Jump to content
cili

Streamyx Kaki Tipu

Recommended Posts

aku pun ada maslah speed. penipu punya streamyx. ni satu surat to paper dari satu mamat. dua hari lepas surat aku kluar kat nst.

Perkhidmatan Streamyx mengecewakan

Saudara Pengarang,

SAYA menggunakan Streamyx sejak 13 Oktober 2005, iaitu pakej RM88 sebulan dengan kelajuan 1 Mbps (Streamyx ID: holybird). Pada 8 Disember 2005, saya melawat laman web Streamyx untuk membuat ujian bandwith.

Saya amat terkejut dengan kelajuan yang dibekalkan oleh pihak Streamyx selama ini kerana saya dapati kelajuan dalam ujian bandwith itu kurang daripada 400 Kbps. Dengan itu, saya terus membuat laporan kepada Pusat Perkhidmatan Streamyx di talian 1300-88-9515 dengan nombor laporan 4987947.

Selepas membuat laporan, juruteknik telah menaikkan taraf port Streamyx saya dan memberitahu saya bahawa port saya dinaikkan taraf ke 1Mbps. Saya sekali lagi membuat ujian bandwith di laman web Streamyx dan mendapati kelajuan Streamyx saya tetap kurang daripada 400Kbps. Juruteknik memeriksa kesemua port yang berkaitan dan didapati port di kawasan kediaman tiada masalah dan masalah mungkin timbul di Kuala Lumpur.

Masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh pihak Streamyx walaupun sudah banyak kali saya membuat aduan di talian yang sama. Sehinggalah 28 Disember, apabila saya membuat laporan sekali lagi dengan nombor laporan lama, saya mendapati laporan lama telah ditutup kes oleh pihak Streamyx tanpa penyelesaian. Oleh itu, saya terpaksa membuka satu laporan baru dengan nombor laporan 5141168.

Pada 30 Disember 2005, anak saya cuba menggunakan akaun di talian telefon (044695141) saya yang selama ini kelajuan Streamyx yang tidak memuaskan (Streamyx ID: chun5113). Selepas beberapa kali membuat ujian bandwith, didapati bahawa kelajuan Streamyx mencapai 800++ kbps. Ini menunjukkan konfigurasi port Streamyx ini tidak bermasalah.

Menurut juruteknik Streamyx, masalah ini timbul daripada konfigurasi akaun Streamyx di Kuala Lumpur. Dengan maklumat yang cukup, pihak Streamyx sepatutnya dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat. Bagaimanapun, Pusat Perkhidmatan Streamyx tetap mahu menghantar lagi juruteknik untuk mengenal pasti masalah.

Cara Pusat perkhidmatan Streamyx untuk membuka laporan aduan juga adalah tidak profesional dan memakan masa. Saya percaya bahawa ramai pengguna Streamyx juga menghadapi masalah yang sama semasa membuat laporan di talian 1300-88-9515.

Perkhidmatan broadband merupakan perkhidmatan yang amat penting dan dapat menggerakkan negara menuju ke wawasan 2020. Streamyx merupakan pembekal broadband yang pertama di negara ini. Perkhidmatan Streamyx tidak patut mengecewakan orang ramai. Perkhidmatan Streamyx yang teruk dengan bayaran yang tinggi ini akan menyebabkan orang ramai terus menggunakan perkhidmatan Internet yang lambat. Ini akan melambatkan negara menuju ke matlamat wawasan 2020. - GEE AH FAT, Kedah.

TMNet rujuk aduan Gee Ah Fat mengenai perkhidmatan Streamyx

Saudara Pengarang,

DENGAN segala hormatnya, kami merujuk kepada aduan bertajuk Perkhidmatan Streamyx Mengecewakan oleh Gee Ah Fat dari Kedah di ruangan Forum 2 Januari 2006.

Merujuk kepada aduan di atas, kami ingin menerangkan bahawa aduan ini adalah berpunca daripada konfigurasi kelajuan perkhidmatan TMNet Streamyx dan kelewatan tindakan susulan yang diambil setelah penulis membuat aduan kepada bahagian perkhidmatan pelanggan.

Kami juga ingin memaklumkan bahawa masalah konfigurasi ini telah diatasi pada 3 Januari 2006 oleh pihak teknikal kami di Kedah dan penulis telah berjaya mendapat kelajuan yang sepatutnya. Kami telah menghubungi penulis bagi mengesahkan perkara ini.

