. Di sini dikongsikan beberapa tips untuk renungan bersama. Semoga kita mendapat manfaat darinya.

Ciri-ciri Autosurf Scam :

1. High matching bonus upgrades

- Maksudnya, program itu menawarkan sesuatu seperti ini – “Beli 5 pakej upgrade dan dapatkan 15 pakej upgrade dengan percuma!” Dalam erti kata lain, buy 1 free 5.

2. Menaikkan jumlah withdrawal/payout dari minimum ke satu jumlah yang tinggi

- Contoh : Mula-mula pengeluaran minimum ialah $10 tetapi tiba-tiba admin menaikkannya ke $100.

3. Admin menyalahkan payment processor, kononnya payment processor telah membekukan akaun mereka.

- Kadang-kadang perkara ini memang boleh berlaku, tapi payment processor akan menyiasat dan akan membuka semula akaun sesuatu program jika program owner itu memang berada di pihak yang benar. Contoh positif – 12DailyPro. Contoh negatif – 2weeksurf.

4. Menyalahkan server

- Admin memberitahu bahawa mereka kehilangan data ahli kerana server yang mempunyai masalah kerosakan teknikal. Walau pun ini boleh berlaku, banyak program scam telah menjadikan ini sebagai alasan menyebabkan alasan ini seringkali menjadi tanda scam.

5. Laman web program tidak dijaga dengan baik

- Semasa membuat surfing, anda menemui banyak laman web yang mempunyai framebreakers, pop-up, downloaders dan anda seringkali harus klik pada butang Refresh/Reload untuk meneruskan surfing. Admin yang jujur dan berdedikasi tidak akan membiarkan masalah-masalah ini berlaku.

6. Program lambat membayar atau tidak membayar

- Jika program tiba-tiba membayar anda terlalu lewat dari yang sepatutnya, contohnya ia biasa mmbayar anda pada tiap-tiap 1hb, tiba-tiba kali ini ia membayar anda 30 hari kemudian, atau tidak membayar berturut-turut selama 2 bulan atau lebih, atau lebih teruk lagi, admin tiba-tiba menyuruh anda compound wang itu. Contoh ketara : 4Daily.

7. Tidak ada komunikasi

- Admin tidak menjawab email atau sebarang soalan dari ahli. Forum biasanya dilepaskan saja ke tangan Moderator.

8. Terlalu bergantung kepada duit upgrade dari ahli

- Mana-mana program yang hanya/terlalu mengharapkan wang upgrade dari ahli lama untuk membayar ahli baru, tidak akan kekal lama kerana ia adalah program Ponzi.

9. Berlaku perubahan pada akaun ahli atau script program

- Admin sengaja membuat perubahan pada skrip program atau akaun ahli, seperti level akaun yang tiba-tiba menjadi 0, supaya admin mempunyai alasan untuk tidak membayar kerana ‘perlu menyemak semua akaun ahli secara manual’. Walau pun ini boleh berlaku, banyak program scam telah menjadikan ini sebagai alasan menyebabkan alasan ini seringkali menjadi tanda scam.

10. Anda membeli pakej upgrade tetapi ia tidak dikreditkan ke dalam akaun anda

- Jika admin tidak mengkreditkan akaun anda lebih dari 48 jam (atau lebih), mungkin dia sebenarnya memang tidak berminat untuk menjalankan perniagaan autosurf itu.

11. Masalah kesihatan/kematian

- Admin mengatakan dia terpaksa menutup programnya atas masalah kesihatan/ada anggota keluarga/saudara-mara yang meninggal dunia.

12. Berlaku banyak perubahan polisi

- Dalam tempoh masa tertentu, admin melakukan banyak perubahan seperti tiba-tiba menukar tarikh pembayaran atau membatalkan sesuatu servis.

13. Menyalahkan penggodam

- Contoh : Admin mengatakan akaunnya di e-gold telah dihack, atau penggodam tahu bagaimana skrip program berfungsi dan telah menukar setting skrip.

Kenali Risiko dan Potensi :

1. Laburkan wang anda hanya setakat yang anda mampu. Jangan laburkan wang sehingga menggadai harta benda anda, yang akhirnya menyusahkan diri sendiri..

