Jump to content
Sign in to follow this  
SAM

Forum Servis & Repairing Elektrikal/elektronik

Recommended Posts

Anda mungkin salah seorang servicer atau repairer dalam elektronik/elektrik dan komputer.Sila beri pandangan atau berkongsi pengalaman dalam aspek repairing dan baik pulih. Bagaimana semua pembaikpulih dapat berkumpul dan membincangkan dalam permasalahan semasa servis dan membaiki sesuatu peralatan tersebut.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bagus gak tu. Semua berkumpul disini dan boleh buat rujukan setempat.

Apa kata ko mulakan dulu. bagi idea nak servis @ repair komponen elektrik @ komputer.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Permasalahan dalam service adalah dari segi pengetahuan dan aspek teknologi pembuatan,malah komponennya berbeza. Apabila kita ingin membuat service atau repair terhadap sesuatu barang adakah kita perlu mengetahui bagaimana ia berfungsi. Bagi peralatan yang selalu kita service atau baiki mungkin kita telah memahami bagaimana ia berfungsi. Ada sesetengah kita boleh baiki tanpa mengetahui bagaimana ia berfungsi seperti litar control lift, pabx,dll. Kita cuma cari barang yang rosak dan ganti. adakah cara yang kita buat itu betul.Kalau tak bagaimana langkah yang terbaik hendak kita lakukan?

Share this post


Link to post
Share on other sites

hmmm.. aku setuju ngan pendapat ko.

secara umumnya repair dan service memerlukan pengetahuan bagaimana alat tersebut berfungsi dan ada kemahiran dari segi teknik how to do the tasks.

Aku bidang elektronik tak tau langsung, tapi aku khususkan kepada PC aje la.

Nak repair PC @ service PC kena tahu bagaimana PC berfungsi secara umumnya

dan tahu bagaimana setiap komponen PC berfungsi.

Kemudian ada teknik tertentu (kemahiran dan pengalaman) bagaimana nak selesai masalah PC tersebut.

Bagi pengguna PC yang masih baru, mereka yang mengguna PC secara rutin, apabila berlaku masalah, mereka akan terpinga-pinga tak tau nak buat apa.

Mereka boleh guna PC jika PC tersebut berfungsi dengan elok.

Sebagai contoh:

Bila mereka ON PC kemudian keluar di skrin mesej ralat seperti;

"invalid system disk. Replace the disk, and then press any key" (contoh jer nie)

mereka boleh baca tapi tak tau nak buat apa.

-apa yang invalid?

-nak replace dengan ape?

-press any key? mesej yang sama juga muncul.

Padahal disket dia sendiri duk dalam disk drive. lupa nak remove. biggrin.gif

Mereka tak faham bagaimana PC boot, apa itu OS bootstrap. dll

ok... member lain sambung

Share this post


Link to post
Share on other sites

Memang betul kata anda pengetahuan dalam pembaikan PC perlukan ilmu bermakna kita tahu apakah yamg dimaksudkan kerosakan tersebut. Jika kita tanya dari orang perseorangan berbagai jawapan yang diterima. Ini bukan bermakna mereka salah atau betul sebab ianya bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan masing-masing.Arah dan tujuan sama tetapi cara yang agak berlainan.

Mengenai Schematic atau litar adah sesuatu yang agak sukar didapati. Jika kita membeli barang atau peralatan elektronik dari Singapura biasanya mereka menyertakan usermanual/panduan pengguna dan schematic diagram.Tetapi diMalaysia biasanya tak disertakan. Saya tak tahu kenapa ianya terjadi.Adakah mereka perlukan bayaran tambahan? atau sebagai periuk nasi mereka jika barang rosak mesti rujuk kembali?.

Bagaimanpun itu tak menjadi masalah pada kami, sebab kami repair menggunakan konsep,bermakna berilah model apa kita akan buat. Masalahnya timbul bila komponen tersebut terbakar atau pecah yang menghilangkan tulisan pada komponen. Jika ini terjadi mungkin perlu dicari perbandingan dari jenis yang sama atau dapatkan schematic diagram dari service center seperti Sony, National, Hitachi (jenis branded aje) jenis cap ayam tak ada service centre. Seperti yang banyak dijual dengan harga murah sekarang berbagai bagai model dan brand yang tak pernah didengar.

Edited by SAM

Share this post


Link to post
Share on other sites

Spare Part Monitor/TV

Boleh didapati dari supplier diJalan Pasar Pudu/Farnell /RS Cataloge atau lain-lain daerah yang menjual komponen elektronik. Cuma yang agak sukar didapati Flyback transformer untuk monitor. Jenis Kerosakan blur(focus tak dapat adjust dan skrin gelap (screen control tak dapat adjust)). Untuk tv masih boleh didapati

diJalan Pasar atau Sales and Servis untuk yang berjenama.

Edited by SAM

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya ada sedikit kemusykilan.

Jika dilihat pada tube tv/monitor (kat belakang) ada 'WARNING! Replace with same type number'.

Adakah selamat (dari segi kesihatan) jika menukar crt (tube tv/monitor) yang sama saiz tetapi berbeza type number/manufacture.

Harap sesiapa yang tahu dapat jelaskan.

:unsure::unsure::unsure:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya ada sedikit kemusykilan.

Jika dilihat pada tube tv/monitor (kat belakang) ada 'WARNING! Replace with same type number'.

Adakah selamat (dari segi kesihatan) jika menukar crt (tube tv/monitor) yang sama saiz tetapi berbeza type number/manufacture.

Harap sesiapa yang tahu dapat jelaskan.

:unsure::unsure::unsure:

Sememangnya kita digalakan untuk mengantikan sesuatu part yang rosak seperti yang disyorkan pihak pengeluar. Ini adalah untuk menjamin keselamatan,kualiti dan ketahanan peralatan juga pemasaran(profit making ) syarikat. Tetapi ada juga yang dapat saya tukar dengan jenama yang lain yang dapat berfungsi dengan baik,tetapi syaratnya kedudukan pin heater (H1,H2), dan RGB pin sama dengan yang asal.walahualam

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak tanya,pernah xsaper2 kat sini try build satu litar radio yg ringkas.

maksud aku yg juzsekadar dpt siaran.

aku pernah search kat tenet psl nie.ade jumpe info psl crystal radio.(oversea)

aku dah try cari diod yg mat saleh tu pakai dlm uji kaji dia,tp apek kdai elektronik tu xder jual lak.ader yg kata diod mcm tu kena tempah khas.korang yg bese dgn alat elektronik nie mesti mahir psl hal2 nie.nama diod tu 1n34a.

thanks

ps:aku ader bukak satu thread psl nie,tp xder respon.cube usha sign aku.

Edited by class_sick

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...