Berikutan itu, pihak TMNet ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh penulis ekoran daripada masalah ini. Kami amat memahami bahawa setiap masalah dan laporan yang dikemukakan oleh para pelanggan memerlukan tindakan susulan dan penyelesaian yang pantas. TMNet akan sentiasa berusaha memperbaiki kualiti bahagian perkhidmatan pelanggan demi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada semua pelanggan.

Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan berterusan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan TMNet dan berharap TMNet akan sentiasa menjadi pembekal perkhidmatan Internet pilihan anda. - ASMA ABDUL AZIZ, Penolong Pengurus Perhubungan Awam, TMNet Sdn. Bhd.

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa motif kau? tu memang masalah teknikal biasa... kekadang techincian salah set kat jumper, kadang2 tm salah set kat akaun. sollution, call helpline, bagi bukti secukupnya, diorang akan betulkan. diorang tak akan tau masalah user sehingga user tu komplen. cuma kadang2 bagi user yang tidak bernasib baik, kes kena kat staff yang hampeh.

Share this post


Link to post
Share on other sites

streamyx bukan nyer penipu....die terang2 tulis kat die nyer advertisement dorang nyer service is based on best effort nyer service ..rerajin kan la baca amenda best effort ni as opposed to quality of service (QoS)...pastu i dont think they are liar anyway..they are just very bad at customer service etc

tp dorang pun takde tulis terang2 pasai best effort nie..kalau ko tgk die nyer promotion..die tulis kecik2 je...

lawak je..tapi nk wat camne?kena gak la pakai streamyx nie..sbb takde choice

what a joke..ade MSC la,cyberjaya la..tapi broadband takat 1mbps je

biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku pun ade masalah tu tapi skang dah ok..speed ok..yg penting stabil la..

tapi aku tak suke yg helpline tu layan org mcm la sumer org kat mesia nie tak reti...aku mmg saje jek tgk ape jek step2 yg dia bg suh wat tu la wat ni la wadhal aku tau ape yg dia suh takkan solve nye sbb aku rasa problem yg aku nye tu berpunca "dari sana"...

Edited by BraDeRz

Share this post


Link to post
Share on other sites

akakakak dah mmg prosedur yg pihak management call centre stimix da tentukan..staff diorg kene jek tanye..ko yg call xyah byk kerenah le..ckp je da buat...tros diorg buat report..tunggu jek dlm 2 hari kalo x solve call jek byk kali..kalo ko da panas ati sgt dgn service diorg email jek tros ceo tmnet michael lai kompom settle cepat gilersh..org yg lebih 5km pon leh pakai streamyx jdnyer

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehehe.. sebaik streamyx den ok...

leh download pada 120kBps....

maknanya.. 1mbps la.....

korang lak camner?

leh download sampai 500 KBPS?

Share this post


Link to post
Share on other sites

streamyx bukan nyer penipu....die terang2 tulis kat die nyer advertisement dorang nyer service is based on best effort nyer service ..rerajin kan la baca amenda best effort ni as opposed to quality of service (QoS)...pastu i dont think they are liar anyway..they are just very bad at customer service etc

tp dorang pun takde tulis terang2 pasai best effort nie..kalau ko tgk die nyer promotion..die tulis kecik2 je...

lawak je..tapi nk wat camne?kena gak la pakai streamyx nie..sbb takde choice

what a joke..ade MSC la,cyberjaya la..tapi broadband takat 1mbps je

biggrin.gif

kalau bayar 88 pastu dapat service best effort utk 1mbps mmg kena aa ngan ToS tu, tapi dalam kes dia nih(and banyak lagi pengguna streamyx yg lain) bayar 88 tapi dapat best effort utk 512kbps je ape citer? tak ke jelas kene tipu tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

nope dorang tak tipu..dorang just taktau camne nak manage dorang nyer customer..and dorang selalu ada masalah teknikal..maybe short on staff...but still that doesnt mean yang dorang nie menipu..maybe tak efficient je dalam resolving customer nyer prob..nak setting jumper pun bertaun2.. biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

tipu la tu. bukannya best effort. worst effort ader la.

cubalah bagi servis macam dell, apple , dah lama streamyx boleh jadi world class service provider.

kalau camnih takat kampung jer la bagi servis.

polyfuze keje streamyx ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites

jangan la compare streamyx ngan dell sume..dorang nye company beso mana?TM streamyx tu ciput jer..and dont get me wrong..aku bukannyer sokong streamyx tue..aku pun setuju yang dorang patut upgrade infrastructure and customer support dorang..