2. Letakkan had kerugian yang anda sanggup hilang. Labur separuh dari jumlah tahap kerugian dan TUNGGU sehingga dapat pulangan dan labur semula. Contohnya, anda sanggup hilang RM1000, mulakan dengan Purchase RM500 dan kitar-semula. Don't invest more than you could afford to lose!! Kalau takut, simpan aje dalam ASB atau unit trust fund dengan pulangan kurang 1% sebulan.

3. Belanja minima untuk setiap program. Jangan TAMAK. Lakukan test spend (ujian pelaburan) dengan nilai kecil terlebih dahulu. Pastikan program itu benar-benar membayar anda sebelum anda melakukan pelaburan besar.

4. Dont put all eggs in one basket. Diversify dan split. JANGAN laburkan kesemua wang anda di dalam satu program saja. Anda harus mempelbagaikan program kerana jika satu program jatuh, sekurang-kurangnya anda masih mempunyai wang untuk di labur ke program lain.

5. Pastikan anda dapatkan pulangan secepat mungkin bila dapat peluang. Jika anda masih ingin melabur lagi dalam program itu, laburkanlah (hanya) keuntungan yang telah anda perolehi dari program itu, bukan dengan modal/wang tunai yang baru dari anda. (Play with profit money).

Sebagai contoh :

(12dailyPro. 12% X 12hari. 1unit = USD6).

Katakan anda melabur sebanyak 10unit = USD60.

Maka pendapatan anda USD60 X 12% X 12hari = USD86.40...

Jika anda ingin melabur kembali laburla keuntungannya sahaya iaitu USD86.40 - USD60 = USD26.40...

Tetapi jika anda ingin melabur keseluruhan pendapatan tersebut, itu terpulang... anda tahu risiko anda (Tahap risiko yang anda sanggup bayar)

6. Conduct Due Diligence (DD) – Buat penyelidikan anda sendiri tentang latarbelakang sesuatu program sebelum menyertainya, seperti - Rajin menjenguk ke Forum, terutama Forum-Forum yang banyak memperkatakan tentang Autosurfing dan HYIP seperti TalkGold, MMG, GoldenTalk dan HYIPDiscussion dalam forum terbuka dengan ahli-ahli di Public Forum. Dapatkan tips dan bersedia dengan red flag alert. Dengan menyertai forum, anda tahu perkembang sesuatu program AutoSurf dari masa kesemasa.

7. Please stay low profile. Berhati-hati dengan program yang menawarkan pulangan tinggi. Kalau boleh, cuba elakkan program ini. Sekiranya anda degil juga dan tetap ingin melabur dalam program ini, contohnya program HYIP yang menawarkan pulangan lebih 60% hanya dalam masa 1 atau 2 hari, usahakan agar anda join sebaik-baiknya pada 3 hari pertama ia dilancarkan. Program seperti ini biasanya akan bertukar menjadi scam pada hari ke 7 dan ke atas.

8. Semak data program di Whois. Jika anda melihat sesuatu yang mencurigakan, seperti nama, alamat, nombor telefon, atau email pemilik program berkenaan sama seperti yang ada dalam program-program scam yang lepas, jauhkan diri segera. Pemilik program yang menggunakan free email address seperti Yahoo, cenderung melakukan scamstay low profile.

9. JANGAN mudah percaya 100% kepada monitoring sites yang memerhati pergerakan program-program Autosurf/HYIP dan mempunyai Rating program mereka sendiri. Sesetengah laman-laman web ini telah dirasuah oleh pemilik-pemilik program scam. Dan sesetengah undian ‘Saya DiBayar’! yang ada di Rating program, diundi oleh orang-orang yang menerima upah dari pemilik program scam terbabit.

10. Banyakkan membuat penyelidikan anda sendiri. Jangan selalu bergantung kepada rekomendasi dari orang lain kerana orang lain bukan selalu betul. Ada masanya, anda harus percaya pada naluri anda sendiri.

11. Program Merapu seperti Surat Berantai, Skim Piramid, sila elakkan. Anda mungkin tidak hilang duit. Tapi anda hilang Kepercayaan.

12. Jika ada program perlukan ramai ahli, anda perlu bersedia cari ahli seramai mungkin.Terangkan risiko dan potensi. Current performance does not guarantee future return.

Semakin banyak anda cari, semakin banyak akan anda temui. Jadi panduan ringkas ini tidak akan habis walau pun kita cuba menghuraikan satu persatu kerana makin banyak taktik yang digunakan para scammer di luar sana. Yang penting, setiap orang JANGAN terlalu tamak apabila mencari wang. Bersederhanalah dalam segala hal.

Semoga tips di atas dapat membantu anda.

dicopy dari pang5hitam, melayu.com

Share this post


Link to post
Share on other sites

kepada yang minat invesment tu.. beringat sama.. dari mana datangnya keuntungan syarikat tu... kalo betul pon syarikat tu ada wat bisnes, kene tengok jugak, jual babi pon bisnes gak.. jual org, pompuan pon bisnes gak... judi pon bisnes gak.. kita kena siasat ke mana duit kita dilaburkan.. kalo kita tak kuarkan modal pon, kita yang mempromote, kire ada share la.. jangan ler nanti sebab seduit(1 sen) pon dah kene dok dalam sane beriban-riban tahun...

dari segi pandangan bisnes pon, kalo invest tak tahu kemana pelaburannya dianggap sama saje cam judi... aku hanya menasihati.. tegurlah aku jike ada silap... kalo betol tu, bawak2lah kita menginsafi diri...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kembali kita ke arena e-duit.

Seseorang yang berjaya di dalam perniagaan adalah mereka yang memahami selok belok perniagaan yang diceburi. Dalam hal ini, istilah-istilah perniagaan tidak dihafal kerana sudah melekat di dalam kepala. Akan tetapi, ada sesetengah manusia yang kurang paham/salah pemahaman/tidak mahu faham berkenaan istilah yng diguna pakai. Seperti org rabun yang tidak dapat membezakan antara kaca dan permata.

Di dalam Islam, riba dan judi di HARAM kan. Jual beli dan pelaburan dibenarkan.

Riba - konsepnya tidak mahu rugi dengan pelaburan dan bersenang-senang dengannya.

Judi - konsepnya sanggup rugi kerana ketagih dan mencuba nasib.

Jual beli - konsepnya, melaburkan tenaga dan wang ringgit dan berusaha menjayakan perniagaan yang mana kerugian adalah suatu risiko.

Pelaburan - melaburkan wang ringgit bagi membantu sesuatu perniagaan dan mengambil sebahagian keuntungan daripadanya, kerugian juga menjadi satu risiko.

Riba - menindas

Judi - akan ditindas

Jual beli - masyarakat yang rajin

Pelaburan - masyarakat yang menolong

Terkadang kita alpa dek kerana istilah yang kita gunakan seharian.

Sebab itu ulama' bertegas dikekalkan perkataan zina bagi perbuatan bersetubuh diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, jangan diubah kepada bersekedudukan. Jangan diringankan sebutan ayat kepada sesuatu yang memang berat.

Samalah dengan kes kita sekarang ini, riba, sangat buruk mendengarnya, tetapi kita dialpakan dengan berubahnya kepada istilah faedah. Siapa yang tidak mahu mendapat faedah?

Samalah dengan judi yang terkadang kita gunakan sebagai invest. Investment is for the brilliants. Gamble is for the dummies. You should say you are gambling if that is what you do.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sebab itu ulama' bertegas dikekalkan perkataan zina bagi perbuatan bersetubuh diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, jangan diubah kepada bersekedudukan. Jangan diringankan sebutan ayat kepada sesuatu yang memang berat.

Samalah dengan kes kita sekarang ini, riba, sangat buruk mendengarnya, tetapi kita dialpakan dengan berubahnya kepada istilah faedah. Siapa yang tidak mahu mendapat faedah?

Samalah dengan judi yang terkadang kita gunakan sebagai invest. Investment is for the brilliants. Gamble is for the dummies. You should say you are gambling if that is what you do.

aku setuju sgt istilah "jgn diringankan sebutan ayat yg berat",

kerap diremehkan hal2 camtu, terutama zaman2 e-duit sekrang ni..

banyak faktor, terdesak, cover balik kerugian dll.

moga kite dijauhkan dr rezeki yg haram & shubahah.Amin

Edited by jham

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo dipkkan ngan elok, Google Adsense merupakan salah satu Affiliate program yang mana referral link menjadi suatu kemestian. Kenapa Google Adsense berjaya? Memanglah ramai yang participate kerana percaya kepada reputasinya. Tetapi ia lebih berjaya kerana kita memperoleh komisen jika ada pengunjung yang mengklik iklan google di laman web kita. semudah itu.