nope i dont work at streamyx ..lucky me biggrin.gif

macam mana ko tau dell ngan apple sume tu bagi world class nyer service?sebenarnye mana2 pun sama..depend pada sapa yang first angkat call masa ko wat report tue..kalau yang angkat phone call tu sengal..sama la nasib ko mcm ko report kat streamyx..

pengalaman aku pernah call company besa2 yang ada offer customer support thru phone nie..sebab masa sign service level agreement tu..aku specify 3 years 24 x 7 phone support

me: Hi, my name is polyfuze, i'm having some trouble installing win2k3 at one particular server..

customer support: Which type of server and what seems to be the problem?

me: The installation failed half thru the initial loading screen and some error message with session 3 initialization failed were displayed using server x765

cs: How do you initiate the installation process?

me: As usuall, i create a logical drive with raid 5 configuration, and put the bootable win cd in the drive and load the installation as i would normally do,any suggestion?

cs: Is the CD usable?

me: yeay..i would assume so..i just install win2k3 using the same cd at another server

cs: I suggest you to try rebooting the server and try reinstalling the OS all over again..

me: I tried that before

cs: but this time u put the cd in the drive and power off..after several seconds power up again and try reinstalling

me:????!!!

oleh kerana malas nk ckp banyak ngan die..so aku pun cakap la ok...the point is the company is making profit of 21.5 billion dollar in first quarter of 2005 alone...but die punye support staff punye cadangan macam bebudak nyer cadangan..suruh aku restart server ,buh cd pastu power off..baru on balik server..untuk start installation...macam la aku tak tau menda takde beza..kalau dah restart komp tue ..cukup la..watpe nak turn off plak..cukup la power cycle masa restart tue..

conclusion nyer ialah mana2 company pun sama..customer service nyer staff should be properly trained..this will help them in advising the customer professionally instead of giving amateur advice...

just my point of view biggrin.gif

Edited by polyfuze_0411

Share this post


Link to post
Share on other sites

kebanyakan call centre da mmg ade script so diorg just ikut je cume cara penyampaian terpulang pada individu yg jawab call tu...biasela kalo korg x report ade masalah mane service provider nak tau..

Share this post


Link to post
Share on other sites

mmg betui pun,help desk support ada scripted nyer solution..dorang hanye akan escalate problem to someone higher than them if the problem still fail to be resolved...tapi at least letak la someone yang dah di train untuk jawab phone call tue..bukannye org baru start keja..bosan je layan huh.gif

biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

help desk support mungkin sama, tapi bila engko pergi walk-in service aku rasa cukup beza la apple dgn streamyx.

bila aku hantar i-pod aku pi servis aku cukup puas hati.

Bila aku pi stramyx aku mesti spent 1/2 jam atau lebih, dan balik dlm keadaan problem tak settle.

Dah lah problem tak settle, ada 4-5 ekor lain yg akan call balik tanya soalan yg sama dari streamyx. Streamyx nih cukup kureng bab documentation dan co-ordination. Aku rasa boleh buat buku hal aku dgn streamyx.

aku bukan techie punye guy, tapi common sense tells me that streamyx nih teruk.

Share this post


Link to post
Share on other sites

weh.. x kan cd ko dapat tu BOOTable?

kalo bleh boot memang kena buat cam tuh..

tapi... tah la...

den x pernah guna win2k3

Share this post


Link to post
Share on other sites

weh.. x kan cd ko dapat tu BOOTable?

kalo bleh boot memang kena buat cam tuh..

tapi... tah la...

den x pernah guna win2k3

sume cd OS kebanyakkannyer bootable..win2k3,red hat,Suse,..ada yang dalam format DVD bootable macam OpenVMS,Tru64 and HP-UX

kena wat camne?

buh dulu dalam cd-rom pastu off komputer baru on?come on la..bebdak bole la kena tipu..kalau aku delete logical drive n erase raid tu dah cukup baik la..lagi mahu suh aku turn off komp..lawak2

smile.gif

Edited by polyfuze_0411

Share this post


Link to post
Share on other sites

cam tu cs diaorang skarang ni....

maklumlah... lama dah bergayut ngan cs ni....

3thn lepas slalu gak...yg best report pagi... settle petang....

maybe... pengguna stimix dah bertimbum agak nyer kan....

tapi.... kan... yg aku geram bab tm ni... nama je kedai telekom tukar gi tmpoint....

tapi sama jugak cam dulu... iklan kat tv..semuaya cepat... kalau tanya problem kat mereka ni... satu pun tak tau.....option yg dibagi.. lain problem,,,lain pulak solution....