Affiliate program berjaya menarik ramai yang inginkan duit secara mudah. dengan hanya mempromote website, kalau kena gaya yang dipromote tu join, dapatlah sikit habuan.

Mai kita kaji kes.

Syarikat A baru menubuhkan websitenya yang tersendiri. bagi setiap promoter, syarikat A sanggup membayar RM2. ini bermakna, syarikat A perlu bayar RM200 ntuk meyakinkan 100 orang ntuk melayari website mereka.

Syarikat B juga seperti syarikat A.

Tetapi syarikat B mempunyai Affiliate program.

Bagi setiap yang join, syarikat B bagi RM0.50 dengan percuma.

Minimum payout, RM2.

Dengan affiliate programnya yang tersendiri, syarikat B memberi harapan kepada yang join, jika join dan mengajak orang join, akan dapat komisen katakan RM0.25.

Untuk mencapai RM2, setiap ahli perlu berharap 6 orang join bawah dia(RM0.25*6 = 1.50 + 0.50 bonus join)

Dengan hanya RM2, syarikat B berjaya menjadikan websitenya sebut-sebutan 7 manusia. Bayangkan jika syarikat B menggunakan RM200 sebagai kos promosi. Ini tidak termasuk yang join dan tak berjaya dan juga link2 yang menyepam website org lain.

Kesimpulannya, affiliate program memang ntuk org yang bijak. bukan membersnya, tapi syarikat yang menyediakannya (termasuk google)

Share this post


Link to post
Share on other sites

ni aku dapat masa bukak email tadi

Pendapatan Dengan Kepintaran,

Hanya RM5? Biar betulll¡­

Cuba anda fikirkan, berapa ramaikah penduduk Malaysia yang melayari internet setiap hari, berapa ramaikah yang bijak tentang penggunaannya dan berapa ramaikah yang biasa menggunakan email untuk menyebarkan maklumat dan hiburan. Kini anda boleh mempraktik cara itu untuk memperolehi pendapatan sampingan dengan mudah dan cepat. Anda tidak perlu mempromosi barangan, mencari orang bawahan, mengiklankan dalam surat khabar atau dengan kaedah-kaedah seumpamanya. Hanya dengan menyebarkan maklumat ini melalui email atau paparkan dalam newsboard di internet. Sungguh mudah bukan?

Dengan kenaikan harga minyak dan barang yang tidak terkawal , kini pastinya anda kian gusar dan gelisah memikirkan sumber kewangan dan pendapatan. Hanya dengan pemikiran dan langkah bijak andalah, Insyallah segalanya dapat diatasi kelak.

Dengan konsep memberi+usaha+tawakal=menerima, ia adalah satu sumber pendapatan yang halal dan tidak salah di sisi undang-undang kerana sikap saling membantu dan memerlukan.

Hanya RM5 pada setiap 5 langkah anda akan memperolehi pendapatan yang tidak dijangkakan.

Langkah 1 ¨C Buka Laman Web bagi salah satu akaun bank simpanan anda (sistem perbankan secara online) atau mesin ATM untuk transaksi.

Langkah 2 ¨C Daftar masuk untuk memindahkan/transaksi hanya RM1 kepada setiap 5 nombor akaun yang tersenarai. (sebaik-baiknya menggunakan transaksi bank yang sama).

Langkah 3 ¨C Copy & paste email ini untuk disebarkan/forward, sebelum itu delete/keluarkan nombor dan nama akaun bagi No. 5, kemudian cut & paste nombor dan nama akaun No.4 ke ruang No. 5, cut & paste nombor dan nama akaun No.3 ke ruang No. 4, cut & paste nombor dan nama akaun No.2 ke ruang No. 3, cut & paste nombor dan nama akaun No.1 ke ruang No. 2.

Langkah 4 ¨C Kemudian masukkan nombor dan nama akaun anda di ruang No. 1. Pastikan setiap penganjakan yang anda lakukan adalah betul.

Langkah 5 ¨C Langkah terakhir, sebarkan/forward ke email-email kenalan dan saudara anda sebanyak mana yang boleh. Pastinya mereka juga berfikir untuk mengambil tindakan yang bijak ini.

Cuba anda fikirkan kenyataan ini,

Sekiranya anda menyebarkan maklumat ini kepada 50 orang kenalan dan saudara, katalah 20 orang telah mengambil tindakan yang bijak dengan penggunaan sistem perbankan online atau ATM transaction, dan mereka juga telah memperolehi 20 orang pada transaksi berikutnya, maka anda akan berada pada 5 nilai kedudukan iaitu:

1. 20 x RM1 = RM 20.00

2. 20 x 20 x RM1 = RM 400.00

3. 20 x 20 x 20 x RM1 = RM 8000.00

4. 20 x 20 x 20 x 20x RM1 = RM 160,000.00

5. 20 x 20 x 20 x 20 x 20 x RM1 = RM 3,200,000.00

Jadi jumlah pendapatan yang akan perolehi ialah RM3,368,420.00. Adakah ia mustahil dengan hanya RM5? Tidak, ia langsung tidak mustahil sekiranya anda bijak berfikir dan mengambil tindakan dengan segera.

Adakah ia berkesan? Ya, dengan teknologi kini dan pelbagai sistem informasi yang canggih ia dapat meningkatkan daya kretiviti untuk kita berfikir bagaimanakah cara untuk meningkatkan taraf hidup. Kini pelbagai usaha dan kejayan boleh dilihat atas kebijaksaan mereka yang tahu menggunakan teknologi terkini dengan sebaiknya.

Mengapa anda tunggu lagi, mulakan sekarang. Hanya RM5 akan membawa anda jauh dari keperitan kewangan. Jadilah yang terhebat¡­

Sila masukkan hanya RM1 ke dalam setiap nombor akaun yang tersenarai di bawah.

No. No. Akaun Nama Bank

1 112763004285 Maybank

2 112099633512 Maybank

3 162357268345 Maybank

4 164221312275 Maybank

5 111084075274 Maybank

Lakukan dengan ikhlas dan jujur, Insyaallah anda akan dapat melihat hasilnya. Apabila berjaya kelak, jangan lupa bersyukur dengan nikmatNya dan belanjakan wang tersebut ke jalan kebaikan. Sekian, terima kasih¡­

ini adalah SKIM CEPAT KAYA. aku heran la... promoter ntuk benda2 cenggini sama ada bangang atau buat buat bangang.. nak tunggu polis tangkap baru nak ngaku kate tersilap kot...

2 kombinasi ciri yang menarik yang ada pada promoter2 nih..

1-bangang atau buat buat bangang

2-hobi: menyepam

Kesimpulan: Jauhkan diri anda dari SKIM CEPAT KAYA.. sebab yang KAYA hanyalah org2 seperti Pak Man Telo.. inilah jadinya, ramai sangat nak kaya cepat, pendajal-pendajal ni pon mengambil kesempatan ler...

Lagi satu, janganla pk2 camni:

"aku masuk, admin nak buat hal, nanti aku lari ler"

sebab anda tidak memberikan mudarat kepada yang empunya skim, tetapi mudarat kepada kawan2 anda yang ada ajak sertai... macam ni ke kawan?

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak tanya sikit...setahu aku malaysia takde undang-undang pasal spamming email..ke dah ada? skim cepat kaya di atas memang boleh berlaku dan dah ada banyak kat mana-mana tapi nasib la jadi kaya ke tak kalau kaya pun takdela kaya mana....

sebab biasa nyer orang dapat duit senang abis duit pun senang..so bila dah banyak duit tu beringatla...macam dalam manual tsunami wang tu..ada bagus ada tak bagusnya..amikla yang bagus..amik bab yang simpan duit kat asb dan sebagainya..(aku dapat buku ni pun free hehe)..

kalau korang betul-betul nak jadi kaya korang kena baca buku how to think like a tycoon..lebih kurang camtu la tajuk dia...kalau korang sanggup ko ikut la cara dia ..dalam 5 tahun korang leh kaya raya...bukan skim cepat kaya apa tapi cara pemikiran orang nak simpan duit ... makan tgh hari murah dan sebagainya..