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku rase tmnet ni kene amik orgyg ade diploma ke degree ke dlm IT tuk keje customer service kan skarang ni byk graduan yg takde keje ?

ni kalo amik org yg pkai computer tuk chat je baik takyah rolleyes.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku rase tmnet ni kene amik orgyg ade diploma ke degree ke dlm IT tuk keje customer service kan skarang ni byk graduan yg takde keje ?

ni kalo amik org yg pkai computer tuk chat je baik takyah  rolleyes.gif

mcmana ko tau yg staff derang tu takder dip / degree? hehehhe biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Huyo... Member baru la..

oi.. Bukan den kata pasai CD win ko la..

nie cd yg kod dapat dari TMNET la.. kalo boot kene buat cam WIn la...

tu maksud den...

Share this post


Link to post
Share on other sites

ni korang cerita pasal streamyx ka helpdesk ni? lari tajuk ni.

bagi aku tmnet selalu buat silap. kawan aku banyak amik package 1 mbps, tapi dalam modem appear 512 kbps punya. Ada yang apply package 512 kbps, tapi dapat 1 mbps, tu takpe la smile.gif.

Bila ditelefon 1-300-88-9515 berkenaan pasal tu, dia suruh bukak cmd, ipconfig /release, pastu renew, padahal, problem lain, lain solution. bengong.

kesimpulan.. tmnet/streamyx selalu buat silap.

solution bagi sape2 yang dapat problem di atas, printscreenkan web management modem anda (yang ada tunjuk downstream n upstream tu), pastu print. pegi tmnet clickers/tmpoint/kedai telekom dan buat report.

kepada yang tak tau cammane nak bukak web management modem anda atau tak tau password, sila usha google. sekian.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ni korang cerita pasal streamyx ka helpdesk ni? lari tajuk ni.

bagi aku tmnet selalu buat silap. kawan aku banyak amik package 1 mbps, tapi dalam modem appear 512 kbps punya. Ada yang apply package 512 kbps, tapi dapat 1 mbps, tu takpe la smile.gif.

paling banyak problem ialah pakej 1 mbps, tapi dpt yg 512kbps ,

yg langgan 512kbps tapi dpt 1mbps tu jarang sgt berlaku

solution bagi sape2 yang dapat problem di atas, printscreenkan web management modem anda (yang ada tunjuk downstream n upstream tu), pastu print. pegi tmnet clickers/tmpoint/kedai telekom dan buat report.

kepada yang tak tau cammane nak bukak web management modem anda atau tak tau password, sila usha google. sekian.

haa..

bawak bukti sebelum komplen kat dioarag,

baru best nak bertekak ker,nak bertumbuk ker ,aper ker..

betul tak??

ehhehhehe tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

bawak bukti sebelum komplen kat dioarag,

baru best nak bertekak ker,nak bertumbuk ker ,aper ker..

betul tak??

ehhehhehe tongue.gif

bertekak ker bertumbuk ke dgn kerani kaunter watpe..bertekak n bertumbuk dgn adsl team yg jage kwsn tuhla coz diorg yg configure speed...org kaunter tu bukan tau pape pasal speed strimix configure jd 1 mb ke x..yg buat technician yg buat jumpering tu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

betul2.... aku pon dulu streamyx setkan aku package 512 tp sebenarnya 1mbs.

aku call 1300-88-9515 mmg x bole pakai.

kata nk hantar technical tp x pernah hantar. 2 minggu aku x ada internet. semua salah diorNG.

so aku suggest korang buat report kat call center. klu dlm masa 2 hr x ada apa2, jng tunggu lg pegi trus TMpoint. nnt diorang hantar technical.

p/s jng percaya janji2 manis call center.

ok bai bai.

Share this post


Link to post
Share on other sites

bertekak ker bertumbuk ke dgn kerani kaunter watpe..bertekak n bertumbuk dgn adsl team yg jage kwsn tuhla coz diorg yg configure speed...org kaunter tu bukan tau pape pasal speed strimix configure jd 1 mb ke x..yg buat technician yg buat jumpering tu...

ko emosi ni apehal? apa ko tau pasal ADSL team? apesal kitorang jugak ko persalahkan? kitorang tak configure speed. department lain yang buat.

jgn main bantai je mat. dari dulu aku tgk ko ban tmnet dan konco2nya. kalau ko pandai sangat ko g keje kat helpdesk la. jadi kastemer servis ke hape.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...