Share this post


Link to post
Share on other sites

sng2 masuk jer AF. ahaha

Biz tips. jangan join MLM. buang masa, letih. kajian tunjuk 60% buang masa dan tenaga. kurang 5% dapat untung besar.

jangan labur kat tempat2 yg korang x tau pebende diorang buat. cam stgh2 web ntuh camne kita dpt duit. labur sikit, duit masuk. ntuh2 labur kat tempat judi dan sex. Nauzubillah.

"aku masuk, admin nak buat hal, nanti aku lari le". why should admin lari? sudah tentu admin tuh buat bende x elok. mungkin krg dibayar tetapi duit korang tuhh mungkin dari sumber haram.

nak labur, labur lah ditempat yg betul. cam stock market, bond, mutual fund, real estate......

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa yang nak aku katakan di cni.. ALHAMDULILLAH... ada jugak nak kongsi nasihat... hmmm... moga2 kita tak terlalu ghairah nak kaya cepat..

aku pon nak kaya cepat.. tapi kita kena sedar ngan realiti la kan..

sapa2 yang ada nasihat lagi diharap dapat membantu...

tambahan...

terlupa lak nak sebut yang lelain tu yang post sblom ni.. mekasih..

doa dari jham...

rob-paul-to-pay-peter <- sangat jitu ayat nih..

some people will never learn... <- realiti nih...

"benda nie dah mcm ketagih.." - hmm.. itu yang bahaya tu...

fizdane & Noning kalu ada cerita nak kongsi best gak nih.... ntuk panduan kawan2 yang masuk e-duit...

haik... apsal aku merumuskan sumer nih.. hehehe.. ntuk tatapan yang malas baca keseluruhan thread ni..

Edited by aku

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku teringat kata-kata seorang investors di bursa malaysia..katanya share market dah jadi macam "legal gambling" Aku tanya kenapa cakap cam tu?. Dia jawab most "berharap nak untung" So aku tanya lagi..what's wrong kalau nak untung..sebab kita labur duit memang nak untung. Dia jawab kebanyakkan investor samada besar atau kecik sekarang ni lebih kepada spekulasi, create spekulasi...diorang bukan nak simpan untuk jangka panjang tetapi nak untung cepat dengan pergerakkan harga saham...Jadi aku terfikir betul jugak kata mamat sorang ni..dah macam gambling sebab berharap ...tapi benda ni diiktiraf oleh gov..sebagai pasaran modal..aku terfikir juga apa bezanya skim cepat kaya dengan main share sebab semuanya nak kaya cepat...So dia kata lagi nisbah orang yang untung dalam share market adalah 1:10..dia cakap lagi 1 untung, 2 balik modal dan 7 selalunya rugi..kalau dia untung hari ini pun keuntungan akan ditarik balik sebab "ghairah" nak invest balik. Satu lagi dia cakap semua duit dalam share market sebenarnya dibaratkan sebagai satu "pool" duit orang rugi akan diberi kepada orang yang untung.... So aku fikir-fikir balik ada betul cakap dia... rasa macam "ponzi skim pulak.. kalau kita kaji balik kejatuhan bursa saham pada tahun 1998 banyak orang rugi sebab "ditarik" oleh investor besar. Bagi aku jarang ada investor yang membuat pelaburan atas dasar mengambil keuntungan dari segi dividen atau "capital gain" jangka panjang. Semuanya nak kaya cepat dengan membuat pelaburan secara spekulasi..dalam islam pelaburan secara spekulasi adalah jelas haram...Dan satu lagi Bursa malasyia nak memperkenal atau nak membenarkan "short selling". Dalam islam memang tidak membenarkan "short selling" sebab menjual pegangan yang kita tak ada atau boleh dikatakan "untung atas angin"..but untuk ini consider legal dimata "bursa saham" Jadi kita fikir balik apa bezanya "saham" dengan skim cepat kaya...Entahlah mungkin bursa saham telah "di - legal -kan" sejak berpuluh tahun dulu agak mustahil nak dimansuhkan. Kalau difikir balik keburukkan lebih banyak dari kebaikkan. Dana asing (duit yang dibawa oleh pelabur asing untuk melabur di malaysia) bukannya dapat membantu negara. Cuba kita tengok balik kejadian 1998..diorang tarik keluar duit diorang..malaysia jugak yang sensara. Kalau genuine investor..diorang bawak duit ke malaysia buka kilang..orang malaysia dapat kerja...gov dapat hasil dari cukai..mungkin juga teknologi dibawa masuk..tapi kalau..share market invstor apa yang kita dapat..ya untuk jangka pendek tapi jangka panjang merugikan kita juga..sejarah ada tertulis ..tapi nak buat cam na...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ha,ha,ha, betul aku setuju dengan aku. Memang bernas ko punya perbincangan ni. Memang banyak yang tak jelas kalau 'cari duit' dalam internet ni so sekarang aku pun terasa dah nak retired dah ni, kalau join pun ambik hati kengkawan jer sekarang ni. Dulu ingat nak buat fulltime main internet ni, tapi sekarang tak minat dah...

Cuma nak tanya korang, macam mana pulak ngan forex? Setengah bulan dah kaji pasai forex ni, tapi tak join lagi. Cuma rasa minat nak buat jer pasai untung rugi depan mata...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Lagi tinggi percentage untung, lagi tinggi risiko. lagi rendah lagi selamat. INGAT AYAT NIH.

bukti. emas dan duit. Kalu nak percentage tinggi, duit. nak lambat tapi selamat, emas.

ok, pernah tak korang tgk emas turun harga? jarang sekali. sebabnya, emas adalah sesuatu yg REAL. harganya naik slow tapi stabil. Sebab itu Allah SWT (kalau x silap aku, takpon Nabi) menyuruh kita menyimpan emas kerana di mana2 ada pasaran.

skrg bab duit. Duit is NOT REAL. Kenapa dia ada pasaran? Sebab dispekulasikan. Contoh, A S negara yg berhutang 3 trilian dolar (kalau x silap aku) = kerajaan bankrupt. tp camne diorang leh bertahan? ini disebabkan dolar dah jadi bahan keperluan (perantaraan masa berdagang dsb) dan dengan itu, ia mendapat nilai. So ada kebarangkalian, kerjaan A S main cetak sahaja duit diorang sbb dolar mempunyai nilai.

Andaikata dolar tidak lagi digunakan dan euro pulak digunakan... habislah diorang.

So, if you want to invest, go for the REAL thing.

*sesuatu perlaburan dikatakan pelaburan sekiranya anda memegang pelaburan anda selama 10 tahun atau lebih.

Stok, real estate, percentage untung paling tinggi 15%. dan sesiapa yg dpt 15% tuh dikatakan sangat bertuah.

lagi satu, pernah kah anda terfikir camana seserang memiliki berjuta2 saham walhal dia berasal dari org bergaji biasa? jawapannya ialah, diorang berhutang! tetapi, diorang pandai bayar balik le...

Share this post


Link to post
Share on other sites

manusia yang tamak selalu rugi... pemilik program2 cenggini takkan rasa bersalah.. kerana dia tau siapa yang terkena.. yang terkena adalah mereka2 yang tamak..

cuba klik link ni

http://forum.putera.com/tanya/t20132.html

dan tengok kat bahagian ni

Langkah3

Buka Netscape / Internet Explorer & pergi ke laman web pencari spt

Yahoo! utk mencari laman2 web diskusi,forum & message board.

Antaranya saya sertakan disini.

1. [email protected]

2. [email protected]

3. [email protected]

4. [email protected]

5. [email protected]

6. [email protected]

7. [email protected]

8. [email protected]

9. [email protected]

10. [email protected]

hmm.. mungkin tak lama lagi geng2 ni akan masukkan putera ke dalam list depa..

ini adalah melayu2 yang tertewas

HYRIL FARITHZ BIN AHMAD

800903-13-5615

Maybank : 111113302570

(**Anjakan nama & Nombor Akaun Peserta 2 ke sini)

Peserta 2

Rosmarlina Abd Gani

821218-05-5580

Maybank : 162218329321

(**Anjakan nama & Nombor Akaun Peserta 3 ke sini)

Peserta 3

Rashida Mohd Ghazali

821025-10-5262

Maybank : 162478097225

(*** Tuliskan nama & Nombor Akaun Peserta 4 ke sini)

Peserta 4

Haslina Abd Rahman

S7612541D

Maybank : 156094013840

(*** Tuliskan nama & Nombor Akaun Peserta 5 ke sini)

Peserta 5

MOHAMMAD FIRDAUS BIN KAMARUDDIN

830923-10-5007

Maybank : 162106643329

(*** Tuliskan nama & Nombor Akaun anda disini sebagai

Peserta 5 -baru)

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku pun dah bosan dgn seme benda nie.

bukan senang nak jadi senang.

setakat nie, kesemuanya akan berakhir sebagai SCAM.

last2 yang paling untung owner dia gak a.k.a SCAMMER.

internet - dunia tanpa sempadan. segala2nya di hujung jari.

nak kena tipu pun di hujung jari, mudah mendapatkan mangsa utk ditipu, tak kira la duk ceruk mana sekalipun.

org yg terpedaya selalunya org yg takder duit, sbb tu mencari2 duit lebih dlm program cam nie. dah ler takde duit, pastu kena tipu lak tu. makin susah lak hidup jadinya. :ph34r:

org yg dah byk duit takkan pandang benda2 camnie. diorang tak terpikir utk sumbangkan duit kpd scammer nie, jadi duit diorang tetap selamat di dalam poket.

simpan duit dlm bank lagi bagus. takder sape nak samun.

abis tu kenape support benda2 camnie? kalo untung pon, untung di atas kerugian org lain. korang suke ke mcm tu? :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

sebelum anda mempromote mana2 program.. eloklah anda melayari http://www.wangcyber.com/forum/viewforum.php?f=5

mungkin anda akan mendapat sedikit input yang berguna...

anak melayu yang nak berbisnes online ni banyak.. yang nak ikut betol2 pon banyak.. yang sanggup guide org pon ada.. tetapi kadang2 tenggelam ditimbus oleh get-rich-quicker

persiapkan diri anda secukupnya.. dan jangan jadik budak2..

hanya budak2 yang senang ditipu..

analisa setiap program yang ingin disertai..

yang pertama analisa dari segi agama..

kemudian analisa dari segi kemampuan diri

kemudian analisa dari segi peluang

1- dari segi agama... adakah ia bersifat menindas? adakah haram? adakah dipertikai hukumnya? adakah ia hampir dengan yang diharamkan?

2- dari segi kemampuan diri.. adakah program tersebut sesuai dengan diri anda? adakah anda boleh bagi komitmen untuk berjaya? adakah anda sendiri sudah yakin dengan program yang ingin disertai?

3- dari segi peluang.. ramaikah yang telah sertai? apakah yang program tawarkan untuk memberikan keunikan bagi setiap peserta? adakah anda bersaing dengan peserta satu malaysia?

ok.. setakat tu dulu.. papai..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

Aku setuju dgn apa yg ko cuba terangkan.Aku pun mula2 cuba juga program affiliate Tsunamiwang

nie...emm hampeh..saja jer tipu orang cakap dah banyak dapat duit..boleh lah..tapi, sebenarnya aku cuma dapat RM20.00 jer..bayangkanlah betapa hampehnya...Sebenarnya affiliate nie tak salah..cuma scammers nie yang buat rosak market.Nak buat kerja senang..spam lepas tue dapat duit.Aku nak beritahu koranglah kat sini.Sampai zaman sekarang nie..kalau nak jadi kaya mesti mau kerja keras dan smart..bukan kerja mudah dan malas.Ingatlah balik kata-kata cikgu masa kat sekolah..depa memang betul...yang bulat tak datang bergolek dan yang pipih tak datang melayang.Aku sekarang ada jugak berniaga barang kat lelong.com.my..barang nyata..memang ada nampak duitnya..walau pun belum jadi kaya sekurang-kurangnya ada jual product dan baru dapat duit..bukan senang..mau jaga quality barang..customer service...bukan senang nak berniaga online.Cubalah cari user id yuzafi kat lelong.Rentikanlah spam-spam nie..bangsa lain dok ketwakan kita oiii

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...